Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

Ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-
anak.Hal ini demikian kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai
kesedaran tentang pentingnya kehidupan bersantun.Ibu bapa perlu mengambil berat
dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak.ibu bapa patut meluangkan masa
bersama-sama anak-anak.Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai
menatang minyak yang penuh.Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-
anak.

Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk
turut berbuat demikian.Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak
sejak anak masih kecil lagi.Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak
ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka.Jangan sesekali ketam
mengajar anaknya berjalan lurus.ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna.

Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak.anak-anak
sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah
agama.Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing,
mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai
murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka.

Ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak terutamanya golongan
remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga
terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan
kumpulan mat rempit dan kaki lepak.ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta
pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala
mereka mungkin tersalah langkah.

Golongan masyarakat juga perlu sentiasa prihatin terhadap perkara yang berlaku di
persekitaran mereka.Selain itu,golongan masyarakat haruslah membuang sikap tak
endah dan mengamalkan sifat prihatin terhadap perkara yang berlaku di persekitaran
mereka. golongan masyarakat perlulah mengamalkan sikap penyayayng dalam
kehidupan seharian. Amalan ini penting dalam pembentukan sahsiah seorang remaja
yang bersantun dan berbudi berkerti mulia.

Terdapat banyak cara menangani isu ibu bapa dan masyarakat dalam kesantunan.
Kerajaan merupakan pihak paling penting dalam perkara ini.Kerajaan harus
menguatkuasakan undang-undang. Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan
anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.
Selai itu,pihak kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah ini yang disebabkan oleh keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Pihak
kerajaan harus mengenakan hukuman yang bejat kepada mereka yang membuang
sampah sesuka hati kerana hilang kesantunan dan budi bahasa. Sebagai contohnya,
pihak kerajaan harus meningkatkan kompaun atas masalah pembuangan sampah-sarap
secara sesuka hati ini. Selain itu, pihak kerajaan harus menjatuhkan hukuman penjara
dan mencaci mereka yang membuang sampah-sarap secara sesuka hati supaya
masyarakat akan melihat kebejatan masalah ini dan supaya mereka yang terjebak
dalam masalah ini akan membuka mata dan balik ke pangkal jalan.

Keluarga juga memainkan peranan dalam perkara tersebut.Setiap orang harus


mengawal emosi diri sendiri terutamanya ibu bapa.Ibu bapa harus menjadi teladan yang
baik kepada anak-anak Mereka juga harus sentiasa ambil tahu perkara tentang anak-
anak mereka sama ada di sekolah, di luar rumah ataupun di rumah.Mereka juga harus
meluangkan masa menemani anak-anak mereka dan mendidik anak-anak mereka.Dan
paling pentingnya,memberi kasih saying kepada anak-anak mereka.

Kesimpulannya,didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang akhlak
tinggi.segenap lapisan masyarakat juga harus memainkan peranan untuk melahirkan
generasi yang berbudi bahasa.Dengan ini,saya yakin Malaysia pasti boleh duduk sama
rendah,berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai