Anda di halaman 1dari 31

NEGERI KEDAH

Soalan 1 : Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini


dikatakan kian luntur.
Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk
memupuk semangat kejiranan.
SET 1:
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita terus
berpegang dengan amalan murni budaya lama ke gunung sama didaki, ke lurah sama
dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Kehidupan seperti
inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan
progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan
hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula
mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan
dan tiada roh kesejahteraan. Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna,
seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegurmenegur dalam kalangan masyarakat.
Isi 1 : Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam masyarakat silam
terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang menyuburkan tradisi kunjungmengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima
hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit tanda ingat dan banyak tanda
ada)
Isi 2 : Berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran
tetangga jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam menghadapi
sebarang masalah besar atau kecil - tidak membezakan status dalam masyarakat
tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan menegur kesalahan dengan
nasihat secara ikhlas amalkan tanggungjawab anakku anakkau dan anakkau anakku
Isi 3 : Mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan - kalangan
berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi role model - ibu bapa
mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua - pemimpin
sentiasa mendekati rakyat sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur, dan telus
Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian boleh
memperkukuh jalinan kejiranan - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk
golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang berada mengadakan jamuan dan kenduri-kendara tidak mengukur nilai kebendaan tetapi
ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
Isi 5 : Golongan tua sentiasa dijadikan pakar rujuk sebagai menghormati taraf
mereka dalam masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan
pangkat - golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang terlalu dalam
antara generasi elakkan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar dalam
masyarakat
Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam
kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian
masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan murni yang sudah lama
berakar umbi ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan bermasyarakat lebih
harmoni dan riang.
SET 2 :
1

Tradisi kejiranan yang telah diamalkan oleh masyarakat silam berjaya


membendung anasir yang tidak baik seperti penganiayaan dan penderaan
kanak-kanak
Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menyemai sikap tersebut
semula dalam kalangan masyarakat
Pendahuluan: Peribahasa Melayu selalu menempelak sikap golongan yang sangat
mementingkan diri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingTempelak tersebut bagaikan sudah sinonim dengan gaya hidup manusia moden.
Pegangan seperti itu sebenarnya mendatangi kita pelbagai implikasi negatif apabila
masing-masing tidak ambil peduli walaupun jiran di sebelah rumah. Dengan sikap
seumpama itulah akhirnya pelbagai tragedi seperti penculikan, penderaan, dan
pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kini masyarakat
mula dibebani sindrom resah dan ketakutan. Demi mengembalikan kehidupan yang
sejahtera, aman dan harmoni, beberapa amalan murni hendaklah disemaikan semula
dalam masyarakat.
Isi 1 : Kembalikan sifat ingin menjaga tepi kain orang dengan amalan yang
positif sikap sentiasa ambil berat dan bertanya khabar dalam kehidupan
masyarakat tradisi hendaklah dihidupkan semula.
Isi 2 : Elakkan sikap yang terlalu bertuhankan material dan individualistik
meminggirkan diri daripada masyarakat arus perdana gah dan sombong dengan
kekayaan yang ada.
Isi 3 : Memperkasakan dan menghidupkan roh amalan ziarah dan kejiranan
menghormati jiran tetangga seperti menjaga kepentingan diri sendiri meneruskan
tradisi rumah terbuka, kenduri-kendara, sambutan perayaan dan ziarah kesakitan
serta kematian.
Isi 4: Mewujudkan persatuan/induk masyarakat setempat badan kebajikan
penduduk/masyarakat menjadi mata dan telinga kepada keselamatan penduduk
serta perantara dengan pihak berkuasa keselamatan.
Isi 5 : Bekerjasama dengan pihak polis penubuhan Rakan Cops sebagai suatu
organisasi yang aktif mengawal ketenteraman dan menyokong pihak polis mencegah
jenayah.
Kesimpulan: Mafhum daripada sepotong maksud Hadis yang menyatakan,
Kehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya
sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga
malam. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam masyarakat
moden kini. Insya-Allah apabila amalan seperti ini dihidupkan semula nescaya kita
terhindar daripada sebarang ancaman dan ketidaktenteraman.
Soalan 2 : Kesedaran sivik merupakan aspek penting dalam kehidupan.
Namun begitu, sikap ini semakin kurang diamalkan dalam kalangan
masyarakat.
Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan cara-cara untuk
menerapkan kesedaran tersebut.
Anasir vandalisme, membuang sampah merata-rata, merokok di tempat
larangan, dan mengotori tempat-tempat awam merupakan fenomena biasa yang
mudah dilihat dalam kalangan masyarakat kita. Sekali imbas, kita seakan-akan terfikir
bahawa masyarakat kita masih belum bertamadun sedangkan kita sudah memasuki
2

era milenium. Walaupun tahap celik akal masyarakat juga dikatakan semakin tinggi,
namun tingkah laku yang mempamerkan tahap kerendahan disiplin masih berleluasa
juga. Malu dengan imej kita terhadap masyarakat luar, semua pihak hendaklah lebih
prihatin untuk mengenal pasti punca gejala ini semakin luntur dan seterusnya
mengambil beberapa langkah praktikal untuk memantapkan semula tahap disiplin.
Faktor prima yang membawa kepada menularnya gejala negatif ini adalah
disebabkan oleh lunturnya semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Hal
(fenomena) ini terjadi disebabkan generasi muda tidak pernah merasai susah payah
dalam membangunkan sebuah negara. Empat puluh lima peratus kalangan rakyat
Malaysia dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan. Ramai sekali dalam
kalangan rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang tanggungjawab terhadap
negara, malah ada yang mempersendakan kemerdekaan negara. Oleh sebab itu,
golongan ini menjadi kelompok buta sejarah lalu berkuburlah semangat patriotik
dalam jiwa mereka. Apabila roh patriotisme mula luntur daripada jiwa dan sanubari,
runtuhlah tembok kekuatan sivik.
Selain itu kebankrapan nilai-nilai murni dalam masyarakat turut menjadi
hambatan kepada merosotnya kesedaran sivik. Faktor tersebut disebabkan manusia
hari ini semakin hilang semangat setia kawan, kurang menghormati hak orang lain
dan tidak menghargai hak dan kepentingan awam. Dalam kalangan jiran, semangat
kejiranan telah luput dan individu lebih selesa hidup secara bersendirian, ibarat enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Apabila rasa hormat terhadap
orang lain semakin hilang, justeru pupuslah budaya tegur-menegur yang secara
tradisinya menjadi tautan dalam kalangan masyarakat. Dengan sebenar-benarnya,
anutan terhadap nilai kebendaan dan individualistik telah membentuk suatu pola baru
masyarakat yang hidup cara nafsi-nafsi. Kesudahannya, terbentuklah suatu pola
masyarakat yang bersikap anarkis, menggunting dalam lipatan dan menjadi duri
dalam daging terhadap keharmonian masyarakat.
Pemerkasaan semula doktrin sivik hendaklah dimulakan melalui sistem
pendidikan. Langkah ini difikirkan sangat pragmatik kerana sistem pendidikan sahaja
yang mampu membentuk acuan dan hala tuju rakyat. Sehubungan dengan perkara
yang berkaitan, anak-anak yang masih di bangku sekolah mudah dibentuk pemikiran
dan sikap mereka. Seandainya betul cara yang dididik, nescaya betul jugalah hala tuju
dan landskap pemikiran rakyat. Suatu kaedah yang lebih praktikal, aspek
pengetahuan sivik hendaklah digabungjalinkan dalam subjek akademik. Strategi
tersebut lebih relevan daripada murid sekadar diajar menghafal fakta dan dalil
semata-mata. Sehubungan dengan itu, isi kandungan kurikulum seperti dalam subjek
bahasa dan kemanusiaan hendaklah hendaklah wujud nilai penyerapan yang tinggi
terhadap pemerkasaan sivik. Apabila usaha ini dapat memberikan kesan mendalam di
dalam jiwa dan sanubari murid barulah lahir insan syumul yang kaya dengan ilmu dan
cakna dengan akal budi.
Amalan sivik juga harus dikuatkuasakan dalam kalangan masyarakat umum.
Kebertanggungjawaban ini amatlah perlu kerana masyarakat umum juga mempunyai
tanggungjawab terhadap kepentingan awam dan negara. Tanpa penegasan dan
penguatkuasaan, individu lebih percaya bahawa mengamalkan nilai-nilai murni
bukanlah suatu perkara yang wajib, sebaliknya sebagai imej peribadi sahaja. Apabila
lunturnya perasaan bertanggungjawab, individu berasa bebas untuk melakukan apaapa sahaja termasuk menjejaskan kepentingan awam. Oleh hal yang demikian,
beberapa aspek dalam amalan sivik seperti bertanggunjawab, ketelusan dan
menghormati hak asasi harus dijadikan terma dalam undang-undang. Sudah tiba
masanya rakyat Malaysia digemblengkan komitmen mereka dalam memaksimumkan
amalan sivik bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Maruah sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan tingkah laku dan amalan
budaya mereka. Orang lain dengan mudah melabelkan diri kita dengan pelbagai
andaian apabila melihat cara kita bertindak. Oleh itu, jagalah maruah dan budi pekerti
agar kita diiktiraf sebagai bangsa yang bertamadun. Oleh sebab itu segala-gala yang
3

terpancar daripada tingkah laku mahupun tutur kata merupakan imej keperibadian
yang terbina daripada pasak kekuatan sivik.
Soalan 3 : Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan timbul terhadap mutu
pengangkutan awam di negara kita.
Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
pengangkutan awam.
Pendahuluan : Pada masa ini sudah menjadi fenomena biasa apabila para pemandu
terperangkap berjam-jam lamanya di jalan raya akibat kesesakan trafik. Keadaan
menjadi lebih parah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu
terutama dalam waktu puncak. Keadaan tersebut mengakibatkan peningkatan kos
dan pembaziran tenaga serta masa. Adakah keadaan yang bertambah parah ini
sekadar dapat ditonton dan didengari sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?
Bagi kalangan warga kota, inilah suatu cabaran besar yang tepaksa mereka harungi
sejak puluhan tahun yang lampau. Walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti
menambahkan rangkaian lebuh raya, sebaliknya usaha tersebut sekadar dapat
menambahkan kantong pemilik konsesi melalui kutipan tol tetapi masalah kesesakan
terus menghantui para pemandu. Oleh hal yang demikian, penyelesaian yang
berbentuk konvensional haruslah diperluas kepada penyelesaian yang bersifat
menyeluruh melalui pelbagai inisiatif daripada semua pihak.
Isi 1 : Memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandar-bandar
besar mengangkat taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan profesional
pengangkutan awam lebih canggih, lancar dan istimewa daripada kenderaan
persendirian cadangan mewujudkan lorong khas untuk pengangkutan awam
Isi 2 : Mempelbagaikan jenis kenderaan pengangkutan awam dapat menarik
minat penumpang serta sesuai dengan pilihan mereka kenderaan konvensional
seperti bas dan teksi kepada kenderaan yang lebih sofistikated
Isi 3 : Melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rankaian
pengangkutan
awam

menyediakan
kemudahan
pengangkutan
yang
bersambungan dan transit dengan setiap destinasi utama ke destinasi hiliran
sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir kenderaan di setiap
stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien
Isi 4 : Memberi suatu penanda aras cemerlang/status sosial yang tinggi
kepada pengguna perkhidmatan awam menukar paradigma berfikir masyarakat
bahawa pengangkutan awam sekadar untuk golongan marhaen logistik dan status
kenderaan hendaklah memenuhi pilihan dan cita rasa setiap kelas masyarakat ambil
cara modus operandi perkhidmatan teksi Uber yang sangat efisien
Isi 5 : Memperkemas sistem waktu bekerja anjal untuk mengurangkan
lambakan kenderaan dalam waktu puncak mewujudkan jarak masa pekerja
yang anjal antara agensi kerajaan, GLC, institusi pendidikan dan sektor swasta (perlu
dilaksanakan secara tegas melalui arahan kerajaan)
Isi
6
:
Mengangkat
budaya
dan
pemikiran
operator/pengusaha
pengangkutan awam dalam budaya berfikir kelas pertama (pemikiran
berkelas dunia) menjadikan bidang pengangkutan awam sebagai pekerjaan yang
mulia dan lumayan menjadi pemandu yang berhemah, mesra pelanggan dan
berilmu pengetahun membuang imej buruk pemandu teksi dan sebagai kasar, baran
dan pengotor

Kesimpulan : Berpandukan kata-kata tokoh, Jikalau mahu maju bersedialah untuk


keluar daripada kepompong jumud katak di bawah tempurung dan berani membuat
anjakan paradigma barulah nampak kejayaannya. Sesungguhnya, kejayaan yang
hakiki biasa lahir daripada kebolehan insan-insan biasa yang mampu berfikir secara
luar biasa. Oleh sebab itu, dalam mencari penyelesaian kepada masalah kronik
kesesakan trafik, sudah tiba masanya sesuatu idea baru yang kreatif dan produktif
dicetuskan segera. Biarlah lontaran idea tersebut tidak logik kepada sesetengah pihak
tetapi relevan dalam menyelesaikan masalah yang tiada kesudahannya.
KELANTAN
Soalan 1 : Remaja kini sering terbabit dengan pelbagai gejala negatif yang
menjejaskan mereka sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif
dalam kalangan remaja.
Perubahan arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan
tersebut turut disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula
dengan teknologi internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta
merta. Fenomena tersebut amat mencabar jiwa panas remaja yang turut disokong
pula oleh semangat inkuiri menyebabkan remaja bagaikan cacing kepanasan.
Mereka kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri malah kadang-kadang mereka lebur
dalam gejala kebejatan moral. Akhirnya, berlakulah krisis remaja yang hilang identiti,
tiada matlamat hidup dan tercebur dalam gejala sosial. Walau bagaimanapun, remaja
tidak boleh selama-lamanya tenggelam dalam khayalan yang boleh memusnahkan
diri dan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu
diperkasakan yang sememangnya menuntut semua pihak lebih bersungguh-sungguh
menangani gejala ini.
Isi 1 : ibu bapa perlu menanami anak-anak dengan ilmu agama dan moral
agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak faham akan konsep dosa dan
pahala memperoleh iman dan takwa faham bahawa segala perbuatan baik dan
buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang setimpal
Isi 2 : Masyarakat harus mewujudkan keutamaan dan minat belajar dan
mencari pengalaman demi masa depan dalam kalangan remaja hanya ilmu
dan pengalaman sebagai jaminan masa depan gejala kemaruk hedonisme dalam
kalangan anak-anak muda sejak belakangan ini harus dibanteras masyarakat harus
senada untuk memanfaatkan semua institusi dalam masyarakat seperti masjid dan
rumah ibadatt untuk membentuk nilai dan jati diri remaja
Isi 3 : Remaja juga harus bijak memilih rakan yang sealiran sama ada dalam
aspek pembentukan jati diri dan matlamat hhidup rakan sebagai pewarna
kehidupan tersalah memilih rakan boleh mengundang mudarat mengikuti program
sosial seperti persatuan dan NGO
Isi 4 :Para pendidik harus mempertingkatkan ketahanan anak-anak diidik
melalui saluran motivasi dan tajdid insani motivasi merupakan enjin yang
menggerakkan individu untuk mencari kejayaan tidak mudah terpedaya dan
mengikut telunjuk rakan mempunyai matlamat masa depan yang terjamin
Isi 5 : Remaja sendiri harus memahami dan mendalami dasar dan visi negara
faham akan hala tuju negara memahami hasrat pemimpin bersama-sama rakan
berganding bahu menjayakan semua agenda wawasan negara - tidak mudah
terpengaruh dengan anasir perosak negara

Kesimpulan : Tokoh falsafah terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata,


Ketahanan sesebuah negara bukan bergantung kepada hasil buminya yang
mewah, sebaliknya berada dalam tangan anak mudanya yang gagah dan
bijaksana. Apabila menghayati kata-kata hebat tersebut, kita berasa begitu teruja
untuk berusaha melahirkan anak-anak muda yang berwawasan. Marilah bersamasama beriltizam untuk membina Malaysia negara yang tercinta ini agar menjadi
negara yang bebas daripada ancaman parasit dan anasir perosak khususnya daripada
kalangan anak-anak muda itu sendiri. Oleh itu, semua pihak hendaklah memilih
wasilah yang betul seperti yang telah dirintis oleh generasi yang terdahulu.
Soalan 2 : Sungai memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia dan
alam sekitar termasuklah dapat menjadi jalan perhubungan, sumber
ekonomi, dan tempat rekreasi.
Tulis sebuah rencana berkaitan kepentingan sungai.
Pendahuluan : Krisis bekalan air yang kerap dihadapi oleh beberapa negeri terutama
pada masa kemarau panjang mendedahkan betapa sumber bekalan air di negara ini
belum benar-benar terjamin. Fenomena bermusim ini kurang memberi kesedaran
kepada masyarakat supaya menjaga kelestarian sungai agar terus menjadi sumber
bekalan air yang selamat, bersih dan mencukupi. Nasib yang menimpa beberapa
batang sungai di negara ini seperti sungai Klang, sungai Sagil, sungai Juru dan sungai
Linggi sering menjadi buah mulut betapa kesedaran masyarakat Malaysia terhadap
kepentingan sungai amatlah rendah. Oleh hal yang demikian, rencana ini akan cuba
mengupas tentang kepentingan sama ada kepada kelestarian alam mahupun
sumbangannya kepada kemanusiaan sejagat.
Isi 1 : Sungai secara tradisi telah menjadi sumber bekalan air yang utama
kepada tamadun manusia menyediakan bekalan air sama ada untuk aktiviti
pertanian mahupun kegunaan domestik dalam zaman silam semua urusan harian
sama ada mandi-manda, membasuh dan air minuman diambil dari sungai
Isi 2 : Sungai akan membentuk lembangan dan tanah rendah yang sesuai
untuk aktiviti pertanian dan penternakan lembangan yang terkenal seperti
lembah Mekong, Lembangan Chao Pharaya, Lembah Irrawadi dan Lembangan Amazon
di sinilah bermula aktiviti pertanian yang membekalkan sumber makanan kepada
manusia
Isi 3 : Sungai dan cabang-cabang anak sungai sebagai habibat hidupan
akuatik sumber makanan utama seperti ikan dan udang galah ialah sumber
makanan yang cukup bernilai
Isi 4 : Sungai juga menjadi jalan perhubungan utama masyarakat silam,
selain turut menjadi sempadan pemisah antara wilayah sama ada negeri
atau negara manusia tidak perlu membina sendiri garis sempadan
Isi 5 : Sungai sebagai landskap keindahan alam secara semula jadi aliran air
dan kesuburan tumbuhan di sepanjang aliran sungai membentuk pemandangan alam
semula jadi yang amat permai dan damai permukaan air sama ada sungai mahupun
tasik menjadi penstabil yang menyejukkan suhu persekitaran
Kesimpulan : Sesungguhnya, sungai, tasik mahupun paya merupakan sumber air
semula jadi yang amat tinggi nilai sumbangannya kepada tamadun manusia. Sebijak
manapun malah sekuat manapun kudrat manusia mereka tiada upaya untuk membina
sebatang sungai yang bermula jauh di puncak gunung sehingga berakhir di muka laut.
Demikianlah hebatnya kuasa Allah yang menjadikan langit dan bumi serta seluruh isi
6

alam untuk maslahat hidup manusia. Alangkah bodohnya manusia apabila nikmat
yang tidak terhingga itu dicemari dan dibazirkan.
Soalan 3 : Menabung merupakan amalan terpuji untuk melahirkan
masyarakat yang berjimat cermat.
Huraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan
masyarakat.
Pendahuluan : Dalam banyak peribahasa yang boleh kita kutip seperti ingat
sementara belum kena, jimat sementara belum habis, besar periuk besarlah kerak
atau besar pasak daripada gelegar semuanya menceritakan perihal amalan beringatingat, berwaspada dan berjimat cermat. Perihal malapetaka dan kesulitan yang
mendatangi kita ibarat geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau. Sejajar dengan
situasi genting yang melanda ekonomi global pada masa ini, justeru impak daripada
peribahasa di atas amatlah relevan untuk kita perkasakan. Menabung merupakan
amalan nilai murni yang sewajarnya menjadi pegangan utama kepada segenap pihak
sama ada individu, masyarakat malahan pemerintah juga. Dengan hal yang demikian,
sebagai refleksi daripada situasi kecundangan ekonomi yang sedang melanda negara
kini, beberapa strategi amalan menabung hendaklah menjadi agenda utama dalam
masyarakat.
Isi 1 : Pihak kerajaan hendaklah merancangkan strategi ekonomi sama ada
secara makro atau mikro perancangan yang teratur dan jelas boleh menjadi garis
panduan kepada semua pihak mengurus perbelanjaan pelan-pelan strategi ekonomi
sperti yang pernah dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi Baru, Kempen Beli Barangan
Buatan Malaysia dan kempen menabung hendaklah dilaksanakan secara intensif
keberkesanan strategi mengurus belanja boleh membantu usaha menabung
Isi 2 : Kerajaan hendaklah mempunyaii strategi jangka panjang khususnya
dalam aspek kecukupan sumber makanan dasar mengimport produk makanan
dari luar yang telah mencecah 30 bilion setahun hendaklah disemak semula
memanfaatkan sebanyak mungkin potensi pertanian dan pembangunan semula tanah
ladang dan sawah terbiar penjimatan wang perbelanjaan import makanan boleh
membantu meningkatkan tabungan wang negara
Isi 3 : Sektor swasta perlu mengalihkan aktiviti ekonomi dalam bidang
industri pembinaan semata-mata kepada industri pengeluaran hasil
pertanian pengeluaran hasil pertanian yang banyak adalah relatif kepada harga
yang rendah, justeru lebihan boleh disimpan
Isi 4 : Masyarakat hendaklah mempunyai kesedaran untuk membentuk gaya
hidup sederhana daripada terlalu bermewah-mewah trend masyarakat
Malaysia belakangan ini terlalu versatil dan gemar bermewah-mewah seperti dalam
upacara perkahwinan, sambutan perayaan, majlis-majlis rasmi dan perbelanjaan
kediaman dan kenderaan mewah Malaysia kini menduduki negara tertinggi kadar
hutang isi rumah dan hutang kad kredit tiada kesedaran untuk menabung
Isi 5 : Secara mikro, ibu bapa harus mendidik anak-anak agar berjimat
cermat amalan menabung hendaklah bermula di rumah anak-anak harus
dididik supaya berbangga dengan seberapa banyak nilai yang dapat ditabungi
berbanding wang yang dibelanjakan
Kesimpulan : Jatuh bangun dan susah senang kehidupan adalah silih berganti ibarat
roda yang sentiasa berputar. Setiap insan yang boleh berfikir rasional sepatutnya tahu
akan realiti kehidupan yang tidak selamanya senang, ibarat tiada laut yang tidak
bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan, bahkan demikianlah dengan
7

situasi ekonomi yang ada pasang dan surutnya. Oleh itu, langkah yang terbaik untuk
menangani situasi genting itu adalah dengan memperkasakan amalan menabung dan
berjimat cermat.
Soalan 4 : Media sosial seperti FB,What Apps dan Twitter memberikan
pelbagai manfaat kepada pengguna di seluruh dunia.
Jelaskan.
Pendahuluan : Memetik peribahasa yang menyatakan, Sekali air bah sekali pasir
berubah menunjukkan bahawa, kehidupan kita memang tidak dapat lari daripada
dikejar perubahan dan kemajuan. Kemajuan datang bak air deras sehingga melanda
tamadun dan peradaban. Demikianlah kemajuan dalam bidang teknologi maklumat
dan ICT dalam media sosial seperti FB,What Apps dan Twitter kini telah membentuk
dimensi dunia dengan pelbagai impak positifnya. Fenomena tersebut memungkinkan
pelbagai peranti mudah alih dan gajet telah melimpah dalam pasaran. Situasi
tersebut merupakan suatu pencapaian luar biasa dalam proses liberalisasi sistem
maklumat tuntas dalam alam siber. Walaupun terdapat pelbagai perdebatan tentang
pro dan kontra namun tiada sesiapapun yang boleh lari daripada ledakan teknologi
maklumat yang cukup canggih itu. Semua pihak harus menjadi rasional kerana
teknologi maklumat ibarat batu permata jikalau disepuh menjadi permata, jikalau
dibiar menjadi tongkol.
Isi 1 : Media sosial berjaya menyempitkan dan mendekatkan komunikasi
sosial mewajarkan kata-kata, dunia semakin sempit.
Isi 2 : Menyampaikan maklumat secara tepat, jelas dan asli lagi tulen
maklumat bergerak tanpa melalui perantara yang bertingkat-tingkat sehingga
menjejaskan originalitinya
Isi 3 : Mendekatkan hubungan dan interaksi sosial di seluruh persada dunia
komunikasi langsung dan lebih mesra tanpa dibatasi sempadan geografi sosial dan
geografi politik memupuk sifat saling hormat dan saling memahami
Isi 4 : Inovasi sistem maklumat lebih canggih dan sofistikated - perantaraan
sistem teknologi digital inovasi seperti gambar, grafik dan dan ilustrasi membantu
fakta dan data disampaikan lebih tepat
Isi 5 : Mempercept segala urusan sama ada sama ada urusan secara peribadi
mahupun agensi semua maklumat berlaku secara segera seolah-olah pengirim
dan penerima berada di sebalik dinding sahaja
Kesimpulan : Kebanjiran pelbagai produk dalam ICT bagaikan air deras yang datang
dari banjaran gunung. Andai diempang nescaya melimpah kalau dirempuh nescaya
hanyut. Demikianlah suatu gambaran yang menunjukkan perkembangannya amat
menakjubkan dan mencabar sekiranya gagal ditangani dengan bijaksana.
Kewujudannya banyak memberi manfaat daripada mudarat. Walau bagaimanapun,
pelbagai musibah akan terjadi apabila salah ditangani. Oleh itu, jadilah pengguna
yang bijaksana kerana jauharilah yang mengenal manikam.
PERINGATAN : Memandangkan soalan ini dalam respon terbuka iaitu
JELASKAN, calon boleh kemukakan isi tentang kelemahan sebagai relatif
kepada kebaikan (maksudnya jika disalahgunakan).
Kesan negatif:

Isi 6 : Boleh melalaikan dan masa terbung dengan banyak melayari internet
memrlukan masa hingga berjam-jam lupakan akan tugas utama golongan remaja
lebih gemar bermalas-malas dan melayari perisian yang tidak berfaedah (beri contoh)
Isi 7 : Terdedah kepada gejala negatif membentuk pola baru masyarakat seperti
kurang bergaul, mementingkan diri sendiri dan tidak peka terhadap segala perubahan
dunia luar
Isi 8 : Penularan gejala fitnah, adu domba, permusuhan dan keganasan
pelbagai pengaruh negatif amat mudah disebarkan melalui rangkaian internet dan
maklumat siber golongan remaja cepat terpengaruh dengan propaganda dan pujuk
rayu peyelewengan maklumat dan fakta mudah diputarbelitkan penularan gejala
ganas dan peperangan (kebangkitan puak Daesh, IS, Abu Sayyaf dan pengganas
antarabangsa mudah berkembang melalui rangkaian maklumat siber.
PULAU PINANG
Soalan 1 : Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat cinta
akan negara.
Jelaskan cara-cara untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap negara
anda.
Sebagai apresiasi awal, izinkan saya memetik serangkap daripada lagu
patriotik, MALAYSIA OH TANAH AIRKU seperti liriknya yang berikut ini,
Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa
Demikianlah sebuah penglahiran seni yang memaparkan imej Malaysia sebagai
sebuah negara yang dicintai. Malaysia sebuah negara yang cukup harmoni sama ada
dalam aspek landskapnya, hasil mahsulnya dan kemajuannya dalam segala bidang.
Oleh hal yang demikian, sebagai seorang warganegra yang tinggi nilai patriotiknya
amat wajar sekali seseorang itu melahirkan perasaan bangga terhadap tanah airnya
yang tercinta. Dalam hal tersebut, saya juga amat teruja dan berbangga dengan
negara saya Malaysia yang amat fantastik ini. Atas rasa bangga tersebut, saya
beriltizam untuk berusaha agar nusa yang bertuah ini terus berada di persada yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akar tunjang utama untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara
adalah dengan lahirnya sifat taat setia dan nilai patriotik yang tinggi. Sesungguhnya,
sebagai rakyat, saya amat terpanggil untuk terus menanamkan jiwa taat setia kepada
negara. Pertamanya, kesetiaan hendaklah saya buktikan kepada pemerintah. Doktrin
kedua dalam Prinsip Rukunegara iaitu Kesetiaan kepada raja dan negara pasti saya
pegang sampai bila-bila. Yang Dipertuan Agung ialah payung negara manakala para
pemimpin ialah sumber inspirasi yang memajukan negara. Menjunjung kedaulatan
pemerintah dan menghormati pemimpin adalah menjadi tanggungjawab mutlak
kepada saya. Tingkah laku tersebut antara lain menjunjung tinggi perundangan
negara, taat kepada arahan pemimpin dan tidak mendatangkan sebarang sikap yang
boleh memudaratkan keselamatan negara. Dalam apa-apa situasi juga, sikap saya
hendaklah selaras dengan piagam, Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.
Sebagai rakyat yang baik, saya perlu menanamkan azam untuk membantu
memakmurkan negara. Kemakmuran negara merupakan indikator penting untuk
menzahirkan kesejahteraan kepada rakyat jelata. Sejarah telah memaparkan betapa
banyak empayar silam telah tersungkur kerana kegagalan dalam menguruskan
9

dengan baik soal-soal ikhtisad negara. Dalam zaman moden sekarang pun beberapa
buah negara di Eropah Barat sedang berhadapan dengan bahaya kemuflisan akibat
sistem ekonomi mereka yang tidak mapan. Oleh itu, sebagai anak muda, saya
bertanggungjawab mengajak rakan-rakan agar lebih komited menuntut ilmu dan
memperkasakan kemahiran dalam pelbagai bidang. Potensi negara yang amat kaya
dengan hasil buminya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya natijahnya
akan dikecapi oleh semua lapisan rakyat. Sayang sekali dengan kealpaan kita,
akhirnya 6.8 juta pendatang asing sedang mengaut kekayaan negara. Barangkali
inilah yang disifatkan oleh peribahasa si tidur menjadi makanan si jaga.
Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum hendaklah
dijadikan agenda utama. Sesungguhnya, inilah agenda besar yang seyogia perlu saya
turut serta. Peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh hendaklah dijadikan paksi
penting khususnya dalam usaha menyatupadukan masyarakat majmuk. Tanpa perlu
berselindung, tahap kerjasama dan keharmonian dalam kalangan rakyat hanya pada
tahap memuaskan sahaja. Kita sedar, beberapa insiden kecil atau besar yang pernah
berlaku merupakan manifestasi daripada situasi sebenar perpaduan di Malaysia.
Adakah wajar, kita yang lahir di bumi yang sama, menyedut udara yang sama serta
menikmati rahmat keamanan negara, tetapi menyimpan sangsi dan keluh-kesah?
Sebenarnya, sikap yang suka mengadu-domba dan mengagungkan kelompok sendiri
tidak membawa sebarang faedah sebaliknya melebarkan jurang perpecahan yang
akhirnya berlakulah seperti sindiran, jong pecah yu yang kenyang.
Alam sekitar menjadi sebahagian daripada panorama yang ceria dan indah.
Sesungguhnya, inilah hakikat yang wujud di Malaysia. Teruja dengan landskap bumi
yang amat indah ini, saya berikrar untuk melestarikan bumi yang indah cerlang ini.
Gelombang pembangunan moden yang dikuasai oleh sektor perindustrian telah
memberikan kesan yang amat negatif terhadap alam sekitar. Selain itu, sikap lepas
tangan dengan amalan lempar batu sembunyi tangan telah mengakibatkan sumber
alam seperti laut, sungai, dan daratan tercemar dengan teruknya. Hiba apabila kita
melihat keadaan sungai yang kotor manakala gunung ganang yang menghijau
digondolkan satu lepas satu oleh tangan-tangan yang rakus. Saya mahu mengaktifkan
semua NGO yang berkaitan dengan alam sekitar agar bangkit dan lebih proaktif. Pihak
berkuasa alam sekitar dan agensi penguat kuasa harus digerakkan supaya sentiasa
bersikap profesional dalam tindakan mereka. Bersama-samalah kita mengelakkan
tragedi sudah terhantuk baru hendak menengadah apabila bumi kita sudah menjadi
padang jarak padang tekukur
Dalam dekad belakangan ini, imej Malaysia di mata dunia terus cemerlang.
Sama ada di peringkat serantau mahupun global, peranan Malaysia sentiasa ditagih
dalam segala isu. Sebagai anak muda yang bakal menggalas amanah negara, saya
berazam untuk menjaga imej negara agar terus harum di persada antarabangsa. Halhal yang berkaitan dengan keamanan, kestabilan politik dan kemampanan ekonomi
akan dipertahan. Walaupun, insiden MH370 dan MH17 menyebabkan imej Malaysia
agak tercalar di mata masyarakat antarabangsa, namun dengan sikap konsisten
Malaysia kita yakin isu itu tidak akan berpanjangan. Namun, perkara yang lebih
penting ialah Malaysia tetap berperanan di pentas antarabangsa. Biarlah Malaysia
kecil pada pandangan mata tetapi besar dalam fungsinya, bak kata peribahasa kecil
jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Sebenarnya apa-apa yang kita nikmati sekarang adalah dengan nikmat Allah
jua. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk menyedarkan semua pihak agar sentiasa
bersyukur atas segala rahmat dan keberkatan yang Allah berikan. Bagi mensyukuri
nikmat tersebut, saya sentiasa berdoa agar memperoleh kasih sayang Allah dan bumi
Malaysia terus terjaga daripada sebarang anasir. Saya yakin rakyat Malaysia tanpa
mengira fahaman dan agama mestilah memohon kesejahteraan kepada Allah. Sesuai
dengan kata-kata yang berbunyi, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan dalam lirik lagu
Negaraku, maka amat wajar sekali kita meletakkan segala usaha dan hasrat kepada
Allah SWT. Insya-Allah, seandainya kita bersyukur dan mengutamakan kesejahteraan,
justeru limpah rahmat Allah pasti menaungi hidup kita di bumi yang bertuah ini.
10

Sesungguhnya, saya yakin dengan iltizam yang saya pegang ini pasti
membuahkan hasil dalam usaha memartabatkan negara Malaysia agar duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Saya ingin
mengajak rakan-rakan seangkatan, marilah kita sederap melangkah dan
bergandingan tangan demi watan yang bertuah ini. Ingatlah kepada kta-kata,
Malaysia, Oh, tanah airku!
Soalan 2 : Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan
antarabangsa adalah amat penting.
Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
Pendahuluan: Terdapat banyak peribahasa yang menyasarkan kebaikan hidup yang
sandar-menyandar seperti peribahasa bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup
kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup
bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak
perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman
dengan maksudnya, Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan
berbangsa-bangsa agar mereka saling mengenali dan bertolong-tolongan.
Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan yang bebas dan merdeka, Malaysia telah
mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh negara di
dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.
Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara
menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua
hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar dunia mengiktiraf
Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan
curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport
sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan
dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai
masyarakat dunia - menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan
sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas
pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk Malaysia di pasaran
antarabangsa menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global
menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia
Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian
dalam pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial,
dan keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN),
negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia
yang bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat,
dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok
masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan
maklumat siber -membangunkan minda dan peribadi bangsa Malaysia agar setanding
dengan warga dunia
Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus terkongkong
dalam belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian
kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita
11

dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam
pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus
berbakti kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit
tanda ingat, banyak tanda ada.
MRSM
Soalan 1 : Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan program
kerohanian merupakan aspek penting dalam melahirkan remaja yang serba
boleh.
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menegaskan bahawa, setiap
individu pelajar hendaklah dididik agar seimbang dan harmonis dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, dan intelek. Bagi merealisasikan hasrat tersebut komponen dalam
pendidikan nasional telah memberikan penekanan dalam dua aspek yang utama iaitu
kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermatlamat membangunkan ummah yang
berminda kelas pertama, sementara kokurikulum pula sebagai pelengkap
keterampilan fizikal, emosi, dan sahsiah pelajar. Berdasarkan pernyataan tersebut,
saya bersetuju bahawa penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum pasti
menatijahkan pelbagai impak positif kepada remaa (pelajar).
Penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapat melahirkan
remaja yang memiliki keterampilan diri yang hebat, segak dan gagah. Keterampilan
yang menarik adalah amat penting kerana dapat meningkatkan keyakinan sama ada
kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sudah sewajarnya setiap remaja hendaklah
mempersiapkan diri dengan pakej fizikal, mental, dan emosi dengan memiliki
personaliti yang mengagumkan. Dalam memperlengkap ciri-ciri tersebut, remaja
hendaklah sentiasa aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti bersukan, menyertai
pasukan dan kelab atau kegiatan beruniform. Semua aktiviti tersebut berupaya
memberikan impak yang cukup positif apabila individu tersebut lebih sihat, yakin
kepada diri sendiri, dan bermotivasi tinggi. Pendek kata, nilai diri seseorang itu akan
dilihat daripada kehebatan susuk tubuhnya, minda yang cerdas, dan emosi yang stabil
(harmoni)
Daya kepimpinan ialah ciri perwatakan yang sangat berguna akan diperoleh
remaja apabila bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Daya kepimpinan ialah
aset yang penting untuk seseorang itu diterima dalam masyarakat, dihormati, dan
diberikan kepercayaan untuk memimpin. Oleh itu, daya kepimpinan amatlah
mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah memiliki keyakinan diri yang tinggi,
berfikiran positif, dan matang. Sewajarnya, dengan menyertai aktiviti kokurikulum,
semua bakat istimewa sebagai pemimpin berjaya dibentuk melalui kegiatan
berpersatuan, kelab dan pasukan beruniform seperti ............... Seyogia, sifat
cemerlang yang dapat dibentuk adalah membina ketahanan diri, berdisiplin, dan
pembinaan jati diri sebagai pemimpin yang memiliki karisme dan disegani.
Demikianlah nilai kepimpinan yang harus ada pada setiap individu bak kata pepatah,
kok kaya tumpang hartanya, kok cerdik tumpang akalnya.
Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut memberi impak mengeratkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Dalam konteks masyarakat
majmuk seperti Malaysia, perpaduan menjadi penawar yang paling mujarab bagi
mengelak sebarang prasangka dan adu domba. Dengan hal yang demikian, akan
wujud perpaduan hubungan mesra, setia kawan, dan toleransi dalam kalangan
masyarakat majmuk. Sehubungan dengan itu, inilah suatu jaminan untuk melahirkan
masyarakat yang harmoni dan bersatu padu di bawah payung sebuah negara yang
sejahtera. Dalam memupuk semangat perpaduan, beberapa aktiviti seperti sukan,
penyertaan dalam badan beruniform dan kem jati diri boleh dijadikan jambatan untuk
mempererat hubungan silaturahim. Justeru, pelajar yang selalu aktif dalam aktiviti
kokurikulum biasanya lebih cepat mesra, bertolak ansur, dan berfikiran terbuka.
12

Impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam kokurikulum adalah
dapat membina prinsip dan disiplin diri yang teguh. Hal ini demikian kerana, disiplin
merupakan anak kunci kepada semua kejayaan hasil kerja. Berdasarkan tokoh-tokoh
ternama seperti Thomas Alva Edison, Oville dan Wilbur Right, Bill Gate dan ramai lagi,
kejayaan mereka berada di puncak kegemilangan adalah didorong oleh disiplin yang
ketat. Sesungguhnya, unsur inilah yang mahu diperkasakan ke dalam diri remaja
apabila mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Mereka dikehendaki patuh kepada
ketepatan masa, menjalankan tugas mengikut peraturan, dan perlu merancang
sesuatu aktiviti dengan baik. Dengan hal yang demikian, kokurikulum boleh dijadikan
platform untuk melahirkan remaja yang teguh jati diri dan berdisiplin.
Tokoh falsafah agung Yunani, Aristotle pernah menyatakan, Kejayaan sesuatu
bangsa itu adalah bergantung kepada kualiti rakyatnya yang sentiasa berfikiran positif
dan dinamik. Oleh hal yang demikian, dalam usia remaja rakyat perlulah dididik
dengan nilai-nilai jati diri dan serba boleh. Justeru, para pelajar yang berada di bangku
sekolah hendaklah menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai platform untuk mendidik
mereka menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa, dan agama.
Soalan 2 : Kecuaian ibu bapa sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian
kemalangan yang melibatkan kanak-kanak.
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan : Anak ialah anugerah daripada Allah yang tiada tara nilainya. Anak
juga sebagai pesaka tradisi turun-temurun yang mengenalkan zuriat keturunan ibarat
kenal perdu lihatlah pada daunnya. Selain itu, anak-anak yang sudah besar panjang
dan berjaya dalam kerjaya sentiasa menjadi harapan untuk ibu bapa tumpang
berlindung lebih-lebih lagi dalam usia emas. Sungguhpun demikian, belakangan ini
banyak sekali insiden malang yang kerap menimpa kanak-kanak. Kanak-kanak mati
lemas di dalam baldi, melecur tercurah air panas, ibu atau ayah terlanggar anak
sendiri dan pelbagai musibah lagi menjadi bukti kecuaian ibu bapa terhadap
keselamatan kanak-kanak. Banyak sekali faktor yang mendorong kepada malapetaka
seumpama ini berlaku yang pastinya berpunca daripada ibu bapa sendiri.
Faktor-faktor:
Isi 1 : Kesibukan mengejar waktu dan bebanan tugas terdapat sebahagian ibu
bapa yang terlalu tergesa-gesa mengejar waktu keselamatan anak-anak menjadi
perkara yang kedua
Isi 2 : Faktor keletihan dan kelelahan kerana masa bekerja yang panjang
ibu bapa era kini tidak mempunyai masa rehat yang cukup peluang untuk anak-anak
bermanja kurang anak-anak membawa hal sendiri
Isi 3 : Terlalu meletakkan kepercayaan menjaga anak kecil kepada pengasuh
atau orang gaji keadaan demikian menyebabkan ibu bapa tidak fokus kepada
anak-anak anak juga kurang mengendahkan larangan ibu bapa
Isi 4 : Ibu bapa kurang peka terhadap keselamatan peralatan seperti
peralatan elektrik, peralatan dapur persekitaran hidup masa kini terlalu
bergantung kepada kemudahan teknologi (terlupa mematikan arus elektrik, termos
pemanas air elektronik diletakkan di tempat rendah, peralatan dapur seperti pisau
dan gunting dibiarkan terdedah)
Langkah-langkah:

13

Isi 5 : Ibu bapa harus menghayati nilai kasih sayang dengan cukup
mendalam harus diingat, anak-anak ialah harta, sementara pekerjaan dan
peralatan sekadar kemudahan sahaja
Isi 6 : Ibu bapa perlu rela berkorban masa dan penat lelah demi anak-anak
tidak terlalu berlepas tangan dan membiarkan anak-anak bersendirian
Isi 7 : Ibu bapa tidak boleh terlalu percaya kepada orang lain mengehadkan
pergantungan kepada orang gaji, pemandu atau orang-orang tertentu yang dikenali
dalam tempoh yang pendek
Kesimpulan : Dalam sebarang perkara, kita wajar mengelak sikap sudah terhantuk
baru menengadah supaya sesuatu yang berlaku tidak membawa sesal yang
berpanjangan. Sebarang malapetaka yang berlaku memungkinkan kecacatan yang
kekal dan menggelapkan masa depan anak itu sendiri. Seandainya kanak-kanak itu
sampai ajal, ibu bapa akan kehilangan zuriat, sebaliknya jika terjadi kecacatan kekal,
anak tersebut akan menjadi liabiliti sepanjang hayat kepada ibu bapa. Oleh itu,
hubaya-hubayalah dengan pesanan peribahasa malang tidak berbau, geruh tidak
berbunyi.
Soalan 3 : Selaku pegawan kesihatan daerah, anda diminta untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk Kesan-kesan pengambilan pelbagai
produk makanan kesihatan kepada masyarakat.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
Qu Putih, Qu Putih, barulah putih. Begitulah sebuah ungkapan humor yang
telah menjadi viral dalam kalangan masyarakat. Ungkapan-ungkapan seperti itu dan
banyak lagi bentuk promosi merupakan sebahagian daripada petunjuk bahawa
larisnya produk-produk kesihatan dan kecantikan yang mula menguasai pasaran masa
kini. Hal ini juga memberi isyarat bahawa permintaan terhadap produk kesihatan dan
rawatan alternatif semakin mendapat tempat di hati masyarakat pengguna. Produkproduk seperti rawatan herba, makanan kesihatan dan terapi kesihatan secara
relatifnya telah menyumbangkan pelbagai faedah kepada negara sama ada dalam
aspek ekonomi, kesihatan, sosial dan menyediakan peluang pekerjaan.
Kesan Positif:
Isi 1 : Produk makanan kesihatan lebih selamat kerana kurang komplikasi
kesan sampingan dan bahan kimia terlarang bahan-bahan asli seperti
tumbuhan herba, buah-buahan dan sumber marin tidak mendatangkan kesan
sampingan yang bahaya
Isi 2 : Masyarakat mempunyai pilihan tentang jenis rawatan boleh memilih
rawatan secara tradisional, rawatan alternatif atau rawatan moden minda
masyarakat mula berubah daripada mengubati ketika sakit kepada amalan kesihatan
yang berterusan
Isi 3 : Membantu memperkasa Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk
turut bersaing dalam pasaran terbuka IKS berkembang dengan pantas banyak
bahan yang dikilang terutama sekali dalam amalan Pengilangan cara Islam (IMP)
pelbagai jenama baru mesin proses dapat dihasilkan
Isi 4 : Dapat menanamkan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan kelangsungan biodiversiti sumber alam terutama tumbuhan herba
amat berfaedah kepada kehidupan ubat-ubatan herba ada yang lebih baik daripada
ubatan alopati rawatan seperti Sinseh dan Ayurvedic masih popular dalam kalangan
masyarakat Cina dan India (rawatan 100 peratus daripada produk herba)
14

Isi 5 : Mempertingkatkan usaha R&D kajian berterusan dijalankan sama ada di


peringkat pengusaha, makmal-makmal perubatan dan pihak IPT menyokong kepada
perkembangan ilmu baru yang sentiasa memanfaatkan sumber organik dan bahan
semula jadi
Kesan negatif :
Isi 6 : Ada keraguan tentang ketulenan bahan yang diproses dan cara
pemprosesan yang tidak menuruti piawai pengamal produk makanan kesihatan
bukan terdiri daripada kalangan pakar dalam bidang bioperubatan atau dietetik
Isi 7 : Ketiadaan kawalan yang menyeluruh terhadap penyediaan produk
makanan kesihatan wujud penyelewengan seperti memasukkan kandungan
steroid, dadah dan bahan kimia
Isi 8 : Boleh mengancam nyawa kerana pengambilannya tanpa dos dan tidak
disyorkan oleh doktor dan farmasis berlaku refleksi kepada tubuh secara luar
biasa seperti penurunan berat badan dengan pantas atau kegemukan yang
melampau, tidak dapat tidur, keradangan dan sukar bernafas
Kesimpulan : Sesungguhnya, kemajuan dalam mempertingkatkan kualiti hidup
bukan sahaja dalam aspek gaya hidup seperti kemajuan dalam bidang material,
bahkan hidup yang berkualiti adalah bersangkut paut dengan mutu kesihatan.
Kesihatan ialah modal dan harta untuk seseorang meningkat maju sama ada kejayaan
di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, kewujudan produk makanan kesihatan dan
perubatan alternatif menjadi jendela kepada rakyat Malaysia malah dunia amnya
untuk memperoleh gaya hidup yang sihat, jiwa yang tenteram dan emosi yang
harmoni. Oleh hal yang demikian, pengguna hendaklah bijak memilih produk-produk
yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
demi memperoleh
kesejahtaraan yang berpanjangan.
SBP
Soalan 1 : Kenaikan harga barang menyebabkan peningkatan kos sara hidup sekali
gus menambahkan bebanan kepada sesetengan keluarga.
Tulis rencana tentang peranan ahli keluarga dalam menghadapi situasi ini
selengkapnya.
Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga
hari ini kos sara hidup keluarga terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada
suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak,
perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan
banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang
tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti
Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu
teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil serius agar dapat menyediakan
payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap ahli
keluarga haruslah mempunyai pelan tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada
menjadi mangsa krisis seperti itu.
Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk sejak
kecil - memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta benda,
berbelanja secara berhemat, dan menjauhi amalan boros

15

Isi 2 : Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui


institusi kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu senang dengan
memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan hayati budaya masyarakat silam
menyimpan wang di dalam tabung buluh
Isi 3 : Anak-anak hendaklah memahami kemampuan ibu bapa - tidak memintaminta sesuatu yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan meniru cara hidup rakanrakan di luar
Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di
luar kemampuan - keinginan untuk hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat
terpengaruh dengan pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran jualan
Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk
- elakkan sifat meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga
Kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat
sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah
disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan,
kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis gawat seperti ini. Janganlah
sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi
perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak
papa bertabur urai.
Soalan 4 : Peperangan menyebabkan kemusnahan jiwa, harta benda dan
tamadun.
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan : Peperangan ialah malapetaka. Peperangan ialah pertarungan
psikologi dan emosi antara kuasa yang ganas, bongkak dan rakus. Peperangan
merupakan tragedi kemanusiaan yang tiada pertimbangan belas kasihan. Tiga
malapetaka dunia yang boleh menghancurkan manusia secara besar-besaran iaitu
malapetaka alam, kegagalan sistem teknologi, dan peperangan, justeru peperangan
dikenal pasti sebagai angkara kedua terbesar yang memusnahkan budaya dan
tamadun manusia. Berdasarkan beberapa kenyataan tersebut, benarlah seperti
sindiran Jin dan Iblis sewaktu Adam mahu diutuskan, bahawa makhluk manusia ialah
makhluk yang suka kepada pertumpahan darah. Kini, peperangan telah menyaksikan
puluhan juta nyawa menjadi korban bahkan kemusnahan harta benda dan tamadun
sudah tidak terbendung lagi.
Isi 1 : Peperangan telah menyaksikan lahirnya penguasa yang cukup kejam
lagi zalim angkara Perang Dunia Pertama dan Kedua berpunca daripada pemimpinpemimpin yang bodoh sombong seperti Bismack, Musolini dan Hitler merekalah
jaguh kehancuran dunia yang mengorbankan lebih dua juta nyawa dalam abad
pascaperang, timbul pula tokoh panas baran seperti G Bush, Saddam Hussien, Pol Pot
Heng Samrin dan Radovan Karadzic.
Isi 2 : Peperangan telah memusnahkan beberapa tapak tamadun dunia
unsur-unsur seni bina, harta benda hancur musnah peristiwa ledakan bom
atom di bandar raya Hiroshima dan Nagasaki pada 1945 telah membawa kesan
trauma kepada masyarakat Jepun hingga kini
Isi 3 : Peperangan menyebabkan berlaku pemusnahan etnik dan
memisahkan hubungan darah dan bangsa pemisahan Jerman oleh kuasa Barat
dan Rusia dan pemisahan Korea Utara dan Korea Selatan serta penghapusan etnik di
16

rantau Balkan dn Rohingya membawa kepada kesan hancurnya hubungan budaya dan
silaturahim
Isi 4 : Peperangan menyebabkan pusat-pusat kemajuan
musnah dan menjadi tatapan sejarah kemusnahan Tamadun
Purba dan Tamadun Lembah Kuning di Cina pencerobohan kuasa
tamadun Islam hampir menghancurkan seluruh agama wahyu
Baghdad dan Timur Tengah

tamadun dunia
Greek Latin, Mesir
Monggol terhadap
yang berpusat di

Isi 5 : Peperangan telah memusnahkan nilai kemanusiaan yang menjadi


harga paling mahal untuk manusia hidup berkasih sayang hilang rasa
hormat, memuncak rasa kebencian, dengki khianat menjadi asbab kepada
kebangkitan penentangan anak tempatan seperti di Syria, Afghanistan, Palestin dan
beberapa negara di Afrika.
Kesimpulan : Selama manapun selagi manusia bertuhankan nafsu serakah dan
tamak haloba, justeru medan pertumpahan darah tidak akan pernah kering. Sejajar
dengan penemuan teknologi canggih dan logistik peperangan, kerakusan akan terus
menyilinap ke dalam urat darah pemimpin yang bongkak dan sombong untuk
mewajarkan pembunuhan terhadap sesama insan atas tiket yang dihalalkan iaitu
peperangan. Oleh hal yang demikian, sedarlah wahai manusia, bahawa peperangan
tidak ubah suatu krisis kemanusiaan dengan yang kalah jadi abu dan yang menang
jadi arang.
Soalan 5 : Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu banyak memberikan faedah kepada pelajar.
Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut.
Pendahuluan : Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan minda
yang kreatif dan tajam. Wadah yang ingin disampaikan adalah berdasarkan kepekaan
terhadap segala isu dan konflik dalam kehidupan. Gabungan antara minda dan emosi
itu diketengahkan kepada masyarakat pembaca melalui medium bahasa yang indah,
berseni dan tinggi kreativitinya. Oleh hal yang demikian, karya-karya kreatif berupaya
menggerakkan daya berfikir pembaca melalui pemikiran yang kritis dan analitikal.
Berbeza daripada sumber-sumber maklumat deskriptif, genre sastera memuatkan
pelbagai sumber seperti persoalan, gaya bahasa, teknik penyampaian, dan nilai-nilai
estetika yang tinggi. Oleh itu, tidak syak lagi kita bakal memperoleh pelbagai faedah
apabila mengkaji pelbagai genre sastera.
Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana - menggali
segala khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif - mengenali gaya berfikir
dan cetusan ilmu yang diketengahkan melalui isu, persoalan, dan tema yang
digarapkan - mewujudkan interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan, seniman,
dan budayawan
Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan
persoalan yang telah digarapkan - menggerakkan minda untuk berfikir
berdasarkan gagasan idea penulis - berfikir secara realistik dan pragmatik melalui
buah fikiran dan persoalan yang dikemukakan - menjana minda agar mampu menjadi
insan bijaksana melalui perkongsian dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif
Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat - penerapan
melalui latar tempat dan latar masyarakat - secara tidak langsung dapat meninjau
tentang sesuatu lokasi walaupun tidak pernah menjejakkan kaki - mendalami corak
hidup, corak pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi

17

Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif memang
kaya dengan varisai bahasa - mempelajari pelbagai bentuk bahasa - menikmati
pengucapan seni yang indah seperti dalam pengucapan falsafah, bahasa tinggi, puisi,
bidalan, dan peribahasa
Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak - penerapan
unsur nilai yang amat kaya dalam setiap karya kreatif - menajamkan minda melalui
penghayatan dan berfikir secara hikmah daripada pelbagai konflik dan episod yang
dipaparkan - mendidik diri untuk lebih positif berpandukan amanat yang disampaikan
sama ada secara langsung atau tidak langsung
Kesimpulan : Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepian
seperti yang diungkapkan dalam serangkap syair,
Ilmu alat yang sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sempadannya fana
Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu yang
bakal saya peroleh. Saya yakin dengan mengkaji genre sastera amat menguntungkan
selain sangat menghiburkan.
JOHOR
Soalan 1: Pada era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang
akan menentukan kejayaan sesorang itu.
Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.
Pendahuluan : Pepatah yang menyatakan, hukum dijunjung, ilmu dikelek
memberi maksud bahawa kesempurnaan hidup manusia hendaklah diasaskan kepada
dua perkara iaitu peraturan yang dipatuhi dan ilmu yang dimanfaatkan. Sejajar
dengan hasrat menuju matlamat negara maju, justeru masyarakat Malaysia
hendaklah menjulang tinggi kedaulatan dan Keluhuran Undang-undang manakala ilmu
pula dijadikan wahana untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan produktif. Oleh
itu, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM), Pendidikan
Teknik dan Vokasional turut diperkasakan sebagai inisiatif untuk melahirkan rakyat
yang berketerampilan sama ada dalam aspek ilmu pengetahuan mahupun kemahiran
tinggi. Pemerkasaan semula kedia-dua aliran tersebut akan memberi sinar baru untuk
anak-anak Malaysia membuka langkah bagi bersaing di persada global. Tidaklah
dinafikan sama sekali bahawa banyak manfaat kepada rakyat dan negara dengan
langkah pragmatik tersebut.
Isi 1 : Negara dapat melahirkan rakyat (graduan) dalam pelbagai bidang
ilmu dan kemahiran golongan teknikal/vokasonal menjadi tangan emas kepada
negara bakal mewujudkan pelbagai bidang kerjaya
Isi 2 : Negara mampu bersaing dengan negara-negara industri yang tersohor
di dunia memiliki tenaga kerja pakar dalam bidang industri boleh bersaing dengan
negara-negara seperti Jerman, Perancis, Jepun dan Korea
Isi 3 : Boleh menjanakan pelbagai peluang kerjaya terutama dalam sektor
indsutri pengetahuan teknik/vokasional boleh melahirkan tenaga mahir pelbagai
produk industri terhasil berupaya memanfaatkan segala potensi hasil mahsul negara
menjadi produk industri

18

Isi 4 : Mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja dan tenaga pakar


asing pembangunan negara mampu dibikinkan oleh kemahiran anak-anak
tempatan mengurangkan pengaliran wang keluar negara sebagai kos upah warga
asing strategi terbaik mengurangkan kebanjiran buruh asing
Isi 5 : Malaysia mampu menjadi negara industri dalam tempoh dua dekad
lagi usaha kerajaan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
melipatgandakan produk eksport barangan siap selain produk elektrik dan elektronik
meningkatkan pendapatan KDNK negara
Kesimpulan : Apabila kita merujuk kata-kata falsafah Confucious yang menyatakan,
Perjalanan jauh yang beribu-ribu batu hendaklah bermula dengan langkah
yang pertama, justeru langkah kerajaan memperkasakan kedua-dua bidang ini
amatlah bertepatan sekali. Sebarang matlamat yang ingin kita capai dalam tempoh
satu dekad lagi, nescaya perancangan untuknya hendaklah bermula dari sekarang.
Oleh itu, strategi yang terbaik tentulah transformasi dalam sistem pendidikan perlu
berubah terlebih dahulu. Sesungguhnya, kita yakin dan percaya segala usaha
kerajaan itu akan memberi natijah yang besar kepada rakyat dan negara.
PERAK
Soalan 1: Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat
untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan. Setiap murid pasti ingin
belajar di sebuah sekolah yang baik dan cemerlang.
Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda.
Pendahuluan : Sekolah ialah alma mater yang berperanan untuk menginsankan
manusia. Limpahan ilmu daripada lautan curahan liur basah para pendidik menjadikan
sekolah sebagai destinasi awal anak-anak bunga bangsa mengenali jati diri. Dalam
abad milenium ini atas matlamat untuk memberikan pendidikan yang berkelas
pertama pelbagai kategori institusi pendidikan diwujudkan. Di Malaysia juga sekolahsekolah berstatus seperti MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kluster
Kecemerlangan dan sekolah berkeperluan khas tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Dengan kewujudan pelbagai janama sekolah itu, peluang dan liberalisasi memperoleh
ilmu adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Dengan hal yang demikian, sebagai
memenuhi impian masa dapan yang lebih gemilang, saya mendambakan untuk
belajar di sebuah sekolah yag memiliki ciri-ciri untuk melahirkan insan yang
berketrampilan sama ada dunia mahupun akhirat.
Isi 1 : Sekolah yang memiliki prasarana moden dan sesuai dengan trend
pembelajaran abad ini kemudahan asas yang berkualiti dan mesra pengguna
kemudahan PdP sperti makmal ICT, perpustkaan, gimnisium dan ruang innteraksi luar
kelas yang selesa
Isi 2 : Sekolah yang menepati dan menjalankan PdP sesuai dengan
perubahan masa dan kehendak global kurikulum bertaraf dunia, guru-guru yang
pakar dan mampu melahirkan pelajar boleh bersaing di peringkat global
Isi 3 : Sekolah yang mengutamakan kurikulum mendidik jiwa yang seimbang
dalam aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek insan yang harmoni perlu
terdidik secara seimbang dalam kedua-dua aspek tingkah laku dan cara berfikir
hendaklah dipancarkan daripada emosi dan rohani sihat

19

Isi 4 : Sekolah yang mementingkan ciri-ciri budaya, perpaduan dan


menyantuni kepelbagaian masyarakat majmuk dapat mendidik pelajar untuk
menghormati hak dan kesaksamaan pelbagai kaum menjalinkan semangat muhibah,
bertolak ansur dan sehati sejiwa untuk membangunkan Malaysia seiring dengan
kemajuan abad milenium
Isi 5 : Sekolah yang mampu mendidik remaja untuk mencintai kelestarian
hidup yang sihat, sejahtera dan mesra alam pelajar memiliki kesedaran
terhadap kepentingan alam sekitar, menyayangi khazanah alam, dan menjaga flora
dan fauna
Kesimpulan : Pendidikan yang paling berkesan ialah penguasaan ilmu sepanjang
hayat dan dapat melahirkan insan yang mempunyai tanggungjawab terhadap
penguasa alam semesta serta bijaksana untuk memanfaatkan semua potensi alam.
Ilmu yang diperoleh juga dapat membentuk insan kamil yang sentiasa peka terhadap
kehidupan bermasyarakat dan berbudaya. Seandainya semua matlamat tersebut
dapat dicapai, justeru itulah bentuk pendidikan yang dapat membentuk jati diri
bangsa Malaysia yang sejati.
Soalan 2 : Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang selalu berhubung dan
rapat sesama anggota keluarga.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada
kehidupan dan ada kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut
menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi nukleus utama yang dapat membentuk
keluarga yang bahagia mahupun di sebaliknya. Pelopor paling penting untuk
melahirkan sebuah keluarga harmoni dan bermawadah tentulah ibu bapa. Elok corak
yang dilakari nescaya eloklah keluarga yang dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan
peranan yang amat besar demi mencorakkan sesebuah rumahtangga yang
dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang.
Isi 1 : Ibu bapa hendaklah menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada
hukum Allah insan seperti ini sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal
yang negatif sentiasa memupuk kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia
mahupun akhirat contoh teladan mudah dituruti anak-anak
Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih
sayang kepada anak-anak anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih
cenderung untuk saling hormat dan saling menyokong
Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak
melahirkan persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh
berkat
Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya patuh kepada ibu bapa ibu bapa senang
dengan sikap anak-anak yang mudah ditunjuk ajar tidak wujud jurang komunikasi
anak-anak yang patuh dan akan menjadi ikon baik mengenalkan zuriat keturunan
Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran
tetangga mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan
jalinan kasih sayang
Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk
insan penyayang lagi cemerlang. Keluarga yang porak peranda memberi impak
20

negatif kepada masyarakat setempat. Oleh itu, persefahaman yang wujud dalam
kalangan ahli keluarga dapat membentuk masyarakat madani yang kompeten dan
harmoni.
SABAH
Soalan 1 : Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kerajaan sentiasa melaksanakan
pelbagai program untuk memastikan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia terpelihara. Huraikan kepentingan perpaduan kaum dan langkah
proaktif kerajaan untuk memupuk perpaduan di negara kita.
Pendahuluan : Apabila disebut tentang Malaysia, tergambarlah di dalam minda
seseorang tentang sebuah negara di Asia Tenggara yang memiliki komposisi
penduduk dengan masyarakat majmuk. Pemajmukan itu begitu unik kerana terdapat
pelbagai etnik yang besar dan yang kecil dapat hidup bersama dan harmoni.
Sesungguhnya, asas kemerdekaan negara ini juga turut terbentuk di atas landskap
masyarakatnya yang majmuk. Walau bagaimanapun, atas beberapa perubahan yang
berlaku secara domestik dan global, adakalanya perpaduan dan keharmonian dalam
kalangan masyarakat Malaysia kadang-kadang tergugat. Situasi itu jelas terlihat
daripada beberapa insiden yang melibatkan kaum-kaum di Malaysia. Walaupun
insiden-insiden tersebut tidaklah sampai melarat tetapi memadailah untuk
merenggangkan hubungan antara kaum jikalau tidak dibendung dengan sebaik
mungkin. Atas hakikat kita telah merasai pelbagai nikmat daripada perpaduan yang
telah terjalin sejak sekian lama, maka semua pihak amatlah wajar bermuhasabah dan
merenung semula akan hikmah yang akan kita peroleh daripada perpaduan.
Isi 1: Dapat menjaminkan keamanan negara dan memupuk kerjasama dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercyaan mengelak
salah faham berkongsi persamaan dan menghormati perbezaan dalam kalangan
masyarakat majmuk wujud masyarakat harmoni
Isi 2: Sebagai strategi mempercepat mencapai taraf negara maju tunjang
utama kemajuan sesebuah negara apabila wujud perpaduan yang hakiki.- wujud
kestabilan politik, ekonomi, dan sosial
Isi 3: Memperkembangkan potensi budaya, kemahiran, dan seni dalam
masyarakat majmuk budaya dan nilai seni masyarakat sebagai produk dan identiti
sesebuah negara boleh menikmati keunikan gaya hidup setiap kaum sebagai
produk tarikan pelancong
Isi 4: Memajukan sektor ekonomi perpaduan sebagai anak kunci utama
kemajuan ekonomi - menjanakan ekonomi yang berdaya saing wujud semangat
muafakat dan saling memajukan potensi produktiviti dalam kalangan pelbagai kaum
Isi 5: Melahirkan masyarakat yang celik ilmu perpaduan yang mutlak sebagai
jaminan rakyat bebas menuntut ilmu lahir masyarakat yang cerdik, inovatif dan
kreatif masyarakat yang cerdik pintar menjadi aset kemajuan negara
Isi 6 Menjadi ikon/model sebagai juara perpaduan untuk manusia sejagat
amat sukar untuk mencari sebuah negara di dunia yang aman dan harmoni daripada
kerjasama pelbagai kaum - sering dijadikan rujukan oleh negara-negara luar
PERHATIAN : Sekiranya soalan memberikan fokus kepada langkah-langkah sila
rujuk isi-isi seperti yang berikut ini:

21

Isi 1 : Mendidik anak-anak agar mencintai nilai-nilai murni amalan berkasih


sayang, menghormati jiran, tutur kata yang sopan, bertoleransi, dan memahami adat
dan budaya mesyarakat lain sentiasa bersikap tangan terbuka (menderma dan
membantu jiran/kaum yang mengalami bencana)
Isi 2 :
Membiasakan anak-anak dalam latar masyarakat majmuk
memperkenalkan kepada anak-anak tentang ciri-ciri perbezaan kaum dan agama
dalam kalangan masyarakat majmuk memberikan pendedahan tentang nilai-nilai
yang baik dalam amalan setiap masyarakat mengelak/mengawal mendedahi
perkara negatif kaum-kaum tertentu tidak melarang anak-anak bergaul mesra
sesama mereka
Isi 3 : Bekerjasama menjalankan aktiviti masyarakat melibatkan semua ahli
masyarakat daripada pelbagai kaum/etnik kegiatan bergotong-royong hari
keluarga budaya tegur-menegur dan ziarah-menziarahi
Isi 4 : Mengadakan/menghadiri rumah terbuka membawa anak-anak ke rumah
terbuka kaum tertentu (musim perayaan) mengadakan rumah terbuka dan
menjemput semua jiran daripada pelbagai kaum memberikan hadiah dan angpau
apabila berkunjung ke rumah terbuka
Isi 5 : Mewujudkan sistem pendidikan yang sama sistem persekolahan untuk
semua kaum (rendah, menengah, dan IPT) mengajarkan semua bahasa kaum-kaum
utama di negara ini menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum semua ibu bapa
mesti menyokong Dasar Pelajaran Kebangsaan demi masa depan anak-anak
Isi 6 : Mengelak terbabit sebarang salah laku yang boleh menyebabkan
persengketaan kaum tidak membangkitkan isu kaum untuk kepentingan peribadi
(politik dan perniagaan) jauhi perangai adu domba, fitnah dan memperlekeh kaum
lain terutama di hadapan anak-anak mengamalkan sikap sederhana dan mengajari
anak-anak agar cepat memaafkan kesilapan orang lain
Kesimpulan : Sebagai masyarakat yang harmoni terdapat begitu banyak peribahasa
yang menyokong akan kepentingan perpaduan. Antaranya ialah, hidup bersama ibarat
ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati
kuman sama dicecah. Demikianlah betapa indahnya hidup bersatu dan bersama yang
sewajarnya dihayati oleh masyarakat Malaysia. Alangkah beruntung dan
berfaedahnya kita sekiranya falsafah perpaduan itu dapat dihayati dan dijadikan
sebagai suatu tonggak untuk memakmurkan negara yang tercinta ini.
Soalan 4: Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat
membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena
tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula
mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam
kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah
sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah
antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan
daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila
manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut
keuntungan yang berlipat ganda. Turut menjadi masalah dalam krisis ini ialah jenayah
rentas sempadan seperti pengedaran dadah dan penyeledupan senjata api.
Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami
masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah
sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan
22

wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang
tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.
Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masingmasing kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan
warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan
negara-negara dunia ketiga berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama
dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk
perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran
mencegah kemasukan warga asing sacara haram kedudukan Malaysia dengan
negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing
tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 4 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara
pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan
(peribahasa jong pecah yu yang kenyang)
Isi 5 : Memperkasakan pendidikan dengan nilai murni masyarakat
antarabangsa hendaklah dididik akan nilai-nilai universal yang menjadi impian
masyarakat sejagat masyarakat dunia perlu belajar akan hak dan kesaksamaan,
menghormati insan lain mengurangkan sikap tamak dan haloba dengan menjadikan
insan yang lemah sebagai alat untuk mencapai matlamat jahat yang berpaksikan
nafsu.
Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia dan krisis kemanusiaan merupakan
sebahagian daripada perbuatan zalim yang telah berlarutan sejak zaman-berzaman.
Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang berbeza hanya modus
operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah
diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan
amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.
NEGERI SEMBILAN
Soalan 1: Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya
(OKU) merupakan suatu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan
ini memberikan sumbangan yang berkesan kepada negara.
Huraikan langkkah-lagkah yang patut dilakukan untuk membantu golongan
ini.
Pendahuluan : Di suatu lorong deretan kedai kelihatan seseorang yang sangat daif
dengan pakaian tidak terurus sedang menadah tangan memohon simpati orang yang
lalu lalang. Dalam situasi yang lain pula kelihatan seseorang yang tidak cukup
anggota memohon simpati orang yang sedang lalu lalang membantunya menolak
kerusi roda. Malahan di asrama-asrama yang daif mereka ini terpaksa tinggal berasakasak. Demikianlah gambaran mudah tentang senario orang kelainan upaya (OKU) di
Malaysia. Bagi rakyat Malaysia golongan OKU bukanlah suatu isu yang mendesak di
negara ini. Lebih banyak isu yang harus diberi perhatian seperti isu politik, ekonomi
dan isu gejala sosial yang tidak pernah kunjung selesai. Demikianlah nasib OKU yang
sehingga ke hari ini masih dalam keadaan dilema, terbiar, dan menghadapi masa
depan yang penuh hambar. Sesungguhnya sebagai insan, OKU juga mempunyai hati
dan perasaan yang menuntut mereka diberi peluang untuk meneruskan hidup. Saya
23

berpendapat memang tepat sekali pelbagai usaha harus digemblengkan sebagai


langkah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan.
Isi 1 : OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat
tertinggi yang mereka mampu bukan semua OKU yang tergencat mental ilmu
sahaja yang mampu mengubah kehidupan insan
Isi 2 : Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan OKU
sebagai alternatif kepada golongan yang tidak mampu meneruskan pengajian
Isi 3 : Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU bagi memudahkan
pergerakan dan urusan harian mereka
Isi 4 : Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadannya
kecacatan bukan alasan untuk menysihkan mereka kekurangan yang dialami bukan
untuk dihina tetapi untuk diinsafi
Isi 5 : Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan yang
layak dengan kemampuan OKU melaksanakan tanggungjawab atas wadah
masyarakat prihatin dan penyayang
Kesimpulan : Sesungguhnya, tiada seorang insan pun yang mahu dirinya
dipinggirkan. Mereka mahu hidup bebas dan berdikari. Sebaliknya, takdir yang
menentukan, justeru tiada sesiapa yang boleh menentang takdir. Sungguhpun begitu,
kita tidak boleh menidakkan ikhtiar untuk membantu golongan yang kurang bernasib
baik seperti mereka. Seandainya terus dibiarkan, mereka pasti menimbulkan pelbagai
beban dan kesulitan kepada kita sehinggakan tiada beban batu digalas.
PAHANG
Soalan 1: Membaca Jambatan Ilmu merupakan ungkapan yang sering
didendangkan untuk menyuburkan budaya keilmuan dalam kalangan pelajar.
Sehubungan dengan itu, sebagai pelajar harapan sekolah, anda berasa
terpanggil untuk menyampaikan ceramah berkaitan tajuk di atas.
Sediakan teks ceramah anda tersebut selengkapnya.
NOTA : Ubahsuaikan soalan di atas dengan sampel karangan di bawah dalam
fomat ceramah. Ihsan daripada sampel cemerlang dalam modul saya edisi
2016.
Dalam beberapa ungkapan peribahasa banyak juga yang membuat
perbandingan perihal golongan cerdik dengan yang bodoh. Peribahasa seperti si
bodoh menjadi makanan si cerdik, menggambarkan kecerdikan dan kepintaran
menjadi keutamaan dalam masyarakat. Demikian pula dengan sepotong maksud ayat
dalam Al Quran yang menyatakan, Adakah sama golongan yang berilmu dengan
golongan yang jahil?. Kedua-dua ungkapan indah tersebut memberi gred tertinggi
kepada golongan yang bijak dan berilmu. Oleh itu, apakah ciri utama untuk menjadi
golongan yang berilmu? Pemilikan ilmu tidak dapat ditiadakan dengan tradisi
membaca. Oleh sebab itulah dalam tamadun Islam sendiri, Firman yang pertama yang
turun kepada Nabi SAW ialah surah Al Alaq dengan membawa arahan membaca.
Ketinggian darjat golongan yang gemar membaca akan meletakkan mereka sedarjat
lebih tinggi daripada golongan biasa kerana dibezakan oleh ilmu. Oleh itu,
membacalah demi mengaut segala khazanah ilmu.
Apabila kita telusuri semula sejarah panjang tamadun Islam, kecemerlangan
tamadunnya adalah berpaksikan ilmu pengetahuan. Tradisi membaca yang amat
24

ditekankan dalam Islam telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh agamawan dan


ilmuwan yang tersohor. Daripada pembacaan yang penuh berdisiplin itulah, justeru
lahirlah tokoh-tokoh Islam yang amat hebat seperti ibnu Sina, Al Farabi, Imam Malik,
Imam Shafie dan banyak lagi. Al Quran sebagai kitab teras dalam kepercayaan Islam
telah memuatkan pelbagai khazanah ilmu yang meliputi empat paksi utama ilmu iaitu
Akidah, Ibadat, Jinayat dan Munakahat. Penganut Islam yang benar-benar membaca
dan menghayati isi kandungan Al Quran telah berjaya mengangkat syiar Islam ke
seluruh empat penjuru alam. Pernah dikhabarkan, ketika kejatuhan kerajaan Abasiyah
di tangan kuasa Mogul, air sungai Furat telah menjadi hitam pekat kerana cairan
dakwat daripada buku-buku yang dibuang ke dalam sungai. Begitulah gambaran
hebatnya budaya ilmu dalam kalangan generasi Islam zaman awal.
Perang Salib telah menjadi satu lagi bukti bahawa tradisi membaca telah
mengangkat martabat sesuatu bangsa. Hal tersebut berlaku apabila tentera-tentera
Salibiyah yang dipimpin oleh Richard The Lion Heart telah memperoleh inspirasi
budaya lmu dalam tamadun Islam. Banyak kitab ilmu yang telah dibawa balik lalu
diterjemahkan ke bahasa Latin. Akhirnya berkembanglah suatu lagi tamadun yang
terbina di atas budaya membaca. Permulaan zaman Renaissance di Eropah benarbenar terbentuk hasil mentelaah dan mengkaji segala sumber ilmu yang bermula
dengan tamadun Islam. Akhirnya, hingga kini Eropah telah menjadi kiblat
perkembangan ilmu seperti falsafah, tamadun dan teknologi. Bangsa Eropah bangkit
daripada zaman gelap menjadi bangsa yang mengeksport ilmu. Demikianlah betapa
hebatnya amalan membaca.
Berbalik kepada era moden, tradisi membaca telah menjadi penanda aras
utama kepada pencapaian luar biasa beberapa negara kuasa ekonomi dunia. Negaranegara seperti Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara baru di Eropah telah
menjadi kuasa ekonomi dunia. Walaupun potensi ekonomi mereka agak terhad,
namun kuasa ilmu telah berjaya mengangkat negara-negara tersebut untuk terus
bersaing dalam pasaran teknologi moden. Jepun yang amat dikenali dengan kekuatan
membaca dalam kalangan rakyatnya memang sukar ditandingi oleh kuasa-kuasa
besar hatta Amerika sekalipun. Rakyat Jepun dikatakan secara purata mampu
membaca 120 buah buku dalam setahun. Kini dua lagi kuasa baru di Asia Timur jauh
iaitu Korea Selatan dan Taiwan turut bersaing hebat dalam bidang teknologi. Pada hari
ini rakyat Korea Selatan amat disegani oleh dunia luar apabila teknologi android
mereka dalam penghasilan telefon pintar Samsung telah berjaya menawan pasaran
dunia. Begitulah beberapa petunjuk hebat hasil penjanaan ilmu kerana bangsa
membca bangsa yang berjaya.
Amalan membaca sekali gus dapat membawa sesuatu bangsa untuk keluar dari
zon jumud kepada intelek. Hakikatnya, rakyat Malaysia pada era penjajahan telah
dianggap sebagai bangsa bodoh yang boleh dijajah dan dicucuk hidung. Namun, atas
kesedaran untuk kembali bermaruah, bangsa Malaysia juga mula celik ilmu sebaik
negara mencapai kemerdekaan. Akhirnya rakyat Malaysia mula menuntut ilmu dalam
pelbagai bidang. Kita mula menjadi bangsa pencinta ilmu dan bermulalah tradisi
membaca. Penubuhan pelbagai institusi pengajian sama ada rendah, menengah
mahupun tinggi telah memberi peluang rakyat menggali pelbagai cabang ilmu seperti
bahasa, sejarah, keagamaan dan teknologi. Walaupun hakikat minat membaca rakyat
Malaysia masih rendah jikalau hendak dibandingkan dengan rakyat Jepun, namun
kesedaran ke arah itu telah bermula. Hasil kesedaran terhadap budaya ilmu dan
budaya membaca, kini kita telah muncul sebagai salah sebuah Negara Dunia Ketiga
yang cukup pantas berkembang. Demikianlah suatu dimensi baru dalam budaya
membaca untuk meletakkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju.
Kesimpulannya, memetik nukilan Saiyidina Ali KW, Tuntutlah ilmu kerana ilmu
menjaga kamu dan kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan bertambah
dan harta apabila diperdagangkan berkurang, membuktikan bahawa ilmulah yang
menjadi harta paling kekal. Demi sebutir ilmu, justeru membacalah yang menjadi
wadah utama. Sebagai bangsa yang masih baharu, kita masih jauh untuk bersaing
25

dengan negara-negara maju, namun jikalau tradisi membaca terus diperkasakan,


insya-Allah kita juga akan menjadi bangsa yang berjaya.
Soalan 2: Ibu bapa merupakan suri teladan dalam membentuk tingkah laku
anak-anak khususnya dalam memupuk semangat kejiranan agar tidak luntur
dalam kalangan masyarakat.
Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa dalam
mengekalkan semangat kejiranan di Malaysia.
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita terus
berpegang dengan amalan murni budaya lama ke gunung sama didaki, ke lurah sama
dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Kehidupan seperti
inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan
progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan
hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula
mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan
dan tiada roh kesejahteraan. Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna,
seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegurmenegur dalam kalangan masyarakat.
Isi 1 : Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam masyarakat silam
terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang menyuburkan tradisi kunjungmengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima
hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit tanda ingat dan banyak tanda
ada)
Isi 2 : Berusaha memupuk sikap anak-anak menjalinkan persefahaman dan
saling hormat sesama jiran tetangga jiran ibarat saudara mara sendiri sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak
membezakan status dalam masyarakat tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas amalkan tanggungjawab
anakku anakkau dan anakkau anakku
Isi 3 : Ibu perlu mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan ibu bapa
hendaklah menjadi role model - ibu bapa mengajarkan anak-anak cara-cara
menghormati orang yang lebih tua dengan cara mengamalkan sifat peramah dan
bertegur sapa secara hormat
Isi 4 : Ibu perlu mengajar anak-anak untuk ambil bahagian dalam aktiviti
kemasyarakatan - saling membantu dan menyokong dalam urusan harian boleh
memperkukuh jalinan kejiranan - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk
golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang berada mengadakan jamuan dan kenduri-kendara tidak mengukur nilai kebendaan tetapi
ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
Isi 5 : Ajar anak-anak supaya menghormati golongan tua dengan menjadikan
mereka sebagai pakar rujuk sebagai menghormati taraf mereka dalam
masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang terlalu dalam antara
generasi elakkan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat
Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam
kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian
masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, usaha ini elok dihidupkan kembali
oleh ibu bapa agar kelestarian budaya cemerlang itu kekal subur.
26

Soalan 3: Penderaan dalam kalangan kanak-kanak meninggalkan kesan


negatif dalam usaha melahirkan anggota masyarakat yang berwawasan.
Sehubungan dengan itu, masyarakat dan
kerajaan perlu bekerjasama
membanteras perbuatan tersebut.
Ulaskan.
Pendahuluan :
LOLA MENGAKU BERSALAH MENDERA ANAK OKU
Demikianlah satu episod daripada ratusan peristiwa yang dilaporkan tentang nasib
buruk yang pernah menimpa anak-anak malang di negara ini. Anak adalah sebagai
amanah Allah. Anak-anak yang dibela dan dijaga dengan baik akan menjadi penyeri
dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan
bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina.
Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia
sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup
membunuh darah daging sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera,
dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini,
selain institusi keluarga, sinergi daripada komuniti dan kerajaan turut berperanan
untuk membanteraskan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Isi 1: Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga kasih sayang
dijadikan kunci dan matlamat membina sesebuah keluarga masyarakat menjadi
mata dan telinga
Isi 2: Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga
bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil
menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang setiap
anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing
Isi 3:
Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan setiap pasangan
dikehendaki menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan
rumahtangga ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk
berhadapan dengan insan kecil
Isi 4: Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna
kesedaran terhadap tanggunjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia
mudah dirasuk syaitan penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati
unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat
Isi 5:
Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap
keselamatan kanak-kanak tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain
terus menerus mendera mengambil tindakan pantas mencegah, melapor, dan
menyelamatkan kanak-kanak yang didera.
Isi 6: Memperkukuh jalinan kejiranan setiap anggota keluarga hendaklah
dididik supaya menghormati jiran jiran yang rapat dapat membantu dalam segala
tindakan sama ada susah atau senang.
Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan
madani yang mampu memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan
negara. Kejayaan sesebuah negara adalah bergantung penuh kepada modal insan
yang cemerlang sama ada dalam aspek mental mahupun fizikal. Oleh yang demikian,
keluarga amatlah bertanggungjawab untuk menghalang segala anasir yang
27

mendorong kepada gejala penderaan agar masyarakat terus harmoni dan


sejahtera.

negara

Soalan 4: Aktiviti pembakaran terbuka telah menjadi fenomena lazim


dilakukan oleh negara-negara di Asia Tenggara.
Jelaskan kesan-kesan yang dialami oleh negara-negara terbabit dan negaranegara yang berjiran dengannya.
Pendahuluan : Selain isu jenayah, keganasan dan peperangan, isu alam juga tidak

kurang membawa malapetaka kepada kesejahteraan hidup manusia. Memang benar


malapetaka alam dikatakan telah terencana sejak azali lagi dan manusia tidak
berupaya menghalangnya. Walau bagimanapun, belakangan ini banyak tragedi
berkaitan dengan alam adalah berpunca daripada tindakan tangan manusia. Rezeki
jangan ditolak dan ajal maut jangan dicari, mengingatkan kita bahawa usaha ikhtiar
hendaklah dilipatgandakan supaya peristiwa geruh tidak berbunyi dan malang tidak
berbau daripada pelbagai malapetaka alam datang menimpa kita. Walau
bagaimanapun, isu jerebu yang berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka dalam
skala besar oleh negara jiran telah membawa pelbagai malapetaka kepada kepada
negara-negara bersempadan termasuk Malaysia sendiri.
Isi 1 : Memberikan kesan pencemaran alam sekitar yang sangat teruk
jerebu dan asap memenuhi ruang angkasa negara ada waktu yang terlalu kritikal
IPU mencecah hingga 200 boleh menimbulkan pelabagai kesan sampingan seperti
penutupan ruang udara
Isi 2 : Meningkatkan komplikasi tidak sihat dalam kalangan rakyat
keradangan paru-paru, sinus, selsema, sakit jantung dan radangan mata kualiti
hidup yang tidak sihat
Isi 3 : Menjejaskan aktiviti ekonomi penutupan pusat-pusat perniagaan, pusat
peranginan dan lapangan terbang mengurangkan jumlah kemasukan pelancong
Isi 4 : Meningkatkan kos merawat alam sekitar dan kos membantu
memadamkan kebakaran saban tahun pasukan bomba terpaksa menghantar
anggota membantu memadamkan kebakaran di Sumatera dan di Kalimantan kos
rawatan kesihatan juga turut meningkat
Isi 5 : Menimbulkan salah faham antara kerajaan dan rakyat dalam kalangan
negara berjiran berlaku tuduh-menuduh dan ungkit mengungkit memberi
perspektif yang tidak baik dan merenggangkan kerjasama diplomtik dan sosial
ketegangan yang wujud antara Indonesia Singapura - Malaysia
PERLIS
Soalan 1: Jadi diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam
menghadapi arus globalisasi.
Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh
Menelusuri sejarah awal tamadun Islam, minda kita pasti dapat mengingatkan
kehebatan dua orang anak mu dayang menjadi ikon untuk dibanggakan. Mereka ialah
Saiyidina Ali KW dan Usamah Bin Zayid. Ali amat terkenal dalam peristiwa Hijrah Rasul
manakala Usamah merupakan panglima perang Islam yang paling muda. Keberanian
dan ketokohan yang ditunjukkan telah melayakkan mereka berada sebaris dengan
tokoh-tokoh Islam yang terkenal. Bezanya, ketika bangkit mencipta nama mereka
masih lagi muda belia. Demikianlah suatu gambaran betapa sumbangan anak muda
28

sangat ditagihi dalam membantu membangunkan negara. Tubuh yang sasa, tenaga
yang kuat dan minda yang cerdas menjadi aset untuk seseorang anak muda turut
sama terlibat memajukan negara. Walau bagaimanapun, ketahanan minda dan fizikal
sahaja belum cukup untuk mengangkat seseorang anak muda untuk menjadi wira dan
wirawati kepada negara, malahan anak muda juga perlu menggilap sahsiah dan akal
budi yang baik.
Langkah perdana yang wajar diatur, sebagai anak muda saya harus menjadi
hamba Allah yang soleh, beriman dan bertakwa. Keimanan dan ketakwaan kepada
Allah adalah menjadi syarat utama untuk menjadi insan yang sedar akan hakikat
hidup dan mati. Kita dihidupkan supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah selain
menjadi insan yang berguna kepada insan yang lain. Seseorang yang patuh kepada
Khaliq, justeru turut berguna kepada seluruh isi alam. Apabila memiliki kesedaran
bahawa segala amal kita sama ada baik mahupun buruk akan memperoleh ganjaran,
baharulah saya sedar tentang perlunya berbuat baik. Dengan hal demikian, saya
berazam untuk menjadi insan soleh dengan mentaati perintah Allah, meninggalkan
segala larangan-Nya serta mengamalkan sahsiah yang terpuji dalam kalangan
masyarakat. Hakikat tersebut sesuai dengan kata-kata, Insan yang kenal kepada
Tuhannya, justeru kenallah pada dirinya.
Selain daripada prakarsa di atas, saya juga perlu menjadi remaja yang cinta
akan ilmu. Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan sama ada ukhrawi mahupun
duniawi boleh membentuk diri saya menjadi insan yang berguna terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat malah negara juga. Ilmulah yang menjadi lampu suluh untuk
keluar daripada kegelapan dan kejumudan dan ilmulah yang membuka minda untuk
memperoleh kejayaan sama ada dalam kerjaya mahupun untuk hidup sejahtera.
Perihal pentingnya menguasai ilmu adalah bertepatan dengan nukilan Saiyidina Ali
KW. Jadikanlah dunia ini dalam kalangan yang berilmu, atau mengajarkan
ilmu, atau yang mempelajari ilmu, atau yang berkasih sayang dengan
golongan berilmu. Sekiranya salah satu daripadanya tiada kepada kamu,
nescaya punah-ranahlah dunia ini.
Amalan menghormati sesama manusia adalah menjadi keperluan kepada saya
sebagai anak muda. Inilah sari pati terpenting dalam menzahirkan watak yang mulia
dengan sahsiah yang cemerlang. Amalan seperti mengucapkan salam, memberi
hormat, bercakap secara sopan dan berbudi pekerti sangatlah dituntut oleh manamana masyarakat pun. Sebagai anak muda, saya perlu menunjukkan hormat kepada
golongan tua dan para gurumanakala dengan rakan sebaya saya perlu berlemah
lembut dan sering menyantuni mereka. Sekiranya watak tersebut menjadi ikon
kepada semua anak muda nescaya masyarakat kita akan terus dihormati.
Sesungguhnya slogan, Yang muda disayangi dan yang tua dihormati wajar saya
jadikan azimat utama dalam membina jaringan silaturahim.
Selain itu, dalam hubungan masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia,
saya wajar mempertahankan jalinan persefahaman dan perpaduan. Hal tersebut
amatlah wajar kerana tanpa perpaduan yang jitu amat sukar untuk kita mencapai
matlamat keamanan dan kesejahteraan yang total. Sikap yang suka berbalah dan
tuduh-menuduh dengan mengagung-agungkan kaum sendiri di samping meremahkah
orang lain tidak lebih daripada amalan yang mengundangkan perbalahan dan
kekacauan. Oleh itu, saya berazam untuk mengelak daripada sebarang pengaruh
negatif yang boleh membawa kepada perpecahan. Saya terlalu sedih apabila melihat
satu lepas satu anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban pertumpahan
darah di seantero dunia yang berpunca daripada runtuh semangat perpaduan dan
tolak ansur. Ingatlah, kita yang hidup di muka dunia ini mempunyai hak yang sama
untuk bebas kerana, sesiapapun kita darah kita tetap merah, justeru, fahamilah
hakikat kalah jadi abu menang jadi arang.
Sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 yang ingin melahirkan bangsa
Malaysia yang pintar, gigih dan berdaya saing, saya hendaklah memiliki cita-cita dan
matlamat untuk memajukan negara ini. Selepas lebih setengah abad kita mencapai
kemerdekaan sudah sewajarnya Malaysia mampu sebaris dengan negara-negara maju
29

untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Inti pati kepada cita-cita yang
tinggi hendaklah saya realisasikan dengan kegigihan belajar, mempunyai matlamat
yang jelas dan semangat cinta akan negara. Saya juga harus sedar sudah berbilion
ringgit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menghantar anak-anak muda ke
luar negara supaya mereka dapat menuntut ilmu dan menuruti teladan anak-anak
muda di negara maju. Semua usaha tersebut adalah untuk memperkasakan sikap
mulia, cara berfikir dan cara bertindak anak-anak muda Malaysia sejajar dengan
pemikiran berkelas dunia. Saya yakin, seandainya semua anak muda mahu berfikir
secara positif dan bercita-cita tinggi demi negara tercinta, justeru hasrat untuk
membangunkan negara ini bukanlah suatu wadah yang mustahil untuk dicapai.
Kesimpulannya, menelusuri nukilan Imam Al Ghazali, Jikalau kamu ingin
melihat watanmu pada hari depan, lihatlah kepada pemudamu pada hari
ini, mengujai saya bahawa anak muda sangatlah berharga kepada sesebuah negara.
Kombinasi antara minda, iman, akhlak dan akal budi boleh memberi saya dimensi
baharu bahawa sesuatu yang luar biasa boleh dilakukan oleh orang biasa. Saya sedar,
inilah masa yang terbaik untuk anak-anak muda bangkit membina sahsiah, cita-cita
dan matlamat untuk membangunkan negara. Ayuh, bangkitlah anak-anak muda, kita
realisasikan slogan, Negara Kita Tanggungjawab Kita kerana di sini bumi
dipijak, maka langitnya dijunjung.
Soalan 2: sikap, pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang itu
berjaya dalam bidang keusahawanan.
Ulaskan pernyataan tersebut.
Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir
kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka
mula mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau
bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan
akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan
yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di
samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan
oleh para majikan. Dengan hal yang demikian, seseorang pelajar itu wajarlah
memperlengkap dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum
melamar sebarang pekerjaan.
Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran
berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi merupakan gabungan kemahiran seperti
petah berbicara, matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi
yakin apabila berhadapan dengan pelbagai peringkat klien. Hal tersebut amatlah
penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini memerlukan seseorang itu
berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas serta pendapat yang matang.
Kebolehan dalam berkomunikasi juga memberi ruang kepada individu tersebut
memperluas rangkaian klien dan tetamu. Melalui interaksi yang baik di pelbagai
peringkat pasti memberi impak besar apabila pelbagai peluang kerjaya mudah
diperoleh. Di peringkat nasional, tokoh-tokoh istimewa seperti Dato Dr Fadhillah
Kamsah, Mahathir Lokman, Dr Fatimah Al Zahra serta ramai lagi telah berjaya
membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan berkomunikasi yang dimiliki oleh
mereka. Demikianlah yang dimaksudkan oleh peribahasa, budi menunjukkan hati,
bahasa menunjukkan bangsa.
Lanjutan daripada kemampuan dalam berkomunikasi, memerlukan seseorang
itu menguasai pelbagai bahasa pula. Hal demikian amatlah penting kerana menguasai
pelbagai bahasa adalah untuk memenuhi keperluan era globalisasi sejagat masa kini.
Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang, pelbagai bahasa utama dunia seperti
Inggeris, Mandarin, Arab, Perancis dan Jepun perlu dikuasai untuk memudahkan
seseorang itu berkomunikasi. Demikianlah juga dengan bahasa-bahasa utama di
negara kita seperti bahasa Mandarin, bahasa Arab dan bahasa Inggeris wajar
30

dipelajari untuk memudahkan kita merebut peluang pekerjaan. Dalam memenuhi


wawasan Malaysia menjadi negara maju rakyat perlu menguasai pelbagai bahasa
kerana banyak impaknya kepada sesebuah negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia
pada abad milenium kita perlu mempelajari pelbagai bahasa kerana kemampuan
berbahasa yang terhad akan menyebabkan kita tertinggal daripada arus perdana bak
kata peribahasa, sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor
Dalam melestarikan dunia tanpa sempadan kini, menguasai bidang ICT
merupakan suatu lagi kemahiran yang mesti dikejar. Langkah tersebut adalah penting
memandangkan ICT menjadi wahana baru penyebaran maklumat dan menjadi
jaringan komunikasi sedunia tanpa sempadan. Setiap individu yang memiliki
kemahiran mengakses internet dan literasi komputer sudah tentu akan jauh beberapa
tapak ke depan terutama dalam persaingan mencari ilmu dan maklumat, malah
dalam menguruskan pekerjaan juga. Program-program ICT seperti Microsoft Word,
Excel, data analisis, Corell Draw dan bermacam-macam lagi perisian bukan lagi asing
kepada semua orang khususnya generasi Y yang mula celik komputer. Dengan hal
yang demikian, kita tidak wajar berpeluk tubuh tanpa bersedia untuk berdepan
dengan papan kekunci elektronik tersebut jikalau tidak mahu menjadi bangsa yang
jumud ibarat katak di bawah termpurung. Justeru, seseorang itu hendaklah bersedia
dengan pakej yang lengkap iaitu kelayakan akademik dan pengetahuan maklumat di
hujung jari sebelum memasuki pasaran kerja.
Selain itu, perhiasan diri atau kemahiran penampilan diri adalah menjadi
sebahagian daripada perkara yang dinilai sama ada individu tersebut berketrampilan
atau tidak. Pakej keterampilan diri amatlah penting kepada seseorang sejajar dengan
kata-kata Imam al Ghazali, Ingin mengenal wajah lihatlah cermin, ingin mengenal diri
bercerminlah pada wajah, yakni cerminan peribadi seseorang adalah daripada
penampilannya. Sehubungan dengan itu, sebagai penjawat profesional, diri kita bukan
dinilai hanya pada kualiti kerja semata-mata, sebaliknya personaliti yang meyakinkan
turut menjadi pertimbangan. Oleh itu, sebelum melamar sesuatu pekerjaan bersiaplah
diri supaya dapat meyakinkan
pihak yang menilai diri kita. Wajar sekali diambil
perhatian, dalam alam pekerjaan seseorang itu bukan hanya bertanggungjawab
terhadap bidang tugasnya sahaja, sebaliknya perlu berkomunikasi dengan pelbagai
peringkat klien. Sejajar dengan itu, agar kita senang untuk berkomunikasi dengan
semua pihak perihal kekemasan diri sangatlah penting diambil kira kerana nilai
peribadi kita akan dinilai dalam aspek rohani dan jasmani, bak kata peribahasa indah
rupa dengan hiasnya, indah budi dengan bahasanya.
Tuntasnya, setiap insan telah dianugerahi Allah dengan pelbagai kemahiran
yang istimewa. Tinggal lagi, sama ada insan tersebut sedar atau tidak akan kelebihan
yang ada pada dirinya tetap menjadi persoalan. Dalam memperoleh hasil kerja yang
berkualiti, gabungan antara kekuatan kognitif, psikomotor dan afektif amatlah
diperlukan. Tidak dinafikan, seseorang yang mampu menggabungkan ketiga-tiga
unsur tersebut mampu menghasilkan produktiviti yang lebih baik sama ada dalam
aspek kuantiti mahupun kualiti.

31

Anda mungkin juga menyukai