Anda di halaman 1dari 4

Diri Saya 我的自述

Pendahuluan:
Nama – berumur – tempat tinggal
Isi-isi :
Rupa - kacak/ cantik – rajin – baik hati -
Kakak – adik perempuan –
Hobi – membaca - menonton televisyen -
Penutup:
Bercita-cita – belajar dengan bersungguh-sungguh – mencapai cita-cita

Nama saya Lau Ming Jun. Saya berumur sembilan tahun. Saya tinggal
di Taman Cempaka.
Rupa saya kacak. Saya seorang budak yang rajin dan baik hati.
Saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan.
Hobi saya adalah membaca dan menonton televisyen.
Saya bercita-cita menjadi seorang doktor. Oleh itu, saya mesti
belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.

Kosa kata:
Kacak 英俊 bersungguh-sungguh 认真
Rajin 勤劳 mencapai 实现
Baik hati 善良 bercita-cita 立志
Ibu Saya 我的妈妈

Pendahuluan:
Nama ibu – usianya
Isi-isi :
Rajin dan penyayang – suri rumah – mengemas rumah – memasak
Mengambil berat – pelajaran – mengulag kaji pelajaran bersama
Penutup:
sayang akan ibu -

Nama saya Yen Ni. Ibu saya bernama Chai Zi Yuan. Ibu saya berumur
47 tahun.

Ibu saya rajin dan penyayang. Dia seorang suri rumah. Setiap
hari, dia sibuk mengemas rumah dan memasak untuk kami sekeluarga.

Ibu saya amat mengambil berat tentang pelajaran saya. Pada


waktu malam, saya mengulang kaji pelajaran bersama ibu saya.

Saya sangat sayang akan ibu saya.

Kosa kata:
Penyayang 有爱心 mengulang kaji 温习
Suri rumah 家庭主妇 pelajaran 学业、功课
Mengambil berat 关心
Datuk Saya 我的祖父

Pendahuluan:
Nama datuk – 65 tahun – bersara – tinggal bersama kami
Isi-isi :
Bersiar-siar di taman – bersarapan – ke pasar
Menonton wayang – mengajar – kerja rumah
Penutup:
sayang akan datuk -
Datuk saya ialah Encik William Wong. Dia berumur 65 tahun. Dia
seorang guru yang sudah bersara. Dia tinggal bersama kami selepas
nenek saya meninggal dunia.

Setiap pagi, dia kaan bersiar-siar di taman yang


berhampiran dengan rumah. Kemudian, dia kan bersarapan dan
membaca surat khabar. Selepas itu, dia akan pergi ke pasar bersama
ibu saya.

Kadang-kadang datuk membawa saya menonton wayang di


panggung wayang. Dia selalu mengajar saya membuat kerja rumah
yang saya tidak faham.

Saya sangat sayang akan datuk saya.

Kosa kata:
bersara 退休 meninggal dunia 去世
wayang 电影 kadang-kadang 有时候
bersiar-siar 散步

Anda mungkin juga menyukai