Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanakkanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru. Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
Kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapa Menyediakan peluang untuk mereka bermain dengan kanak-kanak lain dan rakan-rakan sebaya Berpeluang membina keyakinan diri dan harga diri Persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin Memperoleh sokongan, bimbingan, disiplin dan galakan daripada ibu bapa, guru dan penjaga
Kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dengan kanak-kanak lain dan rakan sebaya
Dalam membesarkan kanak-kanak, ada ketikanya ibu bapa terlupa kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain. Dalam mengejar arus pemodenan masa kini, ibu bapa lebih memberi penekanan kepada pencapaian akademik sehingga ada ketikanya kanak-kanak langsung tiada masa bermain atau beriadah. Kerap kali ibu bapa mengucapkan kata-kataseperti Kamu asyik nak main sahaja atau Baca buku itu, jangan main tanpa menyedari kepentingan bermain bagi kanak-kanak. Peluang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak untuk bermain sama ada sendirian atau dengan kawan-kawan secara berkumpulan.
Bermain merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan kanak-kanak dan sama pentingnya dengan keperluan lain seperti belajar, makan dan tidur.. Bermain mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain serta dapat memupuk kemahiran bersosial seperti berkawan, mengawal diri, berkongsi dan bertoleransi. Bermain juga membantu kanak-kanak memupuk kreativiti dan menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Sewaktu bermain, kanak-kanak bebas untuk berlari, ketawa dan menjerit dan ini dapat membantu pernafasan dan menggalakkan mereka meluahkan perasaan. Pada masa yang sama bermain bersama rakan-rakan akan juga membantu kanak-kanak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri mereka dan mempelajari cara bermain dengan betul. Apabila bermain dengan rakan sebaya, kanak-kanak biasanya berasa selesa dan ini membantu meningkatkan keyakinan diri. Dalam mengharungi kehidupan masa kini, ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bermain dengan rakan sebaliknya membiarkan menonton televisyen, melayari Internet atau bermain video game tanpa pemantauan dengan alasan tidak mahu anak keluar dari rumah. Amalan ini tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa seharusnya memastikan masa menonton dihadkan dan memilih rancangan yang sesuai untuk ditonton supaya kanak-kanak tidak terpengaruh dengan perlakuan negatif dari televisyen dan permainan video. Ibu bapa perlu bermain dengan kanak-kanak dan melakukan aktiviti bersama. Ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi dan berkongsi pendapat bersama anak-anak.
Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan disiplin sewajarnya dari ibu bapa, guru dan penjaga
Sekiranya kanak-kanak melakukan kesalahan, mereka perlu didisiplinkan . Keluarga dan masyarakat bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan dan disiplin sewajarnya kepada kanak-kanak. Dalam mendisiplinkan anak-anak, ibu-bapa perlu memberi teguran yang konsisten. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, hukuman perlu diberi. Walau bagaimanapun, hukuman fizikal seperti merotan, memukul dan menampar akan menyebabkan kanak-kanak memberontak dan menjadi lebih agresif. Hukuman yang diberi perlu mengajar mereka mendisiplinkan diri sendiri seperti hukuman mendenda mereka melakukan kerja rumah , tidak membenarkan mereka keluar rumah untuk bermain (grounded), berdiri menghadap dinding (time-out), atau memotong wang perbelanjaan bertujuan mengajar memperbaiki diri dan ke arah kebaikan. Anak-anak perlu diterangkan mengapa mereka dihukum. Ketegasan ibu bapa diperlukan dan anak-anak perlu diberitahu bahawa kemarahan hanya pada tingkah laku mereka dan bukan pada diri mereka.
pelajaran merosot bimbang, susah hati, kecewa dan sedih ponteng sekolah tidak mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah menjadi agresif dan melawan orang tua masalah kencing malam mengalami mimpi ngeri dan menakutkan