Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN AMALI PENCUCI MULUT: AISKRIM MILO

1.0 PENGENALAN

Dessert atau pencuci mulut merupakan hidangan yang berbentuk manisan. Kebiasaannya,
ia menjadi pelengkap dalam hidangan sama ada hidangan makan tengahari atau makan
malam. Dessert juga dikenali sebagai pencuci mulut dan dimakan pada akhir hidangan.
Terdapat pelbagai jenis dessert yang disajikan mengikut budaya tertentu seperti kek, biskut
dan aiskrim. Buah-buahan juga merupakan bahan biasa dalam penyediaan dessert
disebabkan rasa manis semula jadi. Dessert juga dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu
dessert sejuk, dessert panas dan dessert dingin beku. Dessert sejuk kebiasaannya adalah
hidangan buah-buahan manakala dessert panas merupakan adunan roti atau batter.
Dessert dingin beku pula seperti aiskrim.

2.0 MERANCANG MENU


Menu pencuci mulut yang telah saya pilih ialah Aiskrim Milo. Saya memilih Aiskrim Milo ini
kerana ia membantu menyejukkan badan, memandangkan cuaca di Malaysia yang sering
panas. Selain itu, saya memilih Aiskrim Milo kerana kebanyakkan individu juga mengemari
aiskrim kerana ianya sesuai dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira umur.
Selain itu, saya memilih Aiskrim berperisa Milo kerana, Milo sendiri mengandungi nutrisi
seperti Vitamin D dan zat besi yang diperlukan badan. Kesannya, selain dapat menikmati
untuk menyejukkan badan, ia juga dapat membantu dalam perkembangan beberapa nutrisi
yang diperlukan oleh badan. Penyediaan Aiskrim Milo juga tidak memerlukan banyak bahan
serta ianya cepat dan mudah disediakan. Kaedah yang digunakan untuk membuat Aiskrim
Milo ini ialah ….
3.0 BAHAN-BAHAN

1 ½ Cawan susu segar 1 Cawan susu cair

100 gm Kismis 1 Sudu besar susu pekat manis


Milo 1 Sudu kecil essen Vanila

1 sudu besar Ovalette Telur

4.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN

Langkah 1: Rendam kismis selama 1 jam


Langkah 2: Adunkan telur bersama Ovallete supaya lebih gebu

Langkah 3: Satukan dan kisar semua bahan di atas,termasuk rendaman kismis dan
adunan Ovallete bersama telur.
Langkah 4: Setelah semua bahan telah hancur dikisar, semua adunan di masukkan ke
dalam mangkuk pemutar kek.
Langkah 5: Putar kesemua bahan hingga gebu

Langkah 6: Adunan yang telah siap dituang ke dalam Loyang.

Langkah 7: Taburkan milo di atas adunan sebagai topping dan masukkan ke dalam peti
sejuk sehingga adunan menjadi beku.
5.0 MENGHIDANG

Agihkan aiskrim ke dalam cawan untuk dinikmati bersama

6.0 REKLEKSI
1. KEKUATAN
 Aiskrim ini digemari oleh semua lapisan masyarakat.
 Aiskrim Milo mempunyai beberapa nutrisi yang diperlukan badan.
 Langkah dan bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim ini adalah mudah
dan senang didapati.
2. KELEMAHAN
 Aiskrim tidak elok dimakan selalu kerana boleh merosakan gigi.
 Segelintir masyarakat akan mengambil masa yang lama untuk habiskan aiskrim
kerana mempunyai masalah gigi ngilu.
3. MASALAH YANG DIHADAPI
 Aiskrim Milo masih cair dan separa beku.
4. CADANGAN MENGATASI
 Seeloknya dibiarkan adunan aiskrim Milo tersebut di dalam peti ais beku pada
kadar yang lebih lama atau dibiarkan semalaman supaya aiskrim akan beku
dengan sepenuhnya.

RUJUKAN
Naim Nolan. (2014). Ketahui Khasiat Makanan Anda. Dicapai pada 27 March 2019
daripada http://makanananda.blogspot.com/2014/06/khasiat-aiskrim.html

Patonah Chai Choh. (2013). Kompilasi Hidangan Dessert. Shah Alam, Selangor: Grup
Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Suwarsi M. Arukin. (2013). Sajian Sihat & Lazat. Shah Alam, Selangor: Grup Buku
Karangkraf Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai