Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 28 April 2014


Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Tahun: 3 Bestari
Bil. Murid : 30 orang
Tema : Keselamatan
Tajuk : Siapakah Dia?
Standard Kurikulum:

4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan


secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

Standard Pembelajaran:
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan
susunan idea yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyampaikan cerita yang bertajuk Siapakah Dia dengan menggunakan sebutan


yang jelas, dan intonasi yang betul melalui teknik lakaran.
2. menjelaskan aspek keselamatan yang perlu diberikan perhatian ketika aktiviti
perkhemahan.

Sistem Bahasa
 Tatabahasa : Sintaksis - Ayat aktif transitif
 Kosa kata : rapuh, sekah, bergenang

Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

 Ilmu : Pendidikan Moral dan Kokurikulum


 Nilai Murni : Bekerjasama, bertanggungjawab dan berani
 Pendidikan Alam Sekitar : Bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK –membina ayat melalui
video, menghantar e-mel
 Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi
 Elemen Keusahawanan
EK 1: 1.4 Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan
menghasilkan banyak idea
EK 1: 1.10 Berorientasikan pencapaian
EK 2: 2.2 Menganalisis dan menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu
EK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran

Kepelbagaian Strategi

 KB : Penyoalan, menghubungkaitkan dengan pengalaman


 KP : Verbal linguistik, naturalistik, interpersonal, kinestetik, ruang dan muzik
 BCB : Mengumpulkan maklumat dan memproses maklumat
 Pembelajaran kontekstual : Menghubungkaitkan dengan kehidupan seharian.
 Pembelajaran konstruktivisme
 Strategi PdP: Pemerhatian, Direktif, Koperatif dan Kolaboratif

Bahan bantu mengajar

Jenis Bilangan
1 Skrip cerita “Siapakah Dia” untuk bacaan guru 1

2 Kertas A4 untuk membuat lakaran 30

3 Video dan Lirik lagu : “Berhati-hati di Jalan Raya” 1


(dipaparkan)

4. Video dan lirik lagu Pengakap 1


(dipaparkan)

4 Gambar slaid – aktiviti perkhemahan 3

5 Grafik peta pemikiran : Borang “Aspek 15


Keselamatan”

6 Borang rekod penilaian:


Borang penilaian rakan sebaya untuk aktiviti 30
bercerita

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari cara bercerita dengan menggunakan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dalam pelajaran yang lalu.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN :

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


dan Masa Pembelajaran

Set induksi:
(5 minit)
Lagu: Berhati-hati di Jalan 1.Murid menghayati lagu Kecerdasan Pelbagai:
Raya (You tube Cerdik sambil membuat gerakan Kinestetik, Muzik,
Sivik Abot) mengikut gambar dalam Verbal linguistik
video (seni kata lagu
dipaparkan). Sambil itu
murid bernyanyi
bersama-sama. Strategi P & P:
Soalan guru: Konstruktivisme
3. Guru menyoal murid
1. Apakah pesanan yang tentang pesanan yang
disampaikan melalui lagu terdapat dalam video
tersebut? tersebut.

2. Bagaimana dengan 4. Guru melanjutkan


keselamatan di tempat perbincangan kepada
lain, misalnya di dalam aspek keselamatan di
rumah, di tempat awam, di tempat lain.
tempat sunyi?
4. Guru mengaitkan
3. Apakah yang perlu perbincangan dengan
awak lakukan sebagai tajuk pelajaran.
persediaan untuk
menghadapi ancaman
atau bencana?

Langkah 1:

(5 minit) Cerita Siapakah Dia - 1. Guru bercerita kisah Strategi pdp:


Rujuk Lampiran 1 (untuk yang bertajuk Siapakah Pemerhatian
rujukan guru sahaja) Dia sambil membuat
garisan.

2. Murid diminta Kecerdasan Pelbagai:


Verbal linguistik,
mendengar cerita dengan
Naturalistik
teliti sambil melihat
lakaran yang buat oleh Penyerapan Ilmu:
guru. Pendidikan Moral

3. Guru berbincang
dengan murid tentang
kisah sebentar tadi.

Langkah 2: Borang Penilaian Rakan 1.Kumpulan


(25 minit) Sebaya: Pengayaan/Menguasai:
Secara berpasangan, Pengayaan
Rujuk Lampiran 2 murid mengambil giliran Strategi P & P:
untuk bercerita sambil Koperatif
membuat garisan.
Pasangan murid tersebut Penilaian: Rakan
mendengarnya dengan Sebaya
teliti sambil membuat
penilaian terhadap EK: 5.1, 1.10
penyampaian rakannya
Elemen: Kreativiti
itu dari aspek sebutan,
intonasi, dan susunan Kecerdasan Pelbagai:
idea. Verbal linguistik,
Interpersonal, Ruang
Kumpulan
Pemulihan/Tidak
Menguasai: Guru
membimbing kumpulan Pemulihan
untuk menyampaikan
cerita menggunakan
perkataan dan ayat yang
betul, serta dengan
sebutan yang jelas dan
intonasi yang sesuai.

3. Guru dan murid


Penilaian (oleh guru)
berbincang tentang
aktiviti bercerita tersebut.
Guru membuat
pembetulan tentang
sebutan, intonasi,
susunan idea dan
persembahan murid.

Langkah 3: Rujuk Lampiran 3 – 1. Guru meminta murid Kemahiran Berfikir


(15 minit) Borang Peta Pemikiran mengingat perkara
penting yang perlu EK: 1.4
Jawapan: diberikan perhatian
dalam aktiviti
1. Jauhi pokok yang rapuh
perkhemahan
dan mudah tumbang.
sebagaimana yang
2. Jauhi dahan yang terdapat dalam cerita
sekah
3. Pilih tempat yang rata tadi.

4. Pintu khemah tidak 2. Murid pengayaan: Pengayaan


berhadap-hadapan Secara berpasangan,
murid dikehendaki
5. Tidak keluar jauh mengisi peta pemikiran
secara bersendirian tentang aspek
keselamatan tersebut.

Murid pemulihan: Pemulihan


Beberapa jawapan
disediakan dan murid
dikehendaki mengisi
tempat kosong dengan
jawapan yang tepat.

3. Guru dan murid Penilaian oleh guru


berbincang tentang
maklumat yang diisi di
dalam peta pemikiran
murid.

Langkah 4 Rujuk Lampiran 4a – Ayat 1. Guru memberikan Strategi: Direktif


(5 minit) Aktif Transitif penerangan tentang Ayat
Aktif Transitif melalui Kemahiran TMK:
paparan pada skrin Kemahiran
(Lampiran 4a). Guru Belajar:Mengumpulkan
memberikan contoh Maklumat
dengan memasukkan
perkataan dalam ruang
yang betul dan
menjelaskan fungsi Elemen: Kreativiti
setiap perkataan.
Rujuk Lampiran 4b –
2. Guru memaparkan
Jadual SKO
gambar slaid tentang
Gambar tersebut ialah: aktiviti perkhemahan. TMK

i. Murid memasang 3. Murid Kump. Kemahiran Berfikir:


khemah. Menguasai diminta
ii. Pengakap menyediakan mengisi ruang yang Pengayaan
makanan. kosong dengan
iii. Guru memberikan perkataan yang betul
hadiah.
(berdasarkan gambar
slaid) hingga terbinanya
aktif transitif yang
lengkap (Lampiran 4b). Pemulihan

Murid Kump. Tidak


Menguasai dibimbing
untuk mengisi perkataan
yang disediakan di dalam
ruang yang betul.

Penutup: Kognitif: 1. Dengan bimbingan Kemahiran Belajar:


(5 minit) Rumusan tentang isi guru, murid membuat
pelajaran: rumusan tentang Kemahiran berfikir
Murid mesti
keseluruhan pelajaran
mementingkan
keselamatan, sentiasa pada hari ini.
berwaspada di mana-
mana sahaja mereka
berada, sentiasa
membuat persediaan
sebelum pergi ke mana-
mana.
Sosial: Tahniah atas
sumbangan idea dalam
perbincangan.

2. Guru memberikan
pujian kerana dapat
menghayati kisah,
bercerita semula dan
memberikan idea yang
munasabah.
Kecerdasan Muzik dan
3. Murid menikmati lagu
Kinestetik
pengakap yang
dipaparkan sambil
menepuk tangan dan
menghentak kaki
mengikut irama dan
tempo lagu tersebut.

Cadangan aktiviti untuk pelajaran yang akan datang:


Standard Kandungan:
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

Standard Pembelajaran:
3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif secara berpandu
dengan betul.

Murid membina tangga cerita dan seterusnya menulis kesudahan cerita “Siapakah Dia”.
Lampiran 1

SIAPAKAH DIA?
(Untuk bacaan guru sebagai persediaan untuk aktiviti bercerita)

Amin murid yang Tahun 3 yang gemar akan aktiviti pengembaraan. Dia juga merupakan
murid yang pintar. Amin juga selalu mendapat gred A dalam pelajarannya. Pada hari
Sabtu dan Ahad, Amin biasanya keluar ke daerah lain bersama-sama dengan ibu
bapanya untuk melihat keindahan alam sambil menambah pengetahuan. Kadang-
kadang Amin mengikut kumpulan pengakap di sekolahnya dalam aktiviti perkhemahan.

Minggu akhir persekolahan yang lalu ialah Minggu Kokurikulum. Guru pengakap
di sekolah Amin bercadang untuk membawa kumpulan pengakap bersama-sama
dengan Amin pergi berkhemah di tepi sebuah gunung selama dua hari. Selain untuk
melatih pengakap supaya berani, perkhemahan tersebut juga bertujuan untuk
mempelajari aspek keselamatan ketika berada di tempat yang sedemikian. Pelbagai
latihan telah dilakukan sebelum mereka pergi termasuklah membina khemah, memasak
dan yang paling penting ialah aspek keselamatan. Pada hari yang berkenaan, Amin dan
anggota pasukan pengakap bertolak ke tempat yang telah ditentukan itu.

Setelah turun dari bas, cikgu membawa anggota rombongan berjalan kaki ke
tempat tersebut. Akhirnya sampailah mereka di tepi gunung. Berdekatan dengan
gunung itu ada air terjun. Sungguh nyaman suasana di tempat tersebut. Agak jauh dari
tempat tersebut ada beberapa kumpulan pelancong yang turut mengadakan aktiviti di
tepi khemah masing-masing.

Sebelum memasang khemah, guru memberikan penerangan tentang tempat


yang selamat untuk mendirikan khemah, iaitu tempat yang jauh dari pokok yang rapuh
dan yang mudah tumbang. Murid juga diminta menjauhkan diri daripada dahan yang
sekah kerana dikhuatiri boleh mencederakan mereka. Tanah yang dipilih mestilah yang
rata supaya air tidak bergenang di bawah khemah jika hujan turun dengan lebatnya. Di
tanah yang rata itu juga murid dapat tidur dengan selesa. Pintu setiap khemah juga
tidak boleh berhadap-hadapan antara satu sama lain untuk mengelakkan murid
bertembung sesama sendiri ketika kecemasan. Murid juga tidak dibenarkan pergi jauh
secara bersendirian.

Setelah mendapat tapak yang sesuai, Amin dan rakan-rakannya memasang


khemah. Untuk menguatkan khemah, Amin mengikat tali khemah pada batu. Khemah
Amin tampak kukuh. Amin menghias khemahnya dengan bendera. Setelah siap, Amin
dan rakan-rakannya mengikuti pelbagai aktiviti yang diatur oleh gurunya. Aktiviti
tersebut tamat pada pukul 10.00 malam.
Amin kemudiannya masuk ke dalam khemah untuk berehat. Tiba-tiba langit
menjadi gelap gelita. Dia terdengar bunyi guruh yang kuat. Dia juga ternampak kilat
sabung-menyabung dari dalam khemahnya. Hujan turun dengan lebatnya. Amin
berdiam diri di dalam khemahnya. Tiba-tiba, khemah Amin bergetar-getar ditiup angin
yang kencang dan hujan yang turun mencurah-curah. Bendera Amin pun patah.

Tidak lama kemudian, hujan pun reda. Amin ternampak cahaya yang terang di
luar. Amin perlahan-lahan keluar dari khemahnya untuk melihat alam sekeliling. Dia
memandang ke langit lalu terlihat bulan sedang mengambang. Dengan tidak semena-
mena, dia terdengar suara seorang perempuan sedang menyapanya. Apabila Amin
menoleh, dia terperanjat apabila terlihat seorang gadis mendekatinya. Siapakah dia?

Lakaran:

1. Ada seorang murid bernama Amin.

2. Amin mendirikan khemah.

3. Untuk mengukuhkan khemahnya, Amin mengikat hujung khemahnya pada batu.

4. Untuk memastikan khemahnya dikenali, Amin meletakkan bendera pada kiri dan kanan khemah
tersebut.

5. Tiba-tiba Amin terdengar bunyi guruh yang sangat kuat dan kelihatan kilat sabung-
menyabung. Khemahnya bergetar-getar. Benderanya pun patah.

6. Amin ternampak cahaya yang terang di luar. Dilihatnya bulan sedang mengambang. Dia
terdengar bunyi suara seorang perempuan sedang menyapanya. Apabila dia menoleh, dia
terperanjat apabila terlihat seorang gadis mendekatinya. Siapakah gadis itu?
Lampiran 2

BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA

Tandakan ( √ ) pada ruangan yang sesuai:

Aspek yang dinilai Cemerlang Baik Sederhana


(8-10 markah) (5-7 markah) (1- 4 markah)

Sebutan

Intonasi

Susunan idea

Nama Penilai: Tandatangan:

Tarikh:
Lampiran 3

ASPEK KESELAMATAN

UNTUK AKTIVITI

PERKHEMAHAN
Lampiran 4a

Ayat Aktif Transitif (untuk panduan guru)

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti
oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut.

Jadual SKO (S=Subjek – Apa/Siapa) (K=Kata Kerja Transitif) (O=Objek – apa/siapa)

Subjek Predikat

(Frasa Nama) Kata Kerja Transitif Objek

(Frasa Nama)

Adik makan nasi.

Mereka membaca buku.

Ayah memandu kereta.

Lampiran 4b

Latihan (berdasarkan gambar slaid yang ditayangkan)

Subjek Predikat

(Frasa Nama) Kata Kerja Transitif Objek

(Frasa Nama)
Murid memasang khemah.

Pengakap menyediakan makanan.

Guru memberikan hadiah.

Anda mungkin juga menyukai