Anda di halaman 1dari 158

SJH 1024

Perkembangan Mata Pelajaran


Sejarah dalam Pendidikan di
Malaysia
PENGERTIAN PENDIDIKAN
Pendidikan ialah usaha sistematik yang
disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat
untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan
kemahiran kepada ahlinya, usaha Memperkembangkan
potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri
manusia ".

"American Education Fellowship, "Objectivesand Program of the American


Education Fellowship ", ProgressiveEducation, Vol. 22 (October 1944), p. 9.
PENGERTIAN PENDIDIKAN
 persediaan untuk berjuang / belajar / menyesuaikan dengan
pengalaman langsung kehidupan, persediaan yang digunakan
untuk melayakkan setiap murid memahami dengan idea-idea
relatif dan tindakan yang sewajarnya pada setiap masa.
Alfred North Whitehead, The Aims of Education ( New York :Macmillan, 1929 ), p.58.

 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak belum diperluas lagi di negara


kita;
 2. ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia
mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak;
 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita
ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah;
(Kamus dewan edisi ke-4)
PENGERTIAN PENDIDIKAN
Proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia
dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang
bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana,
menghormati orang tua, menyayangi orang yg lebih muda
serta taat kepada pemerintah dan cintakan negara.
(Confucius (551 – 479 SM) – ahli falsafah/pendidik

Satu proses yang boleh mmbentuk tingkah laku yang


baik,sikap yang berani serta budi pekerti yang muia.
(merendah diri,sabar, menghormati orang tua / lain dsbnya)
Hamka
PENGERTIAN PENDIDIKAN
Suatu proses yang membentuk individu yang berakhlak
mulia. Memberi latihan moral kewarganegaraan yg baik.
dapat membentuk w/negara yang baik, setia dan
mematuhi undang-undang negara. Plato (427 – 347 SM)

Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal


bertujuan memberikan peluang kpd setiap w/negara utk
mencapai kebahgiaan hidup. Proses pendidikan akan
melatih w/negara mematuhi peraturan dan t/laku yang
baik dan cekap dlm pengurusanpentadbiran dn berupaya
mempertahankan kedaulatan negara. Aristotle (384 – 322 SM)
PENGERTIAN PENDIDIKAN
Sebagai satu proses yang berterusan dan bermula dari
masa kanak-kanak kecil dimana segala kebolehan
semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak
dan peraturan semula jadi. Jean Jacques Rousseou (1712 – 1778)

Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara


menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pndidikan
adalah untuk mengembangkan potensi intelek, fizikal,
emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.
Mohamad Qutb
PENGERTIAN PENDIDIKAN
Proses pmbinaan tingkah laku manusia yg berakhlak
tinggi dan mulia dibawah teras ajaran agama islam. Dr.
Mohd Athiyah al-Abrasyi

Untuk melatih manusia membuat persiapan bagi


kehidupan dunia dan akhrat. Amal al-Shaibani

 Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek


intelek, latihan jasmani sertapembinaan akhlak yang
mulia , berani dan hormat-menghormati. Al-Ghazali
PENGERTIAN PENDIDIKAN
Menurut H. Fuad Ihsan (2005) menjelaskan pendidikan sebagai “Usaha
manusia untuk menumbuhkan dan mengembangkan potensi-potensi
jasmani dan rohani sesuai dengan nilai-nilai yang ada didalam
masyarakat dan kebudayaan”

Dictionary of Education” dijelaskan pendidikan sebagai proses


perkembangan pribadi, social, profesional dan seni untuk membuat dan
memahami ilmu pengetahuan yang tersusun yang
diwarisi/dikembangkan generasi bangsa

Dalam bahasa Arab pendidikan disebut Tarbiyah yang diambil


dari Rabba yang bermakna memelihara , mengurus, merawat, mendidik .
Tarbiyah adalah mendidik anak melalui penyampaian ilmu,
menggunakan metode yang mudah diterima sehingga ia dapat
mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari (Fathul Bari Jilid I; 162 )
PENGERTIAN PENDIDIKAN
RUMUSAN
Pendidikan adalah suatu proses atau aktiviti yang
berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek,
Menambahkan kemahiran, kebolehan,sosial dan emosi
seseorang individu. Pengetahuan dan pengalaman
mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah
Membantu dan mendorongnya bertindak. Dan
kemajuan dalam kehidupannya dengan cara yang
rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan
negara.
PENGERTIAN SEJARAH
Kata sejarah secara harafiah berasal dari kata Arab  šajaratun yang artinya pokok

Perkataan Sejarah berasal dari perkataan Greek bermaksud menyiasat ( to inquire). Juga
dikenali dalam bahasa Greek sebagai historie/historia

Dalam bahasa Inggeris dikenal dengan history bahasa Prancis


Historie bahasa Italia storia , bahasa Jerman geschichte yang berartiyang terjadi, dan
bahasa Belanda dikenal gescheiedenis

Maksud sejarah ialah asal usul (keturunan); salasilah. Sejarah merujuk kepadakejadian
atau peristiwa yang telah berlaku yang benar-benar terjadi di masa lampau

Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui


kaedah penyiasatan adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan makl
umat terhadap peristiwa silam atau lampau
PENGERTIAN SEJARAH
Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian
untuk  menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban

Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu


penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa
lampau.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul,
keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau,
kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang
telah berlaku.

J.B Bury – Sejarah adalah satu sains yang tidak ebih dan tidak kurang

Menurut Aristoteles, pengertian sejarah adalah satu sistem yang meneliti satu
kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi

Menurut E. H. Carr, pengertian sejarah adalah dialog yang tak pernah selesai
antara masa sekarang dan masa lampau, suatu proses interaksi yang
berkesinambungan antara sejarawan dan fakta-fakta yang dimilikinya
PENGERTIAN KURIKULUM
Kerr J.K (1968) Semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah sama
ada dilaksanakan secara individu atau kelompok baik didalam atau diluar sekolah

Hirst (1975) Satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh
guru untuk membolehkan murid mencapai objektif yang ditentukan

K.Egan dalam bukunya What is curriculum (1978) Isi kandungan untuk dipelajari
dan diperkembangkan melalui pedagogi pengajaran

J.G Saylor dan W.M Alexander dalam buku mereka planning Curriculum for schools
(1974) Rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan
memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Segala rancangan yang dikendalikan oleh


sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat
pendidikan
PENDIDIKAN SEJARAH
Sejarah adalah satu proses pelbagai sebab-akibat yang kompleks yang memerlukan
pemahaman yang sistematis. Perjalanannya ditentukan bukan sahaja oleh peristiwa-
peristiwa politik tetapi juga oleh aliran dan kesan ide-ide manusia sepanjang zaman
berzaman. Justru, bagaimana sejarah itu dipersembahkan dan diinterpretasikan,
terutamanya di dalam organisasi atau institusi pendidikan (salah satu jentera
kawalan sosial yang paling berpengaruh) adalah amat penting. (Roucek, J. G. ed (1967).
The Teaching of History. New York: Philosophical Library, Inc. him. 113.)

Pendidikan sejarah menjadi saluran berkesan bagi penyebaran ideologi, termasuk


penyaluran nasionalisme dalam pembentukan sesebuah negara.“ Pendidikan
sejarah menjadi satu proses pembinaan bangsa bagi memantapkan lagi
kesinambungan perjuangan kebangsaan. Pendidikan sejarah menjadi teras kepada
pendidikan kewarganegaraan.

Oleh itu, ia perlu dipelajari, difahami dan dihayati secara berkesan oleh setiap
warganegara. Mempelajari sejarah bukan sahaja untuk memperolehi ilmu
pengetahuan tentang masa lampau, tetapi lebih penting lagi ialah untuk menyebar
pengetahuan lampau itu bagi dijadikan pedoman kepada generasi kini.
PENDIDIKAN SEJARAH
Pada tahun 1977, UNESCO (dalam Mohd. Jaffar Rais, 1998) menekankan enam
objektif utama pengajaran dan pembelajaran sejarah, iaitu

(i). Memperoleh pengetahuan (maklumat-maklumat yang meliputi istilah-


istilah, konsep-konsep, fakta, peristiwa, simbol-simbol, ide-ide, masalah, trend,
personaliti, kronologi, generalisasi dan lain-lain;

(ii). Membolehkan pelajar mengembangkan pemahaman mengenai


pengetahuan tersebut;

(iii). Mengembangkan perikiran kritis dan kreatif pelajar,

(iv). Meningkatkan kemahiran;

(v). Memupuk minat belajar pada sejarah,

(vi).Mengembangkan sikap sosial yang sihat.


PENDIDIKAN SEJARAH
Ternyata, anggapan sejarah sebagai mata pelajaran 'dead past”
sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Tujuan
pendidikan sejarah perlu dikembangkan kepada menerangkan
hubungannya dengan keadaan sekarang, meningkatkan
pemahaman terhadap masalah semasa dan mengapresasikan
warisan budaya dalam tamadun manusia.

Oleh itu, sejarah dijadikan mata pelajaran yang membantu


pelajar membuat sintesis antara peristiwa lampau dengan masa
kini, menilai situasi semasa, berfikir secara kritikal, menghargai
tamadun manusia serta mempelajari dan mengamalkan hak
dan tanggungjawab diri dalam proses demokrasi.!'
SEBELUM MERDEKA…
MATA PELAJARAN SEJARAH DIANGGAP SEBAGAI
MATA PELAJARAN TAMBAHAN YANG KURANG
DIBERI PENEKANAN OLEH PIHAK KERAJAAN
BRITISH.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEJARAH JUGA
ADALAH BERBEZA-BEZA ANTARA SEKOLAH
INGGERIS, SEKOLAH VERNAKULAR …
PENDIDIKAN SEJARAH SEBELUM MERDEKA
MENCERMINKAN ASPIRASI PENGUASAAN
PENJAJAH – DASAR PECAH DAN PERINTAH
PENDIDIKAN SEJARAH DIJADIKAN SALURAN
PROPOGANDA BRITISH YANG BERKESAN
UNTUK MEMPERKENALKAN BUDAYA BRITSH
KEPADA PENDUDUK TEMPATAN
MEMPERKENALKAN KURIKULUM YANG
BERBEZA MENGIKUT ALIRAN YANG BERBEZA
Sejarah / Tawarikh di sekolah Pondok
SEKOLAH PONDOK – SEJARAH ISLAM /
SIRAH NABI / KISAH PARA NABI / CERITA
HIKAYAT NABI – PENDEKATAN MENADAH
KITAB / MENGHAFAL
PADA TAHUN 1929 – MADRASAH
KHAIRIYAH IMAMIYAH POKOK SENA
MEMPERKENALKAN MATA PELAJARAN
SEJARAH ISLAM – LEBIH FORMAL DAN
SISTEMATIK – DIPERKENALKAN OLEH
TUAN HUSSAIN HJ MOHAMMAD NASIR
ATAU DIKENALI SEBAGAI TUAN HUSSAIN
KEDAH
KANDUNGAN BERMULA DARI
KEDATANGAN ISLAM DAN
PERKEMBANGAN ISLAM SEHINGGA
KEPADA KISAH PARA NABI DAN RASUL
Sejarah / Tawarikh di sekolah Inggeris
Mula di perkenalkan di
sekolah Aliran Inggeri s pada
tahun 1863 di peringkat
menengah rendah.
Sukatan ditentukan oleh
University Cambridge.
Kandungan lebih kepada
sejarah Eropah dan tumpuan
kepada England
Tumpuan juga diberikan
kepada Tamadun Rom dan
Yunani
Sejarah / Tawarikh di Sekolah Melayu
Di sekolah aliran Melayu
pendidikan Sejarah bermatlamat
supaya pelajar memhami budaya
masyarat Melayu melalui
pemahaman hasil-hasil
kesusasteraan Melayu
Kandungan mata pelajaran
daripada cerita Hikayat dan
sejarah Melayu
Hikayat Hang Tuah, Hikayat
Merong Mahawangsa, Hikayat
Melayu, Sejarah Melayu, Tuhfat
al Nafis dll.
Sekolah Vernakular Cina dan India….
Bergantung kepada
kurikulum yang di ambil
daripada negara China
dan India..
Peranan R.O. Winstedt
Winstedt mencadangkan
pengajaran dan pembelajaran
Sejarah yang berasaskan hikayat
digantikan dengan dengan
sejarah yang bersifat saintifik.
Hikayat Hang Tuah dan Sejarah
Melayu menggabungkan fakta
dengan unsur-unsur lagenda.
Ia perlu ditukar kepada peristiwa-
peristiwa dan fakta-fakta sejarah
yang diperolehi daripada
penyelidikan yang berlandaskan
bukti-bukti sebenar.
Peranan R.O. Winstedt
mencadangkan supaya mata pelajaran
Sejarah tidak diajar di sekolah­sekolah
rendah kerana ia dianggap boleh
memberi pengaruh yang membahayakan
kedudukan pihak British.
Katanya “Dasar Belanda menggugurkan
mata pelajaran sejarah dari jadual waktu
sekolah-sekolah rendah hendaklah
dianuti. Mengajar Sejarah Melayu
...cerita-cerita dongeng yang dianggap
sebagai sejarah dalam cerita-cerita
sejarah Melayu adalah membahayakan."
Mencadangkan supaya sistem di Hindia Timur Belanda
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di Tanah Melayu.
Pihak British tidak menekankan pendidikan sejarah
tempatan di kalangan masyarakat di Tanah Melayu kerana
ini dikhuatiri boleh menggugat kepentingan politik clan
ekonominya.
Falsafah pendidikan sejarah di sekolah-sekolah Melayu
ialah supaya orang Melayu memahami budaya Melayu dari
perspektif orang Barat. Oleh itu, pembelajaran sejarah
melalui hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang ditulis oleh
R. J. Wilkinson, penggiat kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu, diperkenalkan.
Tegas Winstedt
"... Oleh kerana pengajaran
sejarah dan ilmu alam di
maktab-maktab perguruan
Melayu tidak bererti, maka
dikehendaki menggunakan
buku-buku teks yang baru.
Sementara itu, sejarah
hendaklah diajar dari risalah
dalam siri Paper on Malayan
Subject oleh Wilkinson, ... dan
jangan dipelajari yang lain."
Winstedt dengan dibantu oleh Daim Abdul
Hamid Tengku Muhammad Salleh juga telah
menulis buku teks dalam Bahasa Melayu berjudul
Kitab Tawarikh Melayu (1918) yang telah
digunakan di maktab-maktab perguruan dan
sekolah-sekolah.
Mata pelajaran Sejarah hanya diperkenalkan di
sekolah-sekolah aliran Melayu mulai tahun-tahun
1930an, selaras dengan dasar yang dilaksanakan
oleh penjajah Belanda di Indonesia. British
mempunyai falsafah yang berbeza terhadap
sekolah­sekolah aliran Melayu yang mahukan
orang Melayu dididik dan diasuh untuk menjadi
orang Melayu tradisional.
MPSI
Walaupun R.O. Winstedt
menganjurkan supaya
pelajaran Sejarah di SITC
didasarkan kepada kumpulan
karangan Wilkinson, tetapi
sukatan pelajaran Sejarah di
maktab itu menetapkan
supaya buku-buku berikut
digunakan: (1) Sejarah Alam
Melayu Buku 1-5; (ii).
Tawarikh Melayu, dan (iii).
Sejarah Alam Melayu V -
sebagai buku rujukan.
Mata pelajaran Tawarikh dan Hikayat
diajar selama 45 minit setiap waktu
Peringkat Jumlah Masa
Waktu
Tahun 1 3 waktu 135 minit
Tahun 2 2 waktu 90 minit
Tahun 3 3 waktu 135 minit
Jadual 1: Waktu Mengajar Mata Pelajaran
Sejarah di SITC
(Sumber.: Education Code, Part V. 1936:33)
Hasilnya, matapelajaran Sejarah
telah dikenalpasti sebagai salah
satu mata pelajaran yang memberi
sumbangan besar terhadap
pertumbuhan semangat
kebangsaan di kalangan penuntut
di SITC.
Pada tahun 1920an, buku-buku teks
di atas telah digantikan dengan
buku Sejarah Alam Melayu Jilid i, ii
dan iii (History of the Malay World)
yang ditulis oleh Abdul Hadi bin
Haji Hassan, seorang lulusan
Maktab Pergunian Melayu Melaka
yang kemudiannya menjadi tenaga
pengajar di Maktab Perguruan
Sultan Idris (SITC),
Buku tersebut digunakan
sebagai buku teks di
sekolah-sekolah Melayu
sehingga kemerdekaan
Tanah Melayu pada tahun
1957, di samping buku
Sejarah Alam Melayu Jilid IV
& V yang ditulis oleh
Buyong Adil pada tahun
1934 dan 1940, iaitu murid
kepada Abdul Hadi bin
Haji Hassan.
Buku-buku dalam siri Sejarah Adam Melayu Jilid i-v ini
menyentuh tajuk-tajuk mengenai asal-usul penduduk
Tanah Melayu, iaitu orang Melayu asli dan nenek-moyang
orang Melayu. Tanah Melayu juga menjadi tumpuan
orang-orang dari Sumatera dan orang-orang Hindu.
Tajuk-tajuk lain yang dibincangkan adalah tentang
kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu, bermula
daripada perkembangan agama Islam di Tanah Arab
hinggalah kepada penyebaran agama Islam di kalangan
penduduk di Tanah Melayu. buku-buku ini juga
menyentuh mengenai kerajaan-kerajaan Melayu awal,
seperti kerajaan Singapura, Melaka dan Johor.
Pengajaran Sejarah di sekolah-sekolah aliran Melayu
dan di maktab-maktab perguruan pada masa ini, adalah
lebih berorientasilcan Melayu, yakni berfokuskan
kepada sejarah Tanah Melayu dan dunia Melayu.
Ini adalah berbeza dengan keadaan di sekolah-sekolah
aliran Inggeris yang lebih bersifat Anglo-centric.
Contohnya, di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK),
di mana penekanan lebih diberikan kepada persoalan
mempelajari sejarah England dan Empayar British dan
Eropah.
Hanya pada tahun 1938, barulah diperkenalkan
pengajaran sejarah Empayar British dalam kurikulum
pendidikan sejarah di SITC."
Kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah Melayu dan di
maktab-maktab perguruan juga menggunakan buku
teks Sejarah Alam Melayu dan Sejarah Tanah Melayu oleh
R. 0. Winstedt. Kandungan buku Sejarah Alam Melayu
membincangkan sejarah Negeri­Negeri Selat,
pembukaan Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
Pada tahun 1936 hingga 1939 terdapat tiga buah buku
sejarah yang telah diterbitkan oleh Pejabat Karang
Mengarang SITC, iaitu Tawarikh Melayu, Kesah Tanah
Melayu dan Stamford Raffles . Buku-buku ini turut
digunakan di sekolah-sekolah Melayu hingga tahun
1957.
R.O. Winstedt amat berhati-hati terhadap
mata pelajaran Sejarah kerana ia amat
bergantung kepeda penafsiran yang
dikhuatiri akan menggugat kedudukan
penjajah British di Tanah Melayu dan ini
terbukti berkesan di SITC.
Cadangan beliau supaya pelajaran
Sejarah dihapuskan sama sekali adalah
memperlihatkan keseluruhan kehendak
pentadbiran kolonial British pada zaman
itu. Hal ini mclambangkan kebimbangan
beliau terhadap arus kebangkitan
nasionalisme di kalangan pelajar.
Walaupun langkah-langkah dibuat ke
arah ini, tetapi pada hakikatnya, pelajaran
Sejarah yang diajar itu telah berjaya
menyumbang terhadap munculnya bibit-
bibit semangat kebangsaan di kalangan
pelajar-pelajar dan pensyarah di maktab
tersebut pada masa itu.
Menjelang tahun 1951, sukatan pelajaran Ilmu Tawarikh
telah mula di ajar dari Darjah Satu hingga Darjah Enam.
Sukatan pelajaran untuk Darjah Satu, Dua dan Tiga
ialah berkisar tentang Kisah-Kisah Orang Tua Bertanam
Kelapa, Cara-Cara Menentukan Umur Seseorang, Cerita-
Cerita Am Bahmerah, Cerita-Cerita Penderhakaan Tok
Janggut, Pahlawan Hang Tuah dan Hang Jebat.
Kandungan sukatan pelajaran Darjah Empat ialah
Sejarah Raja-Raja Negeri Melayu, iaitu Kelantan dan
Perak, Perluasan Kuasa Jajahan Siam dan Inggeris,
serta Penderhakaan Tok Janggui. Sukatan pelajaran
Darjah Lima dan Enam juga berasaskan buku Sejarah
Alam Melayu Jilid I-V.
Kesimpulannya, pendidikan Sejarah semasa zaman
penjajahan British tidak berasaskan sebarang falsafah atau
matlamat nasional. Sebaliknya, pendidikan Sejarah
diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi kepentingan
dan matlamat kolonialisme British, terutamanya melalui
perlaksanaan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu.
Kurikulum Sejarah adalah berbeza mengikut jenis-jenis
sekolah yang berlandaskan kaum ataupun bersifat
vernakular. Di sekolah-sekolah Melayu, mata pelajaran
Sejarah diletakkan sebagai mata pelajaran sampingan.
Tujuan utama pembelajaran adalah untuk lulus
peperiksaan dan pengajaran dan pembelajarannya
membaca dan menghafal fakta-fakta semata-mata.
Walaupun demikian, melalui luar bilik darjah mata
pelajaran Sejarah turut menyumbang kepada lahirnya
bibit-bibit nasionalisme di kalangan orang Melayu.
TAWARIKH
awarikh merupakan kata jamak
bagi tarikh dalam Bahasa Arab.
Sekiranya kita merujuk kepada
Encylopedia of Islam, Tarikh
bermaksud era dan kronologi.
Asal perkataan Tarikh iaitu
Ta’rikh adalah bererti
penentuan tarikh dan juga
bermaksud asal-usul, kerja-
kerja penyelidikan, sejarah dan
juga jurai keturunan.
Menurut Muhd Yusof Ibrahim (2009),
dari segi penggunaan istilah al-tarikh
atau tarikh di dalam bahasa Arab pada
mulanya ia hanya membawa maksud
‘pentarikhan, era atau zaman, tetapi
melalui perkembangan pensejarahan
yang berlaku pada abad kedua dan
ketiga Hijrah, istilah itu diertikan
sebagai kajian sejarah dan ilmu sejarah
atau ilmu tarikh.
Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang
diisytharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
ialah untuk menubuhkan satu sistem
pelajaran yang dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politiknya."(Akta Pelajaran 1961:3)
Sejarah selepas merdeka…
Pada peringkat awal selepas Merdeka, iaitu dari
tahun 1957 hingga 1966, sukatan pelajaran Ilmu
Tawarikh (Sejarah) Darjah Satu hingga Darjah
Enam adalah disusun dan disesuaikan dengan
sukatan pelajaran Ilmu Tawarikh yang digunakan
di sekolah-sekolah Melayu di Singapura. Oleh itu,
kandungan sukatan pelajaran sepenuhnya
mengikut sukatan pelajaran yang dianjurkan oleh
lnggeris.
Contohnya, Ilmu Tawarikh Darjah Tiga dan
Empat menggunakan buku teks yang disusun
oleh Abdul Rahman Ahmad, guru Sekolah Melayu
Tanjong Katong, Singapura.
Buku tersebut bertujuan memudahkan guru-
guru sekolah Melayu Singapura untuk membuat
rujukan.
Beliau telah menggunakan umber rujukan yang
ditulis oleh penulis-penulis Barat seperti World
History in Picture and Story oleh M. R.
Cumberledge, Malaya and the Old World oleh E.
H. Dance, The March of Time oleh E. C. T.
Homiblow dan J. J. Sullivan, dan A Story of
Malaya oleh Margery Morris.
Buku Pelajaran Tawarikh Darjah Tiga mengandungi tujuh tajuk, iaitu:

1. Manusia Yang Mula-Mula


2. Orang Yang Mula-Mula Di Tanah Melayu
3. Ahli Falsafah Dan Guru-Guru:
- Buddha; Confucius; Nabi Muhammad S. A. W.;
Gandhi; Sun Yat Sen.
4. Ahli Penjelajahan dan Pelayaran:
- Christopher Columbus; Magellan; Pan Chao;
Lao Tse (Lao Tzu); Chang Chin
5. Pencipta Atau Pereka:
- Thomas Alva Edison; Marconi
6. Pemerintah Dan Penakluk:
- Alexander The Great; Akbar; Kublai Khan;
Marco Polo; Thomas Stanford Raffles; Yap Ah Loy;
Parameswara
7. Perintis Di Asia Tenggara:
- Kartini; Sir Ronald Ross
(Sumber: Che' Abdul Rahman Ahmad, Pelajaran
Tawarikh Darjah Tiga, 1962)
Sebahagian besar isi
kandungan sukatan
pelajaran Ilmu Tawarikh
Tahun Satu hingga Tahun
Enam tidak
menunjukkanciri-ciri dan
penghayatan unsur-unsur
sejarah tempatan.
Daripada tujuh tajuk dalam
sukatan pelajaran Ilmu
Tawarikh Tahun Tiga, hanya
satu tajuk salutja yang
menyentuh tentang Tanah
Melayu iaitu Orang Yang
Mula­mula Di Tanah Melayu.
Asal-usul penduduk Tanah Melayu digambarkan dengan cukup negatif dan bersifat menghina. Ini
dapat dilihat dari petikan berikut:

"... Orang Melayu dikatakan datang


dari suku-suku °rang liar iaitu suku
Semang dan suku Sakai, makanannya
binatang-binatang hutan seperti babi
hutan, monyet, ular dan buah-
buahan serta daun-daun kayu hutan.
Suku Semang dan Sakai ini adalah
satu bangsa yang bodoh dan
penakut. Usahkan melawan nampak
sahaja lain dari suku-sukunya
datang, larilah mereka jauh ke dalam
hutan yang tebal di negeri-negeri di
Tanah Melayu."
(Abdul Rahman Ahmad, Ilmu Tawarikh
Darjah Tiga. 1962. hal.8).
pemahaman pelajar tentang asal-usul orang Melayu
digambarkan secara negatif dan tidak bertamadun.
Sebaliknya, sebahagian besar kandungan teks
menggambarkan tentang keagungan dan kehebatan
negara barat dan tokoh-tokoh dari Barat dan Timur,
seperti Alexander the Great, Chang Chien, Thomas Alva
Edison, Akbar, Marco Polo dan lain-lain.
 Meskipun agama Islam sudah lama bertapak di Tanah
Melayu sejak kurun ke-15, tetapi aspek ini tidak diberi
penekanan di dalam sukatan pelajaran. Sebagai contoh di
dalam buku teks ini, Nabi Muhammad S.A.W. hanya
diletakkan setaraf dengan tokoh-tokoh falsafah dan
digambarkan secara sepintas lalu di bawah tajuk Ahli
Falsafah dan Guru-Guru dalam Bab 3.
Buku-buku teks lain yang juga digunakan di
sekolah-sekolah termasuklah Malaya dalam
Tawarikh Dunia (1961) oleh Shamsul Baharin,
Stories from Malayan History (1962) oleh Horace
Stone, dan Primary History for Malayans Book One,
No and Three (1963) oleh M. A. Mallal dan Seow Ban
Yam. Sukatan pelajaran dan buku­buku teks
berkenaan hanya mengenengahkan tokoh-tokoh
luar yang tidak signifikan kepentingannya dengan
Tanah Melayu.
Mulai tahun 1967, buat pertama kalinya mata
pelajaran Sejarah diajar menggunakan sukatan
pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Murid-murid di peringkat Darjah Satu hingga
Darjah Tiga, tidak diberi pendidikan sejarah
secara langsung, sebaliknya unsur-unsur sejarah
hanya diserapkan ke dalam mata pelajaran
Pengajian Hal-Ehwal Tempatan.
Mata pelajaran llmu Tawarikh hanya diajar di
peringkat Darjah Empat hingga Darjah Enam,
menggunakan sukatan pelajaran yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. S
Sukatan pelajaran Darjah Empat hingga Darjah
Enam ini digambarkan dalam sebuah buku teks yang
berjudul tawarikh bagi Murid'Murid Malaysia (1969)
oleh Md. Zain Shamsudin.
Buku ini diterjemahkan daripada buku Primary
History for Young Malaysian yang dikarang oleh
William Jalleh, dan merupakan buku yang pertama
di dalam siri buku­buku Tawarikh yang disediakan
untuk kegunaan murid-murid di Sekolah-Sekolah
Rendah di Malaysia,
Sukatan pelajaran Ilmu Tawarikh Sekolah Rendah
merangkumi tajuk-tajuk berikut.
Untuk tahun (darjah) empat, is merangkumi topik-topik
tentang Manusia Purba, Kisah-Kisah Dari Tanah Melayu
dan Pengasas-Pengasas Agama.
Tahun (darjah) lima pula merangkumi topik-topik
Kedatangan Orang-Orang Eropah, Kisah­Kisah Dari Asia
dan Kisah-Kisah Dari Barat.
lsi kandungan bagi tahun (darjah) enam pula meliputi
tajuk-tajuk Tanah Melayu Moden, Orang-Orang Masyur
Di Tanah Melayu dan Reiman Moden. Walau
bagaimanapun, keseluruhan tajuk-tajuk yang dipilih
tidak menyumbang ke arah pemupukan perpaduan
kaum dan pembinaan kewarganegaraan.
Tahun ke empat (1967)
Manusia Purba
Kehidupan manusia yang berpindah-randah sebagai
pemungut, pemburu dan nelayan dan perjuangannya
untuk hidup. Tempat-tempat tinggal, pakaian, perkakas
untuk bekerja dan senjata. Kegunaan api.
Manusia sebagai petani dan cara hidupnya yang tetap.
Menjinakkan binatang. Permulaan takhasus dalam
bebagai-bagai pekerjaan - membuat barang-barang
daripada tanah hat, senjata, perkakas untuk bekerja
dan lain-lain. Terjadinya kampung-kampung dan
Bandar-bandar. Permulaan pengangkutan dengan jalan
darat sungai dan laut; membawa beban dengan
binatang dan pengangkutan roda.
Kehidupan kaum-kaum yang mula-mula
bertamaddun - Sumeria, Babylon dan Mesir.
Kisah-kisah dari Tanah Melayu
Orang Asli - Semang, Jakun dan Sakai; Singapura
dibuka (Sang Nila Utama dan Temasik);
Parameswara dan pembukaan Melaka. Hubungan
Melayu-China, pelayaran Cheng Ho dan hasil-
hasilnya. Kesultanan Melaka - Perkembangan
politik dan perdagangan.

l'engasas-pengasas Agama
Kungfutze, Buddha, Nabi isa, Muhammad.
Tahun ke lima
Kedatangan Orang-Orang Eropah
Perlumbaan orang-orang Eropah dalam Perdagangan
Rempah dan akibatnya.
Orang-orang Portugis di Melaka. Kota Famosa.
Kedatangan agama Kristian dan
St. Francis Xavier; Belanda menakluk Melaka. Bunga
emas; Francis Light dan Pulau Pinang; Raffles dan
Singapura; Orang-orang Inggeris di Melaka (Persetiaan
Inggeris­-Belanda, 1824); Penubuhan Negeri-negeri
Selat.
Kisah-kisah dari Asia
Shih Huang Ti dan Tembok Besar negeri China; Genghiz
Khan, Kublai Khan; Rekaan orang-orang China - percetakan,
tembikar halus, kertas, wang, ubat bedil, dan kompas; Asoka
dan agama Buddha, Akbar, Clive dan Empayar British di India;
Pemberontakan, Gandhi, Muhammad All Jinnah, Pandit
Nehru; Ibnu Sina, Jose Rizal, King Mongkut, Maharaja Meiji.

Kisah-kisah dari Barat


Iskandar Zulkarnain, Julius Caesar, Marco Polo, Joan of Arc,
Vasco Gama, ShakespearciNapoleon George Washington
David Livingstone, Abraham Lincoln, Mustapha Kamal,
Albert Schweitzer
Tahun ke enam
Tanah Melayu Moden
Perkembangan pengaruh British di Perak - Perang
Larut, perlawanan menuntut takhta kerajaan Perak;
Residen British yang pertama dan pembunuhannya;
Campur tangan di Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang; Timah dan kemasukan orang-orang China;
Getah dan Ridley - kemasukan orang-orang India;
Pertukaran kuasa negeri Kelantan, Terengganu, Kedah
dan Perlis kepada British daripada Kerajaan Siam;
Perhubungan keretapi - perhubungan dengan jalan
keretapi yang bermula dari Port Weld deng Taiping,
Kelang dengan Kuala Lumpur, Port Dickson dengan
Seremban, siapnya jalan keretapi yang
menghubungkan Pulau Pinang dengan Singapura.
Orang-orang Masyur di Tanah Melayu
Hang Tuah, Tun Perak, Yap Ah Loy, Hugh Low,
Swettenham, Munshi Abdullah, Clifford, Sultan Abu
Bakar.
Rekaan Moden
Jalan raya (mcAdam); Keretapi (Stephenson); Motokar
(Ford dan Daimler); Tayar (Dunlop); Kapalterbang
(Wright Brothers); 'ralipon (Bell); Lampu Letrik, Wayang
Gambar (Edison); Wayales (Marconi); Jentera jet (Frank
Whittle); Penerbangan Angkasa (Yuri Gagarin);
Kemajuan Perubatan - Imunisasi (Jenner); Kajikuman
(Pasteur); Pembedahan Melawan Tularan Kuman (Lister);
Langkah melawan Malaria (Ross); Rawatan (Florence
Nightingle); Klorofom (Simpson); Radiasi (Curie); X-ray
(Roentgen); Penicilin (Fleming).
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, Syllabus
For Primary Schools: History. 1966)
Pada peringkat ini….kandungan masih lagi
menyanjung tokoh2 luar dari tokoh
tempatan.
Perkara ini berlaku kerana kurangnya
bahan-bahan yang ditulis oleh penulis-
penulis tempatan. Penulis-penulis tempatan
yang ada masih terikat dengan pengaruh
dan persepsi penulis Barat.
Tingkatan 1
Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan
Satu terbahagi kepada tiga bahagian:
Bahagian A - Sejarah Awal Asia (Asia
Tenggara, India dan China); Bahagian B
- Sejarah Awal Eropah (Yunani dan
Rom), dan Bahagian C - Agama-Agama
Utama Dunia (Hindu, Buddha, Kristian
dan Islam).
Tingkatan 2
Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua
pula bertumpu kepada dua bahagian:
Bahagian A - Asia (Pengembaraan Ibn Batuta,
Perkembangan Melaka, Kedatangan Portugis
dan Belanda, Kerajaan Moghul di India,
Empayar Mongol dan Empayar Ming di China)
dan Bahagian B Eropah (Gerakan Salib,
Masyarakat Feudal, Zaman Renaissance dan
Penemuan Sains).
Tingkatan 3
Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Tiga
jugs terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian
A - Revolusi Industri dan Sosial, dan Bahagian
B - Asia (Asia Tenggara, India dan Pakistan.,
China dan Jepun).

TERNYATA SEBAHAGIAN BESAR KANDUNGAN


SUKATAN PELAJARAN SEJARAH MASIH LAGI
MEMBINCANGKAN SEJARAH LUAR DAN
BERSIFAT WASTERN - CENTRIC
pecahan tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan
pelajaran Sejarah
Tingkatan Bilangan % Bilangan   %
tajuk- tajuk-
taiuk tajuk luar
tempatan
Satu 2 15 12 85

Dua 3 25 9 75

Tiga 7 50 7 50

(Sumber: Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Sejarah


Kementerian Pelajaran Malaysia, 1966)
Pada keseluruhannya, dalam sukatan pelajaran
sejarah menengah rendah (Tingkatan 1-3), hanya
30% atau 12 tajuk daripada 40 tajuk yang
dibincangkan, tertumpu kepada pembelajaran
sejarah tempatan, manakala 70% atau 28 tajuk
daripada 40 tajuk yang dibincangkan adalah
tertumpu kepada sejarah luar.
Ini menunjukkan bahawa pendidikan sejarah pada
peringkat ini masih lagi berorientasikan sejarah
luar, terutamanya dari Barat dan mengabaikan
scjarah tempatan.
Di peringkat pendidikan menengah atas, sukatan
pelajaran Sejarah adalah dibahagikan kepada empat
bahagian, iaitu Bahagian A: Tawarikh Tanah Melayu dari
tahun 1400 hingga tahun 1945, Bahagian B: Tawarikh
Komanwel British tahun 1740 hingga 1945, Bahagian C:
Latar Belakang Penduduk Tanah Melayu (India, China,
perkembangan agama Islam, Hindu, Buddha dan
sumbangan orang-orang Greek dan Rom), Bahagian D:
Perkembangan Kebebasan dan Tanggungjawab Sendiri
(Latar belakang Kerajaan Beraja Britain dan Negeri-
negeri Komanwel serta jajahan takluk).
Peruntukan masa bagi mata pelajaran Sejarah
ialah 120 minit seminggu. Walau bagaimanapun,
terdapat sekolah-sekolah seperti sekolah
menengah jenis kebangsaan didapati tidak
mengikut peruntukan masa yang ditetapkan.
Sebaliknya, mereka hanya memperuntukkan
sebanyak 80 minit sahaja seminggu.
Semua murid yang mengambil mata pelajaran
Sejarah diwajibkan mempelajari Sejarah Malaysia
dan juga memilih Sejarah Asia Tenggara atau
Sejarah Komanwel. Murid-murid dibenarkan
memilih Sejarah Komanwel dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Malaysian
Certificate of Education (MCE).
Sukatan pelajaran Sejarah Komanwel tidak menekankan
sejarah tempatan, sebaliknya pula banyak memberikan
perhatian kepada sejarah empayar British.
Diperkenalkan dengan tujuan untuk melahirkan kebanggaan
terhadap pencapaian British dalam bidang sains dan
teknologi. B
ritish menganggap tamadun mereka lebih tinggi, serta
mendakwa bertanggungjawab untuk mengubah kebudayaan
tempatan kepada satu kebudyaan barat yang lebih balk.
British meletakkan tugas ini sebagai "beban orang putih"
(White Man's Burden). Aspek-aspek yang ditonjolkan ialah
usaha British memperkenalkan pembaharuan sosial dan adat
resam di negara jajahannya.
Selain daripada itu, Sejarah Komanwel menganggap
penduduk India yang mencetuskan Dahagi 1857 dilabelkan
sebagai pemberontak yang dikatakan "mempunyai
kepentingan tersendiri untuk menentang Inggeris".
Salah sebuah buku yang dijadikan teks di sekolah-
sekolah menengah ialah Tawarikh Tanah Melayu
1400-1959 oleh Joginder Singh Jessey (1964). Walau
bagaimanapun, penekanan masih diberikan
kepada sumbangan British yang dikatakan banyak
berperanan dalam pembangunan ekonomi, sosial
dan politik di negara ini.
Menurut Khoo Kay Kim, "... ahli-ahli sejarah
sepatutnya menunujukkan aspek-aspek negatif
zaman kolonial. Dart segi kandungannya,
memang ada aspek yang baru dalam buku
tersebut. Hanya yang tidak jelas ialah perspektif
penults."
PERMASALAHAN….
Tidak terdapat buku-buku Sejarah yang sesuai dan
mencukupi untuk membantu pengajaran guru dan
pemahaman pelajar di dalam bilik darjah, terutama sebagai
persediaan untuk menghadapi peperiksaan di akhir tahun
persekolahan.
Buku-buku yang ada juga tidak mengandungi kajian-kajian
sejarah yang terkini dari perspektif tempatan dan ini
menghalang keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut di sekolah-sekolah.
Latar belakang sosioekonomi yang berbeza-beza dan
kelemahan dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar-
pelajar, terutamanya di kawasan luar bandar menjadi
halangan utama bagi mereka untuk mempelajari mata
pelajaran Sejarah dengan berkesan dan penuh minat.
Ramai guru yang mengajar sejarah di sekolah-sekolah
rendah dan menengah, pada asalnya tidak mendapat
latihan yang khusus dalam bidang tersebut.
 Adalah juga penting bagi guru Sejarah untuk
mempunyai minat yang mendalam terhadap mata
pelajaran yang mereka ajar.
Guru-guru harus berupaya untuk mewujudkan
kesedaran mengenai kepentingan mempelajari Sejarah
di kalangan pelajar-pelajar mereka.
Guru harus mempunyai ilmu pengetahuan sejarah
yang cukup dan mampu pula menyampaikannya
dengan baik melalui teknik-teknik pengajaran yang
berkesan di dalam bilik darjah.
Perkembangan Sekitar tahun 1970an
Perkembangan pendidikan seterusnya
memperlihatkan usaha ke arah penyatuan konsep
dan falsafah pendidikan negara yang menjadi
asas dan panduan pembangunan sistem
pendidikan kurun ke-20.
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969,
menyedarkan kerajaan tentang kepentingan
pendidikan dalam usaha membina perpaduan
dan mempatkan jurang kemiskinan di kalangan
rakyat. Pada tahun 1973, semakan semula sukatan
pelajaran Sejarah telah dibuat untuk kali kedua.
Kesan Pendidikan Sejarah Sebelum tahun 1970an
Aspek sejarah tempatan tidak diberi tempat dalam sukatan
pelajaran Sejarah Ada masa ini. Pelajar tidak dapat memahami
sejarah kebudayaan, adat-resam, pembangunan dan
kesinambungan budaya tempatan. (Hajah Salmah Hasna bt.
Sulaiman, seorang pendidik guru Sejarah 1974)
pembelajaran Sejarah tidak mendorong pelajar untuk
membuat penilaian terhadap fakta-fakta dan peristiwa
sejarah. Pelajar juga tidak diberi peluang untuk membuat
keputusan, berhujah, mengadakan perbincangan dan
memberi pendapat secara bebas. Pembelajaran Sejarah
bersifat kakis dan dingin dan ini menyumbang kepada
kurangnya minat pelajar-pelajar terhadap mempelajari
mata pelajaran tersebut. (Zauyah Daud, pengetua sekolah
dan guru Sejarah sejak tahun ,1972)
Hasil daripada semakan tersebut, enam
matlamat pengajaran dan pembelajaran Sejarah
telah ditetapkan yang disesuaikan dengan prinsip
Rukunegara dan objektif pendidikan negara.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran sejarah
tersebut ialah:
membangkitkan minat terhadap sejarah;
mencetus dan mengembangkan pemikiran kritis;
mengenali keperibadian kebangsaan melalui
sejarah tanahair,
mewujudkan perasaan kekitaan terhadap
masyarakat dan negara sebagai satu unit tunggal
mewujudkan ingatan bersama tentang sejarah sebagai
rangkaian rujukan kesedaran kebangsaan di kalangan
rakyat Malaysia, dan
memupuk persefahaman antarabangsa.

Berikutan ini telah berlaku perubahan ketara dalam


tumpuan kandungan sukatan pelajaran Sejarah di sekolah-
sekolah menengah. Ia berorientasikan kebangsaan, iaitu
dengan memberi lebih tumpuan kepada penghayatan sejarah
negara. Sukatan pelajaran Sejarah (dikenali sebagai Ilmu
Tawarikh Baru) yang digubal ini mempunyai matlamat untuk
memupuk minat dan kesedaran terhadap sejarah negara
dengan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Ini
sesuai dengan perubahan penggunaan bahasa pengantar dari
Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang sedang berjalan di
sekolah-sekolah pada masa itu.
Perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran adalah jelas.
Sebagai contoh, Tawarikh Dunia Tingkatan Tiga telah memasukkan
tajuk-tajuk yang dapat membina petnahaman dan penghayatan
Sejarah Malaysia, iaitu "Ke Arah Pembentukan Presekutuan Tanah
Melayu", "Menuju Ke Arah Kemerdekaan", "Perkembangan Politik
Sabah dan Sarawak", dan "Pembentukan Malaysia".
Tajuk-tajuk ini memaparkan detik ­detik perjuangan rakyat ke arah
menuntut kemerdekaan tanahair. Kerjasama antara kaum, melalui
parti-parti politik seperti United Malays National Organisation
(UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian
Congress (MIC) di lihat sebagai berjaya mendapatkan
kemerdekaan tanahair Bari kuasa penjajah.
Namun, masih terdapat isi kandungan yang tidak relevan dengan
matlamat pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Contohnya, tajuk-
tajuk "Pembentukan Negara Amerika Syarikat", "Pembinaan Negara
German", "Demokrasi di Britain", "Mussolini dan Fasisme", "Hitler"
dan ''Nazisme", dan tajuk mengenai "Komunisme" (Sukatan
Pelajaran Ilmu Tawarikh Tingkatan Tiga, 1974).
Antara judul-judul buku teks sejarah yang digunakan di
sekolah-sekolah menengah termasuklah (Tawarikh Dunia Baru
Buku Satu, Dua dan Tiga (1977) oleh Abd. Rahman Ali, N.
Rajendra dan V. Rajendra, dan Sejarah Menengah Baru Buku
Satu, Dua dan Tiga (1978) oleh Muzaffar D. J. Tate dan Ibrahim
Ahmad Bajunid.
Seterusnya, pengajaran Sejarah di peringkat menengah atas
juga mengalami perubahan yang ketara. la meliputi peristiwa-
peristiwa sejarah sejak penubuhan Melaka hingga kepada
terbentuknya negara Malaysia. Usaha ke arah
membangkitkan kesedaran masyarakat majmuk dipaparkan
di bawab tajuk Pembangunan Masyarakat Majmuk di Tanah
Melayu (Sukatan Pelajaran Ilmu Tawarikh Tingkatan Empat,
1978). Tajuk ini merupakan satu pembaharuan, kerana inilah
pertama kalinya usaha dibuat untuk memasukkan isi
kandungan yang menyentuh kewujudan masyarakat majmuk
Kritikan……
Menurut Jagdish Raj Sharma (1985), "... berbagai aspek
sejarah berkenaan dengan kaum-kaum di negara ini tidak
diberi liputan dengan cara seimbang. Aspek latar belakang,
adat-resam dan sumbangan setiap kaum tidak dihuraikan
secara mendalam." Beliau seterusnya memberi contoh di
mana terdapat amalan melabelkan sesuatu kaum
mengikut rupa bentuk, sikap dan tabiat, dan jenis
pekerjaan. Justru, dapat diperhatikan bahawa murid-
murid tidak akan dapat memahami, apa lagi
menghargai sumbangan dan peranan setiap kaum
dalam pembangunan negara. Keadaan ini terus
mengekalkan jurang di antara pelbagai kaum kerana
mereka jahil tentang selok-belok kaum-kaum lain.
Kritikan juga diberikan terhadap penekanan ke atas
topik-topik mengenai Sabah dan Sarawak. Didapati
bahawa kedua-dua negeri tersebut tidak diberi
perhatian yang wajar setaraf dengan kepentingannya
sebagai komponen dalam Malaysia. Aspek tertentu
dalam sukatan pelajaran dan penulisan buku teks
berkaitan sejarah Sabah dan Sarawak seolah-olah
terpinggir. Ini terbukti dari pendidikan sejarah di
peringkat menengah rendah tingkatan satu, dua dan
tiga. Buku Tawarikh Dunia Baru Buku Satu (1977) sekadar
menerangkan latarbelakang kaum-kaum Iban, Dayak,
Melanau dan Kedayan dari aspek pekerjaan, tempat
tinggal, agama dan kebudayaan secara ringkas. Ini tidak
memadai untuk permahaman mendalam terhadap
budaya dan adat-resam penduduk Sabah dan Sarawak.
Buku Tawarikh Dunia Baru Buku Dua (1978) pula
hanya memfokuskan perbincangan kepada
proses bagaimana James Brooke berjaya
menguasai Sarawak. Perbincangan menunjukkan
seolah-olah Brookelah yang telah berjaya
membawa keamanan dan ketenteraman di
Sarawak, berbanding dengan sumbangan
pemerintah-pemerintah tempatan sebelumnya.
Hal ini terdapat dalam petikan berikut:
"... Kebanyakan kawasan dl bawah kekuasaan Sultan
Omar Ali Saif:udin diperintah oleh pembesar-pembesar
yang tidak dapat mengawal lanun-lanun dan
perdagangan hamba abdi." (1978, halaman 49).
Sementara buku Tawarikh Dunia Baru Buku Tiga
(1979) pula hanya menumpu kepada perkembangan
politik di Sabah dan Sarawak serta proses yang
membawa Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
Sukatan pelajaran Sejarah menengah rendah pada
tahun-tahun 1970an memperlihatkan perubahan dari
segi isi kandungan. Perubahan tersebut menjurus ke
arah membincangkan sejarah dari perspektif sejarah
Malaysia. Terdapat tajuk-tajuk yang diharapkan dapat
mewujudkan integrasi kaum. Contohnya buku Sejarah
Menengah Baru Buku Satu (1977) oleh Muzaffar D. J.
Tate dan Ibrahim Ahmad Bajunid, di bawah tajuk
"Sejarah Malaysia dari Segi Penduduknya". Walaupun
buku tersebut sekadar memaparkan asal-usul kaum-
kaum di Malaysia secara ringkas, iaitu dari segi jumlah
penduduk, tempat tinggal, pekerjaan, agama dan
bahasa, tetapi terdapat kesedaran terhadap bahaya
wujudnya perbezaan kaum. Contohnya dinyatakan
dalam petikan di halaman 35 berikut:
... pada umumnya mereka yang tinggal dl bandar lebih
II

senang hidupnya jika dibandingkan dengan mereka yang


tinggal di luar bandar. Perbezaan seperti ini tidak sihat
dan kita harus bekerjasama untuk menghapuskannya. Ini
merupakan matlamat utama rancangan ekonomi
kerajaan Malaysia."
Hasil tinjauan mengenai perkembangan pengajaran
Sejarah di sekolah-sekolah aliran Inggeris di
Semenanjung Malaysia berdasarkan peranan sukatan
pelajaran dan buku-buku teks mata pelajaran Sejarah
dalam memupuk kesedaran warisan kebangsaan dan
perpaduan kebangsaan di kalangan pelajar-pelajar,
menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran
Sejarah di Tanah Melayu dari tahun 1905 hingga 1978
tidak membawa sebarang makna kepada masyarakat
tempatan kerana personaliti dan peristiwa-peristiwa
yang dipaparkan tidak berkaitan, serta tidak
menyumbang kepada pembentukan identiti kebangsaan.
Ini adalah kerana seluruh sukatan pelajaran adalah lebih
bertumpu kepada sejarah Empayar British dan Eropah.
Setain daripada itu, antara tahun 1959 hingga 1966, sukatan
pelajarannya amat luas dan berdasarkan kepada
perkembangan sejarah dari aspek politik. Kandungan
sukatan Sejarah Malaysia dari segi sosial, ekonomi dan
budaya amat kurang. Oleh itu, tidak menjurus ke arah
integrasi nasional.
Dapat dilihat bahawa pengajaran Sejarah selepas
Merdeka tidak banyak menyumbang ke arah
pemupukan perpaduan kaum. Ini kerana isi
kandungan sukatan pelajaran Sejarah di semua
peringkat persekolahan rendah dan menengah,
didapati lebih banyak mengemukakan unsur-unsur
luar (sejarah Barat, Asia Timur, Asia Selatan)
berbanding dengan unsur-unsur sejarah tempatan di
Tanah Melayu.
Sukatan-sukatan pelajaran jugs tidak dinyatakan dengan
jelas falsafah dan matlamat pengajaran dan pembelajaran
sejarah. Sukatan-sukatan pelajaran hanya menyatakan
senarai tajuk-tajuk sebagaimana yang terdapat di dalam
buku-buku teks yang digunakan di sekolah. Proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah juga tidak membawa
sebarang makna kepada masyarkat tempatan. Ini adalah
kerana tokoh-tokoh dan peristiwa yang dipaparkan yang
menyentuh masyarakat tempatan di Tanah Melayu amat
minimum, manakala tokoh-tokoh luar lebih
diketengahkan. Contohnya seperti Ibn Bathuta, Shih Huang
Ti, Vasco Da Gama, Napoleon, Francis Light, Stamford
Raffles, dan lain-lain. Malahan, personaliti tempatan
ditonjollcan dengan begitu negatif dan dilabelkan sebagai
pemberontak atau penderhaka. Contohnya seperti Tok
Janggut, Dato' Bahaman, dan Dato' Maharaja Lela.
Oleh kerana sukatan pelajaran dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan Cambridge, London, ia
tidak mengambil kira iklim dan sejarah
tempatan. Aspek-aspek pedagogi, kandungan
buku teks, tahap-tahap kemahiran pembelajaran
tidak diambil pertimbangan. Mata pelajaran
Sejarah seolah-olahnya diletakkan sebagai mata
pelajaran kelas dua dan peranannya sebagai meta
pelajaran yang dapat membina semangat
perpaduan dan perasaan hormat-menghormati di
kalangan masyarakat berbilang kaum tidak
diberi keutamaan."
Perubahan……
Terdapat sedikit perubahan dalam pendekatan buku teks
yang digunakan di sekolah-sekolah menengah menjelang
tahun 1978. Penulis-penulis yang terlibat antaranya seperti
M. Thambirajah, Zainal Abidin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim,
Muhd.Yusuf Ibrahim dan Ashraf, telah memperkenalkan
beberapa perubahan yang melibatkan isi kandungan buku
teks.
 Perbincangan tidak semata-mata tertumpu kepada sejarah
politik Tanah Melayu, sebaliknya turut memberi perhatian
kepada perkembangan sosial, ekonomi, kebudayaan dan ciri-
ciri hal-ehwal masyarakat tempatan. Ini selaras dengan
matlamat kurikulum baru, iaitu bagi melahirkan pelajar
yang dapat mengenali dan memahami keperibadian
kebangsaan, melalui penghayatan sejarah tanahair.
Pendekatan yang menjurus ke arah
menghidupkan semangat kewarganegaraan
ditonjolkan, contohnya dalam buku M.
Thambirajah berjudul Malaysia dalam Sejarah 2,
tahun 1978, menggunakan istilah "orang asing"
yang merujuk kepada penjajah British, seperti
yang tercatat dalam halaman 134 berikut:
"... Pemerintah dan pembesar Melayu mendapati
bahawa kuasa mereka telah disekat. Semakin lama
mereka tunduk di bawah kuasa orang asing..."
Satu ciri lain yang terdapat dalam buku teks ialah penggunaan
dwi bahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, untuk
menerangkan fakta-fakta sejarah. Ini selaras dengan zaman
peralihan penggunaan bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Contoh terdapat dalam judul buku yang sama oleh
M. Thambirajah (1978) di halaman 112 seperti berikut:

"Sekatan Imigresen - Dalam tahun 1929 dunia mula mengalami zaman


meleset. ini bermakna perdagangan di antara negara-negara juga kurang.
Oleh itu barang-barang eksport yang dikeluarkan pun kurang. Ini
mengakibatkan pengangguran. Malaysia juga terlibat dari tahun 1930
hingga 1933. Hasil keluaran getah dan bijih timah sangat kurang. Akibatnya
ramai orang-orang Cina tidak bekerja.
“Restriction to immigration - In 1929 the world depression had
started. That is, trade between countries was reduced. Therefore, goods
produced for export were also reduced. This led to unemployment. This also
affected Malaysia from 1930 to 1933. Tin and rubber production were greatly
reduced. As a result there was great unemployment among the Chinese."
Penerangan-penerangan juga dipermudahkan
dengan menggunakan susun bahasa yang ringkas,
ayat-ayat yang sederhana dan pendek-pendek.
Gambar-gambar dan rajah-rajah yang sesuai juga
dimasukkan bagi menarik minat pelajar.
Perkembangan pemikiran dan pengkajian tentang
sejarah Malaysia telah berlaku dengan hebatnya
sejak tahun 1960an lagi. Tetapi, masih terdapat
jurang di antara penyelidikan para sarjana dengan
penggubalan kurikulum sekolah. Ini adalah kerana
walaupun para sarjana dijemput untuk menjadi ahli
jawatankuasa mengkaji sukatan pelajaran sekolah,
tetapi pada dasarnya kandungan sukatan pelajaran
ditentukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Oleh kerana sukatan pelajaran dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan Cambridge, London, ia
tidak mengambil kira iklim dan sejarah
tempatan. Aspek-aspek pedagogi, kandungan
buku teks, tahap-tahap kemahiran pembelajaran
tidak diambil pertimbangan. Mata pelajaran
Sejarah seolah-olahnya diletakkan sebagai mata
pelajaran kelas dua dan peranannya sebagai meta
pelajaran yang dapat membina semangat
perpaduan dan perasaan hormat-menghormati di
kalangan masyarakat berbilang kaum tidak
diberi keutamaan."
Selain dari itu, terdapat juga soalan-soalan dalam
buku ini yang menjurus kepada menanamkan
sifat-sifat dan perasaan perpaduan seperti
berikut:
i. Tulis satu senarai name kawan anda yang
terdiri daripada kaum-kaum yang
berlainan, Bagaimana anda boleh berkawan
dengan lebih balk?
ii. Adakah anda bersetuju dengan pendapal
bahawa dengan menggunakan satu bahasa yang
sama, adalah jalan yang terbaik untuk
menyatukan penduduk Malaysia? Berikan sebab-
sebabnya sekali.
Kegagalan memupuk perpaduan yang
mantap
Secara umumnya, sukatan pelajaran dan buku teks yang
digunakan tidak begitu membawa erti kepada usaha
memupuk perpaduan kaum dan kewarganegaraan. Ini
adalah kerana tajuk-tajuk yang menyentuh tentang kaum-
kaum di Malaysia hanya sehahagian kecil sahaja, iaitu satu
bab sahaja dalam setiap siri buku Tawarikh Dunia Baru (1977-
78) tersebut yang terdiri daripada tiga buah buku
kesemuanya. Pemaparan isi kandungan buku-buku ini
terlalu ringkas dan mendatar tentang asal-usul kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia. Tidak ada perbincangan kritis
yang dapat merangsang pemikiran dan menimbulkan
kesedaran perlunya perpaduan diwujudkan.
Penggunaan istilah-istilah dan ungkapan-
ungkapan negatif dengan melabelkan sesuatu
kaum menebalkan jurang antara kaum, seperti
perkataan "keling" (Buku Satu, hal.29) bagi
merujuk kepada kaum India, dan ungkapan
"pendatang" (Buku dua,hal 41) hagi merujuk
kepada kaum Cina. Kaum Cina juga sering
dikaitkan sebagai pengganas yang menjadi ahli
kumpulan kongsi gelap, seperti petikan berikut:
"... kemana-mana sahaja orang ini pergi, maka kongsi
gelap akan sentiasa bersama_ Di mana sahaja terdapat
kongsi gelap, kekacauan akan herlaku." (Tawarikh Dunia
Baru Buku Dua, 1978: 41)
Perkembangan Baharu…..
Pada talwn 1979, sebuah Jawatankuasa Kabinet
telah ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem
pendidikan supaya bersesuaian dengan
perkembangan ekonomi negara. Jawatankuasa
Kabinet ini dipengerusikan oleh Dr. Mahathir
Mohamad, Menteri Pelajaran pada masa itu telah
menggubal falsafah pendidikan dan
mengesyorkan perlaksanaan program pendidikan
menjurus ke arah mencapai matlamal
sebagaimana yang terkandung dalam falsafah
pendidikan negara.
KBSR ….
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan
di Tahun Satu di semua sekolah rendah seluruh negara pada
tahun 1983. Fokus utama KBSR adalah untuk membolehkan
murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas,
iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam
sekelilingnya serta bidang perkembangan diri individu.
Pendidikan peringkat rendah melibatkan kemahiran­
kemahiran asas. Pendidikan dalam KBSR dibahagikan
kepada dua peringkat, iaitu Tahap Satu (Darjah Satu hingga
Tiga) untuk tempoh tiga tahun yang awal dan Tahap Dua
(Darjah Empat hingga Enam) untuk tempoh tiga tahun yang
akhir dalam persekolahan peringkat rendah. Tahap Satu
ditumpukan kepada penguasaan kemahiran ­kemahiran
asas.
Unsur-unsur pendidikan sejarah digunakan sebagai
isi kandungan Bahasa Malaysia melalui penyerapan.
Oleh kerana KBSR Tahap Satu mernentingkan
kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan
mengira (3M), maka pelbagai jenis bidang
pengetahuan diserapkan dalam pembelajaran bahasa
sebagai memupuk kemahiran asas 3M tersebut.
Penyerapan ialah penyatuan isi pengetahuan
daripada satu mata pelajaran dengan kemahiran-
kemahiran dalam mata pelajaran lain. Melalui
pembelajaran bahasa, murid dapat pengetahuan
tentang sejarah disamping menguasai kemahiran
asas bahasa.
Manakala pada Tahap Dua, pendidikan bertujuan
untuk pengukuhan dan penggunaan kemahiran
itu bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu.
 Tiga komponen diberikan penekanan, iaitu
Kemahiran Asas, Nilai Kerohanian dan
Sikap/Kemanusiaan dan Persekitaran, dan
Kesenian dan Rekreasi. Pendidikan Sejarah telah
diterapkan dalam Komponen Kemanusiaan dan
Persekitaran di bawah mata pelajaran Alam dan
Manusia.
Mata pelajaran Alam dan Manusia ini hanya mula
diajar pada Tahun Empat dalam Tahap Dua.
Dijangkakan mata pelajaran ini dapat menolong
pelajar memperkembangkan dan memperkayakan
ilmu pengetahuan serta dapat membantu mereka
membuat keputusan yang rasional.
Aspek sejarah yang terkandung dalam mata
pelajaran ini ialah sejarah kebudayaan, adat resam,
perlembagaan, pembangunan negara, perusahaan
dan pengangkutan. Pembelajaran Alam dan Manusia
ini menggunakan pendekatan integrasi yang
menggabungkan berbagai­bagai bidang pengetahuan
menjadi satu kesatuan yang menyeluruh.
Sejak KBSR di perkenalkan sehingga tahun 1998
di dapati bahawa pencapaian kemahiran dalam
mata pelajaran Sejarah adalah paling rendah
berbanding dengan mata pelajaran Sains,
Geografi dan Tatarakyat.
Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1988) telah
menjalankan kajian untuk melihat kejayaan
program KBSR bagi mata pelajaran Alam
dan Manusia. Daripada kajian ini, didapati
pencapaian kemahiran dalam mats pelajaran
Sejarah amat lemah kerana hanya 36.5% sahaja
murid mencapai kelulusan 50% ke atas.
Pencapaian Murid bagi Mata Pelajaran Sejarah dalam
Komponen Alam dan Manusia Mengikut Jenis Sekolah
Tahap Sek. Keb. Sek. Ren. Sek Ren. Sek. Ren. Jumlah
Pencapaia Keb. Jen. Keb.(C) Jen. Keb.(T)
n

(Markah) (%) CAO (%) (%) (%)

50% ke atas 42.9 49.3 28.9 11.0 36.5

60% ke atas 24.7 30.3 12.9 4.2 20.2

70% ke atas 11.8 15.0 3.5 1.7 8.9

80% ke atas 4.3 5.3 0.5 0.4 2.9

(Sumber: Sejarah Dalam Pendidikan, 1992: 25)


Pada tahun 1994, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
telah dipinda dan dinamakan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk melahirkan
murid-­murid berperibadi seimbang dan harmonis dari
segi intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan
hasrat falsafah pendidikan negara. Dengan itu berlaku
perubahan dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran sejarah.
Mata pelajaran sejarah telah dipisahkan daripada
mata pelajaran Sains, Ilmu Kesihatan, Sivik dan Hal-
Ehwal Tempatan. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi
telah digabung menjadi matapelajaran bersepadu
yang dikenali sebagai Kajian Tempatan (KT).
Mata pelajaran ini merangkumi bidang kemanusiaan dan
kemasyarakatan yang membicarakan dan mengkaji
interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan
alam persekitarannya.
Tujuan mata pelajaran Kajian Tempatan ini ialah untuk
membentuk rakyat Malaysia yang bersatu, hidup dalam
masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang
utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif,
sejahtera serta bersemangat patriotik. Mata pelajaran ini
diajar secara formal di Tahap Dua bagi mengukuhkan lagi
pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan
nilai yang telah disepadukan secara terancang dalam
mata pelajaran lain di Tahap Satu, terutama mata
pelajaran bahasa.
Keistimewaan pengenalan Kajian Sejarah Tempatan
terletak pada aktiviti dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya yang banyak melibatkan pelajar-pelajar.
la mempunyai hubungan yang rapat dengan kajian
terhadap latar belakang sejarah diri masing-masing,
berdasarkan ruang litup yang teiah ditetapkan. Organisasi
kandungan mata pelajaran ini adalah mengikut tiga ruang
litup. Ruang litup pertama, iaitu rumah, keluarga, jiran
dan sekolah menekankan interaksi murid dengan
keluarga dan masyarakat serta amalan nilai-nilai hidup
berjiran dan bermasyarakat. Ruang litup ini diajar di
Tahun Empat persekolahan dan mengandungi unsur-
unsur pendidikan sejarah, seperti sejarah salasilah diri
dan keluarga murid itu sendiri.
Ruang litup kedua diajar di Tahun Lima persekolahan,
bertujuan menyedarkan murid tentang identiti dan
keistimewaan kawasan tempat tinggal mereka (spt. mukim,
daerah, jajahan, bahagian dan negeri), serta latar belakang dan
identiti negaranya, supaya mereka cinta dan bangga kepada
negara.
Antara topik-topik yang ditekankan ialah Kesultanan Melayu
Melaka, Sejarah Awal Sabah dan Sarawak, Zaman
Penjajahan, Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia,
serta Warisan Peninggalan Sejarah.
Ruang litup ketiga diajar di Tahun Enam persekolahan,
bertujuan memberi pendedahan tentang sejarah sosio-
ekonomi dan kejayaan serta kebanggaan negara Malaysia.
Dengan ini, murid-murid akan dapat menghargai
keperibadian bangsa serta mempunyai semangat patriotik
kearah pembinaan bangsa dan negara.
Unsur-unsur sejarah yang ditekankan antaranya ialah sejarah
pembinaan Bangsa dan Negara, asas­-asas Perlembagaan
Negara, prinsip-prinsip Rukunegara, bahasa, budaya, agama
dan kepercayaan. Walau bagaimanapun, mata pelajaran ini
tidak dimasukkan dalam komponen mata pelajaran yang
dinilai dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Ini memberi implikasi terhadap pemberatan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
KBSM…
Kurikulum peringkat menengah telah digubal semula dan
dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) dan mula dilaksanakan di sekolah­-sekolah secara
berperingkat-peringkat pada tahun 1988 di Tingkatan Satu
dan Kelas Peralihan. Walau bagaimanapun, perlaksanaan
kurikulum pada peringkat ini adalah terhad kepada empat
aspek bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sahaja.
Pada tahun 1989, barulah KBSM dilaksanakan sepenuhnya
di Tingkatan Satu yang melibatkan semua mata pelajaran
teras, termasuklah mata pelajaran Sejarah.
Matlamat pendidikan menengah adalah untuk
memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Mata pelajaran
sejarah dalam KBSM merupakan mata pelajaran teras
yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah
menengah.
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran ini ialah tiga
waktu seminggu, di mana setiap waktu memakan
masa selama empat puluh minit. Mata pelajaran Sivik
telah digugurkan dan unsur-unsur mata pelajaran itu
telah dimasukkan dalam mata pelajaran sejarah.
Matlamat pendidikan Sejarah di peringkat KBSM
ialah untuk memupuk semangat kesetiaan
kepada negara dan perasaan bangga sebagai
rakyat Malaysia, melalui pengetahuan dan
penghayatan sejarah tanahair. Melalui
pemahaman dan penghayatan, nilai-nilai
kewarganegaraan yang hendak dipupuk ialah
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia,
semangat setianegara, disiplin, patriotisme,
perasaan ingin berusaha dengan bersungguh-
sungguh dan produktif.
Kurikulum Baru Sekolah Menenph (KBSM)
memperlihatkan perubahan yang besar dari segi
organisasi dan struktur pemilihan isi kandungan. Berbeza
dengan kurikulum sebelutnnya, kurikulum sejarah baru
ini secara keseluruhannya adalah berfokus kepada
Sejarah Malaysia dan sejarah negara luar dipelajari
mengikut kerelevanannya dengan negara Malaysia.
Satu pembaharuan yang nyata ialah adanya komponen
Kajian Sejarah Tempatan yang bertujuan menggalakkan
pelajar membuat penyelidikan, di samping mewujudkan
suasana keseronokan belajar. Kajian sejarah tempatan
jugs bertujuan membolehkan pelajar menghargai dan
berbangga dengan sejarah masyarakat dan persekitaran,
mengukuh semangat kekitaan dan perpaduan, serta dapat
memperkaya khazanah sejarah setempat.
Perubahan seterusnya ialah matlamat dan tujuan
mempelajari Sejarah telah ditentukan dengan jelas dan
terperinci, berasaskan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Perincian kurikulum dan sukatan pelajaran telah dinyatakan
dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah. Aspek penghuraian
ini tidak terdapat dalam kurikulum lama yang dilaksanakan
sebelum ini. Matlamat pengajaran dan pembelajaran Sejarah
bukan hanya untuk pemerolehan ilmu semata-mata,
sebagaimana sebelumnya, tetapi lebih penting lagi adalah
untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai fakta dan isi
pelajaran dengan baik disamping mengasah kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif.
Peranan dan fungsi mata pelajaran Sejarah dalam melahirkan
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai
nilai-nilai kewarganegaraan yang baik jugs diberi keutamaan
dalam kurikulum Sejarah yang baru ini.
Terdapat dua bahagian dalam kurikulum pendidikan
negara, di mana nilai­-nilai kewarganegaraan
dicatatkan. Pertama, nilai-nilai kewarganegaraan
termasuk dalam tujuh belas nilai murni. Kedua,
tercatat dalam kurikulum KBSM mata pelajaran
sejarah seperti berikut: "... Pendidikan Sejarah
adalah untuk memupuk semangat setianegara
dan perasaan bangga sebagai rukyat Malaysia.
Pelajar akan memahami keadaan masyarakat
dan negara dalam mewujudkan semangat
perpaduan dan kekitaan sebagai satu unit
tunggal. "(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991,
hal.ix)
Guru-guru Sejarah dipertanggungjawabkan untuk menerapkan nilai-nilai
kewarganegaraan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pembuat dasar dan penggubal kurikulum mata pelajaran Sejarah juga
beranggapan bahawa mata pelajaran ini merupakan saluran terbaik
untuk menerapkan ilmu kewarganegaraan di dalam diri anggota
masyarakat, khususnya pelajar-pelajar.

Di peringkat sekolah menengah rendah, pembelajaran tentang sejarah


negara meliputi jangka masa selama lima ratus tahun yang disusun
secara kronologis. Ini bertujuan memberi pemahaman yang
menyeluruh serta gambaran yang lengkap tentang sejarah negara.
Rentetan tentang kisah-kisah sejarah diperkenalkan dalam bentuk
tema ­tema untuk dijadikan pokok perbincangan. Pembahagian
mengikut tema ini adalah merupakan satu pembaharuan yang besar
dalam struktur kurikulum mata pelajaran Sejarah ini. Pemilihan
tema-tema seperti di bawah adalah menepati matlamat pengajaran
dan pembelajaran Sejarah yang berorientasikan tempatan dan bagi
maksud membina jati diri bangsa Malaysia.
Terdapat tujuh tema utama, iaitu:
Keagungan Kesultanan Melayu Melaka Menjadi
Kebanggaan Kita Bersama;
Kerajaan-Kerajaan Melayu Selepas Melaka Menjadi
Asas Kerajaan-Kerajaan Negeri Masa Kini;
Kemakmuran Dan Kekayaan Negara Kita Menarik
Kuasa Luar Untuk Menjajah Negara Kita;
Tindak Batas Untuk Menebus Maruah Bangsa Dan
Negara:
Perjuangan Rakyat Ke Arah Kemerdekaan Tanah Air;
Pembentukan Negara Malaysia, dan
Pengisian Kemerdekaan.
(Sukatan Pelajaran Sejarah Ting. III. KPM.1991. hal. vii)
Daripada tujuh tema di atas, dua tema pertama dipelajari
di Tingkatan Satu, dua tema seterusnya dipelajari di
Tingkatan Dua dan tig tema terakhir dipelajari di
Tingkatan Tiga. Di Tingkatan Satu, selain dua tema
utama, aspek-aspek sejarah tempatan juga dikaji.
Perigkajian sejarah tempatan bertujuan memberi
pengalaman secara langsung kepada pelajar mengkaji
aspek-aspek sejarah yang ada disekeliling
mereka.
Melalui pengkajian ini, kemahiran seperti mencari,
mengumpul, mengelas, mentafsir maklumat dan fakta
sejarah dapat dipertingkatkan. Aspek-aspek yang
dijadikan kajian adalah seperti sejarah tokoh, peristiwa,
perkembangan ekonomi, adat­resam dan tradisi setempat.
la dikendalikan secara projek atau kerja kursus.
Umumnya, pengkajian sejarah tempatan ini
merupakan pengkayaan dan peningkatan kepada skop
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Aspek-
aspek kemahiran belajar dan nilai-nilai diperkukuh
dan diperkembangkan lagi. Kandungan sejarah
disusun secara kronologis atau rentetan peristiwa-
peristiwa sejarah yang membawa tema-tema tersendiri.
Ini bertujuan bagi mengembangkan isi pelajaran atau
kandungan yang hendak dibincangkan. Huraian lanjut
mengenai tujuh tema dalam kurikulum Sejarah
peringkat sekolah menengah rendah, terdapat dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah terbitan Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pedidikan
Malaysia 1991.
KBSM di peringkat menengah atas mula
dilaksanakan pada tahu 1991 di Tingkatan Empat.
Pada tahun 1992, buat pertama kali peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menggunakan
kurikulum baru ini. Matlamat pendidikan sejarah
pada peringkat ini adalah untuk memupuk dan
memperkukuh identiti diri sebagai warganegara
Malaysia dan wargadunia. Tumpuan diberikan
kepada pemahaman dan penghayatan
perkembangan peradaban bangsa dan negara.,
serta peradaban manusia dalam berbagai-bagai
aspek kehidupan.
Kajian tentang peradaban ini dibahagikan kepada dua
komponen iaitu Komponen Negara Malaysia dan
Komponen Dunia. Dalam Komponen Negara Malaysia,
tumpuan ialah kepada sejarah perkembangan peradaban
bangsa dan negara dan penekanan terhadap proses
perubahan dan kesinambungan dalam peradaban bangsa
dan negara.
Bagi Komponen Dunia, perhatian ialah kepada sejarah
evolusi peradaban manusia yang menekankan ciri-ciri
keunikan, perkaitan dengan tamadun lain dan
sumbangannya dalam kehidupan manusia hari ini. Tema
dan skop yang ditekankan bagi Komponen Negara
Malaysia dihuraikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Menengah Sejarah Menengah Atas (1991) oleh Pusat
Perkembangan Kurilculum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) (Tingkatan Enam Rendah dan Atas) bertujuan
mewujudkan unsur-unsur kesinambungan dan kelangsungan
pendidikan dan pembelajaran Sejarah di peringkat KBSR dan
KBSM dengan perspektif yang lebih mendalam bagi memupuk
dan menyemai sifat-sifat pemikiran yang kritis dan mahir
menganalisis di kalangan pelajar.
Di peringkat ini, pemahaman yang lebih mantap mengenai
sejarah proses perubahan masyarakat Malaysia dan Asia di abad
ke- 19 dan ke-20 ditekankan untuk menyemai dan memupuk
serta mengukuhkan sifat jati diri dan semangat kekitaan dan
identiti Malaysia. Selain itu, tujuan pendidikan Sejarah di
peringkat ini adalah menyediakan wadah yang kukuh bagi
pelajar mengikuti pengajian tinggi, menyediakan pelajar untuk
kerjaya, mencernakan semangat kecintaan kepada bangsa dan
negara, serta kepekaan terhadap masyarakat sarwajagat.
Objektif pendidikan Sejarah di peringkat ini ialah seperti berikut:
1. Memahami asas-asas ilmu sejarah seperti konsep, sebab-musabab,
perubahan dan kesinambungan, dan penggunaan istilah yang tepat.
2. Berkebolehan mengendalikan sumber sebagai bukti sejarah
seperti mengumpul, memilih, menilai dan mentafsir.
3. Berkebolehan mengenal dan menilai pelbagai pendekatan,
pentafsiran dan pendapat tentang peristiwa sejarah.
4. Berkebolehan memberikan gambaran yang jelas dan padat serta
hujah yang logik.
5. Berkebolehan menganalisis dan merumus serta berfikir secara
kritis dan rasional.
6. Berkeupayaan memahami proses perubahan masyarakat dan
tamadun.
7. Mengukuhkan pemahaman tentang sejarah Malaysia dan
kaitannya dengan sejarah luar Malaysia.
8. Menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah.
Mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan
mata pelajaran teras, yang wajib dipelajari oleh
semua pelajar sekolah menengah. Tumpuan
pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan sahaja
menuju ke arah pemerolehan ilmu pengetahuan
tetapi jugs ke arah perkembangan
kemahiran belajar, dan pemupukan serta
penghayatan nilai-nilai murni.
Pendekatan ini adalah sebagai usaha untuk melahirkan
warganegara yang mempunyai keperibadian kebangsaan
serta mendokong semangat kesedaran untuk
perpaduan, patriotisme dan persefahaman
antarabangsa.
Pemilihan isi kandungan mata pelajaran Sejarah adalah berasaskan
kepada prinsip yang menekankan sejarah Malaysia, dan sejarah
dunia yang berhubungkait dengan kepentingan negara.
Pendekatan yang digunakan adalah bersifat setempat, bermula
daripada sejarah Malaysia dan berkembang merangkumi Asia
Tenggara, Asia Timur dan dunia antarabangsa. Sukatan pelajaran
KBSM jelas memperlihatkan kemantapan dengan menyatakan
objektif pengajaran dan pembelajaran, penerapan nilai­nilai dan
akhlak, pemerolehan ikhtibar dan pengajaran, serta pemupukan
semangat kewarganegaraan.
Penekanan juga diberi kepada aspek-aspek afektif yang berkaitan
dengan sikap, perasaan dan penghargaan. Satu unsur yang
dianggap baru ialah diperkenalkan sejarah tempatan yang
dikendalikan secara projek di Tingkatan Satu hingga Tiga. Justru,
aspek kemahiran belajar dan nilai-nilai dapat diperkukuh dan
diperkembangkan lagi.
Realiti…..
Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terlalu bergantung
kepada buku teks semata-mata. Apa yang lebih
membimbangkan ialah wujudnya fenomena bergantung
kepada buku-buku kerja di sekolah ­sekolah. Ini akan
membunuh pendidikan sejarah dan jika digunakan berleluasa akan
membawa "sial" kepada pengajaran dan pembelajaran sejarah di
sekolah-sekolah.`'
Seterusnya, Khoo Kay Kim (2002), dalam temubualnya dengan
penulis, mengkritik pengajaran dan pembelajaran sejarah di
sekolah-sekolah yang sedang menghadapi keadaan yang amat
kemelut dan amat serius. Ketidakupayaan guru-guru untuk
mengajar sejarah secara berkesan amat ketara. Beliau
seterusnya menyeru perkara ini perlu diubah. Guru-guru wajib
mempunyai kemahiran profesionalisme yang tinggi,
keprihatinan serta mempunyai sikap yang positif untuk
mengajar sejarah.
Sharifah Maimunah (1991) telah mengkaji perkembangan kurikulum
Sejarah di Malaysia dan melaporkan bahawa kurikulum yang
disediakan di peringkat pusat kurang mengalami keselarasan di
antara hasrat dan objektif pendidikan dengan perlaksanaan.
Beliau telah mengemukakan beberapa sebab mengenai
ketidakselarasan ini. Pertama, adanya kelemahan dari aspek strategi
penyebaran kurikulum baru yang terlalu cepat dan terlalu optimistik
terhadap kesanggupan guru untuk mengubah amalan kebiasaan
mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Kedua, terdapat
kekaburan di kalangan guru-guru mengakibatkan timbul berbagai
interpretasi terhadap konsep kurikulum, falsafah dan nilai-nilai
yang hendak diterapkan. Ketiga, mekasnisma sokongan terhadap
profesyen perguruan sukar dikekalkan seperti kursus dalam
perkhidmatan, pemantauan dan khidmat nasihat hanya diberikan di
peringkat awal sahaja.
Akhir sekali, penyebaran mengenai kurikulum baru dianggap
melalui "cascading model", (aliran ke bawah) menyebabkan berlaku
pencairan konsep dan matlamat yang telah dihasratkan oleh
penggubal kurikulum.
Tidak dapat dipastikan sarna ada guru-guru memahami
falsafah, matlamat dan objektif kurikulum KBSM. Ini
adalah kerana ianya dianggap terlalu idealistik.
 Selain daripada itu, maklumat dan pengetahuan
tentang KBSM diperolehi melalui sumber kedua atau
ketiga secara tidak langsung. Ramai guru juga didapati
kurang faham atau tidak faham beberapa kaedah yang
disyorkan untuk mengajar Sejarah KBSM seperti kaedah
simulasi, main peranan, kaedah penggunaan sumber
pertama dan kaedah penggunaan sumber kedua. Akibat
daripada itu, guru-guru terus mengamalkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran tradisional.
Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kurang
menarik dan tidak berkesan. Laporan pemantauan
yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS) dan
Pusat Perkembangan Kurikulurn (PPK) pada tahun
1993, mendapati bahawa pengajaran dan
pembelajaran sejarah tidak banyak berubah. Pelajar-
pelajar kurang berminat untuk belajar sejarah kerana
tumpuan hanya diberikan kepada pemerolehan
pengetahuan serta penggunaan kaedah bercorak
hafalan sahaja. Pengajaran dan pembelajaran hanya
berpusatkan kepada guru dan bercorak sehala.
Pengajaran guru tidak melibatkan pelajar secara
aktif. Hal ini memperlihatkan kepincangan dalam
perlaksanaan kurikulum sejarah.
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti
yang menyumbang kepada masalah di atas
seperti masalah guru yang tidak mengkhusus
dalam sejarah, alat bantu mengajar tidak
digunakan, panitia sejarah kurang aktif, kurang
program perkembangan staf, guru kurang berjaya
menerap dan memupuk murni dan ikhtibar, guru
kurang kemahiran teknik menyoal dan kegagalan
menerapkan unsur-unsur mata pelajaran lain
dalam sejarah.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang
digunakan oleh guru kurang menarik dan boleh
mematikan semangat serta motivasi pelajar untuk
mempelajari sejarah. Satu tinjauan yang dijalankan
oleh Unit Kajian Kemasyarkatan Jabatan Pelajaran
Johor di 59 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah
menengah di Muar, mendapati kebanyakan guru
sejarah bergantung sepenuhnya kepada isi pelajaran
daripada buku teks, pengajaran berdasarkan kaedah
syarahan dan penerangan. Di dapati amat sedikit guru
yang berusaha menyampaikan pengajaran
berdasarkan kaedah yang menekankan aspek-aspek
penyiasatan, penerokaan dan penemuan.
Antara sebab guru menggunakan kaedah-kaedah ini adalah akibat
beban kerja yang berat serta masa yang tidak mencukupi untuk
menghabiskan sukatan pelajaran. Kajian Wan Mohamad Zahid (1992)
mendapati hanya 6.6 minit daripada 40 minit yang diperuntukkan,
digunakan untuk pelajar memberi pendapat dan menjawab soalan
sewaktu pembelajaran sejarah. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
masalah saiz kelas yang besar, pelajar­pelajar yang lemah dan
persediaan guru yang tidak mencukupi.
Umpamanya, dalam sukatan pelajaran. Sejarah Tingkatan Tiga,
terdapat 14 tajuk kecil daripada 3 tema utama yang perlu di pelajari.
Keseluruhan pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk tersebut perlu
dihabiskan dalam tempoh setahun. Ini bermakna setiap tajuk kecil
hanya mempunyai masa kurang dari sebulan untuk dipelajari. Ini
tidak termasuk masa untuk pelajar membuat persediaan
mengulangkaji pelajaran tingkatan satu dan dua bagi menghadapi
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada bulan
Oktober/November setiap tahun.
Kandungan buku teks Sejarah juga masih kurang menghuraikan aspek-
aspek yang dapat menimbulkan semangat perpaduan kaum di Malaysia.
Contohnya, buku teks tingkatan satu dalam Bab Tujuh lebih
menunjukkan faktor-faktor penting kedatangan Portugis ke Melaka dari
aspek kepentingan negara itu. Aspek daya tarikan yang terdapat di
Melaka tidak dihuraikan dengan balk . Terdapat juga beberapa fakta
penting ditinggalkan. Ini mencacatkan pengetahuan dan kefahaman di
kalangan pelajar. Kedatangan Puteri Hang Li Po ke Melaka tidak
diberikan penjelasan yang mencukupi. Padahal ianya meninggalkan
kesan sejarah kepada Melaka seperti penempatan orang Cina di Bukit
Cina Melaka dan kewujudan kaum Baba di Melaka. Toleransi antara
kaum tidak ditonjolkan.
Begitu juga sumbangan dan sokongan pedagang-pedagang India dan
Arab dalam perdagangan, sistem pemerintahan dan sistem sosioekonomi
tidak dijelaskan dengan baik. Sumbangan pedagang-pedagang luar
kepada ekonomi negara tidak dihuraikan dengan lengkap. lni penting
bagi menimbulkan sikap terbuka dan toleransi terhadap pedagang-
pedagang luar.
Walau bagaimanapun, nilai-nilai
kewarganegaraan telah diterap dengan baik
dalam buku-buku teks Sejarah yang digunakan di
sekolah-sekolah. Nilai-nilai semangat kekitaan
didapati paling menonjol. Unsur-unsur semangat
setia negara, berbangga sebagai rakyat Malaysia,
bersyukur, berusaha, dan produktif ditonjolkan
dengan baik. Contohnya, dalam buku Sejarah
KBSM TIngkatan Dua (1999), terdapat gambar-
gambar dan carta-carta yang dapat menimbulkan
perasaan bangga terhadap Malaysia, seperti
gambar Syarif Masahor, Dato' Maharaja Lela,
Dato' Bahaman dan lain-lain
Kandungan buku teks Sejarah KBSM Tingkatan
Dua (1999) ditulis bertujuan untuk meningkatkan
pemerolehan sejarah serta kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Unsur kewarganegaraan, Wawasan
2020 dan penghayatan nilai-nilai murini diberi
penekanan dalam usaha memupuk semangat setia
negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Malah, tema buku tersebut "Kemakmuran dan Kekayaan
Negara Kita Menarik Kuasa Luar Menjajah Negara Kita"
dan "Tindak Balas Untuk Menebus Maruah Bangsa dan
Negara" menunjukkan betapa perisitiwa sejarah
tempatan ditekankan dalam usaha membina semangat
patriotisme di kalangan bangsa Malaysia.
Perasaan bangga terhadap wira-wira yang ditonjolkan melalui
perjuangan tokoh ­tokoh tempatan menentang penjajahan barat
dapat dipupuk, di samping melahirkan ramai tokoh intelek yang
hebat, seperti lshak Haji Muhammad, A. Samad Ahmad, Abdul
Rahim Kajai dan lain-lain.
Semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia
diterapkan melalui ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan
dan pemimpin-pemimpin tempatan. Contohnya, dalam buku
Sejarah KBSM Tingkatan Dua, halaman 32, paparan kepimpinan
Tun Perak yang terkenal dengan kebolehan dan kebijaksanaannya
dapat membangkitkan semangat pelajar-pelajar. Begitu juga
semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tun Perak apabila
sanggup membawa pengikut­pengikutnya bersama anak dan
isteri masing-masing ke medan perjuangan untuk
mempertahankan Melaka apabila diserang oleh tentera Siam
menyerang pada tahun 1445.
Walau bagaimanapun, tidak banyak makiumat diberi
mengenai sumbangan dan peranan tokoh-tokoh bukan
Melayu terhadap sejarah petnbangunan tanahair. Antara
contoh seperti Tan Siew Sin, Tan Cheng Loke, Khoo
Chong Kong, D. R. Seenivasagam, P. P. Narayanan dan
lain-lain. Rujukan kepada tokoh bukan Melayu, secara
umumnya, hanya terhad kepada peranan Yap Ah Low,
kegiatan kongsi-kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San
sahaja. Begitu juga tidak dipaparkan dengan jelas, peranan
tokoh-tokoh bukan Melayu dalam perjuangan
nasionalisme di Tanah Melayu, terutamanya dalam
gerakan penentangan terhadap Malayan Union,
penentangan terhadap ancaman komunis, dan perjuangan
menuntut kemerdekaan.
Seterusnya, penerapan unsur-unsur kewarganegaraan dan
perpaduan kaum dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah adalah bersifat tersirat. la dilakukan secara tidak
langsung melalui pengetahuan sejarah yang diperolehi.
Walau bagaimanapun, tiada guru yang secara berterusan
menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan kepada pelajar­
pelajar secara langsung. Kalaupun ada, is dilakukan secara
berselang-seli bergantung kepada faktor masa yang masih
tinggal, munculnya ide-ide spontan atau terdapatnya tajuk-
tajuk yang sesuai atau mudah untuk diterapkan nilai-nilai
kewarganegaraan.
Seterusnya, wujud beberapa masalah yang dihadapi
oleh guru-guru untuk melakukan penerapan nilai-
nilai kewarganegaraan, iaitu guru-guru tidak pernah
mendapat latihan berkaitan dengan pendidikan
kewarganegaraan dan tidak memahami konsep
kewarganegaraan secara mendalam. Guru-guru juga
tidak mempunyai sumber rujukan yang sesuai yang
dapat membantu guru-guru menerapkan nilai-nilai
tersebut secara berkesan. Malah, aspek nilai
kewarganegaraan bukan menjadi fokus dalam
penilaian peperiksaan awam dan jumlahnya terlalu
kecil atau kadangkala tidak dinilai sama sekali.
Rumusan…KBSR/KBSM.
kurikulum mata pelajaran sejarah dalam KBSM telah
mengalarni banyak perubahan. Falsafah, matlamat dan
objektif pendidikan sejarah telah dinyatakan dengan
jelas dan terperinci sebagaimana yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Sejarah bagi semua peringkat pengajian. Hasrat untuk
menerapkan unsur-unsur perpaduan kaum dan nilai-
nilai kewarganegaraan juga telah dinyatakan dengan
jelas.
Pendidikan Sejarah… 2000an..
Harapan
"Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara
bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin,
mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup
dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak
ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi,
progresif don makmur, dan mempunyai penguasaan
sepenuhnya dalam ekonomi yang berdaya saing, dinamik,
giat dan kental." (Mahathir Mohamad, The Way
Forward, 1992, hal. 14).
Proses pendidikan perlu melatih generasi kini supaya
dapat bertikir secara futuristik. Ini amat mustahak
untuk melatih generasi kini membuat persediaan,
perancangan dan memikirkan langkah-langkah untuk
menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang akan
berlaku pada masa depan.
Perlaksanaan pendidikan sejarah (semasa KBSR/KBSM) didapati
kurang memberi kesan kepada pelajar baik dari aspek
pemerolehan ilmu mahupun penerapan nilai-nilai, khususnya
nilai-nilai kewarganegaraan dan integrasi nasional. Pelbagai
pihak telah memberikan kritikan dan mengemukakan
pandangan agar mata pelajaran itu dikaji dan disusun semula.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia (29 Ogos, 2001:2)
menyarankan supaya pendidikan sejarah negara dan kefahaman
mengenai ketatanegaraan perlu diberi pendekatan yang lebih
praktikal. Ini penting supaya mata pelajaran itu mudah dihayati
oleh generasi muda. Menurut beliau lagi, generasi muda
memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih sofistikated bersesuaian dengan keadaan semasa dalam
menyuburkan semangat patriotisme dan jati diri.
Pemindaan kurikulum pendidikan Sejarah di peringkat
menengah akan dibuat secara berperingkat-peringkat
mulai tahun 2003. Kurikulum barn ini dijangka akan dapat
digunakan sepenuhnya di semua sekolah menengah
selewat-lewatnya pada tahun 2008. Ini ditegaskan oleh
Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad, seperti
dipetik dalam Utusan Malaysia (31 Oktober, 2001:8), yang
menyatakan bahawa perubahan kurikulum mata pelajaran
Sejarah ini akan dapat menjadikannya lebih menarik dan
tidak lagi menekankan aspek penghafalan fakta semata-
mata.
Pindaan tersebut melibatkan perubahan orientasi
pengajaran dan pembelajaran Sejarah dan
berorientasikan isi kandungan kepada orientasi mendidik.
Kementerian Pendidikan, khususnya Pusat Perkembangan
Kurikulum telah mengambil langkah untuk menyemak
semula kurikulum Sejarah. Kurikulum yang sedia ada telah
disusun dan distruktur semula dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima, Strategi yang digunakan ialah dengan
membuat pengubahsuaian, pemindaan, penggabungan dan
pengekalan tajuk-tajuk dengan mengelakkan pengulangan
dan pertindihan. Penekanan diberi kepada usaha pemupukan
semangat patriotik. Organisasi kandungan Sejarah yang baru
merupakan kesepaduan antara ilmu (kandungan atau ilmu
pengetahuan), kemahiran pemikiran sejarah dan nilai
patriotisme yang boleh menyuburkan intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Kesepaduan ini akan berjalan serentak dalam
pengajaran dan pembelajaran sejarah secara berterusan
Organisasi kurikulum baru Sejarah ini dihuraikan
dengan jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia tahun
2000. Fokus utama kandungan kurikulum Sejarah
yang baru ini adalah kepada pengetahuan dan
pemahaman Sejarah Malaysia. Pada peringkat
menengah rendah (SMR), pengkajian ini bermula
dengan zaman prasejarah hingga tahun 1965.
Kandungannya terdiri daripada tiga bahagian iaitu
Kajian Sejarah Tempatan, Sejarah Malaysia dan
Sejarah Negara Luar.
Di peringkat menegah atas (SMA), pendekatan
bersepadu akan diperkenalkan dengan menggabungkan
komponen Sejarah Malaysia dengan komponen Sejarah
Negara Luar. Pengkajian bermula dengan memberi
gambaran menyeluruh tentang evolusi peradaban
manusia di peringkat antarabangsa yang sekaligus dapat
memperkasa martabat bangsa dan negara Malaysia yang
berdaulat. Pada asasnya, rasional pemilihan isi
kandungan bagi kedua-dua peringkat adalah berdasarkan
faktor kesinambungan dan faktor "centric" atau
pemusatan. Kadar pemberatan isi kandungan adalah
menekankan kepada Sejarah Malaysia sebanyak 70% dan
Sejarah Negara Luar yang mempunyai perkaitan
sebanyak 30%.
Di peringkat sekolah rendah pada Tahap Satu, unsur
patriotisme akan diserapkan dalam semua mata pelajaran
melalui pendekatan menyeluruh, bersepadu dan merentas
kurikulum. Pada Tahap Dua pula, elemen sejarah masih
diserapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan sebagai
pendokong utama pemupukan patriotisme dan Pendidikan
Moral. Perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia akan
dipupuk melalui contoh-contoh yang terdapat disekeliling
mereka seperti pemyataan-pernyataan berikut:
- "... bunga yang terbesar di dunia laitu Rafflesia terdapat di
Malaysia; ... hutan malar hijau tropika terlua di dunia, iaitu
'Taman Negara, terletak di Malaysia; ...Gunung Kinabalu,
kemuncak tertinggi di Asia Tenggara, terletak di Malaysia." .
Dalam penyemakan semula kurikulum Sejarah, unsur
patriotisme ini dimasukkan secara tersurat dan secara
langsung dalam kurikulum mata pelajaran Sejarah. Usaha
ini diharap dapat memastikan pemupukan semangat
patriotik menjadi lebih berkesan. Kurikulum baru Sejarah
yang dirancang mengambilkira pelbagai aspek merangkumi
ilmu, kemahiran dan nilai-nilai patriotisme. Justru,
perlaksanaan kurikulum baru ini nanti memperlihatkan
bahawa hasrat KBSM harus mempunyai kesinambungan,
diberi penekanan, dimantap dan diperkukuhkan lagi,
khususnya dalam usaha pemupukan semangat patriotik
supaya semangat ini tertanam subur dijiwa sanubari pelajar-
pelajar.
Penerbitan semula buku teks untuk kegunaan di
sekolah telah dijalankan. Tiga unsur utama yang
menjadi komponen penting dalam penerbitan buku
teks tersebut ialah unsur kesepaduan isi kandungan,
unsur patriotisme dan unsur disiplin pendidikan
Sejarah. Penerapan unsur ini akan dibuat melalui
konsep pakej buku teks, skop, kedalaman kandungan,
persembahan, bahan grafik, aktiviti dan latihan serta
istilah. Dalam penulisan semula buku teks sejarah
sekolah menengah, penerapan dan penyuburan unsur
patriotisme akan menjadi keutamaan.
Buku teks Sejarah yang akan digunakan oleh pelajar di
sekolah menengah tingkatan satu dan tingkatan empat
mulai tahun 2003 akan diterbitkan dalam bentuk pakej
yang terdiri daripada Buku Teks dan Buku Panduan
Guru. Beberapa pertimbangan yang diberi perhatian
dalam penulisan buku teks ialah memastikan kandungan
buku teks mampu merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara, matlamat dan objektif serta kehendak sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran Sejarah. Unsur
patriotisme dan iktibar daripada sejarah akan diserapkan
secara langsung dalam kandungan teks, bahagian
pengenalan sesuatu bab, subtopik dan dalam rumusan.
perkara­perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan
prasangka, menjatuhkan maruah, merendahkan
martabat terhadap ras, agama, kebudayaan, pekerjaan
dan diskriminasi kaum akan dielakkan. Unsur-unsur
negatif yang melibatkan sikap, pemikiran dan
tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia perlu dielakkan.
Cabaran Pendidikan Sejarah abad 21
Paling mencabar ialah usaha untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai minat yang tinggi dan berasa
seronok untuk mempelajari Sejarah – signifikannya
menggagalkan matlamat pendidikan sejarah
Kaedah pembelajaran maya (E-learning) telah
menjadi satu tuntutan dan tidak dapat dinafikan
kepentingannya. Pembelajaran maya menyediakan
pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan
menduduki ujian secara on-line menerusi Internet -
amat bergantung kepada kemahiran guru.
Peristiwa sejarah boleh diinterpretasikan dalam
pelbagai cara, maka peranan guru amat penting dalam
mengawal dan memilih fakta-fakta yang jelas dan
tepat serta membincangkan peristiwa-peristiwa
sejarah supaya tidak berlaku salah tafsir yang
menggugat keutuhan perpaduan di kalangan pelajar.
Cadangan….
Pendidikan Sejarah di sekolah haruslah memastikan
pelajar-pelajar diberi maklumat sejarah yang dapat
menimbulkan kesedaran betapa pentingnya perpaduan
dan semangat kewarganegaraan di dalam sebuah
negara yang mempunyai penduduk daripada berbilang
kaum seperti Malaysia. Contohnya, selepas pelajar
mempelajari sejarah yang membawa kepada kejatuhan
Melaka ke tangan Portugis, salah satu faktor kejatuhan
tersebut yang perlu ditekankan adalah disebabkan oleh
pengkhianatan dan perbalahan antara pembesar-
pembesar.
Pelajar harus diberikan peluang untuk menunjukkan sikap,
reaksi, pendirian dan pandangan dalam pelbagai bentuk atau
aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Kemahiran kewarganegaraan seperti menyatakan
pendirian, membuktikan hasrat sebagai rakyat yang ingin
mempertahankan negaranya daripada dikuasai oleh kuasa
asing akan dapat ditanamkan di dalam diri pelajar.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terlalu
menekankan kepada persoalan betul atau salah juga perlu
dikikis. Khoo Kay Kim (2001, 11) dalam Utusan Malaysia,
menegaskan bahawa "... dalam sejarah, tiada betul atau salah.
Dua atau tiga jawapan pun boleh jadi betul". Seterusnya,
beliau menegaskan bahawa pandangan yang berbeza tentang
sesuatu peristiwa sejarah akan dapat merangsang pemikiran
kreatif dan kritikal di kalangan pelajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
harus selari dengan situasi semasa dan menjurus ke
arah kehidupan masa depan, Terdapat pelbagai
strategi dalam pengajaran dan pembelajaran yang
boleh dilaksanakan untuk mengembangkan minat
serta menghidupkan kembali proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Satu strategi yang boleh
diketengahkan dalam hal ini adalah strategi pemikiran
masa depan atau Kajian Masa Depan (Future Studies).
Mata pelajaran Sejarah perlu diketengahkan sebagai
suatu mata pelajaran yang amat relevan kepada
kehidupan semasa dan keperluan negara. Menurut
Abdul Rahim Abdul Rashid (1999:46), "... walaupun
sejarah adalah berkaitan dengan segala perkara
yang sudah berlaku dan berlaku, tetapi dari segi
pengajarannya, pengetahuan sejarah yang
dibincangkan dan dipelajari perlu dikaitkan dengan
pelbagai perkembangan yang relevan dengan
perkembangan masa kini dan masa depan. Sejarah
perlu menjadi suatu pengetahuan yang bersifat
futuristik untuk membentuk individu dan
masyarakat yang tahu menghargai sejarah bangsa
dan negara."
Kajian Masa Depan adalah proses pengajaran dan
pembelajaran yang menekankan strategi pemikiran
bersifat futuristik. Ia meliputi satu disiplin ilmu untuk
melihat masa depan daripada trend atau aliran
perubahan masa lampau, masa kini hinggalah kepada
apa yang dapat dibayangkan akan berlaku pada masa
depan. Kajian Masa Depan dipandang sebagai matriks
memandang ke hadapan. Matriks ini mengandungi
konsep masa depan, kapasiti manusia, persepsi dan
metodologi, alatan serta proses luaran. Ia diperkenalkan
melalui isu, tema dan aplikasi untuk membuat ramalan
berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. 4
Perlaksanaan strategi ini diharapkan akan dapat
mengubah persepsi masyarakat, khasnya pelajar,
yang menganggap mata pelajaran Sejarah bersifat
hambar atau dipelajari secara hafalan dan ingatan
untuk tujuan peperiksaan sahaja. Sebaliknya, pelajar
akan dapat memahami bahawa sejarah itu amat
berkaitan dengan kehidupan mereka serta dapat
dijadikan panduan untuk menentukan arah masa
depan. Pelajar juga dapat melihat sejarah masa
lampau sebagai landasan dalam membina bangsa
dan negara pada masa akan datang. Justru, peristiwa-
peristiwa lampau dapat dijadikan kayu ukur dan
teladan agar kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang.
Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah-
sekolah akan menjadi lebih menarik dengan adanya
kerjasama dan sokongan daripada badan ­badan seperti
Arkib Negara Malaysia, Muzium Negara dan
Perpustakaan Negara. Pihak-pihak berkenaan haruslah
menyediakan ruang dan kemudahan-kemudahan
kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran, selain daripada membuat pameran ke
sekolah-sekolah untuk pendedahan pelajar, serta
menjalankan kursus dan seminar bagi guru-guru untuk
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap
hasil-hasil sejarah warisan negara.

Anda mungkin juga menyukai