Anda di halaman 1dari 2

Teori interaksi simbolik yang dipelopori oleh George Herbet Mead (1863 – 1931) ialah

mengkaji makna yang muncul dari interaksi timbal balik individu dalam persekitaran social dengan
individu lain. Teori ini juga menumpukan kepada persoalan “ Simbol dan makna yang mana muncul
daripada interaksi manusia”. Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain.
Hal ini jelas  kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya
meskipun  bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu
bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari
segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang
lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus
memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di
dalam kelas.

Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran.
Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik
sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari aspek
kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P tidak akan mencapai objektif yang telah
ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan
golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan
persekitaran.

            Sebagai seorang guru, adalah penting untuk  mengetahui dan ambil peduli akan siapa
sebenarnya pelajar-pelajar  atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti
akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka
ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu
pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi
yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran
mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam
kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di
sekolah.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud
sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian
yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,
sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan
menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam
membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam
membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya
setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu
adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud
didalam sesebuah kelas.
  

Anda mungkin juga menyukai