Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: KASIH SAYANG SEORANG IBU

Ibu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap keluarga.


Kebanyakan anak berasa sungguh bahagia kerana mempunyai ibu yang prihatin
dan penyayang. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kasih sayang ibu terhadap anak
amat penting sekali.
Sebenarnya, nilai kasih sayang seseorang ibu tidak dapat diukur dengan
wang ringgit. Ibu yang peka dan penyayang akan senantiasa mengambil berat
dan menjaga hal-ehwal kebajikan anak dengan sempurna, mendorong anak agar
berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran di samping mengutamakan aspek
kesihatan dan minat anak-anak. Lumrahnya, ibu sanggup berkorban untuk
kepentingan masa depan anak supaya menjadi insan yang berguna apabila
dewasa kelak.
Sebaliknya, jika seseorang ibu tidak bersifat penyayang dan kurang
bertanggungjawab maka masa depan anak-anak akan menjadi gelap-gelita.
Anak yang kekurangan perhatian dan kasih sayang seringkali didapati emosi
mereka mudah terganggu sekali gus mendorong mereka mencari jalan keluar
dan mudah bergaul dengan rakan sebaya yang bebas dan liar. Akibatnya, masa
depan anak-anak akan tergugat sekiranya mereka terjerumus ke lembah dadah,
jenayah dan maksiat.
Malangnya, pada alaf moden ini, terdapat segelintir anak yang sudah
dewasa dan berjaya mudah bersikap bagai kacang lupakan kulit. Mereka
sanggup membiarkan kehidupan ibu yang pernah membesarkan mereka di desa
pedalaman dalam keadaan yang tidak terurus, hidup melarat dan kesepian tanpa
anak cucu di sisinya. Oleh itu, pada minggu kedua bulan Mei setiap tahun, tarikh
keramat itu dipilih semata-mata untuk anak-anak meraikan ibu yang tercinta
bersempena dengan Hari Ibu di seluruh negara. Pada hari tersebut, jasa bakti
dan iltizam ibu selama ini diperkatakan, dikenang dan dihargai.
Kesimpulannya, kasih sayang ibu akan senantiasa kekal dan berada di
sisi anak-anak selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya, syurga anak di
hujung telapak kaki ibu.

Sumber: http://chaimestm.blogspot.my/2010/06/karangan-kasih-sayang-seorangibu.html

TAJUK: KASIH SAYANG IBU BAPA


Pada zaman serba moden ini, mengapakah nilai kasih sayang dalam diri
masyarakat kita semakin berkurang? Isu ibu bapa diabaikan kerap berlaku bak
cendawan tumbuh selepas hujan. Di manakah hilangnya nilai kasih sayang
anak-anak kepada ibu bapa mereka?
Tepuk dada tanyalah selera, adakah ibu bapa kita tidak kasih pada kita.
Kasih sayang ibu bapa pada anak-anak tidak dapat dinilaikan dengan wang
ringgit. Saat ibu kita mengandung dan melahirkan kita ke dunia ini, pada waktu
itulah kasih sayang itu bermula. Kesusahan ibu melahirkan dan membesarkan
kita merupakan tanda kasih sayang mereka pada kita. Oleh itu, sedarlah kita
bertapa bertuahnya kita kerana mempunyai ibu dan bapa yang menyayangi kita.
Selain itu, ibu dan bapa juga bertungkus-lumus membesarkan kita. Mereka
membelanjakan wang ringgit yang banyak semata-mata untuk menyara kita.
Mereka tidak pernah sekali pun merungut atas kesusahan untuk menampung
kos kehidupan anak-anak. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban demi kita,
malahan menjaga kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang
penuh.
Di samping itu, untuk memastikan anak-anak berjaya sehingga menara
gading, ibu bapa berusaha untuk memberikan pendidikan yang sempurna
kepada kita. Misalnya, mereka menghantar kita ke sekolah untuk mendapat
pendidikan. Selain itu, mereka juga mendidik kita dengan agama yang sempurna
supaya kita menjadi orang yang berakhlak.
Tatkala kita ditimpa musibah, merekalah yang setia di sisi kita. Contohnya,
ketika kita sakit, ibu bapa kita yang akan menjaga dan menemani kita. Ketika itu,
mereka juga menjadi doktor kita. Siang dan malam mereka berjaga kerana risau
akan kesihatan anak-anak mereka. Oleh itu, apabila kita dewasa kelak, pastikan
kita menjaga mereka seperti mereka menjaga kita.
Kesimpulannya, sayangilah kedua-dua orang tua kita kerana tanpa mereka
kita tidak mungkin hidup di dunia ini. Ungkapan seorang ibu pasti boleh menjaga
sepuluh orang anak, jelas menunjukkan kasih sayang ibu bapa terhadap anakanak mereka.
Sumber:
bapa.html

http://www.santaileeza.com/2016/01/karangan-kasih-sayang-ibu-

TAJUK: IBU YANG SAYA SAYANGI


(Karangan jenis Biografi)
Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik
kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan
tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Aminah Ali. Beliau berumur 35 tahun.
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung.
Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu
saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan
mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas.
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk.
Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan
memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu
akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan
menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada
waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.
Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami
sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian
saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami.
Kami juga akan menonton televisyen bersama-sama.
Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu
tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa
membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.

Sumber:
http://bahasamalaysiashadia.blogspot.my/2011/12/karangan-biografiibu-saya.html

Anda mungkin juga menyukai