P. 1
KARANGAN ibu.docx

KARANGAN ibu.docx

|Views: 25|Likes:
Dipublikasikan oleh Mei Stique
karangan
karangan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Mei Stique on Jul 05, 2013
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/12/2014

pdf

text

original

KARANGAN - BIOGRAFI - IBU SAYA

Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Shadia binti Jimlok. Beliau berumur 32 tahun. Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopansantun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas. Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah bersamasama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama. Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton televisyen bersama-sama. Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->