Anda di halaman 1dari 1

CARA ADAT LENGGANG PERUT DALAM MISA MELAYU

Melenggang perut Lazimnya, pasangan yang berkahwin akan menimang cahaya mata.
Mengikut adat Melayu, seseorang bakal ibu sebelum melahirkan anak sulung terlebih dahulu
diadakan istiadat melenggang perut. la dilakukan setelah genap tujuh bulan hamil. Menurut
kepercayaan mereka, istiadat itu sebaik-baiknya dilangsungkan pada 19, 21 dan 23 hari
bulan Islam dan seelok-eloknya jatuh pada hari Rabu atau Khamis kerana tarikh dan hari
yang lain dikhuatiri keluarga tersebut akan ditimpa kesusahan. Istiadat tersebut diadakan
kononnya bertujuan agar membetulkan kedudukan anak di dalam kandungan dan
menyenangkan kelahirannya kelak.

Bagi melaksanakan istiadat tersebut, beberapa alat diperlukan. Antaranya ialah tujuh helai
kain, minyak kelapa, pucuk nipah, air, daun kelapa dan berenang setukal. Bidan akan
memulakan dengan menyusup kain-kain itu di bawah pinggang dan melenggangkannya di
atas perut orang berkenaan. Ia diikuti dengan menyapu minyak pada perut itu dan
melancarkan pucuk nipah dari paras perut hingga ke kaki. Seterusnya orang berkenaan
akan dimandikan dengan pelbagai jenis air. Antaranya termasuklah air bunga-bungaan yang
diperbuat dengan daun kelapa dan sebagainya. Kemudian benang tukal dilingkarkan di atas
kepala yang ditinggalkan tempurungnya dan perempuan itu akan ditepungtawarkan. Setelah
dimandikan dengan air tolak bala dan doa selamat, pakaiannya dipersalin dan akhir sekali
diberi makan nasi kunyit.

istiadat melenggang perut juga dikatakan oleh Winstedt adalah diwarisi dari peradaban
Hindu (HaronDaud, 1989).

Anda mungkin juga menyukai