Anda di halaman 1dari 15

Tajuk: Jelaskan implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap guru, murid,

sekolah dan kurikulum tersirat. Bagaimanakah guru dapat memastikan


kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses
pembelajaran pelajar?

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Murid Guru Sekolah Kurikulum


Tersirat

Latar budaya yang diwarisi atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik,
masyarakat atau lokaliti yang lebih luas mempengaruhi perkemabangan,
kepercyaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Justeru, kita harus sedar
bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza daripada yang lain hasil
lingkungan budaya ernik atau jenis masyarakat serta penempatan tempat tinggal
masing-masing. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya yang dibawa oleh
pelajar dapat membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik
lagi berkesan.
Murid

Gaya Kaum Bahasa dan Petempatan Gender


Belajar dan Etnik Komunikasi dan Kelas
Berfikir Sosial

Individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang


mereka yang berlainan. Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi
dalam persekitaran masing-masing. Budaya merupakan faktor pengaruh yang
paling berkesan ke atas perkembangan individu. Budaya mempengaruhi cara
individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi pandangan,
perasaan dan pembawaan.

1
Menurut Gollnick dan Chin (1990) bahawa beliau berpendapat “Culture
provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels dan
behaves in society”.

Marcelle, DuPraw dan Axner berpendapat terdapat enam corak asas


budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu berbeza dalam
komunikasi, berbeza sikap terhadap konflik, berbeza pendekatan dalam
menyelasaikan tugasan, berbeza dalam gaya menyelasaikan masalah, berbeza
sikap terhadap pendedahan pandangan dan juga berbeza dalam pendekatan
untuk mengetahui. Justeru, pelajar adalah berbeza dan perlu mendapat layanan
yang berbeza selaras dengan keunikan masing-masing.

Dengan ini, implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah


kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid hanya
menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata berkemungkinan
menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan
penerangan guru. Kesannya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Di
samping itu, dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas
juga salah satu implikasi kepelbagain sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua
atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis
telah terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot cepat dan tangkas
dalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan
diasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaanya.

Antara implikasi yang dihadapi oleh murid disebabkan kepelbagaian sosial


juga termasuklah kaum etnik. Pelajar yang itngaal dan belajar dalam lingkungan
satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya, cara fikir dan pandangan dunia
yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Justeru,
pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya dipelajari melalui bacaan bukan
amalan. Kemungkinan proses penyesuaian diri dengan kaum atau etnik lain
akan mnejadi sesuatu yang sukar. Pelajar yang belajar di sekolah dan
persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik akan terdedah kepada

2
amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama
ada secara sedar ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat
belajar bahasa etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan
saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan
secara tidak formal.

Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan


tinggi. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga.
Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah
berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang kelengkapan
untuk belajar dan sebagianya. Berdasarkan teori “ketersekatan budaya” pelajar-
pelajar ini menghadapi masalah kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab
kesibukan mencari rezeki. Pelajar-pelajar kurang bersemangat dan berisiko
menghadapi masalah keciciran dalam persekolahan. Pelajar yang datanglah
daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi
masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran, berpeluang menghadiri
kelas bimbingan berbayar, mendapat perhatian dan dorongan yang khusus
daripada ibu bapa. Hasilnya, peluang mendaptkan pendidikan lebih meluas
berbanding mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah.

Implikasi yang dihadapi oleh murid terhadap kepelbagaian sosiobudaya


adalah petempatan. Pelajar bandar dan pinggir bandar lebih terdedah kepada
kepelbagaian budaya etnik yang berbeza. Terdapat budaya yang pelbagai
berdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk kelas sosial berbeza.
Lantaran itu, dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar akan wujud
kepelbagaian budaya kesan persekitaran. Terdapat pelajar-pelajar yang
tergolong dalam kelompok miskin bandar, kelas sederhana yang rata-rata anak
pegawai kerajaan dan swasta, juga mereka yang kaya. Budaya pelajar daripada
aspek tumpuan perhatian kepada pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah
laku dan pandangan terhadap tugas dan bertanggungjawab akan jelas berbeza
bengantung pasa aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan, pandangan terhadap
pendidikan dan sebagianya. Pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman

3
selalunya mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan dunia
yang serupa dan sebagainya. Justeru, tindakan, pandangan funia, aspirasi dan
pandangan terhadap pendidikan yang ditunjukkan berkemungkinan kurang
mencabar sebagaimana mereka di bandar besar. Rata-rata pelajar di luar bandar
kurang mendatangkan masalah kepada sekolah dari segi tingkah laku.

Sebagai individu yang unik, setiap pelajar mengamalkan gaya berfikir dan
gaya belajar yang berbeza. Terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang umum
iaitu visual, audio dan kinestetik. Pelajar visual perlu mendengar dan melihat
untuk memahami isi pelajaran sementara pelajar kinestetik perlu terlibat
melakukan aktiviti membuat untuk menguasai pembelajaran. Terdapat juga
pelbagai bentuk gaya belajar yan gberasaskan gaya berfikir individu yang
membuatkan setiap pelajar berbeza. Ada pelajar yang memerlukan bantuan latar
untuk memahami pembelajaran. Pelajar jinis ini tergolong dalam gaya fikir “field
dependent”. Pelajar perempuan lebih banyak memerlukan bantuan latar
berbanding lelaki,juga bergantung kepada budaya hidup etnil. Pelajar lelaki
kebanyakannya boleh berfikir secara pantas dan ada juga pelajar yang
mengambil masa yang panjang untuk memahami dan bertindak. Pelajar impulsif
lebih mudah membuat kesilapan dalam pembelajaran berbanding pelajar yang
reflektif. Pelajar reflektif mengambil masa dan berfikir panjang sebelum
mengambil tindakan. Pelajar reflektif lebih mudah mengingat maklumat, lebih
memahami teks dan lebih cekap dalam penyelesaian masalah dan membuat
keputusan berbanding pelajar impulsif.

Tambahan pula, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid juga


termasuklah gender. Pelajar perempuan lebih tekum memberikan perhatian
dalam pembelajaran, mematuhi peratuan bilik darjah dan sekolah. Mereka jug
alebih kemas dan teratur, menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah.
Manakala lelaki menunjukkan prestasi lebih baik pada peringkat menengah.
Pelajar lelaki biasanya lebih mendapat perhatian guru dalam pembelajaran dan
interaksi dengna guru dan lebih baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah
dalam mata pelajaran sastera dan bahasa. Merujuk Santrock:2008, estim kendiri

4
pelajar lelaki dan perempuan adalah sama pada masa masuk sekolah tetapi
estim kendiri pelajar perempuan merosot apabila mencapai pertengahan tahun
persekolah. Budaya yang diamaklan di sekolah membentuk penerimaan kelainan
gender, keupayaan dan prestasi mengikut gender.

Pengurusan
Hubungan

Bahasa Layanan Adil

Guru

Jangkaan Pembelajaran
Guru Koperatif

Pemilihan
Sumber

Tugas guru adalah untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri


dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Pelajar dalam sesebuat bilik
darjah terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi,latar belakang keluarga,
kawasan petempatan, budaya adat resam dan bahasa yang berbeza. Lantaran
itu, guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan
memberikan perhatian tehdapa pelajar. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud
di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yan gsesuai bagi
mebolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran
yang berkesan.

5
Selain itu, implikasi kepelbagain sosiobodaya kepada guru adalah
penerunaab dan layanan adil terhadap setiap murid. Guru haruslah mengenali
latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,
kepercayaan dan afama akan membolehkan guru memberikan layanan yang
lebih adil kepada individu pelajar mengikut keperluan individu. Guru tidak
seharusnya menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar untuk
mengesahkan generalisasi dan pelabelan yang telah dibuat. Apabila guru
memahami situasi pelajar, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai
dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar daripada kelompok ini, oleh
hal yang demikian, diskriminasi dan kesan “self fulfilling prophercy” dapat
dielakkan.

Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya


berkesan bagi kumpulan lain. Guru tidak seharusnya menganggap semua
pelajar boleh belajar melalui cara yang sama. Pendidkan yang saksama buka
bermakna sistem penyampaian yang sama. Kesaksamaan pendidikan lebih
bergantung kepada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status
sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan mengambil kira
faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan
pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan pelajar. Satu strategi yang
boleh digunakan ialah pembelajaran koperatif. Melalui struktur pembelajaran
koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan
dan pengalaman, belajar bersama-sama, saling memebantu dan berinteraksi
untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai
latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan
mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran busaya mikro kumpulan
etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan
kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.

Tugas guru secara eksplisit adalah mengajar dan melaksanakan


kurikulum formal tetapi secara realitinya guru menguruskan hubungan di dalam
bilik darjah agar pembeljaran yang berkesan boleh dicapai. Sebagai satu

6
komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan memlaui
peraturan dan rutin bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan memlaui
peraturan dan rutin bilik darjah. Pemathuan peraturan menjadi satu keperluan
untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Guru juga boleh menggunakan
kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara pelajar di dalam bilik darjah.
Paparan sosiogram dapat menunjukkan hubungan antara pelajar. Hasil kajian ini
dapat digunakan untuk membina hubungan dan penerimaan antara pelajar.

Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar yang


mewakili kelompok kecil, minority atau kelas sosial rendah. Kajian di Amerika
menunjukkan terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa,
jantina dan kelas sosial. Jangkaan dibuat sejak pelajar mula masuk sekolah
berdasarkan pakaian dan lain-lain yang berkaitan dengan araf sosioekonomi
keluarga. Guru hendaklah sedar bahawa potensi pelajar bukan berdasarkan
kelas sosial, jantina atau bangsa. Jankaan guru terhadap prestasi pelajar
berdasarkan elemen-elemen generalisasi adalah tidak adil bagi pelajar. Biasanya
pelajar yang telah dilabel akan beritndak sebagaimana label yang disangkut
kepadanya. Kebanyakkan sekolah mengamalkan sistem pengaliran berdasarkan
pencapaian akademik pelajar, pelajar dikelompokkan kepada kelas yang
berbeza. Guru yang mengajar di kelas baik akan menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang mendalam sementara pelajar kelas akhir menerima
pembelajaran berbentuk ala kadar. Dengan layanan yan gberbeza, jarak antara
kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas
akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah, dianggap pelajar
“bermasalah”, yang akhirnya akan bertingkah laku sebagaimana yang
dijangkakan guru. Guru perlu berubah sikap dan pandangan terhadap pelajar
dan mengelakkan amalan diskriminasi. Tugas guru adalah unuk menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan pengalaman dan keupayaan
serta budaya pelajar.

Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan


sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Sebuah

7
kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minority, pelajar minority
mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak ada unsur-unsur
budaya etnik dalam sumber pembelajaran. Motivasi pelajar akan meningkat dan
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan kerana contoh yang digunakan
berkaitan dengan pengalaman pelajar. Guru perlu berhati-hati dalam memilih
sumber pembelajaran yang sesuai. Walaupun buku teks disediakan, guru perlu
menyediakan sumber tambahan yang sesuai dengan pengalaman pelajar agar
pembelajaran bermakna boleh berlaku. Guru haruslah mengelakkan unsur-unsur
negated dan sensitive bagi mana-mana etnik. Maklumat yang tepat tentang
budaya sesuatu etnik jugalah penting. Pemilih sumber yang baik perlu dilihat
daripada penggunaan bahasa dan istilah yang tidak berunsur sensitive dari segi
gender, etnik dan kepercayaan, pemilihanan bentuk bahasa dan istilah yang
dapat diterima, tidak bias, dan prejudis perlu diutamakan.

Sekolah

Jenis Kepimpinan
Sekolah Sekolah

Lokaliti
Sekolah

Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian


sosiobudaya dalam masyarakat. Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga
dan kaum etnik akan dibawa masuk ke sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya
sekolah. Bergantung kepada kecekapan pengurusan sekolah untuk mewujudkan
budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing.

8
Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arah
kebangsaan dan sistem berpusat, namum dalam pelaksanaannya wujud jenis-
jenis sekolah yang berbeza. Justeru, budaya sekolah juga berbeza
memandangkan warga sekolah-sekolah tertentu tergolong daripada kaum ernik
tertentu. Jenis-jenis sekolaha yang mempunyai fokus yang berberza turut
mengamalkan budaya yang berbeza. Warga sekolah yakini guru atau pelajar
juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Sosiobudaya akan dipengaruhi
oelh maalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majority tersebut.
Namun akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan budaya mikro sub-etnik
daripada aspek bahasa dan adat resam. Bagi sekolah-sekolah berprestasi tinggi,
budaya dan aspirasi sekolah juga akan turut terselerah. Guru dan pelajar akan
bergerak seiring untuk mencapai matlamat sekolah. Masalah sosial, sikap dan
pencapaian mungkin tidak ketara jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah
pencapaian rendah dan sederhana. Budaya bersaing, bekerjasama, berfokus
dan bermatlamat menjadi pegangn waega sekolah.

Sekolah yang terletak di bandar, kebanyakannya disertai oleh pelbagai


latar belakang sosiobudaya: kelas sosial dan etnik. Sekolah-sekolah luar bandar
dan pedalaman biasanya merangkumi satu atau dua kaum etnik yang
mempunyai taraf sosioekonomi rendah. Sekolah luar bandar sering menghadapi
masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian
yang rendah. Justeru, bandar sekolah yang dipengaruhi aspek sosiobudaya
setempat yuang terbatas.

