Anda di halaman 1dari 9

AISKRIM MILO

1.0 PENGENALAN

Pencuci mulut merupakan hidangan yang berbentuk manisan. Kebiasaannya, ia menjadi


pelengkap dalam hidangan sama ada hidangan makan tengahari atau makan malam.
Pencuci mulut juga dikenali sebagai dessert dan dimakan pada akhir hidangan. Terdapat
pelbagai jenis pencuci mukut yang disajikan mengikut budaya tertentu seperti kek, biskut
dan aiskrim. Buah-buahan juga merupakan bahan biasa dalam penyediaan pencuci mulut
kerana rasa manis semula jadi. Pencuci mulut juga dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu
pencuci mulut sejuk, pencuci mulut panas dan pencuci mulut dingin beku. Pencuci mulut
sejuk kebiasaannya adalah hidangan buah-buahan manakala pencuci mulut panas
merupakan adunan roti atau batter dan pencuci mulut dingin beku pula seperti aiskrim.

2.0 MERANCANG MENU


Dalam perancangan menu pencuci mulut ini, kami telah memilih aiskrim Milo sebagai
menu pilihan kami. Saya memilih aiskrim Milo ini kerana dapat membantu menyejukkan
badan, memandangkan cuaca di Malaysia yang sering panas. Selain itu, saya memilih
aiskrim Milo kerana kebanyakkan individu juga mengemari aiskrim kerana ianya sesuai
dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira umur. Selain itu, saya memilih
aiskrim berperisa Milo kerana Milo sendiri mengandungi nutrisi seperti Vitamin D dan zat
besi yang diperlukan badan. Kesannya, selain dapat menikmati untuk menyejukkan badan,
ia juga dapat membantu dalam perkembangan beberapa nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Penyediaan aiskrim Milo juga tidak memerlukan banyak bahan serta ianya cepat dan mudah
disediakan
3.0 BAHAN-BAHAN

Bi Bahan Kuantiti
l
Susu Segar

1 ½ cawan susu segar

Susu Cair

2 1 cawan susu cair


Kismis

3 100 gm

Susu pekat manis

4 1 sudu besar

Milo

2 paket kecil
5

Essen Vanila
6

1 sudu kecil

Ovalette

1 sudu besar

Telur

8
1 biji
4.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN MILO

LANGKAH 1

Rendam kismis selama 1 jam

LANGKAH 2

Adunkan telur bersama Ovallete supaya lebih gebu


LANGKAH 3

Satukan dan kisar semua bahan di atas,termasuk rendaman kismis dan adunan Ovallete
bersama telur.

LANGKAH 4

Setelah semua bahan telah hancur dikisar, semua adunan di masukkan ke dalam mangkuk
pemutar kek.
LANGKAH 5

Putar kesemua bahan hingga gebu.

LANGKAH 6

Adunan yang telah siap dituang ke dalam loyang.


LANGKAH 7

Taburkan milo di atas adunan sebagai topping dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga
adunan menjadi beku.

5.0 MENGHIDANG

Aiskrim yang telah siap boleh diletakkan ke dalam bekas untuk makan bersama-sama.
6.0 REKLEKSI

Kekuatan ketika saya menyediakan aiskrim Milo ini ialah aiskrim ini digemari oleh semua
lapisan masyarakat. Aiskrim Milo ini juga mempunyai beberapa nutrisi yang diperlukan
badan. Langkah dan bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim ini adalah mudah dan
senang didapati. Seterusnya, kelemahan yang saya hadapi ialah aiskrim tidak elok dimakan
selalu kerana boleh merosakan gigi serta segelintir masyarakat akan mengambil masa yang
lama untuk habiskan aiskrim kerana mempunyai masalah gigi ngilu.

Masalah yang dihadapi sebelum menyediakan aiskrim ini ialah kismis sukar untuk dicari
di kedai yang berdekatan. Seterusnya, semasa menyediakan aiskrim ini ialah mengambil
masa yang lama untuk menyediakan aiskrim ini dan selepas menyediakan aiskrim Milo ini
ialah masih cair dan separa beku. Akhir sekali, cara untuk mengatasi masalah ini ialah
adunan aiskrim Milo tersebut seeloknya disimpan di dalam peti ais beku pada kadar yang
lebih lama atau dibiarkan semalaman supaya aiskrim akan beku dengan sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai