Anda di halaman 1dari 6

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN

ANAK-ANAK.
Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting
dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus
menjadikan
membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
berusaha untuk
mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca
dalam kalangan
anak-anak.(38)
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk
minat
membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke
perpustakaan.
Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang
akan buku.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan
awam
pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh
memilih
pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku
seumur
hidup. (64)
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah.
Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah.
Malahan, boleh
menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah
mestilah
dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak
untuk
membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar.
Ruang
perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu,
ibu bapalah
memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak
mereka agar
gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang
baik untuk
dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang
baik dari
ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh,
sikap gemar
membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan
oleh ibu
bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi
ikutan anakanak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Oleh itu,
jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi
anak-anak.
(69)

Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran


buku.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi
kedai
buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat
tersebut,
minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka
akan
dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan
bacaan yang
dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa
yang
membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa
kepada
mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. (73)
Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu
bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anakanak
berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak
akan berasa

gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk


buku
lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk
pelajaran,
novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya
diterapkan
sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa
Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. (73)
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha
untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca
jambatan ilmu.
Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal
pemimpin pada
masa akan datang.

PERANAN WANITA DALAM MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKUALITI


Oleh: Muhammad Amirul Aiman Bin Muhammad Asri
Kita sering mendengar slogan yang berbunyi Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki
yang berjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang
memberikan sokongan dan inspirasi malah pepatah juga ada menyatakan
Tangan yang menghayun buaian itu, boleh menggoncang dunia. Demikianlah,

kaum wanita itu dilihat sebagai golongan yang bukan sahaja menggambarkan
kelembutan tetapi juga memperlihatkan wibawa dan karisma yang tersendiri.
Jelasnya, wanita berperanan dalam memupuk dan melahirkan generasi yang
berkualiti dan berketerampilan. Persoalannya apakah peranan wanita dalam
melahirkan generasi berkualiti ini?

Peranan perdana wanita dalam melahirkan generasi yang berkualiti ialah wanita
sebagai ibu yang memberi kasih sayang yang sepenuh kepada anak-anak.Hal ini
demikian kerana,anak-anak akan mendengar kata ibu bapa mereka yang
dianggap sebagai idola hidup mereka. Dalam bidang akademik misalnya, ratarata pelajar yang ditemuramah menyatakan peranan dan tunjuk ajar ibu bapa
serta kasih sayang yang dicurahkan dapat membantu mereka dalam mencapai
kejayaan yang cemerlang. Sebagai contoh,Nur Amalina Che Bakri yang
mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),tahun 2004 telah
membuktikan bahawa sentuhan kasih sayang daripada ibunya telah
menyebabkan dia berjaya dalam SPM tersebut. Seandainya ibu bapa tidak
memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak,sudah pasti anak-anak
tidak akan berjaya dalam bidang yang akan diceburinya. Sudah terang lagi
bersuluh, sentuhan kasih sayang yang diberikan oleh ibu tidak ada tandingannya
dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang berkualiti sehinggakan dalam
agama Islam ada menyatakan bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Selain itu, wanita juga berperanan sebagai isteri yang sentiasa memberi
dorongan kepada seorang suami. Hal ini demikian kerana, di sebalik kejayaan
seorang suami, wanitalah yang sering menjadi perisai penting umpama senjata
yang tajam dan berbisa bagi seorang suami mengharungi pelbagai pancaroba
hidup.Sebagai contoh,mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr. Mahathir
bersama isterinya, Datin Seri Hasmah binti Mohamad Ali telah bersusah payah
bersama-sama sehinggalah suaminya berjaya menjadi seorang menteri yang
tersohor di dunia lantaran daripada dorongan dan sokongan daripada isterinya
selaku pendamping.Andai kata,wanita selaku pendamping utama kepada suami
dan sering memberi dorongan kepada suaminya ,sudah tentu suami akan
sentiasa menempa kejayaan yang diimpikan akan terjamin .Sebaliknya,jika isteri
tidak memberikan sokongan dan dorongan kepada suami sebagai ketua
keluarga, maka secara tidak langsung sudah tentu apa sahaja yang diimpikan
oleh suaminya akan kecundang. Oleh itu,peranan wanita sebagai pendorong
utama kepada suami dalam melahirkan generasi yang berkualiti amat penting
untuk menjanakan kejayaan suami.
Dalam pada itu,wanita juga dilihat sebagai wanita yang berkerjaya dan
berperanan melahirkan pemimpin-pemimpin yang berintelektual. Hal ini
demikian kerana, golongan wanita pada masa sekarang rata-ratanya berkerjaya
dan berdaya saing untuk maju dalam sesuatu bidang sehingga telah berjaya
melahirkan banyak generasi yang hebat di seantero dunia. Dalam konteks
ini,seseorang wanita yang berkecimpung dalam sesuatu bidang yang profesional
akan memberi sepenuh komitmen dalam tugas mereka untuk melahirkan
generasi yang cemerlang.Buktinya,kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2008 iaitu Nik Nur Madihah Binti Nik Kamal yang berjaya memperoleh 21A
berpendapat bahawa gurunyalah yang telah banyak membantunya dalam

menggapai bintang kejayaan tersebut .Seandainya golongan wanita yang


berkerjaya memainkan peranannya dalam melahirkan pemimpin-pemimpin yang
berintelektual, sudah pasti generasi yang berkualiti dapat dilahirkan.Sudah
terang lagi bersuluh bahawa peranan wanita dalam melahirkan pemimpinpemimpin yang berintelektual merupakan salah satu usaha untuk melahirkan
generasi yang berkualiti sekali gus melahirkan pemimpin-pemimpin yang lebih
berdaya saing.
Di samping itu, generasi yang berkualiti juga dapat direalisasikan dengan
peranan wanita yang bertindak sebagai suri teladan kepada anak-anaknya.Hal
ini demikian kerana,wanita merupakan insan yang paling dikagumi dan disayangi
oleh anak-anak. Majoriti daripada permata negara pada hari ini akan mengikuti
segala nasihat dan bimbingan daripada ibu kerana ibu merupakan insan yang
paling banyak menyumbangkan tenaga sama ada dari aspek mental dan fizikal
dalam melayan karenah anak-anak mereka. Selaku wanita yang bergelar
ibu,seharusnya mereka sentiasa menunjukkan nilai-nilai murni kepada anak-anak
tidak kira sama ada di hadapan atau di belakang untuk dijadikan idola, kerana
pepatah ada mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya .Sebagai contoh ,
ibu perlulah sentiasa menjaga tingkah laku dan pertuturan untuk m enyemai
benih nilai kemanusiaan dalam diri anak-anak mereka untuk melahirkan generasi
yang berkualiti.Seandainya,ibu tidak menjadi suri teladan kepada anak-anak,
maka sudah tentu anak-anak tidak akan mampu menepis segala cabaran dan
dugaan dalam kehidupan mereka kerana mereka akan terikut-ikut dengan
perilaku ibu mereka yang telah ditakrifkan sebagai idola dalam hidup mereka.
Oleh itu,jelaslah bahawa wanita perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak
untuk melahirkan generasi yang berkualiti selari dengan matlamat negara untuk
melahirkan generasi yang cemerlang ,gemilang dan terbilang.
Tambahan pula, generasi berkualiti juga dijanakan oleh wanita yang berperanan
sebagai ketua pemimpin bagi sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana,
wanita besi ini mampu mentadbir dengan adil. Generasi yang bekerja di bawah
pemantauannya akan menjadi insan yang hebat dan proaktif melalui amalan
Kepimpinan melalui teladan. Sebagai contoh Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu
Gabenor Bank Negara merupakan seorang pemimpin yang gah di mata dunia
lantaran terpilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh Global Finance.
Banyak pegawai yang dedikasi dan komited telah berjaya dilahirkan melalui
kebijaksanaan pimpinan beliau sehinggakan negara kita pernah menerima
Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik di peringkat dunia.Andai kata golongan
wanita berperanan menjadi ketua pemimpin yang hebat di sesebuah organisasi,
sudah pasti generasi pelapisnya akan menjadi insan yang terbaik dalam bidang
yang diceburinya. Semangat dan kegigihan serta ketabahannya akan member
suntikan semangat kepada generasi lain untuk melakukan apa sahaja yang
terbaik walau pun mencabar fizikal dan mental. Sesungguhnya wanita yang
berperanan sebagai pemimpin akan berjaya melahirkan generasi pemimpin
muda yang berkaliber dan berkualiti.

Deduksinya, golongan wanita memainkan peranan yang tidak kurang vitalnya


dalam melahirkan generasi yang berkualiti . Ternyata kudrat golongan wanita
selama ini membuahkan hasil apabila Berjaya melahirkan anak watan yang
berjaya dalam semua bidang yang diceburi dan banyak dalam generasi sekarang
telah menempa nama serta tersohor di mata dunia. Oleh itu, wanita haruslah

terus memainkan peranan mereka agar generasi yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang boleh dicapai dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang
dipandang tinggi di seantero dunia

Anda mungkin juga menyukai