Anda di halaman 1dari 2

No.60,Jalan 14/1, Taman Segar,77300 Masjid Tanah,Melaka.

Guru Pusat Sumber, Sekolah Menengah Kebangsaan Hilir, 77300 Masjid Tanah, MELAKA BANDARRAYA BERSEJARAH 30 JUN 2008

Tuan, Cadangan-cadangan bagi Mengatasi kelemahan Pengurusan di Pusat SumberSekolah Saya merupakan pelajar Tingkatan Tiga Arif di sekolah ini. Belakangan ini saya perhatikan bahawa bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber semakin berkurangan walaupun mempunyai pelbagai kemudahan.Oleh itu,saya inginmengemukakan beberapa cadangan yang saya fikirkan sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar-pelajar untuk mengunjungi pusat sumber. 2.Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan para pelajar tidak berminat mengunjungi pusat sumber. Saya mencadangkan agar diadakan projek ``Taman Dalam Pusat Sumber. Bunga-bunga dan lukisan mural alamsemulajadi pada dinding didalam pusat sumber secara tidak langsung dapatmemberikan ketenangan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. 3.Pustakawan pula hendaklah diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan pusat sumber dengan lancar. Pustakawan sekolah mendapati kurang cekap mengurus proses peminjaman dan pemulangan buku. Buku-buku juga diletak tidak mengikutlabel pada rak. Amat diharapkan agar kursus tersebut dapat menmantapkan sistem pengurusan di pusat sumber. 4.Pusat Sumber mempunyai banyak kemudahan seperti penggunaan mesinfotostat tetapi tidak ada petugas yang mahir mengendalikan mesin tersebut. Sayamencadangkan agar pihak pengurusan mengenakan caj dan melantik petugas yangmahir untuk membantu para pelajar menggunakan mesin itu. Hasil kutipan yangdiperoleh itu dapat digunakan untuk rujukan kerceriaan pusat sumber atau menambah bilangan buku rujukan untuk para pelajar. 5.Semoga cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat dipertimbangkansewajarnya agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber akan meningkat.Sekian, terima kasih.Yang ikhlas,

. (Ramona Aini Binti Rahim)

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Anda mungkin juga menyukai