Anda di halaman 1dari 39

SJH 1024 PERKEMBANGAN MATA PELAJARAN SEJARAH DALAM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENGERTIAN PENDIDIKAN

 Pendidikan ialah usaha sistematik yang disengajakan yang dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada
ahlinya, usaha Memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku
dalam diri manusia ".
 persediaan untuk berjuang / belajar / menyesuaikan dengan pengalaman langsung
kehidupan, persediaan yang digunakan untuk melayakkan setiap murid memahami
dengan idea-idea relatif dan tindakan yang sewajarnya pada setiap masa.
Alfred North Whitehead, The Aims of Education ( New York :Macmillan, 1929 ),
p.58.

 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak belum diperluas lagi di negara kita;


 2. ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi
pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak;
 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana
kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; (Kamus dewan edisi ke-4)

 Proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai
melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati,
sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yg lebih muda serta taat
kepada pemerintah dan cintakan negara.

 Satu proses yang boleh mmbentuk tingkah laku yang baik,sikap yang berani serta
budi pekerti yang muia. (merendah diri,sabar, menghormati orang tua / lain dsbnya)

 Suatu proses yang membentuk individu yang berakhlak mulia. Memberi latihan moral
kewarganegaraan yg baik. dapat membentuk w/negara yang baik, setia dan
mematuhi undang-undang negara. Plato (427 – 347 SM)

 Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal bertujuan memberikan
peluang kpd setiap w/negara utk mencapai kebahgiaan hidup. Proses pendidikan
akan melatih w/negara mematuhi peraturan dan t/laku yang baik dan cekap dlm
pengurusanpentadbiran dn berupaya mempertahankan kedaulatan negara. Aristotle
(384 – 322 SM)
 Sebagai satu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak kecil
dimana segala kebolehan semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak
dan peraturan semula jadi. Jean Jacques Rousseou (1712 – 1778)

 Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.


Tujuan utama pndidikan adalah untuk mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi
dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan. Mohamad Qutb

 Proses pmbinaan tingkah laku manusia yg berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras
ajaran agama islam. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi

 Untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhrat. Amal
al-Shaibani

  Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani


sertapembinaan akhlak yang mulia , berani dan hormat-menghormati. Al-Ghazali

 Menurut H. Fuad Ihsan (2005) menjelaskan pendidikan sebagai “Usaha manusia


untuk menumbuhkan dan mengembangkan potensi-potensi jasmani dan rohani
sesuai dengan nilai-nilai yang ada didalam masyarakat dan kebudayaan”

 Dictionary of Education” dijelaskan pendidikan sebagai proses perkembangan


pribadi, social, profesional dan seni untuk membuat dan memahami ilmu
pengetahuan yang tersusun yang diwarisi/dikembangkan generasi bangsa

 Dalam bahasa Arab pendidikan disebut Tarbiyah yang diambil dari Rabba yang


bermakna memelihara , mengurus, merawat, mendidik . Tarbiyah adalah mendidik
anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yang mudah diterima
sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari (Fathul Bari Jilid
I;162)

RUMUSAN
 Pendidikan adalah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan
fizikal, intelek, Menambahkan kemahiran, kebolehan,sosial dan emosi seseorang
individu. Pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi
kegembiraan, faedah Membantu dan mendorongnya bertindak. Dan kemajuan dalam
kehidupannya dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa
dan negara.
PENGERTIAN SEJARAH

Kata sejarah secara harafiah berasal dari kata Arab šajaratun yang artinya pokok.
Perkataan Sejarah berasal dari perkataan Greek bermaksud menyiasat (to inquire).
Juga dikenali dalam Bahasa Greek sebagai historie/historia.
Dalam bahasa Inggeris dikenal dengan history bahasa Prancis Historie bahasa Italia
storia, bahasa Jerman geschichte yang berartiyang terjadi, dan bahasa Belanda
dikenal gescheiedenis. Maksud sejarah ialah asal usul (keturunan); salasilah.
Sejarah merujuk kepadakejadian atau peristiwa yang telah berlaku yang benar-benar
terjadi di masa lampau. Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi
melalui kaedah penyiasatan adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan
persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau.

 Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian


untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban.

 Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu


penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa
lampau.

 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul,
keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau,
kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa
yang telah berlaku.

 J.B Bury – Sejarah adalah satu sains yang tidak ebih dan tidak kurang

 Menurut Aristoteles, pengertian sejarah adalah satu sistem yang meneliti satu
kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi

 Menurut E. H. Carr, pengertian sejarah adalah dialog yang tak pernah selesai antara
masa sekarang dan masa lampau, suatu proses interaksi yang berkesinambungan
antara sejarawan dan fakta-fakta yang dimilikinya
PENGERTIAN KURIKULUM

 Kerr J.K (1968) Semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah
sama ada dilaksanakan secara individu atau kelompok baik didalam atau diluar
sekolah

 Hirst (1975) Satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh
guru untuk membolehkan murid mencapai objektif yang ditentukan

 K.Egan dalam bukunya What is curriculum (1978) Isi kandungan untuk dipelajari dan
diperkembangkan melalui pedagogi pengajaran

 J.G Saylor dan W.M Alexander dalam buku mereka planning Curriculum for schools
(1974) Rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan
memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah

 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Segala rancangan yang dikendalikan oleh


sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat
pendidikan

PENDIDIKAN SEJARAH

Sejarah adalah satu proses pelbagai sebab-akibat yang kompleks yang memerlukan
pemahaman yang sistematis. Perjalanannya ditentukan bukan sahaja oleh peristiwa-
peristiwa politik tetapi juga oleh aliran dan kesan ide-ide manusia sepanjang zaman
berzaman. Justru, bagaimana sejarah itu dipersembahkan dan diinterpretasikan,
terutamanya di dalam organisasi atau institusi pendidikan (salah satu jentera kawalan sosial
yang paling berpengaruh) adalah amat penting. (Roucek, J. G. ed (1967). The Teaching of
History. New York: Philosophical Library, Inc. him. 113.)

Pendidikan sejarah menjadi saluran berkesan bagi penyebaran ideologi, termasuk


penyaluran nasionalisme dalam pembentukan sesebuah negara.“ Pendidikan sejarah
menjadi satu proses pembinaan bangsa bagi memantapkan lagi kesinambungan perjuangan
kebangsaan. Pendidikan sejarah menjadi teras kepada pendidikan kewarganegaraan.
Oleh itu, ia perlu dipelajari, difahami dan dihayati secara berkesan oleh setiap warganegara.
Mempelajari sejarah bukan sahaja untuk memperolehi ilmu pengetahuan tentang masa
lampau, tetapi lebih penting lagi ialah untuk menyebar pengetahuan lampau itu bagi
dijadikan pedoman kepada generasi kini.

 Pada tahun 1977, UNESCO (dalam Mohd. Jaffar Rais, 1998) menekankan enam
objektif utama pengajaran dan pembelajaran sejarah, iaitu

 (i). Memperoleh pengetahuan (maklumat-maklumat yang meliputi istilah-istilah,


konsep-konsep, fakta, peristiwa, simbol-simbol, ide-ide, masalah, trend, personaliti,
kronologi, generalisasi dan lain-lain;

 (ii). Membolehkan pelajar mengembangkan pemahaman mengenai pengetahuan


tersebut;

 (iii). Mengembangkan perikiran kritis dan kreatif pelajar,

 (iv). Meningkatkan kemahiran;

 (v). Memupuk minat belajar pada sejarah,

 (vi).Mengembangkan sikap sosial yang sihat.

Ternyata, anggapan sejarah sebagai mata pelajaran 'dead past” sudah tidak relevan dengan
keadaan semasa. Tujuan pendidikan sejarah perlu dikembangkan kepada menerangkan
hubungannya dengan keadaan sekarang, meningkatkan pemahaman terhadap masalah
semasa dan mengapresasikan warisan budaya dalam tamadun manusia.

Oleh itu, sejarah dijadikan mata pelajaran yang membantu pelajar membuat sintesis antara
peristiwa lampau dengan masa kini, menilai situasi semasa, berfikir secara kritikal,
menghargai tamadun manusia serta mempelajari dan mengamalkan hak dan
tanggungjawab diri dalam proses demokrasi.!'
SEBELUM MERDEKA

 MATA PELAJARAN SEJARAH DIANGGAP SEBAGAI MATA PELAJARAN


TAMBAHAN YANG KURANG DIBERI PENEKANAN OLEH PIHAK KERAJAAN
BRITISH.
 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEJARAH JUGA ADALAH BERBEZA-BEZA
ANTARA SEKOLAH INGGERIS, SEKOLAH VERNAKULAR …

PENDIDIKAN SEJARAH SEBELUM MERDEKA

 MENCERMINKAN ASPIRASI PENGUASAAN PENJAJAH – DASAR PECAH DAN


PERINTAH
 PENDIDIKAN SEJARAH DIJADIKAN SALURAN PROPOGANDA BRITISH YANG
BERKESAN
 UNTUK MEMPERKENALKAN BUDAYA BRITSH KEPADA PENDUDUK TEMPATAN
 MEMPERKENALKAN KURIKULUM YANG BERBEZA MENGIKUT ALIRAN YANG
BERBEZA

Sejarah/ Tawarikh di sekolah Pondok

 SEKOLAH PONDOK – SEJARAH ISLAM / SIRAH NABI / KISAH PARA NABI /


CERITA HIKAYAT NABI – PENDEKATAN MENADAH KITAB / MENGHAFAL
 PADA TAHUN 1929 – MADRASAH KHAIRIYAH IMAMIYAH POKOK SENA
MEMPERKENALKAN MATA PELAJARAN SEJARAH ISLAM – LEBIH FORMAL
DAN SISTEMATIK – DIPERKENALKAN OLEH TUAN HUSSAIN HJ MOHAMMAD
NASIR ATAU DIKENALI SEBAGAI TUAN HUSSAIN KEDAH
 KANDUNGAN BERMULA DARI KEDATANGAN ISLAM DAN PERKEMBANGAN
ISLAM SEHINGGA KEPADA KISAH PARA NABI DAN RASUL

Sejarah/ Tawarikh di sekolah Inggeris

 Mula di perkenalkan di sekolah Aliran Inggeris pada tahun 1863 di peringkat


menengah rendah.
 Sukatan ditentukan oleh University Cambridge.
 Kandungan lebih kepada sejarah Eropah dan tumpuan kepada England
 Tumpuan juga diberikan kepada Tamadun Rom dan Yunani

Sejarah/ Tawarikh di Sekolah Melayu

 Di sekolah aliran Melayu pendidikan Sejarah bermatlamat supaya pelajar memhami


budaya masyarat Melayu melalui pemahaman hasil-hasil kesusasteraan Melayu
 Kandungan mata pelajaran daripada cerita Hikayat dan sejarah Melayu
 Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Melayu, Sejarah Melayu,
Tuhfat al Nafis dll.

Peranan R.O. Winstedt

 Winstedt mencadangkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang berasaskan


hikayat digantikan dengan dengan sejarah yang bersifat saintifik.
 Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu menggabungkan fakta dengan unsur-unsur
lagenda.
 Ia perlu ditukar kepada peristiwa-peristiwa dan fakta-fakta sejarah yang diperolehi
daripada penyelidikan yang berlandaskan bukti-bukti sebenar.
 mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah tidak diajar di sekolahsekolah rendah
kerana ia dianggap boleh memberi pengaruh yang membahayakan kedudukan pihak
British.
 Katanya “Dasar Belanda menggugurkan mata pelajaran sejarah dari jadual waktu
sekolah-sekolah rendah hendaklah dianuti. Mengajar Sejarah Melayu ...cerita-cerita
dongeng yang dianggap sebagai sejarah dalam cerita-cerita sejarah Melayu adalah
membahayakan."
 Mencadangkan supaya sistem di Hindia Timur Belanda dilaksanakan di sekolah-
sekolah rendah di Tanah Melayu.
 Pihak British tidak menekankan pendidikan sejarah tempatan di kalangan
masyarakat di Tanah Melayu kerana ini dikhuatiri boleh menggugat kepentingan
politik clan ekonominya.
 Falsafah pendidikan sejarah di sekolah-sekolah Melayu ialah supaya orang Melayu
memahami budaya Melayu dari perspektif orang Barat. Oleh itu, pembelajaran
sejarah melalui hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang ditulis oleh R. J. Wilkinson,
penggiat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, diperkenalkan.
Tegas Winstedt

"... Oleh kerana pengajaran sejarah dan ilmu alam di maktab-maktab perguruan Melayu
tidak bererti, maka dikehendaki menggunakan buku-buku teks yang baru. Sementara itu,
sejarah hendaklah diajar dari risalah dalam siri Paper on Malayan Subject oleh Wilkinson, ...
dan jangan dipelajari yang lain."

 Winstedt dengan dibantu oleh Daim Abdul Hamid Tengku Muhammad Salleh juga
telah menulis buku teks dalam Bahasa Melayu berjudul Kitab Tawarikh Melayu
(1918) yang telah digunakan di maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah.
 Mata pelajaran Sejarah hanya diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Melayu mulai
tahun-tahun 1930an, selaras dengan dasar yang dilaksanakan oleh penjajah
Belanda di Indonesia. British mempunyai falsafah yang berbeza terhadap sekolah
sekolah aliran Melayu yang mahukan orang Melayu dididik dan diasuh untuk menjadi
orang Melayu tradisional.

MPSI

 Walaupun R.O. Winstedt menganjurkan supaya pelajaran Sejarah di SITC


didasarkan kepada kumpulan karangan Wilkinson, tetapi sukatan pelajaran Sejarah
di maktab itu menetapkan supaya buku-buku berikut digunakan: (1) Sejarah Alam
Melayu Buku 1-5; (ii). Tawarikh Melayu, dan (iii). Sejarah Alam Melayu V - sebagai
buku rujukan.
 Hasilnya, matapelajaran Sejarah telah dikenalpasti sebagai salah satu mata
pelajaran yang memberi sumbangan besar terhadap pertumbuhan semangat
kebangsaan di kalangan penuntut di SITC.
 Pada tahun 1920an, buku-buku teks di atas telah digantikan dengan buku Sejarah
Alam Melayu Jilid i, ii dan iii (History of the Malay World) yang ditulis oleh Abdul Hadi
bin Haji Hassan, seorang lulusan Maktab Pergunian Melayu Melaka yang
kemudiannya menjadi tenaga pengajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC),
 Buku tersebut digunakan sebagai buku teks di sekolah-sekolah Melayu sehingga
kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, di samping buku Sejarah Alam
Melayu Jilid IV & V yang ditulis oleh Buyong Adil pada tahun 1934 dan 1940, iaitu
murid kepada Abdul Hadi bin Haji Hassan.
 Buku-buku dalam siri Sejarah Adam Melayu Jilid i-v ini menyentuh tajuk-tajuk
mengenai asal-usul penduduk Tanah Melayu, iaitu orang Melayu asli dan nenek-
moyang orang Melayu. Tanah Melayu juga menjadi tumpuan orang-orang dari
Sumatera dan orang-orang Hindu.
 Tajuk-tajuk lain yang dibincangkan adalah tentang kedatangan agama Islam ke
Tanah Melayu, bermula daripada perkembangan agama Islam di Tanah Arab
hinggalah kepada penyebaran agama Islam di kalangan penduduk di Tanah Melayu.
buku-buku ini juga menyentuh mengenai kerajaan-kerajaan Melayu awal, seperti
kerajaan Singapura, Melaka dan Johor.
 Pengajaran Sejarah di sekolah-sekolah aliran Melayu dan di maktab-maktab
perguruan pada masa ini, adalah lebih berorientasilcan Melayu, yakni berfokuskan
kepada sejarah Tanah Melayu dan dunia Melayu.
 Ini adalah berbeza dengan keadaan di sekolah-sekolah aliran Inggeris yang lebih
bersifat Anglo-centric. Contohnya, di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di
mana penekanan lebih diberikan kepada persoalan mempelajari sejarah England
dan Empayar British dan Eropah.
 Hanya pada tahun 1938, barulah diperkenalkan pengajaran sejarah Empayar British
dalam kurikulum pendidikan sejarah di SITC."
 Kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah Melayu dan di maktab-maktab perguruan juga
menggunakan buku teks Sejarah Alam Melayu dan Sejarah Tanah Melayu oleh R. 0.
Winstedt. Kandungan buku Sejarah Alam Melayu membincangkan sejarah Negeri-
Negeri Selat, pembukaan Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
 Pada tahun 1936 hingga 1939 terdapat tiga buah buku sejarah yang telah diterbitkan
oleh Pejabat Karang Mengarang SITC, iaitu Tawarikh Melayu, Kesah Tanah Melayu
dan Stamford Raffles . Buku-buku ini turut digunakan di sekolah-sekolah Melayu
hingga tahun 1957.
 R.O. Winstedt amat berhati-hati terhadap mata pelajaran Sejarah kerana ia amat
bergantung kepeda penafsiran yang dikhuatiri akan menggugat kedudukan penjajah
British di Tanah Melayu dan ini terbukti berkesan di SITC.
 Cadangan beliau supaya pelajaran Sejarah dihapuskan sama sekali adalah
memperlihatkan keseluruhan kehendak pentadbiran kolonial British pada zaman itu.
Hal ini mclambangkan kebimbangan beliau terhadap arus kebangkitan nasionalisme
di kalangan pelajar.

Walaupun langkah-langkah dibuat ke arah ini, tetapi pada hakikatnya,


pelajaran Sejarah yang diajar itu telah berjaya menyumbang terhadap
munculnya bibit-bibit semangat kebangsaan di kalangan pelajar-pelajar
dan pensyarah di maktab tersebut pada masa itu.

 Menjelang tahun 1951, sukatan pelajaran Ilmu Tawarikh telah mula di ajar dari
Darjah Satu hingga Darjah Enam.
 Sukatan pelajaran untuk Darjah Satu, Dua dan Tiga ialah berkisar tentang Kisah-
Kisah Orang Tua Bertanam Kelapa, Cara-Cara Menentukan Umur Seseorang,
Cerita-Cerita Am Bahmerah, Cerita-Cerita Penderhakaan Tok Janggut, Pahlawan
Hang Tuah dan Hang Jebat.
 Kandungan sukatan pelajaran Darjah Empat ialah Sejarah Raja-Raja Negeri Melayu,
iaitu Kelantan dan Perak, Perluasan Kuasa Jajahan Siam dan Inggeris, serta
Penderhakaan Tok Janggui. Sukatan pelajaran Darjah Lima dan Enam juga
berasaskan buku Sejarah Alam Melayu Jilid I-V.
 Kesimpulannya, pendidikan Sejarah semasa zaman penjajahan British tidak
berasaskan sebarang falsafah atau matlamat nasional. Sebaliknya, pendidikan
Sejarah diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi kepentingan dan matlamat
kolonialisme British, terutamanya melalui perlaksanaan dasar pecah dan perintah di
Tanah Melayu. Kurikulum Sejarah adalah berbeza mengikut jenis-jenis sekolah yang
berlandaskan kaum ataupun bersifat vernakular. Di sekolah-sekolah Melayu, mata
pelajaran Sejarah diletakkan sebagai mata pelajaran sampingan. Tujuan utama
pembelajaran adalah untuk lulus peperiksaan dan pengajaran dan pembelajarannya
membaca dan menghafal fakta-fakta semata-mata. Walaupun demikian, melalui luar
bilik darjah mata pelajaran Sejarah turut menyumbang kepada lahirnya bibit-bibit
nasionalisme di kalangan orang Melayu.
TAWARIKH

Menurut Muhd Yusof Ibrahim (2009), dari segi penggunaan istilah al-tarikh atau tarikh di
dalam bahasa Arab pada mulanya ia hanya membawa maksud ‘pentarikhan, era atau
zaman, tetapi melalui perkembangan pensejarahan yang berlaku pada abad kedua dan
ketiga Hijrah, istilah itu diertikan sebagai kajian sejarah dan ilmu sejarah atau ilmu tarikh.

 Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytharkan dalam Ordinan Pelajaran


1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi
dan politiknya."(Akta Pelajaran 1961:3)

SEJARAH SELEPAS MERDEKA

 Pada peringkat awal selepas Merdeka, iaitu dari tahun 1957 hingga 1966, sukatan
pelajaran Ilmu Tawarikh (Sejarah) Darjah Satu hingga Darjah Enam adalah disusun
dan disesuaikan dengan sukatan pelajaran Ilmu Tawarikh yang digunakan di
sekolah-sekolah Melayu di Singapura. Oleh itu, kandungan sukatan pelajaran
sepenuhnya mengikut sukatan pelajaran yang dianjurkan oleh lnggeris.
 Contohnya, Ilmu Tawarikh Darjah Tiga dan Empat menggunakan buku teks yang
disusun oleh Abdul Rahman Ahmad, guru Sekolah Melayu Tanjong Katong,
Singapura.
 Buku tersebut bertujuan memudahkan guru-guru sekolah Melayu Singapura untuk
membuat rujukan.
 Beliau telah menggunakan umber rujukan yang ditulis oleh penulis-penulis Barat
seperti World History in Picture and Story oleh M. R. Cumberledge, Malaya and the
Old World oleh E. H. Dance, The March of Time oleh E. C. T. Homiblow dan J. J.
Sullivan, dan A Story of Malaya oleh Margery Morris.
 Sebahagian besar isi kandungan sukatan pelajaran Ilmu Tawarikh Tahun Satu
hingga Tahun Enam tidak menunjukkan ciri-ciri dan penghayatan unsur-unsur
sejarah tempatan.
 Daripada tujuh tajuk dalam sukatan pelajaran Ilmu Tawarikh Tahun Tiga, hanya satu
tajuk salutja yang menyentuh tentang Tanah Melayu iaitu Orang Yang Mula mula Di
Tanah Melayu.
Asal-usul penduduk Tanah Melayu digambarkan dengan cukup negatif dan
bersifat menghina. Ini dapat dilihat dari petikan berikut:

"... Orang Melayu dikatakan datang dari suku-suku °rang liar iaitu suku Semang dan suku
Sakai, makanannya binatang-binatang hutan seperti babi hutan, monyet, ular dan buah-
buahan serta daun-daun kayu hutan. Suku Semang dan Sakai ini adalah satu bangsa yang
bodoh dan penakut. Usahkan melawan nampak sahaja lain dari suku-sukunya datang,
larilah mereka jauh ke dalam hutan yang tebal di negeri-negeri di Tanah Melayu."
(Abdul Rahman Ahmad, Ilmu Tawarikh Darjah Tiga. 1962. hal.8).

 pemahaman pelajar tentang asal-usul orang Melayu digambarkan secara negatif dan
tidak bertamadun.
 Sebaliknya, sebahagian besar kandungan teks menggambarkan tentang keagungan
dan kehebatan negara barat dan tokoh-tokoh dari Barat dan Timur, seperti Alexander
the Great, Chang Chien, Thomas Alva Edison, Akbar, Marco Polo dan lain-lain.
 Meskipun agama Islam sudah lama bertapak di Tanah Melayu sejak kurun ke-15,
tetapi aspek ini tidak diberi penekanan di dalam sukatan pelajaran. Sebagai contoh
di dalam buku teks ini, Nabi Muhammad S.A.W. hanya diletakkan setaraf dengan
tokoh-tokoh falsafah dan digambarkan secara sepintas lalu di bawah tajuk Ahli
Falsafah dan Guru-Guru dalam Bab 3.
 Buku-buku teks lain yang juga digunakan di sekolah-sekolah termasuklah Malaya
dalam Tawarikh Dunia (1961) oleh Shamsul Baharin, Stories from Malayan History
(1962) oleh Horace Stone, dan Primary History for Malayans Book One, No and
Three (1963) oleh M. A. Mallal dan Seow Ban Yam. Sukatan pelajaran dan buku
buku teks berkenaan hanya mengenengahkan tokoh-tokoh luar yang tidak signifikan
kepentingannya dengan Tanah Melayu.
 Mulai tahun 1967, buat pertama kalinya mata pelajaran Sejarah diajar menggunakan
sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Murid-murid di peringkat Darjah Satu hingga Darjah Tiga, tidak diberi pendidikan
sejarah secara langsung, sebaliknya unsur-unsur sejarah hanya diserapkan ke
dalam mata pelajaran Pengajian Hal-Ehwal Tempatan.
 Mata pelajaran llmu Tawarikh hanya diajar di peringkat Darjah Empat hingga Darjah
Enam, menggunakan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
 Sukatan pelajaran Darjah Empat hingga Darjah Enam ini digambarkan dalam sebuah
buku teks yang berjudul tawarikh bagi Murid'Murid Malaysia (1969) oleh Md. Zain
Shamsudin.
Buku ini diterjemahkan daripada buku Primary History for Young Malaysian yang
dikarang oleh William Jalleh, dan merupakan buku yang pertama di dalam siri buku-
buku Tawarikh yang disediakan untuk kegunaan murid-murid di Sekolah-Sekolah
Rendah di Malaysia,

 Sukatan pelajaran Ilmu Tawarikh Sekolah Rendah merangkumi tajuk-tajuk berikut.


 Untuk tahun (darjah) empat, is merangkumi topik-topik tentang Manusia Purba,
Kisah-Kisah Dari Tanah Melayu dan Pengasas-Pengasas Agama.
 Tahun (darjah) lima pula merangkumi topik-topik Kedatangan Orang-Orang Eropah,
Kisah Kisah Dari Asia dan Kisah-Kisah Dari Barat.
 lsi kandungan bagi tahun (darjah) enam pula meliputi tajuk-tajuk Tanah Melayu
Moden, Orang-Orang Masyur Di Tanah Melayu dan Reiman Moden. Walau
bagaimanapun, keseluruhan tajuk-tajuk yang dipilih tidak menyumbang ke arah
pemupukan perpaduan kaum dan pembinaan kewarganegaraan.

PERMASALAHAN

 Tidak terdapat buku-buku Sejarah yang sesuai dan mencukupi untuk membantu
pengajaran guru dan pemahaman pelajar di dalam bilik darjah, terutama sebagai
persediaan untuk menghadapi peperiksaan di akhir tahun persekolahan.
 Buku-buku yang ada juga tidak mengandungi kajian-kajian sejarah yang terkini dari
perspektif tempatan dan ini menghalang keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut di sekolah-sekolah.
 Latar belakang sosioekonomi yang berbeza-beza dan kelemahan dalam bahasa
Inggeris di kalangan pelajar-pelajar, terutamanya di kawasan luar bandar menjadi
halangan utama bagi mereka untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah dengan
berkesan dan penuh minat.
 Ramai guru yang mengajar sejarah di sekolah-sekolah rendah dan menengah, pada
asalnya tidak mendapat latihan yang khusus dalam bidang tersebut.
 Adalah juga penting bagi guru Sejarah untuk mempunyai minat yang mendalam
terhadap mata pelajaran yang mereka ajar.
 Guru-guru harus berupaya untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan
mempelajari Sejarah di kalangan pelajar-pelajar mereka.
 Guru harus mempunyai ilmu pengetahuan sejarah yang cukup dan mampu pula
menyampaikannya dengan baik melalui teknik-teknik pengajaran yang berkesan di
dalam bilik darjah.

PERKEMBENGEN SEKITAR TAHUN 1970an

 Perkembangan pendidikan seterusnya memperlihatkan usaha ke arah


penyatuan konsep dan falsafah pendidikan negara yang menjadi asas dan
panduan pembangunan sistem pendidikan kurun ke-20.
 Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, menyedarkan kerajaan tentang
kepentingan pendidikan dalam usaha membina perpaduan dan mempatkan
jurang kemiskinan di kalangan rakyat. Pada tahun 1973, semakan semula
sukatan pelajaran Sejarah telah dibuat untuk kali kedua.

Kesan Pendidikan Sejarah Sebelum tahun 1970an

 Aspek sejarah tempatan tidak diberi tempat dalam sukatan pelajaran Sejarah Ada
masa ini. Pelajar tidak dapat memahami sejarah kebudayaan, adat-resam,
pembangunan dan kesinambungan budaya tempatan. (Hajah Salmah Hasna bt.
Sulaiman, seorang pendidik guru Sejarah 1974)
 pembelajaran Sejarah tidak mendorong pelajar untuk membuat penilaian terhadap
fakta-fakta dan peristiwa sejarah. Pelajar juga tidak diberi peluang untuk membuat
keputusan, berhujah, mengadakan perbincangan dan memberi pendapat secara
bebas. Pembelajaran Sejarah bersifat kakis dan dingin dan ini menyumbang kepada
kurangnya minat pelajar-pelajar terhadap mempelajari mata pelajaran tersebut.
(Zauyah Daud, pengetua sekolah dan guru Sejarah sejak tahun ,1972)
 Hasil daripada semakan tersebut, enam matlamat pengajaran dan pembelajaran
Sejarah telah ditetapkan yang disesuaikan dengan prinsip Rukunegara dan objektif
pendidikan negara. Matlamat pengajaran dan pembelajaran sejarah tersebut ialah:
 membangkitkan minat terhadap sejarah;
 mencetus dan mengembangkan pemikiran kritis;
 mengenali keperibadian kebangsaan melalui sejarah tanahair,
 mewujudkan perasaan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu unit
tunggal
 mewujudkan ingatan bersama tentang sejarah sebagai rangkaian rujukan kesedaran
kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia, dan
 memupuk persefahaman antarabangsa.

Berikutan ini telah berlaku perubahan ketara dalam tumpuan kandungan sukatan
pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah menengah. Ia berorientasikan kebangsaan,
iaitu dengan memberi lebih tumpuan kepada penghayatan sejarah negara. Sukatan
pelajaran Sejarah (dikenali sebagai Ilmu Tawarikh Baru) yang digubal ini mempunyai
matlamat untuk memupuk minat dan kesedaran terhadap sejarah negara dengan
menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Ini sesuai dengan perubahan
penggunaan bahasa pengantar dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang
sedang berjalan di sekolah-sekolah pada masa itu.

 Perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran adalah jelas. Sebagai contoh,
Tawarikh Dunia Tingkatan Tiga telah memasukkan tajuk-tajuk yang dapat membina
petnahaman dan penghayatan Sejarah Malaysia, iaitu "Ke Arah Pembentukan
Presekutuan Tanah Melayu", "Menuju Ke Arah Kemerdekaan", "Perkembangan
Politik Sabah dan Sarawak", dan "Pembentukan Malaysia".
 Tajuk-tajuk ini memaparkan detik detik perjuangan rakyat ke arah menuntut
kemerdekaan tanahair. Kerjasama antara kaum, melalui parti-parti politik seperti
United Malays National Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA)
dan Malayan Indian Congress (MIC) di lihat sebagai berjaya mendapatkan
kemerdekaan tanahair Bari kuasa penjajah.
 Namun, masih terdapat isi kandungan yang tidak relevan dengan matlamat
pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Contohnya, tajuk-tajuk "Pembentukan
Negara Amerika Syarikat", "Pembinaan Negara German", "Demokrasi di Britain",
"Mussolini dan Fasisme", "Hitler" dan ''Nazisme", dan tajuk mengenai "Komunisme"
(Sukatan Pelajaran Ilmu Tawarikh Tingkatan Tiga, 1974).
 Antara judul-judul buku teks sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah menengah
termasuklah (Tawarikh Dunia Baru Buku Satu, Dua dan Tiga (1977) oleh Abd.
Rahman Ali, N. Rajendra dan V. Rajendra, dan Sejarah Menengah Baru Buku Satu,
Dua dan Tiga (1978) oleh Muzaffar D. J. Tate dan Ibrahim Ahmad Bajunid.
 Seterusnya, pengajaran Sejarah di peringkat menengah atas juga mengalami
perubahan yang ketara. la meliputi peristiwa-peristiwa sejarah sejak penubuhan
Melaka hingga kepada terbentuknya negara Malaysia. Usaha ke arah
membangkitkan kesedaran masyarakat majmuk dipaparkan di bawab tajuk
Pembangunan Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu (Sukatan Pelajaran Ilmu
Tawarikh Tingkatan Empat, 1978). Tajuk ini merupakan satu pembaharuan, kerana
inilah pertama kalinya usaha dibuat untuk memasukkan isi kandungan yang
menyentuh kewujudan masyarakat majmuk

Kritikan

 Menurut Jagdish Raj Sharma (1985), "... berbagai aspek sejarah berkenaan dengan
kaum-kaum di negara ini tidak diberi liputan dengan cara seimbang. Aspek latar
belakang, adat-resam dan sumbangan setiap kaum tidak dihuraikan secara
mendalam." Beliau seterusnya memberi contoh di mana terdapat amalan melabelkan
sesuatu kaum mengikut rupa bentuk, sikap dan tabiat, dan jenis pekerjaan. Justru,
dapat diperhatikan bahawa murid-murid tidak akan dapat memahami, apa lagi
menghargai sumbangan dan peranan setiap kaum dalam pembangunan negara.
Keadaan ini terus mengekalkan jurang di antara pelbagai kaum kerana mereka jahil
tentang selok-belok kaum-kaum lain.
 Kritikan juga diberikan terhadap penekanan ke atas topik-topik mengenai Sabah dan
Sarawak. Didapati bahawa kedua-dua negeri tersebut tidak diberi perhatian yang
wajar setaraf dengan kepentingannya sebagai komponen dalam Malaysia. Aspek
tertentu dalam sukatan pelajaran dan penulisan buku teks berkaitan sejarah Sabah
dan Sarawak seolah-olah terpinggir. Ini terbukti dari pendidikan sejarah di peringkat
menengah rendah tingkatan satu, dua dan tiga. Buku Tawarikh Dunia Baru Buku
Satu (1977) sekadar menerangkan latarbelakang kaum-kaum Iban, Dayak, Melanau
dan Kedayan dari aspek pekerjaan, tempat tinggal, agama dan kebudayaan secara
ringkas. Ini tidak memadai untuk permahaman mendalam terhadap budaya dan adat-
resam penduduk Sabah dan Sarawak.
 Buku Tawarikh Dunia Baru Buku Dua (1978) pula hanya memfokuskan perbincangan
kepada proses bagaimana James Brooke berjaya menguasai Sarawak.
Perbincangan menunjukkan seolah-olah Brookelah yang telah berjaya membawa
keamanan dan ketenteraman di Sarawak, berbanding dengan sumbangan
pemerintah-pemerintah tempatan sebelumnya. Hal ini terdapat dalam petikan
berikut:
 "... Kebanyakan kawasan dl bawah kekuasaan Sultan Omar Ali Saif:udin diperintah
oleh pembesar-pembesar yang tidak dapat mengawal lanun-lanun dan perdagangan
hamba abdi." (1978, halaman 49).
 Sementara buku Tawarikh Dunia Baru Buku Tiga (1979) pula hanya menumpu
kepada perkembangan politik di Sabah dan Sarawak serta proses yang membawa
Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
 Sukatan pelajaran Sejarah menengah rendah pada tahun-tahun 1970an
memperlihatkan perubahan dari segi isi kandungan. Perubahan tersebut menjurus ke
arah membincangkan sejarah dari perspektif sejarah Malaysia. Terdapat tajuk-tajuk
yang diharapkan dapat mewujudkan integrasi kaum. Contohnya buku Sejarah
Menengah Baru Buku Satu (1977) oleh Muzaffar D. J. Tate dan Ibrahim Ahmad
Bajunid, di bawah tajuk "Sejarah Malaysia dari Segi Penduduknya". Walaupun buku
tersebut sekadar memaparkan asal-usul kaum-kaum di Malaysia secara ringkas,
iaitu dari segi jumlah penduduk, tempat tinggal, pekerjaan, agama dan bahasa, tetapi
terdapat kesedaran terhadap bahaya wujudnya perbezaan kaum. Contohnya
dinyatakan dalam petikan di halaman 35 berikut:

II... pada umumnya mereka yang tinggal dl bandar lebih senang hidupnya jika
dibandingkan dengan mereka yang tinggal di luar bandar. Perbezaan seperti ini tidak
sihat dan kita harus bekerjasama untuk menghapuskannya. Ini merupakan matlamat
utama rancangan ekonomi kerajaan Malaysia."

 Hasil tinjauan mengenai perkembangan pengajaran Sejarah di sekolah-sekolah


aliran Inggeris di Semenanjung Malaysia berdasarkan peranan sukatan pelajaran
dan buku-buku teks mata pelajaran Sejarah dalam memupuk kesedaran warisan
kebangsaan dan perpaduan kebangsaan di kalangan pelajar-pelajar, menunjukkan
bahawa pengajaran dan pembelajaran Sejarah di Tanah Melayu dari tahun 1905
hingga 1978 tidak membawa sebarang makna kepada masyarakat tempatan kerana
personaliti dan peristiwa-peristiwa yang dipaparkan tidak berkaitan, serta tidak
menyumbang kepada pembentukan identiti kebangsaan. Ini adalah kerana seluruh
sukatan pelajaran adalah lebih bertumpu kepada sejarah Empayar British dan
Eropah.
 Setain daripada itu, antara tahun 1959 hingga 1966, sukatan pelajarannya amat luas
dan berdasarkan kepada perkembangan sejarah dari aspek politik. Kandungan
sukatan Sejarah Malaysia dari segi sosial, ekonomi dan budaya amat kurang. Oleh
itu, tidak menjurus ke arah integrasi nasional.
 Dapat dilihat bahawa pengajaran Sejarah selepas Merdeka tidak banyak
menyumbang ke arah pemupukan perpaduan kaum. Ini kerana isi kandungan
sukatan pelajaran Sejarah di semua peringkat persekolahan rendah dan menengah,
didapati lebih banyak mengemukakan unsur-unsur luar (sejarah Barat, Asia Timur,
Asia Selatan) berbanding dengan unsur-unsur sejarah tempatan di Tanah Melayu.
 Setain daripada itu, antara tahun 1959 hingga 1966, sukatan pelajarannya amat luas
dan berdasarkan kepada perkembangan sejarah dari aspek politik. Kandungan
sukatan Sejarah Malaysia dari segi sosial, ekonomi dan budaya amat kurang. Oleh
itu, tidak menjurus ke arah integrasi nasional.
 Dapat dilihat bahawa pengajaran Sejarah selepas Merdeka tidak banyak
menyumbang ke arah pemupukan perpaduan kaum. Ini kerana isi kandungan
sukatan pelajaran Sejarah di semua peringkat persekolahan rendah dan menengah,
didapati lebih banyak mengemukakan unsur-unsur luar (sejarah Barat, Asia Timur,
Asia Selatan) berbanding dengan unsur-unsur sejarah tempatan di Tanah Melayu.
 Sukatan-sukatan pelajaran jugs tidak dinyatakan dengan jelas falsafah dan matlamat
pengajaran dan pembelajaran sejarah. Sukatan-sukatan pelajaran hanya
menyatakan senarai tajuk-tajuk sebagaimana yang terdapat di dalam buku-buku teks
yang digunakan di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah juga tidak
membawa sebarang makna kepada masyarkat tempatan. Ini adalah kerana tokoh-
tokoh dan peristiwa yang dipaparkan yang menyentuh masyarakat tempatan di
Tanah Melayu amat minimum, manakala tokoh-tokoh luar lebih diketengahkan.
Contohnya seperti Ibn Bathuta, Shih Huang Ti, Vasco Da Gama, Napoleon, Francis
Light, Stamford Raffles, dan lain-lain. Malahan, personaliti tempatan ditonjollcan
dengan begitu negatif dan dilabelkan sebagai pemberontak atau penderhaka.
Contohnya seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, dan Dato' Maharaja Lela.
 Oleh kerana sukatan pelajaran dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Cambridge,
London, ia tidak mengambil kira iklim dan sejarah tempatan. Aspek-aspek pedagogi,
kandungan buku teks, tahap-tahap kemahiran pembelajaran tidak diambil
pertimbangan. Mata pelajaran Sejarah seolah-olahnya diletakkan sebagai mata
pelajaran kelas dua dan peranannya sebagai meta pelajaran yang dapat membina
semangat perpaduan dan perasaan hormat-menghormati di kalangan masyarakat
berbilang kaum tidak diberi keutamaan."

Perubahan

 Terdapat sedikit perubahan dalam pendekatan buku teks yang digunakan di sekolah-
sekolah menengah menjelang tahun 1978. Penulis-penulis yang terlibat antaranya
seperti M. Thambirajah, Zainal Abidin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd.Yusuf
Ibrahim dan Ashraf, telah memperkenalkan beberapa perubahan yang melibatkan isi
kandungan buku teks.
 Perbincangan tidak semata-mata tertumpu kepada sejarah politik Tanah Melayu,
sebaliknya turut memberi perhatian kepada perkembangan sosial, ekonomi,
kebudayaan dan ciri-ciri hal-ehwal masyarakat tempatan. Ini selaras dengan
matlamat kurikulum baru, iaitu bagi melahirkan pelajar yang dapat mengenali dan
memahami keperibadian kebangsaan, melalui penghayatan sejarah tanah air.
 Pendekatan yang menjurus ke arah menghidupkan semangat kewarganegaraan
ditonjolkan, contohnya dalam buku M. Thambirajah berjudul Malaysia dalam Sejarah
2, tahun 1978, menggunakan istilah "orang asing" yang merujuk kepada penjajah
British, seperti yang tercatat dalam halaman 134 berikut:
"... Pemerintah dan pembesar Melayu mendapati bahawa kuasa mereka telah disekat.
Semakin lama mereka tunduk di bawah kuasa orang asing..."

 Satu ciri lain yang terdapat dalam buku teks ialah penggunaan dwi bahasa dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, untuk menerangkan fakta-fakta sejarah. Ini
selaras dengan zaman peralihan penggunaan bahasa pengantar dalam pengajaran
dan pembelajaran. Contoh terdapat dalam judul buku yang sama oleh M.
Thambirajah (1978) di halaman 112 seperti berikut:

 "Sekatan Imigresen - Dalam tahun 1929 dunia mula mengalami zaman meleset. ini
bermakna perdagangan di antara negara-negara juga kurang. Oleh itu barang-
barang eksport yang dikeluarkan pun kurang. Ini mengakibatkan pengangguran.
Malaysia juga terlibat dari tahun 1930 hingga 1933. Hasil keluaran getah dan bijih
timah sangat kurang. Akibatnya ramai orang-orang Cina tidak bekerja.
 “Restriction to immigration - In 1929 the world depression had
started. That is, trade between countries was reduced. Therefore, goods produced
for export were also reduced. This led to unemployment. This also affected Malaysia
from 1930 to 1933. Tin and rubber production were greatly reduced. As a result there
was great unemployment among the Chinese."
 Penerangan-penerangan juga dipermudahkan dengan menggunakan susun bahasa
yang ringkas, ayat-ayat yang sederhana dan pendek-pendek. Gambar-gambar dan
rajah-rajah yang sesuai juga dimasukkan bagi menarik minat pelajar.
 Perkembangan pemikiran dan pengkajian tentang sejarah Malaysia telah berlaku
dengan hebatnya sejak tahun 1960an lagi. Tetapi, masih terdapat jurang di antara
penyelidikan para sarjana dengan penggubalan kurikulum sekolah. Ini adalah kerana
walaupun para sarjana dijemput untuk menjadi ahli jawatankuasa mengkaji sukatan
pelajaran sekolah, tetapi pada dasarnya kandungan sukatan pelajaran ditentukan
oleh pegawai-pegawai kerajaan.
 Oleh kerana sukatan pelajaran dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Cambridge,
London, ia tidak mengambil kira iklim dan sejarah tempatan. Aspek-aspek pedagogi,
kandungan buku teks, tahap-tahap kemahiran pembelajaran tidak diambil
pertimbangan. Mata pelajaran Sejarah seolah-olahnya diletakkan sebagai mata
pelajaran kelas dua dan peranannya sebagai meta pelajaran yang dapat membina
semangat perpaduan dan perasaan hormat-menghormati di kalangan masyarakat
berbilang kaum tidak diberi keutamaan."
 Selain dari itu, terdapat juga soalan-soalan dalam buku ini yang menjurus kepada
menanamkan sifat-sifat dan perasaan perpaduan seperti berikut:

i. Tulis satu senarai name kawan anda yang terdiri daripada kaum-kaum yang

berlainan, Bagaimana anda boleh berkawan dengan lebih balk?


ii. Adakah anda bersetuju dengan pendapal bahawa dengan menggunakan satu
bahasa yang sama, adalah jalan yang terbaik untuk menyatukan penduduk
Malaysia? Berikan sebab-sebabnya sekali.

Kegagalan memupuk perpaduan yang mantap

 Secara umumnya, sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan tidak begitu
membawa erti kepada usaha memupuk perpaduan kaum dan kewarganegaraan. Ini
adalah kerana tajuk-tajuk yang menyentuh tentang kaum-kaum di Malaysia hanya
sehahagian kecil sahaja, iaitu satu bab sahaja dalam setiap siri buku Tawarikh Dunia
Baru (1977-78) tersebut yang terdiri daripada tiga buah buku kesemuanya.
Pemaparan isi kandungan buku-buku ini terlalu ringkas dan mendatar tentang asal-
usul kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Tidak ada perbincangan kritis yang
dapat merangsang pemikiran dan menimbulkan kesedaran perlunya perpaduan
diwujudkan.
 Penggunaan istilah-istilah dan ungkapan-ungkapan negatif dengan melabelkan
sesuatu kaum menebalkan jurang antara kaum, seperti perkataan "keling" (Buku
Satu, hal.29) bagi merujuk kepada kaum India, dan ungkapan "pendatang" (Buku
dua,hal 41) hagi merujuk kepada kaum Cina. Kaum Cina juga sering dikaitkan
sebagai pengganas yang menjadi ahli kumpulan kongsi gelap, seperti petikan
berikut:
"... kemana-mana sahaja orang ini pergi, maka kongsi gelap akan sentiasa
bersama_ Di mana sahaja terdapat kongsi gelap, kekacauan akan herlaku."
(Tawarikh Dunia Baru Buku Dua, 1978: 41)

Perkembangan Baharu

 Pada talwn 1979, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji
semula sistem pendidikan supaya bersesuaian dengan perkembangan ekonomi
negara. Jawatankuasa Kabinet ini dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohamad,
Menteri Pelajaran pada masa itu telah menggubal falsafah pendidikan dan
mengesyorkan perlaksanaan program pendidikan menjurus ke arah mencapai
matlamal sebagaimana yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara.

KBSR

 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di Tahun Satu di semua
sekolah rendah seluruh negara pada tahun 1983. Fokus utama KBSR adalah untuk
membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang
komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekelilingnya serta bidang
perkembangan diri individu.
 Pendidikan peringkat rendah melibatkan kemahirankemahiran asas. Pendidikan
dalam KBSR dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu Tahap Satu (Darjah Satu
hingga Tiga) untuk tempoh tiga tahun yang awal dan Tahap Dua (Darjah Empat
hingga Enam) untuk tempoh tiga tahun yang akhir dalam persekolahan peringkat
rendah. Tahap Satu ditumpukan kepada penguasaan kemahirankemahiran asas.
 Unsur-unsur pendidikan sejarah digunakan sebagai isi kandungan Bahasa Malaysia
melalui penyerapan. Oleh kerana KBSR Tahap Satu mernentingkan kemahiran asas,
iaitu membaca, menulis dan mengira (3M), maka pelbagai jenis bidang pengetahuan
diserapkan dalam pembelajaran bahasa sebagai memupuk kemahiran asas 3M
tersebut.
 Penyerapan ialah penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan
kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran lain. Melalui pembelajaran bahasa,
murid dapat pengetahuan tentang sejarah disamping menguasai kemahiran asas
bahasa.
 Manakala pada Tahap Dua, pendidikan bertujuan untuk pengukuhan dan
penggunaan kemahiran itu bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu.
 Tiga komponen diberikan penekanan, iaitu Kemahiran Asas, Nilai Kerohanian dan
Sikap/Kemanusiaan dan Persekitaran, dan Kesenian dan Rekreasi. Pendidikan
Sejarah telah diterapkan dalam Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran di bawah
mata pelajaran Alam dan Manusia.
 Mata pelajaran Alam dan Manusia ini hanya mula diajar pada Tahun Empat dalam
Tahap Dua. Dijangkakan mata pelajaran ini dapat menolong pelajar
memperkembangkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan serta dapat membantu
mereka membuat keputusan yang rasional.
 Aspek sejarah yang terkandung dalam mata pelajaran ini ialah sejarah kebudayaan,
adat resam, perlembagaan, pembangunan negara, perusahaan dan pengangkutan.
Pembelajaran Alam dan Manusia ini menggunakan pendekatan integrasi yang
menggabungkan berbagaibagai bidang pengetahuan menjadi satu kesatuan yang
menyeluruh.
 Sejak KBSR di perkenalkan sehingga tahun 1998 di dapati bahawa pencapaian
kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah adalah paling rendah berbanding dengan
mata pelajaran Sains, Geografi dan Tatarakyat.
 Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1988) telah menjalankan kajian untuk melihat
kejayaan program KBSR bagi mata pelajaran Alam
dan Manusia. Daripada kajian ini, didapati pencapaian kemahiran dalam mats
pelajaran Sejarah amat lemah kerana hanya 36.5% sahaja murid mencapai
kelulusan 50% ke atas.
 Pada tahun 1994, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dipinda dan dinamakan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk melahirkan murid--
murid berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Dengan itu berlaku
perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran sejarah.
 Mata pelajaran sejarah telah dipisahkan daripada mata pelajaran Sains, Ilmu
Kesihatan, Sivik dan Hal-Ehwal Tempatan. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi
telah digabung menjadi matapelajaran bersepadu yang dikenali sebagai Kajian
Tempatan (KT).
 Mata pelajaran ini merangkumi bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan yang
membicarakan dan mengkaji interaksi manusia dengan manusia dan manusia
dengan alam persekitarannya.
 Tujuan mata pelajaran Kajian Tempatan ini ialah untuk membentuk rakyat Malaysia
yang bersatu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang
utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera serta bersemangat
patriotik. Mata pelajaran ini diajar secara formal di Tahap Dua bagi mengukuhkan
lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang telah
disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran lain di Tahap Satu, terutama
mata pelajaran bahasa.
 Keistimewaan pengenalan Kajian Sejarah Tempatan terletak pada aktiviti dalam
proses pengajaran dan pembelajarannya yang banyak melibatkan pelajar-pelajar. la
mempunyai hubungan yang rapat dengan kajian terhadap latar belakang sejarah diri
masing-masing, berdasarkan ruang litup yang teiah ditetapkan. Organisasi
kandungan mata pelajaran ini adalah mengikut tiga ruang litup. Ruang litup pertama,
iaitu rumah, keluarga, jiran dan sekolah menekankan interaksi murid dengan
keluarga dan masyarakat serta amalan nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat.
Ruang litup ini diajar di Tahun Empat persekolahan dan mengandungi unsur-unsur
pendidikan sejarah, seperti sejarah salasilah diri dan keluarga murid itu sendiri.
 Ruang litup kedua diajar di Tahun Lima persekolahan, bertujuan menyedarkan murid
tentang identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal mereka (spt. mukim,
daerah, jajahan, bahagian dan negeri), serta latar belakang dan identiti negaranya,
supaya mereka cinta dan bangga kepada negara.
 Antara topik-topik yang ditekankan ialah Kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Awal
Sabah dan Sarawak, Zaman Penjajahan, Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia,
serta Warisan Peninggalan Sejarah.
 Ruang litup ketiga diajar di Tahun Enam persekolahan, bertujuan memberi
pendedahan tentang sejarah sosio-ekonomi dan kejayaan serta kebanggaan negara
Malaysia. Dengan ini, murid-murid akan dapat menghargai keperibadian bangsa
serta mempunyai semangat patriotik kearah pembinaan bangsa dan negara.
 Unsur-unsur sejarah yang ditekankan antaranya ialah sejarah pembinaan Bangsa
dan Negara, asas-asas Perlembagaan Negara, prinsip-prinsip Rukunegara, bahasa,
budaya, agama dan kepercayaan. Walau bagaimanapun, mata pelajaran ini tidak
dimasukkan dalam komponen mata pelajaran yang dinilai dalam peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini memberi implikasi terhadap pemberatan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
KBSM

 Kurikulum peringkat menengah telah digubal semula dan dikenali sebagai Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah
secara berperingkat-peringkat pada tahun 1988 di Tingkatan Satu dan Kelas
Peralihan. Walau bagaimanapun, perlaksanaan kurikulum pada peringkat ini adalah
terhad kepada empat aspek bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil sahaja.
 Pada tahun 1989, barulah KBSM dilaksanakan sepenuhnya di Tingkatan Satu yang
melibatkan semua mata pelajaran teras, termasuklah mata pelajaran Sejarah.
 Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Mata pelajaran sejarah dalam KBSM
merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah
menengah.
 Peruntukan waktu bagi mata pelajaran ini ialah tiga waktu seminggu, di mana setiap
waktu memakan masa selama empat puluh minit. Mata pelajaran Sivik telah
digugurkan dan unsur-unsur mata pelajaran itu telah dimasukkan dalam mata
pelajaran sejarah.
 Matlamat pendidikan Sejarah di peringkat KBSM ialah untuk memupuk
semangat kesetiaan kepada negara dan perasaan bangga sebagai rakyat
Malaysia, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair. Melalui
pemahaman dan penghayatan, nilai-nilai kewarganegaraan yang hendak
dipupuk ialah perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia, semangat
setianegara, disiplin, patriotisme, perasaan ingin berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan produktif.
 Kurikulum Baru Sekolah Menenph (KBSM) memperlihatkan perubahan yang besar
dari segi organisasi dan struktur pemilihan isi kandungan. Berbeza dengan kurikulum
sebelutnnya, kurikulum sejarah baru ini secara keseluruhannya adalah berfokus
kepada Sejarah Malaysia dan sejarah negara luar dipelajari mengikut
kerelevanannya dengan negara Malaysia.
 Satu pembaharuan yang nyata ialah adanya komponen Kajian Sejarah Tempatan
yang bertujuan menggalakkan pelajar membuat penyelidikan, di samping
mewujudkan suasana keseronokan belajar. Kajian sejarah tempatan jugs bertujuan
membolehkan pelajar menghargai dan berbangga dengan sejarah masyarakat dan
persekitaran, mengukuh semangat kekitaan dan perpaduan, serta dapat
memperkaya khazanah sejarah setempat.
 Perubahan seterusnya ialah matlamat dan tujuan mempelajari Sejarah telah
ditentukan dengan jelas dan terperinci, berasaskan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara.
 Perincian kurikulum dan sukatan pelajaran telah dinyatakan dalam Huraian Sukatan
Pelajaran Sejarah. Aspek penghuraian ini tidak terdapat dalam kurikulum lama yang
dilaksanakan sebelum ini. Matlamat pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan
hanya untuk pemerolehan ilmu semata-mata, sebagaimana sebelumnya, tetapi lebih
penting lagi adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai fakta dan isi
pelajaran dengan baik disamping mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
 Peranan dan fungsi mata pelajaran Sejarah dalam melahirkan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan mempunyai nilai-nilai kewarganegaraan yang baik jugs diberi
keutamaan dalam kurikulum Sejarah yang baru ini.
 Terdapat dua bahagian dalam kurikulum pendidikan negara, di mana nilai-nilai
kewarganegaraan dicatatkan. Pertama, nilai-nilai kewarganegaraan termasuk dalam
tujuh belas nilai murni. Kedua, tercatat dalam kurikulum KBSM mata pelajaran
sejarah seperti berikut: "... Pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat
setianegara dan perasaan bangga sebagai rukyat Malaysia. Pelajar akan memahami
keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan dan
kekitaan sebagai satu unit tunggal. "(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991, hal.ix)

 Guru-guru Sejarah dipertanggungjawabkan untuk menerapkan nilai-nilai


kewarganegaraan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Pembuat
dasar dan penggubal kurikulum mata pelajaran Sejarah juga beranggapan bahawa
mata pelajaran ini merupakan saluran terbaik untuk menerapkan ilmu
kewarganegaraan di dalam diri anggota masyarakat, khususnya pelajar-pelajar.

 Di peringkat sekolah menengah rendah, pembelajaran tentang sejarah negara


meliputi jangka masa selama lima ratus tahun yang disusun secara kronologis. Ini
bertujuan memberi pemahaman yang menyeluruh serta gambaran yang lengkap
tentang sejarah negara. Rentetan tentang kisah-kisah sejarah diperkenalkan dalam
bentuk tema tema untuk dijadikan pokok perbincangan. Pembahagian mengikut
tema ini adalah merupakan satu pembaharuan yang besar dalam struktur kurikulum
mata pelajaran Sejarah ini. Pemilihan tema-tema seperti di bawah adalah menepati
matlamat pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang berorientasikan tempatan dan
bagi maksud membina jati diri bangsa Malaysia.

Terdapat tujuan tema utama, iaitu:

 Keagungan Kesultanan Melayu Melaka Menjadi Kebanggaan Kita Bersama;


 Kerajaan-Kerajaan Melayu Selepas Melaka Menjadi Asas Kerajaan-Kerajaan
Negeri Masa Kini;
 Kemakmuran Dan Kekayaan Negara Kita Menarik Kuasa Luar Untuk
Menjajah Negara Kita;
 Tindak Batas Untuk Menebus Maruah Bangsa Dan Negara:
 Perjuangan Rakyat Ke Arah Kemerdekaan Tanah Air;
 Pembentukan Negara Malaysia, dan
 Pengisian Kemerdekaan.
(Sukatan Pelajaran Sejarah Ting. III. KPM.1991. hal. vii)

 Daripada tujuh tema di atas, dua tema pertama dipelajari di Tingkatan Satu, dua
tema seterusnya dipelajari di Tingkatan Dua dan tig tema terakhir dipelajari di
Tingkatan Tiga. Di Tingkatan Satu, selain dua tema utama, aspek-aspek sejarah
tempatan juga dikaji. Perigkajian sejarah tempatan bertujuan memberi pengalaman
secara langsung kepada pelajar mengkaji aspek-aspek sejarah yang ada disekeliling

mereka.
 Melalui pengkajian ini, kemahiran seperti mencari, mengumpul, mengelas, mentafsir
maklumat dan fakta sejarah dapat dipertingkatkan. Aspek-aspek yang dijadikan
kajian adalah seperti sejarah tokoh, peristiwa, perkembangan ekonomi, adat resam
dan tradisi setempat. la dikendalikan secara projek atau kerja kursus.
 Umumnya, pengkajian sejarah tempatan ini merupakan pengkayaan dan
peningkatan kepada skop pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Aspek-aspek
kemahiran belajar dan nilai-nilai diperkukuh dan diperkembangkan lagi. Kandungan
sejarah disusun secara kronologis atau rentetan peristiwa-peristiwa sejarah yang
membawa tema-tema tersendiri.
 Ini bertujuan bagi mengembangkan isi pelajaran atau kandungan yang hendak
dibincangkan. Huraian lanjut mengenai tujuh tema dalam kurikulum Sejarah
peringkat sekolah menengah rendah, terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Sejarah terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pedidikan Malaysia
1991.
 KBSM di peringkat menengah atas mula dilaksanakan pada tahu 1991 di Tingkatan
Empat. Pada tahun 1992, buat pertama kali peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) menggunakan kurikulum baru ini. Matlamat pendidikan sejarah pada
peringkat ini adalah untuk memupuk dan memperkukuh identiti diri sebagai
warganegara Malaysia dan wargadunia. Tumpuan diberikan kepada pemahaman
dan penghayatan perkembangan peradaban bangsa dan negara., serta peradaban
manusia dalam berbagai-bagai aspek kehidupan.
 Kajian tentang peradaban ini dibahagikan kepada dua komponen iaitu Komponen
Negara Malaysia dan Komponen Dunia. Dalam Komponen Negara Malaysia,
tumpuan ialah kepada sejarah perkembangan peradaban bangsa dan negara dan
penekanan terhadap proses perubahan dan kesinambungan dalam peradaban
bangsa dan negara.
 Bagi Komponen Dunia, perhatian ialah kepada sejarah evolusi peradaban manusia
yang menekankan ciri-ciri keunikan, perkaitan dengan tamadun lain dan
sumbangannya dalam kehidupan manusia hari ini. Tema dan skop yang ditekankan
bagi Komponen Negara Malaysia dihuraikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Menengah Sejarah Menengah Atas (1991) oleh Pusat Perkembangan Kurilculum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
(Tingkatan Enam Rendah dan Atas) bertujuan mewujudkan unsur-unsur
kesinambungan dan kelangsungan pendidikan dan pembelajaran Sejarah di
peringkat KBSR dan KBSM dengan perspektif yang lebih mendalam bagi memupuk
dan menyemai sifat-sifat pemikiran yang kritis dan mahir menganalisis di kalangan
pelajar.
 Di peringkat ini, pemahaman yang lebih mantap mengenai sejarah proses perubahan
masyarakat Malaysia dan Asia di abad ke- 19 dan ke-20 ditekankan untuk menyemai
dan memupuk serta mengukuhkan sifat jati diri dan semangat kekitaan dan identiti
Malaysia. Selain itu, tujuan pendidikan Sejarah di peringkat ini adalah menyediakan
wadah yang kukuh bagi pelajar mengikuti pengajian tinggi, menyediakan pelajar
untuk kerjaya, mencernakan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara, serta
kepekaan terhadap masyarakat sarwajagat.

Objektif pendidikan Sejarah di peringkat ini ialah seperti berikut:

1. Memahami asas-asas ilmu sejarah seperti konsep, sebab-musabab, perubahan


dan kesinambungan, dan penggunaan istilah yang tepat.
2. Berkebolehan mengendalikan sumber sebagai bukti sejarah seperti mengumpul,
memilih, menilai dan mentafsir.
3. Berkebolehan mengenal dan menilai pelbagai pendekatan, pentafsiran dan
pendapat tentang peristiwa sejarah.
4. Berkebolehan memberikan gambaran yang jelas dan padat serta hujah yang
logik.
5. Berkebolehan menganalisis dan merumus serta berfikir secara kritis dan
rasional.
6. Berkeupayaan memahami proses perubahan masyarakat dan tamadun.
7. Mengukuhkan pemahaman tentang sejarah Malaysia dan kaitannya dengan
sejarah luar Malaysia.
8. Menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah.

 Mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)


merupakan mata pelajaran teras, yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah
menengah. Tumpuan pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan sahaja menuju
ke arah pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi jugs ke arah perkembangan
kemahiran belajar, dan pemupukan serta penghayatan nilai-nilai murni.
 Pendekatan ini adalah sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang
mempunyai keperibadian kebangsaan serta mendokong semangat kesedaran untuk
perpaduan, patriotisme dan persefahaman antarabangsa.
 Pemilihan isi kandungan mata pelajaran Sejarah adalah berasaskan kepada prinsip
yang menekankan sejarah Malaysia, dan sejarah dunia yang berhubungkait dengan
kepentingan negara.
 Pendekatan yang digunakan adalah bersifat setempat, bermula daripada sejarah
Malaysia dan berkembang merangkumi Asia Tenggara, Asia Timur dan dunia
antarabangsa. Sukatan pelajaran KBSM jelas memperlihatkan kemantapan dengan
menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, penerapan nilai nilai dan akhlak,
pemerolehan ikhtibar dan pengajaran, serta pemupukan semangat
kewarganegaraan.
 Penekanan juga diberi kepada aspek-aspek afektif yang berkaitan dengan sikap,
perasaan dan penghargaan. Satu unsur yang dianggap baru ialah diperkenalkan
sejarah tempatan yang dikendalikan secara projek di Tingkatan Satu hingga Tiga.
Justru, aspek kemahiran belajar dan nilai-nilai dapat diperkukuh dan
diperkembangkan lagi.
Realiti

 Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terlalu bergantung kepada buku


