Anda di halaman 1dari 3

KONSEP PERAPATAN

Perapatan merupakan hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal


sepanjang hayat seseorang. perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat,
selesa dan seronok kepada seseorang. ianya terbentuk sejak lahir lagi iaitu semasa
bayi berada dalam kandungan ibu. perapatan boleh diwujudkan melalui interaksi
dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, jiran-jiran dan masyarakat.
Menurut Pipp & Haromon (1987), perapatan merupakan sejenis hubungan
emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal
seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam
perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dan
penjaganya. Ikatan atau hubungan ini adalah untuk mendekatkan penjaga kepada
dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan dan kasih sayang.
Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting
membentuk ikatan (bond) atau perapatan antara bayi dengan penjaga. Dia juga
menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan
oleh ibu atau penjaga kepada bayi.

JENIS-JENIS PERAPATAN
Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan
satu prosedur iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan bayi
(infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan kerisauan yang
dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan dengan penjaga atau ibu.
Beliau telah membahagikan perapatan bayi kepada 3 jenis iaitu perapatan selamat,
perapatan mengelak, dan perapatan bimbang ketidaktentuan yang dapat diringkaskan
seperti berikut.

1. PERAPATAN SELAMAT - SECURE ATTACHMENT


Perapatan selamat berlaku apabila kanak-kanak boleh menerokai dan
memahami persekitaran mereka dengan rasa selamat dengan kehadiran penjaganya.
Walaupun terdapat orang asing, mereka tidak merasa bimbang dan dapat bergaul
dengan orang asing tersebut dengan kehadiran penjaga disisi mereka. Apabila
penjaga mereka meninggalkan mereka, mereka akan merasa sedih dan kecewa.
Tetapi, apabila penjaga mereka kembali, mereka akan menyambutnya dengan
gembira dan berasa tenang semula. . Bayi yang mempunyai perapatan selamat
dengan ibunya biasanya mempunyai ibu yang bersifat responsif dan peka terhadap
keperluannya. Mereka sentiasa memahami emosi bayi dan memberi respons yang
positif terhadap emosi bayi. Mereka juga menunjukkan kasih sayang kepada bayi serta
menghayati peranan sebagai ibu kepada bayi. Selain itu, ibu bapa seharusnya
mendidik anak-anak mereka dengan konsep perapatan selamat supaya mudah untuk
kanak—kanak apabila memasuki alam persekolahan kelak. Mereka akan dapat
menerokai alam persekolahan tersebut dengan perasaan yang gembira dan seronok
kerana mereka yakin bahawa ibu bapa mereka akan kembali dan mereka akan
berjumpa kembali dengan ibu bapa mereka.
2. PERAPATAN BIMBANG KETIDAKTENTUAN - AVOIDANT ATTACHMENT
Perapatan bimbang ketidaktentuan pula ialah apabila kanak-kanak merasakan
tekanan yang sangat besar apabila orang asing berada dengannya. Walaupun ibu
bapa ada bersama mereka, tetapi mereka akan tetap merasa bimbang kerana
kehadiran orang asing. Perasaan bimbang mereka bertambah apabila ibu bapa
meninggalkan mereka. Apabila ibu bapa kembali, kanak-kanak akan menghampiri
mereka tetapi akan menolak sebarang perhatian yang diberikan oleh ibu bapa seperti
memalingkan mukanya dan tidak mahu dipeluk atau didukung.
Walaubagaimanapun, mereka tidak akan berjauhan dengan ibu bapa. . Ibu kepada
bayi jenis ini tidak peka terhadap isyarat dan keperluan bayi. Dia juga bersifat menolak
dan kurang dari segi hubungan fizikal dengan bayi.

3. PERAPATAN MENGELAK – ANXIOUS / AMBIVALENT ATTACHMENT


Perapatan mengelak terjadi apabila kanak-kanak hanya menunjukkan
perasaan yang sangat sedikit terhadap penjaga. Mereka juga tidak berminat dan tidak
akan menerokai persekitaran walaupun ianya merupakan persekitaran yang baru bagi
mereka.apabila orang asing ada bersama kanak-kanak itu, mereka tetap tidak
menunjukkan sebarang respon sama seperti mereka tidak menunjukkan respon
kepada penjaga mereka. Perapatan jenis ini mempunyai kaitan dengan sifat ibu yang
tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi. Ibu juga kekok ketika
berinterkasi dengan bayi.

Fasa-Fasa Dalam Pembentukan Perapatan


Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan, iaitu:
• Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) – bayi menerima orang lain di sekelilingnya tetapi
kebolehan untuk membezakan mereka adalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak
menangis jika didukung oleh sesiapa sahaja.
• Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) – bayi mula dapat membezakan tingkah laku
terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu
yang sering menjerit kepadanya.
• Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) – bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati
dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu
menyentuh atau duduk berhampirannya.
• Fasa 4 (2 tahun ke atas) – kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan
emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi
sebenar.

Kesan Perapatan Terhadap Emosi

a) Perapatan penting kepada semua manusia. Bayi yang lahir perlukan jagaan
daripada orang dewasa sama ada untuk mendapatkan makanan, membersihkan diri
atau mendapatkan perlindungan emosi. Kemesraan, kasih sayang, penjagaan dan
perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga bukan sahaja membantu
dalam proses perkembangan kognitif, malah mempengaruhi perkembangan
sosioemosi dan perkembangan moral.
b) Dari segi sosioemosi, perapatan mempengaruhi sejauhmana kanak-kanak menilai
diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Konsep kendiri
yang terbina melalui perapatan akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ini
hingga dewasa kelak.

c) Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat memainkan peranan yang besar
dalam membentuk perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi,
disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk
perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang
membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial
keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.

d) Perapatan selamat akan membentuk gaya perapatan selamat dalam diri kanak-
kanak. Begitu juga dengan bentuk perapatan yang lain. Sekiranya anak-anak
memperoleh perapatan selamat, mereka juga akan mempamerkan sikap-sikap yang
positif, berkasih-sayang serta menghargai orang lain. Mereka gembira untuk
berinteraksi, bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain.

d) Perapatan yang mengelak atau bimbang ketidaktentuan pula berkemungkinan


akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, pemarah, ganas, dan tidak
menghormati orang lain. Mereka selalunya bermasalah dalam perhubungan dengan
rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu
menyalahkan diri dan orang lain.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa personaliti individu bukan hanya


dipengaruhi oleh perapatan semata-mata ttapi juga melibatkan aspek-aspek lain
yang dialami sepanjang kehidupan seperti perceraian ibu bapa, kematian orang
tersayang dan sebagainya.

KESIMPULAN
Perapatan adalah amat penting bagi membentuk remaja atau individu yang
bersahsiah tinggi. Ia amat penting bagi mewujudkan individu yang mempunyai
pemikiran yang positif, berkeyakinan tinggi, hormat menghormati dan mempunyai
akhlak yang baik. Modul didikan keluarga amat baik bagi membantu masyarakat
membentuk perapatan yang baik dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mengambil
berat tentang perapatan dengan anak bagi mewujudkan generasi yang gemilang. Hal
ini kerana perapatan ataupun hubungan kasih sayang amat penting bagi pembentukan
anak-anak yang baik. Kuih yang sedap selalunya berasal dari resepi yang baik dan
acuan yang cantik. Begitu juga di ibaratkan perhubungan anak-anak dengan ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai