Anda di halaman 1dari 6

Tajuk: Jelaskan implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap guru, murid,

sekolah dan kurikulum tersirat. Bagaimanakah guru dapat memastikan


kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses
pembelajaran pelajar?
Latar budaya yang diwarisi atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik,
masyarakat atau lokaliti yang lebih luas mempengaruhi perkemabangan,
kepercyaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Justeru, kita harus
sedar bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza daripada yang lain
hasil lingkungan budaya ernik atau jenis masyarakat serta penempatan
tempat tinggal masing-masing. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya
yang dibawa oleh pelajar dapat membantu guru menyediakan
persekitaran pembelajaran yang baik lagi berkesan.
Individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang
mereka yang berlainan. Setiap individu membesar dan terbentuk hasil
interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya merupakan faktor
pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Budaya
mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, juga
mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan

Menurut Gollnick dan Chin (1990) bahawa beliau berpendapat Culture


provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels
dan behaves in society.
Marcelle, DuPraw dan Axner berpendapat terdapat enam corak asas
budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu berbeza
dalam komunikasi, berbeza sikap terhadap konflik, berbeza pendekatan
dalam menyelasaikan tugasan, berbeza dalam gaya menyelasaikan
masalah, berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan dan juga
berbeza dalam pendekatan untuk mengetahui. Justeru, pelajar adalah
berbeza dan perlu mendapat layanan yang berbeza selaras dengan
keunikan masing-masing.

Dengan ini, implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah


kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid
hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata
berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham
bahan yang dibaca dan penerangan guru. Kesannya mereka akan
ketinggalan dalam pelajaran. Di samping itu, dua atau lebih bahasa
dengan kosa kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi
kepelbagain sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua atau lebih bahasa.
Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris akan
lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis telah
terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot cepat dan tangkas
dalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik
dan diasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaanya.

Antara implikasi yang dihadapi oleh murid disebabkan kepelbagaian sosial


juga termasuklah kaum etnik. Pelajar yang itngaal dan belajar dalam
lingkungan satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya, cara fikir dan
pandangan dunia yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya
kaum lain. Justeru, pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya
dipelajari melalui bacaan bukan amalan. Kemungkinan proses
penyesuaian diri dengan kaum atau etnik lain akan mnejadi sesuatu yang
sukar. Pelajar yang belajar di sekolah dan persekitaran yang disertai oleh
pelbagai kaum etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam,
pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama ada secara sedar
ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar bahasa
etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan saling
menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan
secara tidak formal.

Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan


tinggi. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi
keluarga. Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin
menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan
belajar, kurang kelengkapan untuk belajar dan sebagianya. Berdasarkan
teoriketersekatan budayapelajar-pelajar ini menghadapi masalah kurang
mendapat perhatian ibu bapa atas sebab kesibukan mencari rezeki.
Pelajar-pelajar kurang bersemangat dan berisiko menghadapi masalah
keciciran dalam persekolahan. Pelajar yang datanglah daripada golongan
sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi masalah
kelengkapan dan kemudahan pembelajaran, berpeluang menghadiri kelas
bimbingan berbayar, mendapat perhatian dan dorongan yang khusus
daripada ibu bapa. Hasilnya, peluang mendaptkan pendidikan lebih
meluas berbanding mereka yang berada dalam lingkungan taraf
sosioekonomi rendah.

Implikasi yang dihadapi oleh murid terhadap kepelbagaian sosiobudaya


adalah petempatan. Pelajar bandar dan pinggir bandar lebih terdedah
kepada kepelbagaian budaya etnik yang berbeza. Terdapat budaya yang
pelbagai berdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk kelas sosial
berbeza. Lantaran itu, dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar
akan wujud kepelbagaian budaya kesan persekitaran. Terdapat pelajarpelajar yang tergolong dalam kelompok miskin bandar, kelas sederhana
yang rata-rata anak pegawai kerajaan dan swasta, juga mereka yang
kaya. Budaya pelajar daripada aspek tumpuan perhatian kepada
pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah laku dan pandangan terhadap
tugas dan bertanggungjawab akan jelas berbeza bengantung pasa aspirasi
ibu bapa, jenis pekerjaan, pandangan terhadap pendidikan dan
sebagianya. Pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman selalunya
mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan dunia
yang serupa dan sebagainya. Justeru, tindakan, pandangan funia, aspirasi
dan pandangan terhadap pendidikan yang ditunjukkan berkemungkinan
kurang mencabar sebagaimana mereka di bandar besar. Rata-rata pelajar

di luar bandar kurang mendatangkan masalah kepada sekolah dari segi


tingkah laku.

Sebagai individu yang unik, setiap pelajar mengamalkan gaya berfikir dan
gaya belajar yang berbeza. Terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang
umum iaitu visual, audio dan kinestetik. Pelajar visual perlu mendengar
dan melihat untuk memahami isi pelajaran sementara pelajar kinestetik
perlu terlibat melakukan aktiviti membuat untuk menguasai pembelajaran.
Terdapat juga pelbagai bentuk gaya belajar yan gberasaskan gaya berfikir
individu yang membuatkan setiap pelajar berbeza. Ada pelajar yang
memerlukan bantuan latar untuk memahami pembelajaran. Pelajar jinis ini
tergolong dalam gaya fikirfield dependent. Pelajar perempuan lebih
banyak memerlukan bantuan latar berbanding lelaki,juga bergantung
kepada budaya hidup etnil. Pelajar lelaki kebanyakannya boleh berfikir
secara pantas dan ada juga pelajar yang mengambil masa yang panjang
untuk memahami dan bertindak. Pelajar impulsif lebih mudah membuat
kesilapan dalam pembelajaran berbanding pelajar yang reflektif. Pelajar
reflektif mengambil masa dan berfikir panjang sebelum mengambil
tindakan. Pelajar reflektif lebih mudah mengingat maklumat, lebih
memahami teks dan lebih cekap dalam penyelesaian masalah dan
membuat keputusan berbanding pelajar impulsif

Tambahan pula, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid juga


termasuklah gender. Pelajar perempuan lebih tekum memberikan
perhatian dalam pembelajaran, mematuhi peratuan bilik darjah dan
sekolah. Mereka jug alebih kemas dan teratur, menunjukkan prestasi baik
pada peringkat rendah. Manakala lelaki menunjukkan prestasi lebih baik
pada peringkat menengah. Pelajar lelaki biasanya lebih mendapat
perhatian guru dalam pembelajaran dan interaksi dengna guru dan lebih
baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah dalam mata pelajaran
sastera dan bahasa. Merujuk Santrock:2008, estim kendiri.

pelajar lelaki dan perempuan adalah sama pada masa masuk sekolah
tetapi estim kendiri pelajar perempuan merosot apabila mencapai
pertengahan tahun persekolah. Budaya yang diamaklan di sekolah
membentuk penerimaan kelainan gender, keupayaan dan prestasi
mengikut gender.

Tugas guru adalah untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam
pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Pelajar dalam sesebuat bilik
darjah terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi,latar belakang keluarga,
kawasan petempatan, budaya adat resam dan bahasa yang berbeza.
Lantaran itu, guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk
melayani dan memberikan perhatian tehdapa pelajar. Kepelbagaian

sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru


mengambil perhatian yan gsesuai bagi mebolehkan setiap pelajar
mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, implikasi kepelbagain sosiobodaya kepada guru adalah


penerunaab dan layanan adil terhadap setiap murid. Guru haruslah
mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal,
budaya, adat resam, kepercayaan dan afama akan membolehkan guru
memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar mengikut
keperluan individu. Guru tidak seharusnya menggunakan maklumat latar
belakang keluarga pelajar untuk mengesahkan generalisasi dan pelabelan
yang telah dibuat. Apabila guru memahami situasi pelajar, dapatlah guru
merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil
terhadap pelajar daripada kelompok ini, oleh hal yang demikian,
diskriminasi dan kesanself fulfilling prophercydapat dielakkan.

Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya


berkesan bagi kumpulan lain. Guru tidak seharusnya menganggap semua
pelajar boleh belajar melalui cara yang sama. Pendidkan yang saksama
buka bermakna sistem penyampaian yang sama. Kesaksamaan
pendidikan lebih bergantung kepada persekitaran tempat tinggal pelajar,
faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar.
Dengan mengambil kira faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru
dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan
pelajar. Satu strategi yang boleh digunakan ialah pembelajaran koperatif.
Melalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan
heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar
bersama-sama, saling memebantu dan berinteraksi untuk memastikan
pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang,
etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali
budaya secara tidak langsung. Kesedaran busaya mikro kumpulan etnik
yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan
kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.

Tugas guru secara eksplisit adalah mengajar dan melaksanakan kurikulum


formal tetapi secara realitinya guru menguruskan hubungan di dalam bilik
darjah agar pembeljaran yang berkesan boleh dicapai. Sebagai satu
komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan
memlaui peraturan dan rutin bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan
memlaui peraturan dan rutin bilik darjah. Pemathuan peraturan menjadi
satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Guru juga
boleh menggunakan kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara
pelajar di dalam bilik darjah. Paparan sosiogram dapat menunjukkan
hubungan antara pelajar. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk membina
hubungan dan penerimaan antara pelajar.

Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar yang


mewakili kelompok kecil, minority atau kelas sosial rendah. Kajian di
Amerika menunjukkan terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza
berdasarkan bangsa, jantina dan kelas sosial. Jangkaan dibuat sejak
pelajar mula masuk sekolah berdasarkan pakaian dan lain-lain yang
berkaitan dengan araf sosioekonomi keluarga. Guru hendaklah sedar
bahawa potensi pelajar bukan berdasarkan kelas sosial, jantina atau
bangsa. Jankaan guru terhadap prestasi pelajar berdasarkan elemenelemen generalisasi adalah tidak adil bagi pelajar. Biasanya pelajar yang
telah dilabel akan beritndak sebagaimana label yang disangkut
kepadanya. Kebanyakkan sekolah mengamalkan sistem pengaliran
berdasarkan pencapaian akademik pelajar, pelajar dikelompokkan kepada
kelas yang berbeza. Guru yang mengajar di kelas baik akan menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang mendalam sementara pelajar kelas
akhir menerima pembelajaran berbentuk ala kadar. Dengan layanan yan
gberbeza, jarak antara kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh.
Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di
sekolah, dianggap pelajarbermasalah, yang akhirnya akan bertingkah
laku sebagaimana yang dijangkakan guru. Guru perlu berubah sikap dan
pandangan terhadap pelajar dan mengelakkan amalan diskriminasi. Tugas
guru adalah unuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar.

Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan


sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar.
Sebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minority,
pelajar minority mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak
ada unsur-unsur budaya etnik dalam sumber pembelajaran. Motivasi
pelajar akan meningkat dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
kerana contoh yang digunakan berkaitan dengan pengalaman pelajar.
Guru perlu berhati-hati dalam memilih sumber pembelajaran yang sesuai.
Walaupun buku teks disediakan, guru perlu menyediakan sumber
tambahan yang sesuai dengan pengalaman pelajar agar pembelajaran
bermakna boleh berlaku. Guru haruslah mengelakkan unsur-unsur
negated dan sensitive bagi mana-mana etnik. Maklumat yang tepat
tentang budaya sesuatu etnik jugalah penting. Pemilih sumber yang baik
perlu dilihat daripada penggunaan bahasa dan istilah yang tidak berunsur
sensitive dari segi gender, etnik dan kepercayaan, pemilihanan bentuk
bahasa dan istilah yang dapat diterima, tidak bias, dan prejudis perlu
diutamakan.

Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian


sosiobudaya dalam masyarakat. Budaya mikro yang menjadi amalan
keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke sekolah dan
mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Bergantung kepada kecekapan

pengurusan sekolah untuk mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah


masing-masing

Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arah


kebangsaan dan sistem berpusat, namum dalam pelaksanaannya wujud
jenis- jenis sekolah yang berbeza. Justeru, budaya sekolah juga berbeza
memandangkan warga sekolah-sekolah tertentu tergolong daripada kaum
ernik tertentu. Jenis-jenis sekolaha yang mempunyai fokus yang berberza
turut mengamalkan budaya yang berbeza. Warga sekolah yakini guru atau
pelajar juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Sosiobudaya akan
dipengaruhi oelh maalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik
majority tersebut. Namun akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan
budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat resam. Bagi
sekolah-sekolah berprestasi tinggi, budaya dan aspirasi sekolah juga akan
turut terselerah. Guru dan pelajar akan bergerak seiring untuk mencapai
matlamat sekolah. Masalah sosial, sikap dan pencapaian mungkin tidak
ketara jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah pencapaian rendah dan
sederhana. Budaya bersaing, bekerjasama, berfokus dan bermatlamat
menjadi pegangn waega sekolah.

Sekolah yang terletak di bandar, kebanyakannya disertai oleh pelbagai


latar belakang sosiobudaya: kelas sosial dan etnik. Sekolah-sekolah luar
bandar dan pedalaman biasanya merangkumi satu atau dua kaum etnik
yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah. Sekolah luar bandar sering
menghadapi masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap dan
prestasi pencapaian yang rendah. Justeru, bandar sekolah yang
dipengaruhi aspek sosiobudaya setempat yuang terbatas.

Berjaya atau sebaliknya sesebuah institusi atau sekolah bergantung


kepada gaya kepimpinan pengurus sekolah. Pengurus yang baik dapat
mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasa
sebagai sebuah pasukan. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan
untuk mencpaai matlamat sekolah. Salin gkerjasama antara sekolah dan
komuniti, khusus melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
dapat memanfaatkan sekolah

Anda mungkin juga menyukai