teks semata-mata. Apa yang lebih membimbangkan ialah wujudnya fenomena
bergantung kepada buku-buku kerja di sekolah sekolah. Ini akan membunuh
pendidikan sejarah dan jika digunakan berleluasa akan membawa "sial" kepada
pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah-sekolah.`'
 Seterusnya, Khoo Kay Kim (2002), dalam temubualnya dengan penulis, mengkritik
pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah-sekolah yang sedang menghadapi
keadaan yang amat kemelut dan amat serius. Ketidakupayaan guru-guru untuk
mengajar sejarah secara berkesan amat ketara. Beliau seterusnya menyeru perkara
ini perlu diubah. Guru-guru wajib mempunyai kemahiran profesionalisme yang tinggi,
keprihatinan serta mempunyai sikap yang positif untuk mengajar sejarah.
 Sharifah Maimunah (1991) telah mengkaji perkembangan kurikulum Sejarah di
Malaysia dan melaporkan bahawa kurikulum yang disediakan di peringkat pusat
kurang mengalami keselarasan di antara hasrat dan objektif pendidikan dengan
perlaksanaan.
 Beliau telah mengemukakan beberapa sebab mengenai ketidakselarasan ini.
Pertama, adanya kelemahan dari aspek strategi penyebaran kurikulum baru yang
terlalu cepat dan terlalu optimistik terhadap kesanggupan guru untuk mengubah
amalan kebiasaan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Kedua, terdapat
kekaburan di kalangan guru-guru mengakibatkan timbul berbagai interpretasi
terhadap konsep kurikulum, falsafah dan nilai-nilai yang hendak diterapkan. Ketiga,
mekasnisma sokongan terhadap profesyen perguruan sukar dikekalkan seperti
kursus dalam perkhidmatan, pemantauan dan khidmat nasihat hanya diberikan di
peringkat awal sahaja.
 Akhir sekali, penyebaran mengenai kurikulum baru dianggap melalui "cascading
model", (aliran ke bawah) menyebabkan berlaku pencairan konsep dan matlamat
yang telah dihasratkan oleh penggubal kurikulum.
 Tidak dapat dipastikan sarna ada guru-guru memahami falsafah, matlamat dan
objektif kurikulum KBSM. Ini adalah kerana ianya dianggap terlalu idealistik.
 Selain daripada itu, maklumat dan pengetahuan tentang KBSM diperolehi melalui
sumber kedua atau ketiga secara tidak langsung. Ramai guru juga didapati kurang
faham atau tidak faham beberapa kaedah yang disyorkan untuk mengajar Sejarah
KBSM seperti kaedah simulasi, main peranan, kaedah penggunaan sumber pertama
dan kaedah penggunaan sumber kedua. Akibat daripada itu, guru-guru terus
mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional.
 Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kurang menarik dan tidak berkesan.
Laporan pemantauan yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS) dan Pusat
Perkembangan Kurikulurn (PPK) pada tahun 1993, mendapati bahawa pengajaran
dan pembelajaran sejarah tidak banyak berubah. Pelajar-pelajar kurang berminat
untuk belajar sejarah kerana tumpuan hanya diberikan kepada pemerolehan
pengetahuan serta penggunaan kaedah bercorak hafalan sahaja. Pengajaran dan
pembelajaran hanya berpusatkan kepada guru dan bercorak sehala. Pengajaran
guru tidak melibatkan pelajar secara aktif. Hal ini memperlihatkan kepincangan
dalam perlaksanaan kurikulum sejarah.
 Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti yang menyumbang kepada
masalah di atas seperti masalah guru yang tidak mengkhusus dalam sejarah, alat
bantu mengajar tidak digunakan, panitia sejarah kurang aktif, kurang program
perkembangan staf, guru kurang berjaya menerap dan memupuk murni dan ikhtibar,
guru kurang kemahiran teknik menyoal dan kegagalan menerapkan unsur-unsur
mata pelajaran lain dalam sejarah.
 Kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang digunakan oleh guru kurang
menarik dan boleh mematikan semangat serta motivasi pelajar untuk mempelajari
sejarah. Satu tinjauan yang dijalankan oleh Unit Kajian Kemasyarkatan Jabatan
Pelajaran Johor di 59 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah menengah di Muar,
mendapati kebanyakan guru sejarah bergantung sepenuhnya kepada isi pelajaran
daripada buku teks, pengajaran berdasarkan kaedah syarahan dan penerangan. Di
dapati amat sedikit guru yang berusaha menyampaikan pengajaran berdasarkan
kaedah yang menekankan aspek-aspek penyiasatan, penerokaan dan penemuan.
 Antara sebab guru menggunakan kaedah-kaedah ini adalah akibat beban kerja yang
berat serta masa yang tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran.
Kajian Wan Mohamad Zahid (1992) mendapati hanya 6.6 minit daripada 40 minit
yang diperuntukkan, digunakan untuk pelajar memberi pendapat dan menjawab
soalan sewaktu pembelajaran sejarah. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
masalah saiz kelas yang besar, pelajarpelajar yang lemah dan persediaan guru yang
tidak mencukupi.
 Umpamanya, dalam sukatan pelajaran. Sejarah Tingkatan Tiga, terdapat 14 tajuk
kecil daripada 3 tema utama yang perlu di pelajari. Keseluruhan pengajaran dan
pembelajaran tajuk-tajuk tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh setahun. Ini
bermakna setiap tajuk kecil hanya mempunyai masa kurang dari sebulan untuk
dipelajari. Ini tidak termasuk masa untuk pelajar membuat persediaan mengulangkaji
pelajaran tingkatan satu dan dua bagi menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) pada bulan Oktober/November setiap tahun.
 Kandungan buku teks Sejarah juga masih kurang menghuraikan aspek-aspek yang
dapat menimbulkan semangat perpaduan kaum di Malaysia. Contohnya, buku teks
tingkatan satu dalam Bab Tujuh lebih menunjukkan faktor-faktor penting kedatangan
Portugis ke Melaka dari aspek kepentingan negara itu. Aspek daya tarikan yang
terdapat di Melaka tidak dihuraikan dengan balk . Terdapat juga beberapa fakta
penting ditinggalkan. Ini mencacatkan pengetahuan dan kefahaman di kalangan
pelajar. Kedatangan Puteri Hang Li Po ke Melaka tidak diberikan penjelasan yang
mencukupi. Padahal ianya meninggalkan kesan sejarah kepada Melaka seperti
penempatan orang Cina di Bukit Cina Melaka dan kewujudan kaum Baba di Melaka.
Toleransi antara kaum tidak ditonjolkan.
 Begitu juga sumbangan dan sokongan pedagang-pedagang India dan Arab dalam
perdagangan, sistem pemerintahan dan sistem sosioekonomi tidak dijelaskan
dengan baik. Sumbangan pedagang-pedagang luar kepada ekonomi negara tidak
dihuraikan dengan lengkap. lni penting bagi menimbulkan sikap terbuka dan toleransi
terhadap pedagang-pedagang luar.
 Walau bagaimanapun, nilai-nilai kewarganegaraan telah diterap dengan baik dalam
buku-buku teks Sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah. Nilai-nilai semangat
kekitaan didapati paling menonjol. Unsur-unsur semangat setia negara, berbangga
sebagai rakyat Malaysia, bersyukur, berusaha, dan produktif ditonjolkan dengan
baik. Contohnya, dalam buku Sejarah KBSM TIngkatan Dua (1999), terdapat
gambar-gambar dan carta-carta yang dapat menimbulkan perasaan bangga
terhadap Malaysia, seperti gambar Syarif Masahor, Dato' Maharaja Lela, Dato'
Bahaman dan lain-lain.
 Kandungan buku teks Sejarah KBSM Tingkatan Dua (1999) ditulis bertujuan untuk
meningkatkan pemerolehan sejarah serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Unsur kewarganegaraan, Wawasan 2020 dan penghayatan nilai-nilai murini diberi
penekanan dalam usaha memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga
sebagai rakyat Malaysia. Malah, tema buku tersebut "Kemakmuran dan Kekayaan
Negara Kita Menarik Kuasa Luar Menjajah Negara Kita" dan "Tindak Balas Untuk
Menebus Maruah Bangsa dan Negara" menunjukkan betapa perisitiwa sejarah
tempatan ditekankan dalam usaha membina semangat patriotisme di kalangan
bangsa Malaysia.
 Perasaan bangga terhadap wira-wira yang ditonjolkan melalui perjuangan tokoh -
tokoh tempatan menentang penjajahan barat dapat dipupuk, di samping melahirkan
ramai tokoh intelek yang hebat, seperti lshak Haji Muhammad, A. Samad Ahmad,
Abdul Rahim Kajai dan lain-lain.
 Semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia diterapkan
melalui ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan dan pemimpin-pemimpin
tempatan. Contohnya, dalam buku Sejarah KBSM Tingkatan Dua, halaman 32,
paparan kepimpinan Tun Perak yang terkenal dengan kebolehan dan
kebijaksanaannya dapat membangkitkan semangat pelajar-pelajar. Begitu juga
semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tun Perak apabila sanggup membawa
pengikut pengikutnya bersama anak dan isteri masing-masing ke medan perjuangan
untuk mempertahankan Melaka apabila diserang oleh tentera Siam menyerang pada
tahun 1445.
 Walau bagaimanapun, tidak banyak makiumat diberi mengenai sumbangan dan
peranan tokoh-tokoh bukan Melayu terhadap sejarah petnbangunan tanahair. Antara
contoh seperti Tan Siew Sin, Tan Cheng Loke, Khoo Chong Kong, D. R.
Seenivasagam, P. P. Narayanan dan lain-lain. Rujukan kepada tokoh bukan Melayu,
secara umumnya, hanya terhad kepada peranan Yap Ah Low, kegiatan kongsi-
kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San sahaja. Begitu juga tidak dipaparkan dengan
jelas, peranan tokoh-tokoh bukan Melayu dalam perjuangan nasionalisme di Tanah
Melayu, terutamanya dalam gerakan penentangan terhadap Malayan Union,
penentangan terhadap ancaman komunis, dan perjuangan menuntut kemerdekaan.
 Seterusnya, penerapan unsur-unsur kewarganegaraan dan perpaduan kaum dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah bersifat tersirat. la dilakukan secara
tidak langsung melalui pengetahuan sejarah yang diperolehi. Walau bagaimanapun,
tiada guru yang secara berterusan menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan kepada
pelajar pelajar secara langsung. Kalaupun ada, is dilakukan secara berselang-seli
bergantung kepada faktor masa yang masih tinggal, munculnya ide-ide spontan atau
terdapatnya tajuk-tajuk yang sesuai atau mudah untuk diterapkan nilai-nilai
kewarganegaraan.
 Seterusnya, wujud beberapa masalah yang dihadapi oleh guru-guru untuk
melakukan penerapan nilai-nilai kewarganegaraan, iaitu guru-guru tidak pernah
mendapat latihan berkaitan dengan pendidikan kewarganegaraan dan tidak
memahami konsep kewarganegaraan secara mendalam. Guru-guru juga tidak
mempunyai sumber rujukan yang sesuai yang dapat membantu guru-guru
menerapkan nilai-nilai tersebut secara berkesan. Malah, aspek nilai
kewarganegaraan bukan menjadi fokus dalam penilaian peperiksaan awam dan
jumlahnya terlalu kecil atau kadangkala tidak dinilai sama sekali.

Rumusan... KBSR/KBSM

 kurikulum mata pelajaran sejarah dalam KBSM telah mengalarni banyak perubahan.
Falsafah, matlamat dan objektif pendidikan sejarah telah dinyatakan dengan jelas
dan terperinci sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran Sejarah bagi semua peringkat pengajian. Hasrat untuk
menerapkan unsur-unsur perpaduan kaum dan nilai-nilai kewarganegaraan juga
telah dinyatakan dengan jelas.

Pendidikan Sejarah....2000an

Harapan
 "Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara bersatu dengan masyarakat
Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam
masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi
pengagihan ekonomi, progresif don makmur, dan mempunyai penguasaan
sepenuhnya dalam ekonomi yang berdaya saing, dinamik, giat dan kental." (Mahathir
Mohamad, The Way Forward, 1992, hal. 14).
 Proses pendidikan perlu melatih generasi kini supaya dapat bertikir secara futuristik.
Ini amat mustahak untuk melatih generasi kini membuat persediaan, perancangan
dan memikirkan langkah-langkah untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan
yang akan berlaku pada masa depan.
 Perlaksanaan pendidikan sejarah (semasa KBSR/KBSM) didapati kurang memberi
kesan kepada pelajar baik dari aspek pemerolehan ilmu mahupun penerapan nilai-
nilai, khususnya nilai-nilai kewarganegaraan dan integrasi nasional. Pelbagai pihak
telah memberikan kritikan dan mengemukakan pandangan agar mata pelajaran itu
dikaji dan disusun semula.
 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, seperti yang
dilaporkan dalam Utusan Malaysia (29 Ogos, 2001:2) menyarankan supaya
pendidikan sejarah negara dan kefahaman mengenai ketatanegaraan perlu diberi
pendekatan yang lebih praktikal. Ini penting supaya mata pelajaran itu mudah
dihayati oleh generasi muda. Menurut beliau lagi, generasi muda memerlukan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sofistikated bersesuaian
dengan keadaan semasa dalam menyuburkan semangat patriotisme dan jati diri.
 Pemindaan kurikulum pendidikan Sejarah di peringkat menengah akan dibuat secara
berperingkat-peringkat mulai tahun 2003. Kurikulum barn ini dijangka akan dapat
digunakan sepenuhnya di semua sekolah menengah selewat-lewatnya pada tahun
2008. Ini ditegaskan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad, seperti dipetik
dalam Utusan Malaysia (31 Oktober, 2001:8), yang menyatakan bahawa perubahan
kurikulum mata pelajaran Sejarah ini akan dapat menjadikannya lebih menarik dan
tidak lagi menekankan aspek penghafalan fakta semata-mata.
 Pindaan tersebut melibatkan perubahan orientasi pengajaran dan pembelajaran
Sejarah dan berorientasikan isi kandungan kepada orientasi mendidik.
 Kementerian Pendidikan, khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum telah
mengambil langkah untuk menyemak semula kurikulum Sejarah. Kurikulum yang
sedia ada telah disusun dan distruktur semula dari tingkatan satu hingga tingkatan
lima, Strategi yang digunakan ialah dengan membuat pengubahsuaian, pemindaan,
penggabungan dan pengekalan tajuk-tajuk dengan mengelakkan pengulangan dan
pertindihan. Penekanan diberi kepada usaha pemupukan semangat patriotik.
Organisasi kandungan Sejarah yang baru merupakan kesepaduan antara ilmu
(kandungan atau ilmu pengetahuan), kemahiran pemikiran sejarah dan nilai
patriotisme yang boleh menyuburkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Kesepaduan ini akan berjalan serentak dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah
secara berterusan.
 Organisasi kurikulum baru Sejarah ini dihuraikan dengan jelas dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2000. Fokus
utama kandungan kurikulum Sejarah yang baru ini adalah kepada pengetahuan dan
pemahaman Sejarah Malaysia. Pada peringkat menengah rendah (SMR), pengkajian
ini bermula dengan zaman prasejarah hingga tahun 1965. Kandungannya terdiri
daripada tiga bahagian iaitu Kajian Sejarah Tempatan, Sejarah Malaysia dan Sejarah
Negara Luar.
 Di peringkat menegah atas (SMA), pendekatan bersepadu akan diperkenalkan
dengan menggabungkan komponen Sejarah Malaysia dengan komponen Sejarah
Negara Luar. Pengkajian bermula dengan memberi gambaran menyeluruh tentang
evolusi peradaban manusia di peringkat antarabangsa yang sekaligus dapat
memperkasa martabat bangsa dan negara Malaysia yang berdaulat. Pada asasnya,
rasional pemilihan isi kandungan bagi kedua-dua peringkat adalah berdasarkan
faktor kesinambungan dan faktor "centric" atau pemusatan. Kadar pemberatan isi
kandungan adalah menekankan kepada Sejarah Malaysia sebanyak 70% dan
Sejarah Negara Luar yang mempunyai perkaitan sebanyak 30%.
 Di peringkat sekolah rendah pada Tahap Satu, unsur patriotisme akan diserapkan
dalam semua mata pelajaran melalui pendekatan menyeluruh, bersepadu dan
merentas kurikulum. Pada Tahap Dua pula, elemen sejarah masih diserapkan dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan sebagai pendokong utama pemupukan patriotisme
dan Pendidikan Moral. Perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia akan dipupuk
melalui contoh-contoh yang terdapat disekeliling mereka seperti pemyataan-
pernyataan berikut:
 - "... bunga yang terbesar di dunia laitu Rafflesia terdapat di Malaysia; ... hutan malar
hijau tropika terlua di dunia, iaitu 'Taman Negara, terletak di Malaysia; ...Gunung
Kinabalu, kemuncak tertinggi di Asia Tenggara, terletak di Malaysia." .
 Dalam penyemakan semula kurikulum Sejarah, unsur patriotisme ini dimasukkan
secara tersurat dan secara langsung dalam kurikulum mata pelajaran Sejarah.
Usaha ini diharap dapat memastikan pemupukan semangat patriotik menjadi lebih
berkesan. Kurikulum baru Sejarah yang dirancang mengambilkira pelbagai aspek
merangkumi ilmu, kemahiran dan nilai-nilai patriotisme. Justru, perlaksanaan
kurikulum baru ini nanti memperlihatkan bahawa hasrat KBSM harus mempunyai
kesinambungan, diberi penekanan, dimantap dan diperkukuhkan lagi, khususnya
dalam usaha pemupukan semangat patriotik supaya semangat ini tertanam subur
dijiwa sanubari pelajar-pelajar.
 Penerbitan semula buku teks untuk kegunaan di sekolah telah dijalankan. Tiga unsur
utama yang menjadi komponen penting dalam penerbitan buku teks tersebut ialah
unsur kesepaduan isi kandungan, unsur patriotisme dan unsur disiplin pendidikan
Sejarah. Penerapan unsur ini akan dibuat melalui konsep pakej buku teks, skop,
kedalaman kandungan, persembahan, bahan grafik, aktiviti dan latihan serta istilah.
Dalam penulisan semula buku teks sejarah sekolah menengah, penerapan dan
penyuburan unsur patriotisme akan menjadi keutamaan.
 Buku teks Sejarah yang akan digunakan oleh pelajar di sekolah menengah tingkatan
satu dan tingkatan empat mulai tahun 2003 akan diterbitkan dalam bentuk pakej
yang terdiri daripada Buku Teks dan Buku Panduan Guru. Beberapa pertimbangan
yang diberi perhatian dalam penulisan buku teks ialah memastikan kandungan buku
teks mampu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat dan objektif
serta kehendak sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran Sejarah. Unsur
patriotisme dan iktibar daripada sejarah akan diserapkan secara langsung dalam
kandungan teks, bahagian pengenalan sesuatu bab, subtopik dan dalam rumusan.
 perkaraperkara yang sensitif yang boleh menimbulkan prasangka, menjatuhkan
maruah, merendahkan martabat terhadap ras, agama, kebudayaan, pekerjaan dan
diskriminasi kaum akan dielakkan. Unsur-unsur negatif yang melibatkan sikap,
pemikiran dan tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia perlu dielakkan.

Cabaran Pendidikan Sejarah abad 21

 Paling mencabar ialah usaha untuk melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang
tinggi dan berasa seronok untuk mempelajari Sejarah – signifikannya menggagalkan
matlamat pendidikan sejarah
 Kaedah pembelajaran maya (E-learning) telah menjadi satu tuntutan dan tidak dapat
dinafikan kepentingannya. Pembelajaran maya menyediakan pelajar untuk
mengulangkaji pelajaran dan menduduki ujian secara on-line menerusi Internet -
amat bergantung kepada kemahiran guru.
 Peristiwa sejarah boleh diinterpretasikan dalam pelbagai cara, maka peranan guru
amat penting dalam mengawal dan memilih fakta-fakta yang jelas dan tepat serta
membincangkan peristiwa-peristiwa sejarah supaya tidak berlaku salah tafsir yang
menggugat keutuhan perpaduan di kalangan pelajar.

Cadangan..

 Pendidikan Sejarah di sekolah haruslah memastikan pelajar-pelajar diberi maklumat


sejarah yang dapat menimbulkan kesedaran betapa pentingnya perpaduan dan
semangat kewarganegaraan di dalam sebuah negara yang mempunyai penduduk
daripada berbilang kaum seperti Malaysia. Contohnya, selepas pelajar mempelajari
sejarah yang membawa kepada kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, salah satu
faktor kejatuhan tersebut yang perlu ditekankan adalah disebabkan oleh
pengkhianatan dan perbalahan antara pembesar-pembesar.
 Pelajar harus diberikan peluang untuk menunjukkan sikap, reaksi, pendirian dan
pandangan dalam pelbagai bentuk atau aktiviti semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kemahiran kewarganegaraan seperti menyatakan
pendirian, membuktikan hasrat sebagai rakyat yang ingin mempertahankan
negaranya daripada dikuasai oleh kuasa asing akan dapat ditanamkan di dalam diri
pelajar.
 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terlalu menekankan kepada
persoalan betul atau salah juga perlu dikikis. Khoo Kay Kim (2001, 11) dalam Utusan
Malaysia, menegaskan bahawa "... dalam sejarah, tiada betul atau salah. Dua atau
tiga jawapan pun boleh jadi betul". Seterusnya, beliau menegaskan bahawa
pandangan yang berbeza tentang sesuatu peristiwa sejarah akan dapat merangsang
pemikiran kreatif dan kritikal di kalangan pelajar.
 Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus selari dengan situasi
semasa dan menjurus ke arah kehidupan masa depan, Terdapat pelbagai strategi
dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk
mengembangkan minat serta menghidupkan kembali proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Satu strategi yang boleh diketengahkan dalam hal ini adalah
strategi pemikiran masa depan atau Kajian Masa Depan (Future Studies).
 Mata pelajaran Sejarah perlu diketengahkan sebagai suatu mata pelajaran yang
amat relevan kepada kehidupan semasa dan keperluan negara. Menurut Abdul
Rahim Abdul Rashid (1999:46), "... walaupun sejarah adalah berkaitan dengan
segala perkara yang sudah berlaku dan berlaku, tetapi dari segi pengajarannya,
pengetahuan sejarah yang dibincangkan dan dipelajari perlu dikaitkan dengan
pelbagai perkembangan yang relevan dengan perkembangan masa kini dan masa
depan. Sejarah perlu menjadi suatu pengetahuan yang bersifat futuristik untuk
membentuk individu dan masyarakat yang tahu menghargai sejarah bangsa dan
negara."

 Kajian Masa Depan adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan
strategi pemikiran bersifat futuristik. Ia meliputi satu disiplin ilmu untuk melihat masa
depan daripada trend atau aliran perubahan masa lampau, masa kini hinggalah
kepada apa yang dapat dibayangkan akan berlaku pada masa depan. Kajian Masa
Depan dipandang sebagai matriks memandang ke hadapan. Matriks ini
mengandungi konsep masa depan, kapasiti manusia, persepsi dan metodologi,
alatan serta proses luaran. Ia diperkenalkan melalui isu, tema dan aplikasi untuk
membuat ramalan berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.

 Perlaksanaan strategi ini diharapkan akan dapat mengubah persepsi masyarakat,


khasnya pelajar, yang menganggap mata pelajaran Sejarah bersifat hambar atau
dipelajari secara hafalan dan ingatan untuk tujuan peperiksaan sahaja. Sebaliknya,
pelajar akan dapat memahami bahawa sejarah itu amat berkaitan dengan kehidupan
mereka serta dapat dijadikan panduan untuk menentukan arah masa depan. Pelajar
juga dapat melihat sejarah masa lampau sebagai landasan dalam membina bangsa
dan negara pada masa akan datang. Justru, peristiwa-peristiwa lampau dapat
dijadikan kayu ukur dan teladan agar kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang.

 Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah-sekolah akan menjadi lebih


menarik dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada badan badan seperti
Arkib Negara Malaysia, Muzium Negara dan Perpustakaan Negara. Pihak-pihak
berkenaan haruslah menyediakan ruang dan kemudahan-kemudahan kepada guru
dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, selain daripada membuat
pameran ke sekolah-sekolah untuk pendedahan pelajar, serta menjalankan kursus
dan seminar bagi guru-guru untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka
terhadap hasil-hasil sejarah warisan negara.

Anda mungkin juga menyukai