Anda di halaman 1dari 1

STIGMA MUSUH LEBIH BERBAHAYA DARIPADA COVID 19.

APAKAH
PENDAPAT ANDA?

Pada pendapat saya, Ketakutan dan rasa cemas masyarakat terhadap pandemik COVID-19
ini ada asasnya, pada pemerhatian penulis pertamanya kerana virus ini merupakan virus
baharu yang tidak pernah dikesan sebelum ini menjadikan ‘musuh halimunan’ yang tidak
dapat dilihat dengan mata kasar amat ditakuti. Keduanya kerana masih belum ada vaksin
yang boleh ‘mematikan’ virus ini menjadikan saban hari ia terus merebak ke seluruh dunia
dengan pantas menjangkiti manusia. Punca ketiga yang penulis merasakan adalah sebab
paling kuat mengapa COVID-19 amat ditakuti adalah kerana ia boleh membawa maut!.

Ketakutan pada COVID-19 adalah masyarakat akan berhati-hati dari dijangkiti


dengan mematuhi segala arahan dan panduan yang diberikan kerajaan dan melaksanakan
segala angkah pencegahan kendiri yang sepatutnya. Tetapi pada masa yang sama,
penularan virus ini turut mencetuskan merebaknya pula stigma dalam kalangan masyarakat
terhadap individu, organisasi mahupun kawasan yang terkait secara langsung dengan terma
‘positif COVID-19’. Inilah musuh kedua yang kita perlu kita lawan secara bersama kerana
kewujudkan stigma seperti ini amat merbahaya dan ia turut diakui oleh Ketua Pengarah
Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom. Tegas beliau bahawa stigma itu adalah
musuh yang lebih merbahaya dari virus COVID-19 itu sendiri kerana dari stigma itu sendiri
akan mencetuskan suasana yang lebih parah.

Stigma yang terlampau tidak menjadikan keadaan menjadi lebih baik kerana kita
boleh mengambil contoh mudah bagaimana masyarakat melihat dan menilai individu yang
mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan mental dikatakan sebagai seorang yang gila dan
perlu dijauhi. Atas sebab itulah, isu kesihatan mental masih menjadi sesuatu yang tabu
dalam kalangan masyarakat kita sehinggaa ke hari ini. Individu yang mengalami masalah
kesihatan mental tidak berani tampil kehadapan untuk berkongsi masalah mereka, bekas
pesakit pula tidak mahu bercerita kisah ‘perjuangan’ mereka untuk sembuh, puncanya
kerana stigma yang sudah sebati dalam masyarakat terhadap pesakit mental telah
‘membunuh’ mereka lebih awal.

Anda mungkin juga menyukai