Anda di halaman 1dari 3

Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak

1. Teori Psikoanalisa (Sigmund Freud)


-Definisi moral bagi Freud adalah merangkumi aspek-aspek seoerti
bertanggungjawab pada sesuatu tingkah laku, mematuhi peraturan dan undangundang, membuat keputusan dan penilaian moral yang bersesuaian. Beliau
berpandangan, pertumbuhan moral kanak-kanak berkembang sejajar dengan
perkembangan jasmani, kognitif dan emosi mereka. Dalam teori psikoanalisa,
pengalaman awal kanak-kanak dan desakan dalaman mempengaruhi tingkah laku
mereka menjadi fokus utama. Desakan-desakan dalam diri ini terdiri daripada id,
ego dan superego. Ketiga-tiga desakan ini akan mempengaruhi individu itu.

Desakan-desakan dalaman yang harus diperhatikan oleh ibu bapa dan guru dalam membentuk
perkembangan kerohanian moral kanak-kanak.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL

Peringkat Permbangan Moral Individu (Saya nyatakan sebagai panduan utk kanak-kanak sehingga 12 tahun
sahaja-masih ada beberapa peringkat lagi)

Teori Freud menegaskan tentang pentingnya interaksi awal kanak-kanak dengan ibu
bapa. Beliau juga menerangkan mengenai unsur-unsur dalaman yang merangsang
tingkah laku dan cara bertindak anak dengan persekitaran yang menjadi penentu
moraliti individu.
2.

Teori Kognitif (Jean Piaget)

-Perkembangan moral berkaitan dengan aturan-aturan dan ketentuan tentang apa


yang seharusnya dilakukan oleh orang dalam berinteraksi dengan orang lain.
Kebanyakkan pakar mempelajari tentang bagaimana anak-anak kita berfikir,
berkelakuan dan menyedari tentang aturan-aturan tersebut. Terdapat dua kajian
yang dilakukan oleh Piaget (1932) mengenai perkembangan moral kanak-kanak dan
remaja iaitu membuat pemerhatian terhadap sejumlah kanak-kanak yang bermain
sambil mempelajari bagaimana mereka bermain dan memikirkan tentang peraturanperaturan permainan. Selain itu, Piaget menanyakan kepada kanak-kanak tentang
natijah-natijah

apabila

kanak-kanak

melakukan

kesalahan

seperti

mencuri,

berbohong, hukuman dan keadilan.


Hasil daripada kajian beliau, Piaget menyimpulkan bahawa kanak-kanak berfikir
dengan dua cara yang sangat berbeza mengenai perkembangan moral kerana
pemikiran ini bergantung kepada tahap perkembangan mereka. Dua cara tersebut
ialah Heteronomous Morality dan Autonomous Morality.

Penerangan ringkas mengenai Teori Perkembangan Kognitif-Moral Piaget

3. Teori Perkembangan Moral (Lawrence Kholberg)


-Teori perkembangan moral Kohlberg (1986) lebih memfokuskan kepada penaakulan
moral peringkat awal remaja dan dewasa. Beliau berpandangan bayi dan kanakkanak masih tidak mampu menaakul dan mencapai nilai moral yang sebenar.
Kohlberg menekankan bahawa perkembangan moral didasarkan terutama pada

perkembangan moral dan perkembangan berlaku secara peringkat iaitu daripada


awal remaja sehingga dewasa.
Penaakulan moral bergantung kepada perkembangan akal dan keupayaan
menaakul seseorang. Oleh itu, keupayaan menaakul berkembang seiring dengan
perkembangan logiknya. Penaakulan moral Kohlberg terbahagi kepada tiga
peringkat dan setiap peringkat dipecahkan kepada dua tahap.

Teori Penaakulan Moral Kohlberg

Anda mungkin juga menyukai