Anda di halaman 1dari 4

Apakah makanan yang sinonim dengan Negeri Sembilan?

Bahan masakan yang diperbuat daripada udang geragau yang dimampatkan, tahan lama dan berbau.

Resepi ayam istimewa orang India. T_ _ _ _ _ _ _

Apakah makanan orang Pahang yang menggunakan biji getah sebagai bahan masakan?

Campuran udang geragau, sedikit air,nasi dan garam. Dimakan dengan cili, hirisan bawang dan perahan limau.

Hidangan nasi yang sangat terkenal di Pulau Pinang.

Makanan Johor yang terdiri daripada gabungan mee goreng, ayam masak kicap, serunding, dan ikan masin?

Sejenis gula yang manis dan berwarna coklat gelap. Popular di Melaka.

Sejenis manisan pencuci mulut yang diperbuat daripada kacang soya dan gula melaka. Makanan orang TiongHua.

Makanan yang diperbuat daripada beras pulut dan diperam beberapa hari.

Makanan hari raya. Dalam batang ada daun, dalam daun ada isi.

Juadah yang diperbuat daripada tepung attar. Makanan orang India.

Makanan yang selalu dimakan semasa sarapan pagi. klu: kacang, timun, telur rebus

Sejenis roti yang ditebar dan dicicah dengan kari. Makanan orang India.

Makanan orang Sabah yang diperbuat daripada sagu yang dicampur air panas. Dimakan menggunakan candas atau kayu penyepit.

Popular di Kelantan. Nasinya berwarna biru.

Diperbuat daripada pati ikan bilis. Dimakan dengan nasi panas. Boleh dihidangkan bersama perahan asam limau, cili api dan juga tempoyak.

Makanan yang diperbuat daripada isi buah durian dan diperam lama.

Selalu dihidangkan sewaktu perayaan Deepavalli. Teksturnya rangup dan berbentuk bulat.

Makanan orang Terengganu. Nasi yang dihidangkan dengan gulai ikan atau gulai ayam.

Kek yang berwarna warni dan banyak lapis. Popular di negeri Sarawak.

Kuih tradisi masyarakat Cina yang dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Berbentuk bulat atau segi empat tepat dan berintikan biji teratai.

Hirisan daging lembu atau ayam dipanggang. Dimakan dengan kuah kacang, hirisan timun, bawang dan nasi impit.

Makanan diperbuat daripada dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Makanan masyarakat India.

Makanan tradisi Sarawak. Resepinya boleh terdiri daripada isi ikan atau udang. Dicampur dengan halia, cili dan asam kelubi.

Makanan kegemaran kaum Iban. Ayam dimasak di dalam buluh bersama serai, halia bawang putih, dan daun bungkang. Ditutup dengan pucuk ubi kayu.

Hidangan tradisional kaum Kadazan-Dusun. Campuran isi ikan segar, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, garam dan perahan limau.

Campuran tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/santan,dibentuk seperti mee dan dikukus. Dimakan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka.

Hidangan nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk. Dimakan bersama rendang.

Sejenis makanan orang Cina yang dimakan dengan kuah. Bahan-bahannya seperti tauhu, sotong kembang, bebola ikan/ayam, kangkung, telur puyuh, dan banyak lagi dicelur di dalam sup panas.

Anda mungkin juga menyukai