Anda di halaman 1dari 11

Faktor yang menyumbang kepada situasi di atas ialah kelas sosial.

Masyarakat
merupakan satu kelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan
bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat
yang sama. Namun begitu, terdapat perbezaan dari segi kelas sosial dalam kalangan
mereka.

Hal ini dapat dilihat terdapat masyarakat yang hidup dalam kemiskinan,

kesederhanaan dan kemewahan. Berdasarkan situasi diatas yang telah diberi, saya
berpendapat bahawa terdapat beberapa lapisan sosial, namun golongan yang majoriti
berada pada kelas rendah dan sederhana serta golongan minoriti ialah golongan tinggi. Hal
ini dapat dilihat apabila separuh daripada murid berada di garis kemiskinan. Bagi pendapat
saya, kanak-kanak yang datang dari golongan kelas rendah sukar untuk mendapat
pendidikan yang tinggi disebabkan oleh ibu bapa mereka memberi nilai yang rendah
terhadap pendidikan anak mereka. Menurut Hyman (1954) berpendapat bahawa kelas
rendah mempunyai nilai dan kepercayaan yang boleh melemahkan semua daya bertindak
yang dapat memperbaiki kedudukan rendah mereka. Namun, kanak-kanak yang berasal
dari keluarga yang berada mampu untuk mendapatkan pendidikan yang lebih daripada
kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang agak susah. Hal ini kerana keluarga mereka
mampu untuk memberikan pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka seperti
menghantar mereka ke kelas-kelas tambahan atau mengupah guru untuk hadir ke rumah
bagi mengajar anak-anak mereka ini.
Menurut Maslow, keperluan yang asas yang perlu dipernuhi ialah keperluan fisiologi
iaitu makan, minum, udara, tempat tinggal dan berkumuh. Murid yang berada di garis
kemiskinan ini juga akan kekurangan dalam memenuhi keperluan asas.Mereka tidak dapat
makan makanan khasiat dan tempat tinggal yang tidak selesa.Hal ini kerana, keluarga
mereka tidak mampu untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan tempat tinggal
yang baik untuk anak mereka. Manakala kanak-kanak dari keluarga yang berada juga
disediakan dengan kelengkapan belajar yang mencukupi dan lebih selesa berbanding
dengan kanak-kanak dari keluarga yang susah. Suasana pembelajaran kanak-kanak dari
keluarga berada ini juga lebih selesa daripada keluarga yang agak susah.Kesihatan mereka
akan terjamin dan mereka akan mendapat makanan tambahan untuk kecerdasan otak yang
mungkin tidak dapat diperolehi oleh murid berpendapatan rendah Hasil daripada
kemudahan dan keperluan yang mencukupi ini, kanak-kanak daripada keluarga yang
berada mudah untuk mencapai prestasi yang memberangsangkan dan sering berada di
kelas teratas bagi murid yang mempunyai taraf hidup yang baik.
Kelas sosial ini bukan sahaja memberi kesan kepada akademik. Ia juga memberi
kesan terhadap emosi murid. Berdasarkan situasi diatas,muridmurid miskin dapat
Rancangan Pemakanan Tambahan(RMT).Bagi pendapat saya, muridmurid yang mendapat

RMT, setiap minggu akan makan makanan yang sama sahaja mengikut jadual yang
disediakan, manakala murid murid kaya akan makan pelbagai jenis makanan.Murid miskin
juga ingin untuk makan makanan seperti kawankawannya tetapi tidak mampu.Hal ini akan
mengganggu emosi murid seperti sedih dan kecewa.
Faktor yang lain ialah dari aspek bangsa.Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa
merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi
yang sama. Apabila membincangkan bangsa, kita juga tidak terlepas daripada aspek kaum.
Berdasarkan situasi di atas, sekolah itu terdiri daripada pelbagai kaum.Jika dilihat dalam
sesebuah kelas yang mempunyai kepelbagaian kaum akan ada kaum minoriti yang terdapat
dalam kelas tersebut. Sering kali kaum minoriti ini sering dipinggirkan oleh murid-murid yang
lain disebabkan oleh jumlah mereka yang sedikit di dalam kelas tersebut. Sebagai contoh,
dalam sesebuah kelas yang mempunyai kaum Melayu majoritinya serta kaum India minoriti
akan dapat dilihat murid-murid yang majoriti akan meminggirkan murid-murid kaum minoriti.
Hal ini disebabkan oleh kesedaran tentang pergaulan antara kaum belum diterapkan dalam
diri murid-murid. Kesannya, akan menyebabkan murid-murid kaum minoriti malu untuk
bertanya di dalam kelas, kurang menonjol, kurang melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sekali gus membawa kepada semangat yang rendah untuk belajar.
Murid di sekolah tersebut bukan sahaja terdiri daripada pelbagai kaum ,mereka juga
datang dari pelbagai tempat di Malaysia. Perkara ini menggambar bahawa sekolah ini
mempunyai pelbagai adat,kepercayaan dan budaya yang berbeza.Walaupun,mereka
merupakan satu kaum yang sama tetapi adat dan cara hidup yang mereka amalkan di
tempat asal mereka mungkin berbeza dengan suasana sekolah tersebut. Kemungkinan
besar, mereka akan mengalami kejutan budaya kerana mereka terpaksa melalui perkara
yang baru yang mungkin berbeza.Murid yang datang dari tempat yang lain mungkin berasa
tidak selesa dengan amalan di sekolah tersebut kerana pada usia kanak kanak,mereka
tidak dapat memahami sesuatu perbezaan sosiobudaya secara mendalam.
Faktor yang menyumbang kepada berlakunya senario di atas. Antaranya ialah muridmurid itu lebih senang dengan kelompok mereka sendiri. Pengkajian terhadap kelompok
melibatkan tiga perkara utama : kefahaman tentang kelompok, tingkah laku kelompok dan
tingkah laku kolektif. Shaw (1981) mendefinisikan kelompok sebagai dua atau lebih individu
berinteraksi antara satu sama lain dan setiap individu itu saling mempengaruhi. Usaha
terakhir kelompok itu adalah mencapai matlamat yang sama. Setiap kelompok murid-murid
ini mempunyai agama dan budaya masing-masing tersendiri. Sebagai contoh, bangsa
Melayu beragama Islam dan berpakaian baju kurung atau baju Melayu. Bagi bangsa Cina,
agama mereka agam Buddha dan memakai cheongsam. Disebabkan persamaan agama

dan budaya dalam setiap kelompok ini, mereka lebih senang untuk berkongsi sebarang
cerita mahupun pengalaman dalam kelompok mereka sendiri. Keserasian dapat dirasakan
apabila berkongsi atau bercerita dengan kelompok sendiri berbanding dengan kelompok lain
yang mempunyai agama dan budaya yang berlainan.
Faktor yang lain ialah bahasa komunikasi yang digunakan oleh setiap kelompok
berbeza-beza. Setiap bangsa mempunyai bahasa ibunda masing-masing dan kebiasaannya
bahasa ibunda inilah yang lebih disenangi untuk digunakan bagi menyampaikan maklumat.
Hal ini dapat dilihat di senario di atas iaitu kebanyakan mereka bertutur menggunakan dialek
masing - masing.Sebagai contoh, kaum Melayu menggunakan bahasa Melayu, kaum India
menggunakan bahasa Tamil dan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin atau Kantonis.
Bukan itu sahaja, malah kaum lain seperti orang asli, kaum Iban, kaum Kadazan dan kaumkaum minoroti yang lain juga mempunyai bahasa ibunda masing-masing untuk digunakan
bagi menyampaikan maklumat antara mereka. Persamaan bahasa untuk menyampaikan
maklumat akan lebih berkesan, selesa dan mudah difahami. Oleh sebab itu, setiap murid
lebih cenderung untuk bergaul dalam kelompok masing-masing. Antara permasalahan yang
berlaku apabila komunikasi antara kelompok yang berbeza berlaku ialah salah faham
terhadap maklumat yang disampaikan.Di Malaysia, kita menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Namun, bagi murid-murid dari kaum lain selain kaum Melayu
agak sukar untuk menggunakan bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika mereka kurang
pendedahan atau baharu mempelajari bahasa Melayu. Jadi, apabila komunikasi berlaku
antara murid kaum Melayu dan murid kaum Cina contohnya, kemungkinan salah faham
maklumat yang disampaikan akan berlaku. Disebabkan itulah murid-murid ini lebih selesa
untuk menyampaikan maklumat atau bergaul sesama kelompok mereka sendiri.
Faktor persekitaran juga boleh menjadi punca kepada berlakunya senario tersebut.
Kawasan tempat tinggal murid-murid yang tidak bercampur dengan kaum lain membawa
pengaruh kepada berlakunya pergaulan dengan kelompok masing-masing sahaja. Dari kecil
lagi murid-murid ini hanya bermain dengan kanak-kanak yang sekelompok dengan mereka.
Sebagai contoh, dapat dilihat di kawasan yang perumahan yang diduduki oleh kaum Cina
majoritinya, kanak-kanak kecil sering bermain bersama-sama. Apabila dari kecil lagi mereka
hanya dikelilingi oleh kaum mereka sahaja, pergaulan dengan kaum lain sukar untuk
diwujudkan. Malah, sekiranya ada jiran baharu berlainan kaum yang berpindah ke kawasan
itu, akan mengambil masa untuk anak-anak mereka bermain bersama-sama.
Murid-murid kurang bergaul dengan kelompok lain juga dapat dikaitkan dengan
kurangnya pendedahan bergaul dengan kaum yang berbeza terutamanya dari pihak ibu
bapa. Sejak dari kecil lagi mereka tidak didedahkan atau dilarang dengan pergaulan antara

kaum yang berbeza. Antara punca terjadinya perkara ini kerana pemikiran ibu bapa yang
bersifat perkauman. Pemikiran seperti ini telah mewujudkan satu jurang interaksi yang besar
dalam kalangan anak-anak dengan bangsa yang lain seterusnya terbawa-bawa pemikiran
seperti ini sehingga ke sekolah. Mereka tidak mendorong anak-anak untuk melibatkan diri
dengan aktiviti jika terdapat aktiviti yang melibatkan bangsa lain. Lantaran itu, anak-anak
hanya bergaul dalam kelompok masing-masing sahaja dan jarang bergaul dengan rakanrakan berlainan bangsa.Hal ini mungkin dapat dikaitkan dengan kejadian 13 Mei 1969 yang
pernah berlaku suatu ketika dahulu. Namun, sehingga kini peristiwa tersebut masih memberi
kesan sehingga ke hari ini. walaupun begitu, perkara ini mungkin hanya terjadi hanya pada
segelintir masyarakat yang masih tidak berfikiran terbuka.
Faktor yang seterusnya mungkin menjadi penyebab masalah ini berlaku adalah
kerana faktor latar belakang keluarga murid-murid itu sendiri. Pada kebiasaannya,
masyarakat dipinggir bandar berkerja dibandar atau berkerja di kilangkilang industri.Mereka
terpaksa berkerja kuat sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa dengan anak
anaknya.Hal ini kerana, barang barang keperluan asas dan tempat tinggal serta
pengangkutan mahal kerana berhampiran dengan bandar. Berdasarkan senario yang diberi,
ada juga murid yang mempunyai ibu tunggal yang terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk
menyara kehidupan mereka dan hanya dapat berjumpa pada hujung minggu sahaja dan
kedua dua ibu bapa juga terpaksa berkerja untuk mencari rezeki kepada anak
anaknya.Hal ini menyebabkan, murid tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya.Ia
menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dan percaya kepada orang lain.
Selain itu, anak - anak kepada ibu bapa yang berkerja,mereka terpaksa meminta
orang lain untuk menjaga anaknya, terutamanya nenek dan datuk kepada anak tersebut.
Apabila anak anaknya membesarkan di bawah orang tua, mereka akan mengikuti bahasa
yang digunakan nenek dan datuknya. Orang orang tua itu sendiri tidak dapat menguasai
keduadua bahasa tersebut iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, maka anak anak di
sana juga tidak dapat menguasai kedua dua bahasa tersebut. Oleh itu, murid murid juga
berasa tidak perlu untuk belajar bahasa tersebut kerana mereka bertanggapan bahawa
kedua dua bahasa itu tidak penting. Hal ini menyebabkan, mereka tidak berusaha untuk
menguasai kedua dua bahasa tersebut.
Selain itu, lokasi sekolah juga turut memberi kesan kepada senarion di
atas. Sekolah yang terletak di kawasan pinggir bandar
Sekolah yang terletak di luar bandar atau di kawasan pedalaman sukar
untuk terdedah dengan kemajuan yang berada di bandar. Kemajuan yang berada

di bandar hanya dipelajari di dalam silibus dan dapat melihat gambar sahaja.
Malah, keperluan yang lengkap juga sukar untuk dipenuhi disebabkan oleh
keperluan tersebut hanya terdapat di kawasan bandar dan menggunakan kos
yang tinggi. Sekolah yang berada di luar bandar atau kawasan pedalaman tidak
mempunyai dana yang tinggi seperti sekolah-sekolah di bandar. Jadi, pihak
pentadbir sekolah-sekolah ini hanya mampu menyediakan kelengkapan atau
keperluan yang termampu sahaja. Hal ini menyebabkan, murid-murid sekolah
tersebut tidak dapat menggunakan sesuatu alatan itu dengan selesa. Mereka
perlu berkongsi dan menggunakannya dengan berhati di bawah pantauan guru.
Sebagai contoh, alatan atau perkakas di dalam makmal yang tidak mencukupi.
Hal ini akan menyebabkan murid-murid perlu berkongsi menggunakan peralatan
tersebut dan ini mungkin akan menyebabkan kemalangan akibat daripada
perebutan peralatan yang sedikit. Jadi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan selesa dan lancar.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah diatas.
Sebagai seorang guru juga hendaklah memberi layanan yang sama rata terhadap semua
muridnya tanpa mengenal kaum atau budaya. Layanan yang sama rata akan memberikan
persepsi yang positif terhadap guru tersebut walaupun bukan dari kelompok yang sama
dengan murid-murid. Contoh yang baik dari guru ini akan membuka minda murid-murid ini
bahawa kaum atau budaya yang berbeza tidak menjadi penghalang untuk mewujudkan
hubungan yang baik. Malah layanan daripada guru yang sama rata juga sekali gus dapat
meningkatkan motivasi dalaman murid-murid untuk belajar. Semangat untuk belajar yang
diserapkan dalam diri murid-murid akan membuatkan murid-murid menolak faktor
perkauman untuk belajar dan memperoleh ilmu itu bersama-sama.
Peranan guru yang lain ialah mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah
kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi
tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Sekolah rendah terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Namun

begitu, terdapat juga murid Cina dan India yang belajar di Sekolah Kebangsaan yang
menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan. Oleh itu, guru yang cekap
mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuan serta
tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti
agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah. Hal ini
kerana, sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, murid-murid lain akan
menerima konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan mewujudkan
jurang perbezaan sosial yang ketara.
Sekiranya berlaku masalah tersebut, masalah sosial dalam pembelajaran akan
berlaku seperti tiada kerjasama dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Maka, rancangan pengajaran yang awal dan rapi perlu direka terlebih dahulu
sebagai langkah berjaga-jaga supaya guru dapat meminimumkan kesilapan sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang
terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat
penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri
daripada pelbagai budaya.
Bukan itu sahaja, malah masalah dari aspek bahasa dan pertuturan juga boleh
menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Oleh itu guru
perlu peka terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa. Perhatian yang wajar
perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. Guru perlu
menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya
kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lagi
pertuturan dan meningkatkan kemahiran berbahasa mereka. Melalui kelas pemulihan juga
dapat membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik untuk mengukuhkan lagi
kemahiran pertuturan mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa
tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar
belakang keluarga. Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid
Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah
bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan
India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran guru dengan berkesan.
Sebagai seorang guru, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan
sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi
menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya muridmuridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya murid-muridnya
amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran terutamanya di dalam subjek Kajian

Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung
dalam kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya
mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. Justeru murid dapat
mempelajari nilai-nilai yang mulia seperti saling menghormati antara kaum yang berbeza.
Malah, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut dan
menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu
kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masingmasing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini akan mendekatkan

jurang

perkauman antara murid. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi mencari
persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan
dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmoni sesama sendiri setelah
murid-murid dewasa kelak. Mengenai hubungan yang harmoni, secara tidak langsung akan
mewujudkan bilik darjah yang kondusif oleh guru tersebut. Hal ini juga menyumbang kepada
kelancaran pengajaran dan pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan. Keadaan yang kondusif juga membuatkan murid lebih fokus dan
bersedia untuk belajar.
Selain itu, murid- murid bukan Melayu akan dapat meningkatkan kemahiran berbahasa
Melayu jika mereka kerap bertutur dalam bahasa Melayu. Biasanya, kanak- kanak bukan
Melayu seperti Cina dan India tidak boleh berbahasa Melayu sehinggalah mereka
bersekolah. Hal ini bukan sekadar anggapan tetapi ianya adalah satu realiti. Ibu bapa
mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah, maka anak- akan mereka pun tidak
akan dapat bertutur dalam bahasa Melayu sehinggalah mereka belajar bahasa ini di alam
persekolahan. Jika di sekolah pun mereka diasingkan mengikut bangsa, maka penguasaan
bahasa Melayu mereka pasti akan lemah. Lain halnya jika mereka digabungkan bersama
murid- murid yang berbeza bangsa, ini akan menyebabkan mereka menggunakan bahasa
Melayu untuk berinteraksi dengan mereka. Dengan cara ini secara tidak langsung jati diri
sebagai anak Malaysia akan dapat diterapkan dalam kalangan murid kerana bahasa Melayu
adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Dengan itu, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu
yang akan menjadi budaya Satu Malaysia.
Oleh itu, guru hendaklah bijak mengatur penyusunan kedudukan meja murid-murid
dalam bilik darjah yang melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan
pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama
murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi
mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh pergaduhan antara
murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej

negara sekaligus turut mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran untuk berjalan
dengan lancar.
Jadi, penerapan nilai-nilai yang baik dan merentasi kurikulum harus diterapkan di
dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses
pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid
dalam menghadapi masa akan datang. Malah, murid-murid juga akan menolak tepi faktor
perkauman untuk belajar bersama-sama, melakukan aktiviti bersama-sama dan berjaya
dengan

cemerlang

bersama-sama

juga.

Oleh

itu,

perancangan

pengajaran

dan

pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta
interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk
menghubungkan individu dengan individu lain. Melalui cara ini dapat mewujudkan hubungan
yang baik antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Aktiviti yang disusun dan dirangka dengan baik oleh guru harus dilakukan dan
melibatkan penglibatan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil
kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Melalui aktiviti ini akan memupuk
sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid untuk menjayakan tugasan yang diberikan
oleh guru. Bukan itu sahaja, malah kerjasama yang ditunjukkan sangat baik antara sesama
ahli kumpulan walaupun berlainan kaum. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik
juga, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku
dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza
kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain. Prejudis antara murid yang berbeza budaya
perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara
murid dalam bilik darjah.
Selain itu,guru juga memastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai
kaum.Contohnya ,guru membuat poster, kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan
agama.Guru juga perlu bijak memilihan bahan bantu mengajar yang sesuai.Bahan bantu
mengajar tersebut mestilah jelas dan membutakan murid mudah faham.Contohnya, jika
ingin mengajar tajuk bangsa yang terdapat di Malaysia,guru mestilah pandai untuk memilih
bahan yang dapat menarik murid untuk belajar dan mebuatkan mereka mudah untuk
mengingati pada jangka masa yang panjang. Contohnya, menunjukkan gambar , video,
audio dan lain lain lagi dengan menitik beratkan kesamaratan antara semuanya.
Seterusnya,guru juga membentuk iklim kelas yang mesra budaya justeru itu proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna jika guru dan murid
berkerjasama. Kaedah yang boleh dilakukan untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya
juga ialah guru perlulah merancang aktiviti yang sesuai bagi semua bangsa contohnya guru
menyediakan permainan bahasa, kuiz dan sebagainya. Permainan bahasa penting dalam
mewujudkan kelas yang mesra budaya dimana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat

tentang sebutan sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya sebuatan apa
khabar, orang Melayu menyebut apa khabar, orang Cina menyebut ni hao ma dan orang
India menyebut epadi irukinge.
Seterusnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan persekitaran kelas
yang mesra budaya, guru perlulah memainkan peranan yang penting dan menjadi contoh
kepada pelajar dalam mewujudkan situasi atau persekitaran yang mesra budaya antara
pelajar disesebuah sekolah. Antara kaedah yang boleh dipraktikan oleh guru ialah
kaedah membuat persembahan oleh pelajar. Dalan kes ini, pelajar digalakkan untuk
melakukan perbincangan dengan rakan mereka dari pelbagai bangsa dan mereka membuat
persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru. Sebagai contoh jika guru mengajar
tentang pakaian tardisional, murid-murid perlu membuat persembahan tentang pakaian
tradisonal bangsa mereka dengan menamakan pakaian mereka contohnya orang Melayu
baju kurung, orang Cina chong sam dan India sari.
Di samping itu,guru mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya.Proses P&P bukan
sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di
padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran P&P mesra
budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan suasana
mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra
budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya
kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaumkaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu
bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini,
mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya
dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai
cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum
kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan basou dengan cara menjeruk
nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.
Selain itu, dalam subjek pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab terhadap
orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua
dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru boleh
mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina.Satu lagi subjek
yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya pelbagai kaum ialah subjek
sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan. Contohnya budaya
Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di
Melaka.Meskipun mengaitkan budaya- budaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek

mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia
sering dilakukan.
Selain itu,guru boleh menggunakan kaedah main. Kaedah main merupakan satu
kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah. Main merupakan satu aktiviti yang
menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi
golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan
pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum. Dalam budaya pelbagai
kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan
tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya.
Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan
sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh
menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya.
Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional
boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi
pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam
permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh
belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu kaki) dan
pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti
Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil.
Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakan
permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu.
Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban
untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru boleh
menggunakan permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata
dalam kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut.
Seterunsya ialah guru perlulah menyediakan peraturan di bilik darjah.Peraturan yang
dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan
menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya, murid tidak mematuhi peraturan, dia akan dapat hukuman seperti
menderma 0.50 sen.Jika murid dapat mematuhi peraturan, guru akan memberi pujian dan
ganjaran supaya murid sentiasa mematuhi arahan yang telah disediakan. Melalui peraturan
ini,murid dapat
.

Oleh itu, sebagai guru peranan yang dimainkan olehnya sangat penting dalam
mencapai peluang pendidikan yang saksama terhadap semua murid. Guru lah yang menjadi
tunjang utama kemudian dibantu oleh ibu bapa da masyarakat sekeliling. Tanpa kerjasama
dariapada ibu bapa dan masyarakat sekeliling juga peranan yang diamainkan oleh guru
sukar untuk berjalan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai