Anda di halaman 1dari 2

STRATEGI PDP & DSKP SEJARAH TAHUN 4, 5 DAN 6

1. Penerangan Tentang Strategi Pdp:

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid,


seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang
pembelajaran melalui kemudahan fizikal kelas iaitu dengan menyediakan ruang untuk
pembelajaran yang selesa, sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif,
ruang pameran hasil kerja, bahan rujukan untuk penggunaan murid, bahan pembelajaran
yang mencabar daya pemikiran. Dari segi aspek emosi sosial pula bijak dalam penggunaan
bahasa yang mesra, keupayaan guru memahami muridnya dan mempelbagaikan
penggunaan teknik. Selain itu guru juga haruslah mengamalkan prinsip-prinsip tertentu
dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti dengan melibatkan murid secara aktif,
menjalankan penilaian yang berterusan, mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka,
melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan, Memberi peluang
murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan,
menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara
rasional, memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan
membina sifat berani, yakin dan daya juang, melatih murid menguasai kemahiran belajar
dalam kemahiran berfikir serta mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran
murid. Guru juga harus menjalankan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang baik bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan
menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif.
Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan atau pun individu.
Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama
ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti
seperti simulasi, lakonan, permainan, tunjuk ajar, lawatan, bercerita, projek, sumbangsaran,
main peranan dan pidato.
2. Cadangan Strategi Untuk Disesuaikan Dengan Tema Dan Tajuk Dalam Dskp Sejarah
Tahun 4, 5 & 6.

TAHU TEMA TAJUK STRATEGI


N
4 Sejarah Awal Negara Mari Belajar Sejarah Pembelajaran Secara
Kontekstual
5 Kedaulatan Negara Perjuangan Kemerdekaan Negara Pembelajaran Masteri
6 Kemakmuran Negara Kita Negara Malaysia PLDB

Anda mungkin juga menyukai