Anda di halaman 1dari 11

PENGURUSAN MASA 

KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA

 Merancang masa yang terurus memberi peluang kepada


setiap individu itu untuk merancang kerjanya pada masa
hadapan

 Kualiti pengurusan masa yang efektif membolehkan


seseorang individu menyiapkan tugas yang telah
ditetapkan tepat pada waktunya
 Memberikeutamaan dalam mengurus atau merancang
pengurusan masa, seseorang individu dapat memberi
keutamaan kepada tugas-tugas yang lebih utama

 Mengurangkan tekanan tugas-tugas yang telah dirancang


Ahmad Sanusi Hussain, CEO & Principal Consultant,
Alfafah Consulting Bhd.
8 Cara Pengurusan Masa yang Efektif

 Tahudan sedar bahawa anda sebenarnya mempunyai


masalah untuk menguruskan masa.
 Mengambil keputusan untuk berubah.
 Tetap dengan objektif (istiqamah).
 Buat senarai tugas harian.
 Peralatan
pengurusan masa seperti mencatat nota,
menyimpan maklumat di telefon bimbit dan
sebagainya.
 Bijak untuk menerima atau menolak suatu perkara.
 Sistematik.
 Muhasabah diri.
Shown Badrie, dalam kertas kerjanya yang dibentangkan
semasa Seminar Motivation is a Catalyst to
Succeed pada 29 Julai 2007 di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, telah mencadangkan kaedah
pengurusan masa yang efisen
  Menyedari bahawa masa adalah tetap – Setiap 60 saat
bersamaan dengan 1 minit, setiap 60 minit bersamaan dengan
1 jam, dan setiap 24 jam bersamaan dengan 1 hari. Setiap
manusia memiliki waktu yang sama. Manusia tidak boleh
mengubah masa tetapi boleh mengubah aktiviti-aktiviti yang
dilakukan dalam masa tersebut. 
 Fokus dan prioriti bukan rambang dan suka hati - Fokus
bermaksud memberi tumpuan kepada sesuatu perkara secara
mendalam sehingga menguasainya secara luas manakala
prioriti bermaksud menimbang sesuatu perkara, sama ada
patut didahulukan atau dikemudiankan, sama ada patut
dipertamakan atau diletakkan di tangga kedua, ketiga dan
seterusnya. 
Menyedari bahawa masa tidak menunggu
sesiapa – Elakkan pembaziran masa dengan
melakukan perkara sia-sia.
 Dicelah-celah masa ada masa – Dalam keterbatasan
masa sebenarnya manusia mampu memiliki masa
yang lebih. Antara tips-tips yang disarankan adalah
seperti berikut;
1. Berani berkata tidak – belajarlah untuk
mengatakan tidak untuk melakukan perkara
yang tidakberfaedah atau sia-sia.
2. Gunakan kaedah temu janji – melalui temu janji
individu dapat merancang kerja  mengikut kesesuaian
masanya.
3. Manfaatkan bas dan tandas – ketika menggunakan
perkhidmatan awam individu boleh manfaatkan masa
yang ada dengan membaca, berfikir dan sebagainya.
4. Do not disturb – elakkan perkara-perkara gangguan
ketika melakukan kerja-kerja penting.
5. Belanjakan RM (wang) untuk masa – Pepatah Inggeris
menyatakan : Time is more valueable than money.
7. Cepat bukan jimat – kaedah terbaik yang disarankan
Islam adalah dengan cara pertengahan iaitu tidak
terlalu cepat dan tidak lambat apabila melakukan
sesuatu..
8. Lakukan pelaburan masa – Gunakan sedikit masa
untuk memahami dan mempelajari ilmu, kemahiran,
pengetahuan baru sebelum melaksanakan sesuatu kerja
untuk faedah jangka panjang.
 Carilah
keberkatan masa -  Dengan keberkatan ini,
seseorang mampu melakukan banyak perkara
bermanfaat untuk agama, umat manusia dan alam ini.
Dua cara untuk memperoleh keberkatan masa;
1. memberi perhatian kepada hal ehwal ibu bapa
2. sedekahkan masa – luangkan masa untuk membuat
kerja sukarelawan.

Anda mungkin juga menyukai