Berjaya atau sebaliknya sesebuah institusi atau sekolah bergantung


kepada gaya kepimpinan pengurus sekolah. Pengurus yang baik dapat
mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasa sebagai
sebuah pasukan. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencpaai
matlamat sekolah. Salin gkerjasama antara sekolah dan komuniti, khusus
melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memanfaatkan
sekolah.

9
Sktruktur
Organisasi
Budaya Sekolah
Sekolah

Konflik
Nilai

Kurikulum Tersirat

Kurikulum tersirat merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap


dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi
sekolah. Budaya dan sikap yang dimaksudkan termasuk kepatuhan kepada
autoriti, mematuhi peratuan sekolah, menepati masa, penangguhan ganjaran,
bekerjasama, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan lain-lain. Pembentukan
sikap dan amalan budaya tidak semestinya diajar secara terancang tetapi
dipelajari dan dihayati pelajar melalui teladan dan amalan yang dibiasakan di
sekolah. Justeru, kurikulum tersembungyi/tersirat merupaka nilai implicit atau
tidak dirancang pencapaiannya tetapi terlaksana hasil daripada amalan di dalam
bilik darjah sebagai kesan proses pelaksanaan kurikulum formal.

Kurikulum terisrat terjadi berdasarkan tiga unsur berikit: kelompok, pujian


dan kuasa. Sebagai ahli dalam kelompok, pelajar perlu berdiri pada masa guru
masuk, beri ucap selamat, menunggu giliran, bercakap dengan izin guru, buat
tugasan sendirian dan lain-lain. Mereka perlu belajar bersabar untuk berjaya
dalam situasi sekolah. Unsur kedua ialah pujian, selalunya dikaitkan dengan
penilaian. Guru menilai pembelajaran pelajar memlaui ujian dan peperikasaan,
lathiahn bertulis dan lisan. Namum, penilaian yang lebih banya dilakukan did
alam bilik darjah ialah penilaian ke atas tingkah laku pelajar. Sering kali tingkah
laku yang baik kurang mendapat pujian. sebaliknya, pelajar menerima hukuman
apabila melakukan kesalahan, mengingkari peraturan dan sebagainya. Unsur

10
ketiga, ialah kuasa. Lebih nyata dalam bentuk amalan kuasa berat sebelah
kepada kuasa orang dewasa. Pelajar dikenakan mematuhi peraturan yang
disediakan oleh guru. Motivasi dan rasa ingin tahu pelajar boleh menjadikan
terbantut kerana tidak berpeluang mengeluarkan fikiran dan pandangan atas
sebab halangan-halanagan yang wujud. Justeru, guru seharusnya mengamalkan
kepimpinan demokratis dan memberikan peluang kepada pelaar untuk berkongsi
kuasa dan memberikan pandangan.

Kurikulum terancang dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu


kurikulum formal yang didokumentasikan pada setiap peringkat persekolahan.
Kurikulum pengajaran iaitu proses pelaksanaan kurikulum formal di dalam bilik
darjah. Amalan guru dalam melaksanakan kurikum atau sukatan pelajaran.
Pelajar belajar melalui kurikulum tersirat daripada dua aspek, iaitu struktur
organisasi sekolah termsuk jadual waktu pembelajaran dan aktiviti lain di
sekolah, penyediaan kemudahan dan kelengkapan sekolah, bahan sumber
pembelajaran, bentuk penaksiran dan penilaian, jenis kursus yang disediakan,
program khas di sekolah, gerak kerja kokurikulum, pengurusan hubungan dan
pengelompokan pelajar. Cara guru besar menguruskan sekolah membentuk
iklim sekolah yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran pelajar
secara langsung dan tidak langsung. Di samping itu, budaya sekolah termasuk
pertaturan sekolah, keceriaan sekolah, paparan maklumat sekolah, peranan dan
hubungan warga sekolah, budaya pelajar, adat resam yang diamaklan, aspirasi
sekolah dan jangkaan guru terhadap kumpulan pelajar.

Kesan kurikulum tersirat di dalam kelas dapat dilihat dalam dua bentuk,
iaitu disengajakan dan tidak disengajakan. Terdapat guru yang tidak dapat
menguruskan pembelajaran dengan berkesan terhadap pelajar yang berasal
daripada budaya dan sistem nilai yang lain. Justeru,berlaku konflik nilai antara
guru dengan pelajar berkenaan. Kesannya ialah guru bertindak “bias” atau
“prejudis” terhadap pelajar yang berkenaan. Prejudis atau bias yang tidak
disengajakan, sering dapat dilihat dalam tindakan guru dalam bilik darjah adalah
seperti mengelakkan pelajar-pelajar tertentu dalam aktiviti yang disertai kelas

11
dan memberi pujian kepada pelajar budaya lain dalam pencapaian yang kecil-
kecil, yan gbukan berfokus kepada peningkatan prestasi.

Pelajar belajar daripada apa yang idlihat diamalkan di dalam bilik darjah.
Unsur melabel murid contohnya akan mengakibatkan pelajar menerima dirinya
sebagaimana yang dilabeklan, hal ini yang disebutkan sebagain ”self fulfilling
prophercy”. Melalui aktiviti pembelajaran yang memanfaatkan artifak budaya
setempat atau berkaitan dengan adat resam sesuatu suku kaum, pelajar dpat
memahami perasaan, kekuatan jiwa serta pandangan dunia suku kaum
berkenaan. Oleh hal yang demikian, perasaan rasa hormat dapat dipupuk.

Sebagai seorang guru, beliau haruslah memastikan kepelbagaian


sosiobudaya memberi manfaat kepada murid. Semua guru yang mengajar di
dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap
professional. Mereka seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid
yang berkenaan. Guru juga mestilah mengajar dengan tidak mengelompokkan
murid mengikut kaum mereka tertentu dalam satu kumpulan sahaja.

Oleh demikian, guru haruslah memberikan perhatian kepada elas sosial


murid. Mereka digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial
murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak harus
dikesampingkan. Bagi mereka yang datangnya dari kelas sosial atasan dan
berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain. Perbezaan
kelas sosial ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid yang
berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti P&P. keadaan ini menjamin
semua murid akan memberi peluang mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti
yang dijalankan oleh guru dalam pembelajaran di dalam kelas.

Guru perlulah berusaha untuk membantu murid dalam memilih kerjaya


yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Di samping tiu adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk menolong murid membentuk konsep kendiri positif
supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok.
Guru juga perlu memberi tunjuk ajar unutk mengatasi masalah akademik di

12
samping meningkatkan prestasi akademik muridnya yang lemah melalui kem-
kem motivasi dan sebainya.

Guru juga perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil
kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya
dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan
renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.
Guru boleh menggunakan kata-kata bermotivsi dan penuh dengan senyuman
dan jenaka, dan pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping memberi
teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran.

Guru bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran yang


mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosiobudaya. Langkah-
langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat kemungkinan
berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum,
pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam
kalangan murid.

Dari aspek kepercayaan pula guru haris tidak menyentuh atau


mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. Setiap
nilai dan kepercayaan yang tersebut harus diterima dengan seadanya. Isu-isu
sensitif dan berkaitan dengan agama murid yang berkaitan dengan agama murid
yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlulah merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid
mereka.

Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti


pembelajaran. Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh
disetai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias
kepada mana-mana jantina mesti dielakkan kerana peluang yang sama haruslah
diberikan kepada setiap murid dalam menerokai aktivtiti pembelajaran. Bagi
murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk

13
membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak
terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi


Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini.
Justeru, guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang
tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan.

Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah


bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan
pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru harus
kreatif dan inovati untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan
pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.

14
Bibliografi:
Buku Rujukan:
1. Aziz Deraman (1992\4), ‘Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia’. Kuala
Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia
2. ‘Chew Fong Peng (2008), ‘ Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum Di
Malaysia,’ Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara
3. Zaid Ahmad et al. (2006), Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam:Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
4. Noriati A. Rashid (2011), Budaya dan Pembelajaran, Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
5. Syed Ismail Bin Syed Mustapa(2010), Budaya dan Pembelajaran,
Ipoh:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Laman Web:
1. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA. (n.d.). Retrieved Mar
2013, 11, from bkree66: http://bkree66.blogspot.com/2011/07/implikasi-
kepelbagaian-sosio-budaya.html
2. Ismail, S. (11 , May 2011). Implikasi Keplebagaian Sosial Budaya. Retrieved
Mar 2013, 13, from Cikgu Semasa:
http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-3-implikasi-kepada-
kepelbagaian.html
3. Jr, P. (n.d.). Peroto Jr. Retrieved from Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
terhadap p&p: http://perotojr.blogspot.com/2010/05/implikasi-kepelbagaian-sosio-
budaya.html

Keratan Akhbar
Pangaribuan, B. T. (2013, Mar 16). Antara Konservasi dan Utilisasi.
kabarindonesia .

15

Anda mungkin juga menyukai