Anda di halaman 1dari 1

Dari pandangan Cikgu Lyah, apakah yang menjadi cabaran

utama dalam penggunaan komputer?


Pengetahuan serta sikap terhadap komputer menjadi cabaran utama dalam kalangan
murid.Semakin kerap seseorang individu menggunakan computer, tahap pengetahuan
teknologi maklumat guru juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi
maklumat guru boleh dipertingkatkan melalui kursu-kusus teknologi maklumat seperti
VLE Frog , P&P ICT dan sebagainya. Walaupun guru-guru diberi pendedahan
malangnya setiap guru sibuk dengan pengajaran masing-masing di sekolah. Misalnya,
setiap guru di sekolah akan diberi 8 waktu. Mereka agak sibuk dan memberi tumpuan
yang tinggi terhadap objektif yang perlu dicapai sahaja. Selain itu, guru-guru seperti
saya juga tidak cukup pengetahuan untuk menyelitkan unsur tmk dalam P&P hariannya.
Hal ini demikian kerana, masalah teknikal, pembaziran masa dan sebagainya turut
menjadi cabaran.

Bagaimanakah sikap seorang guru memainkan peranan


terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P?
Sikap

adalah

sesuatu

gambaran

dalaman

individu

yang

merujuk

kepada

kecenderungan untuk berkelakuan positif/negative terhadap benda, situasi, institusi,


konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literature lepas telah menunjukkan bahawa
wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat
dengan pengajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah
berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya
lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai