Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN AMALI PENCUCI MULUT: AISKRIM MILO

Laporan Amali Memasak

Amali : Memasak

Tarikh : 15 Januari 2019 (Selasa)

Masa : 12.00 tengahari – 2.30 petang

Tema : Pencuci mulut

Menu : Aiskrim

1.0 PENGENALAN

Pencuci mulut ialah sajian manisan yang menyimpulkan hidangan utama. Sajian ini


biasanya terdiri daripada makanan dan minuman manis, seperti aiskrim dan kek. Hidangan
makanan dikatakan tidak lengkap sekiranya tidak mempunyai dessert atau pencuci mulut.
Pencuci mulut adalah juadah yang kebiasaanya dinikmati di akhir hidangan.

Istilah "pencuci mulut" boleh digunakan untuk banyak manisan seperti kek,


tart, kuih, biskut, gelatin, pastri, ais krim, pai, puding, kastard, dan sup manis. Buah juga
biasa ditemui dalam hidangan pencuci mulut kerana kemanisan semulajadi. Sesetengah
budaya mempermanis makanan yang lebih lazat untuk mencipta makanan pencuci mulut.

2.0 MERANCANG MENU


Saya telah memilih Aiskrim Milo sebagai menu untuk pencuci mulut. Aiskrim Milo ini
menjadi pilihan saya aiskrim merupakan kegemaran orang ramai. Selain itu, aiskrim
mengandungi susu yang kaya dengan laktoferin dan cytokines. Bahan-bahan tersebut dapat
meningkatkan sistem imun manusia daripada penyakit seperti selesema (Nolan Naim,
2011). Saya juga memilih aiskrim berperisa Milo kerana kaya dengan bahan vitamin, mineral
dan tenaga. Akhir sekali, saya memilih Aiskrim Milo kerana masa untuk membuat menu ini
adalah sangat singkat dan cepat serta mudah.
3.0 BAHAN-BAHAN

1 ½ Cawan susu segar 1 Cawan susu cair

100 gm Kismis 1 Sudu besar susu pekat manis

Milo 1 Sudu kecil essen Vanila


1 sudu besar Ovalette Telur
4.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN

Langkah 1: Rendam kismis selama 1 jam

Langkah 2:

Adunkan telur bersama Ovallete supaya lebih gebu


Langkah 3:

Satukan dan kisar semua bahan di atas,termasuk rendaman kismis dan adunan Ovallete
bersama telur.

Langkah 4

Setelah semua bahan telah hancur dikisar, semua adunan di masukkan ke dalam mangkuk
pemutar kek.
Langkah 5

Putar kesemua bahan hingga gebu

Langkah 6:

Adunan yang telah siap dituang ke dalam loyang.

Langkah 7:
Taburkan milo di atas adunan sebagai topping dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga
adunan menjadi beku.

Langkah 8

Aiskrim telah siap untuk disajikan. Agihkan aiskrim ke dalam cawan untuk dinikmati
bersama.
LAPORAN HASIL PENCUCI MULUT

Porsi : 1 cawan

Rupa : coklat pekat

Rasa : tidak terlalu manis

Tekstur : lembut dan gebu

5.0 MENGHIDANG

Letakkan aiskrim yang telah beku dan siap tadi ke dalam mangkuk kecil bersama
sudu kecil untuk menikmatinya. Lebih menarik dan enak apabila di bahagian atas
aiskrim ditaburkan beberapa hirisan kepingan coklat.

Rajah 5.0 menunjukkan contoh cara menghidang aiskrim


6.0 KAEDAH MEMASAK TANPA HABA

Dalam membuat aiskrim milo ini, kaedah memasak tanpa haba digunakan kerana tidak
memerlukan api atau haba untuk membuat hidangan pencuci mulut ini.

7.0 REFLEKSI

Sebelum ini saya tidak pernah membuat aiskrim sendiri dan kebiasaannya saya
akan membeli aiskrim di kedai jika ingin memakannya. Tetapi melalui amali yang dijalankan
untuk membuat aiskrim ini, saya dapat mengetahui cara untuk membuat aiskrim sendiri.
Kekuatan ketika saya menghasilkan aiskrim ini adalah tidak begitu manis dan sesuai dengan
citarasa saya. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat kerana bahan yang dicampurkan baik
untuk kesihatan seperti kismis dan milo. Selain itu, bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat aiskrim ini adalah murah dan mudah didapati. Antara kelemahan sebelum
membuat aiskrim ini adalah berlaku masalah teknikal seperti ketiadaan elektrik pada
mulanya menyebabkan penggunaan alat elektronik untuk membuat aiskrim ini tidak boleh
digunakan. Semasa membuat aiskrim, saya mengambil masa yang lama untuk mengadun
adunan aiskrim sehingga gebu. Akhir sekali, aiskrim tidak membeku dengan sepenuhnya
menyebabkan ia mudah cair sebelum dinikmati. Namun saya telah memikirkan cara untuk
agar aiskrim itu dapat membeku dengan membiarkan adunan aiskrim di dalam peti lebih
lama supaya aiskrim boleh beku dengan sepenuhnya. Bahan dalam membuat aiskrim ini
juga telah divariasikan dengan digabungkan bersama kismis dan milo. Kismis yang
digunakan juga adalah berkualiti tinggi. Kesimpulannya, saya sangat gembira kerana
dapat menghasilkan aiskrim yang sedap dan menarik serta dipuji ramai walaupun
baru pertama kali melakukannya. Saya berharap supaya dapat menjana pendapatan
melalui penjualan aiskrim ini nanti malah saya juga dapat menjimatkan kos
perbelanjaan kerana saya tidak perlu membeli aiskrim lagi.
8.0 RUJUKAN

Naim Nolan. (2014). Ketahui Khasiat Makanan Anda. Dicapai pada 27 March 2019
daripada http://makanananda.blogspot.com/2014/06/khasiat-aiskrim.html

Patonah Chai Choh. (2013). Kompilasi Hidangan Dessert. Shah Alam, Selangor: Grup
Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Suwarsi M. Arukin. (2013). Sajian Sihat & Lazat. Shah Alam, Selangor: Grup Buku
Karangkraf Sdn. Bhd.
PENGURUSAN MASA

MASA SUSUNAN KERJA CATATAN


12.00 Menyediakan bahan dan alatan untuk 1 ½ Cawan susu segar, 1
tengahari membuat aiskrim cawan susu cair, 100 gram
kismis, 1 sudu besar susu
pekat, 3 paket milo,1 sudu
kecil esen vanila, 1 sudu
ovalette dan 1 biji telur.
12.10 Menyediakan aiskrim 1. Adunan aiskrim mesti
tengahari 1.Rendam kismis selama 1 jam dikacau sebati
2.Adunkan telur bersama Ovallete 2. Tunggu sehingga
supaya lebih gebu aiskrim telah sejuk dan
3. Satukan dan kisar semua beku
bahan di atas,termasuk
rendaman kismis dan adunan
Ovallete bersama telur.
4. Setelah semua bahan telah hancur
dikisar, semua adunan di masukkan ke
dalam mangkuk pemutar kek.
5.Putar kesemua bahan hingga gebu
6. Adunan yang telah siap dituang ke
dalam loyang.
7.Taburkan milo di atas adunan
sebagai topping dan masukkan ke
dalam peti sejuk sehingga adunan
menjadi beku.
8.Aiskrim telah siap untuk disajikan.
Agihkan aiskrim ke dalam cawan untuk
dinikmati bersama.
2.30 petang Mengemas tempat kerja. 1. Plastik sampah dibuang
ke dalam tong sampah
besar.
2. Alatan yang telah
dibasuh dilap sehingga
kering dan disusun di
tempat asalnya.
KOS BAHAN

BIL BAHAN KUANTITI HARGA PENGIRAAN JUMLAH


SEUNIT (RM) (RM) KOS (RM)
1 Susu Pekat 1 sudu 3.60 0.50 0.50
2 telur 1 biji 4.80 0.50 0.50
3 Susu cair 1 cawan 2.30 1.15 1.15
4 Susu segar 1 3.00 1.50 1.50
5 Esen vanila 1 sudu 2.25 0.50 0.50
6 Milo 3 paket 6.65 0.80 2.40
7 Kismis 7.95 5.30 5.30
8 Ovalette 2.65 1.30 1.30
JUMLAH RM 13.15

Anda mungkin juga menyukai