Anda di halaman 1dari 3

Refleksi STEM Kluang

Antara usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


untuk meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri
adalah menerusi pengukuhan pendidikan STEM. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang
berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam
konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang
mencabar, menyeronokkan dan bermakna.

STEM penting sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran


dan berdaya saing di peringkat global. Kebanyakan negara maju menekankan STEM kerana
ia meliputi setiap aspek kehidupan masyarakat dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi
masa hadapan. Modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran STEM diperlukan untuk
negara kekal berdaya saing dan dinamik di peringkat global. Peningkatan enrolmen dan
kecemerlangan murid STEM ke peringkat tertiari menggalakkan penyelidikan dan
pembangunan dalam ciptaan baharu dan inovasi serta dapat menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan. Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang berfokuskan murid dapat
menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. P&p yang
menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan
p&p STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran
secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan
pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid yang mengikuti p&p
STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik
teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. KPM
akan memastikan murid dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM yang
diperlukan untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiari dan seterusnya menghadapi
cabaran dunia yang sentiasa berubah. Usaha juga dibuat untuk memantapkan p&p STEM bagi
menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah dengan aktiviti
yang mencabar minda melalui inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran
berasaskan projek.

Semasa menyertai karnival STEM yang diadakan di SMK Seri Intan di


Kluang, kami telah melibatkan diri dalam setiap jenis aktiviti yang dipamerkan. Salah satu
aktiviti yang disertai ialah pembedahan tikus. Melalui aktiviti ini, kami dapat memperhatikan
struktur dan organ-organ dalaman badan spesies mamalia. Walaupun saya mempunyai
pengalaman yang sama semasa belajar di Tingkatan 6, tetapi untuk kali ini saya dapat melihat
bagaimana guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan pembimbing ketika pelajar-
pelajar menjalani pembedahan tikus. Dengan tunjuk ajar guru yang teliti, pelajar-pelajar dapat
berjaya menyempurnakan tugas yang diagihkan. Pelajar-pelajar pun menunjukkan kepuasan
hati apabila tugasan ini diselesaikan.

Seterusnya, kami juga menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan dari UTM


yang mempamerkan booth STEM. Kami membantu rakan-rakan untuk set-up peralatan dan
bahan bantu mengajar supaya kajian yang akan dibuat olehnya dapat dilaksanakan dengan
lancar. Aktivit ini memerlukan pelajar menyumbangkan idea yang kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan kincir angin. Dengan ini, kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah
tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan dapat dipupuk dan memanfaatkan pelajar. Booth STEM pula menerima
respons yang baik disebabkan pelajar yang mencuba menyelesaikan tugasan ini mendapati
bahawa aktiviti ini sangat mencabar dan memenuhi naluri ingin tahu.

Di samping itu, kami pun berpeluang melihat pembedahan mata lembu.


Pelajar-pelajar yang menjalankan aktiviti ini menunjukkan kemahiran dan kebolehan yang
hebat dan berprestasi tinggi. Pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
dalam bilik darjah semasa menjalankan pembedahan mata lembu. Pelajar-pelajar ini dapat
mengenal dan menyebut nama struktur mata. Melalui aktiviti ini, ilmu dan pengetahuan yang
telah diajar oleh guru dapat diperkukuhkan lagi dalam minda pelajar.

Selain itu, Jabatan Veterina juga mempamerkan specimen-specimen organ


dalaman pelbagai jenis haiwan di Makmal Sains 1. Aktiviti ini mendedahkan dan
memperkenalkan struktur luaran organ pelbagai bahagian kepada pelajar-pelajar. Aktiviti ini
bukan sahaja meluaskan pengalaman pelajar, tetapi juga menyediakan platform untuk
menceburi diri dalam kerjaya veterina pada masa depan.

Pameran kerjaya pula mendedahkan peluang dan pemilihan kepada pelajar-


pelajar pelbagai jenis pekerjaan. Lantaran itu, pelajar-pelajar boleh membuat keputusan
tentang bidang-bidang yang ingin diceburi dan melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.
Pihak berkenaan juga memberi bimbingan dan nasihat yang munasabah kepada pelajar-pelajar
yang akan menamatkan pelajaran sekolah menengah yang bingung berada di persimpangan.
Dengan itu, pelajar-pelajar dapat menceburi diri dalam bidang yang diminati dan mengikut
kebolehan sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya.

Tambahan pula, kami juga menyertai online game Quizizz dengan


seronoknya. Dalam online game Quizizz ini, kami bertanding menjawab soalan dengan
pelajar-pelajar sekolah menengah. Nasib baiknya, salah satu rakan daripada kami menang dan
menjadi johan. Saya pula mendapat tempat ketiga dalam online game ini. Jika saya
menggunakan online game ini dalam pengajaran dan pembelajaran, anak murid saya pasti
berasa seronok dan berminat untuk belajar. Dengan itu, tahap pencapaian murid akan
meningkat akibat minat untuk belajar sesuatu yang baharu bertambah.

Akhirnya, kami pun mengambil bahagian dalam pameran MPOB. Dalam


pameran ini, kami pun mengenali spesies-spesies buah kelapa sawit, iaitu Dura, Pisifera dan
Tenera. Kami juga berpeluang melihat dan menyentuh biji kelapa sawit yang telah dipetik
daripada pokok. Kami pun mempelajari baka campuran antara spesies Pisifera dan spesies
Tenera dapat meningkatkan kuantiti penghasilan minyak kelapa sawit sebanyak 10 kali ganda.
Saya memperoleh banyak ilmu dan pengetahuan tentang penanaman kelapa sawit melalui
penerangan daripada pihak MPOB.

Akhir kata, saya sungguh berpuas hati setelah menghadiri karnival STEM
kali ini kerana lawatan ini bukan sahaja meluaskan pengalaman saya, tetapi juga memberikan
inspirasi kepada saya untuk memperbaiki kaedah pengajaran saya. Saya yakin bahawa anak
murid saya akan mendapat manfaat daripada tunjuk ajar saya yang diubahsuaikan mengikut
pengalaman yang menyertai karnival STEM kali ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Dr Zaleha kerana memberikan kesempatan ini untuk menyertai karnival
STEM yang begitu memanfaatkan saya. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai