Anda di halaman 1dari 46

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung

manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah
suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia
bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu
bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak
kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan
menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan
lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk
melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk
menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:
Tujuh helai kain yang berlainan warna.
Satu gantang beras.
Sebiji buah kelapa.
Beberapa urat benang.
Satu batang damar.
Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
Beberapa batang lilin.
Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.
Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut
seperti berikut:
Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai
demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian,
perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di
atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu
akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan

itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah
berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika
ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan
dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu
diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan
Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut.
Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah
pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama
dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak
sirih itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh
orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan
melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia dengan
berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari Khamis malam
Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti
menggantung langsir, langit langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara
kaum keluarga.
Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan hari bulan Islam. Mas
ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah
bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.
Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja. Tujuan upacara
bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini
dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.
Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan bidan yang ada di kawasan tidak dapat menolong wanita
yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak menempah dari awal atau kerana ada
tempahan lain pada masa yang sama.
Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan
Johor, manakala istilah kirim perut pula difahami oleh orang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan
Perlis.
Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak kandungan dipercayai
genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada

waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat
penting.
Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak yang berada di
dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak.
Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara bahan yang
disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana besar, secupak beras putih,
sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur pinang.
Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta membetulkan kedudukan
anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian
diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki
bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika
melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia
menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.
Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian kunyit di atas perut
bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal
bayi akan cantik dan licin.
Mandi Melenggang Perut
Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu
seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain
lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.
Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan wanita hamil akan
duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil
akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang.
Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu
dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak bala
dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.
Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai
tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja.
Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.
Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap tiap bekas yang berasingan sebagai pemberian kepada
semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai
sifat sempurna dan tidak cacat anggota.
Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan
sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk
keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.

Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan.
Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh wanita yang
mengandung.
1.
2.
3.
4.

Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang
malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.
Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal
lahir nanti akan terkenan dan cacat.
Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat sifat orang yang
dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai
gelap masa depan.

Mengerat Tali Pusat Bayi


Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu supaya hilang
bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali
pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat
mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat
cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.
Menanam Uri dan Tembuni
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama sama bayitidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum
ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah
hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama sama asam, garam, jarum,
buku dan pensil supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu
dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.

Freetags:
Masyarakat Melayu

Adat Perkahwinan Melayu - Peringkat adat


perkahwinan Melayu
Adat perkahwinan Melayu suatu adat yang begitu unik dalam masyarakat melayu. Masyarakat
Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam, adat perkahwinan melayu , kerana ia
dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu
begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan
meriah dan penuh adat istiadat.
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang
teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang
mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.

Sejurus itu perkara pokok yang diketengahkan untuk perlu diketahui oleh jenerasi sekarang adalah
melibatkan pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan melayu kepada masyarakat,
mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu dan memelihara warisan nenek moyang
ini tak luput ditelan zaman.
Berikut adalah peringkat adat perkahwinan melayu yang masih diamalkan sehingga kini.

ADAT MERISIK.
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali
adalah peringkat merisik . Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu,
adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara
wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk
menghormati keluarga pihak dara. Sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak
meminang anaknya, pinanglah ibu bapanya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa
pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang
besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu
dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar
belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti
ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan
memelihara nama baik kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima
lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta
mempunyai pekerjaan yang baik.
Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap
mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang
dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah
para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik
pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, dan pantun
untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna
menyatakan kehendak hati untuk memetik bunga yang sedang menguntum apabila si dara belum
memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak
keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna. Antara contoh pantunnya
berbunyi seperti berikut :Dari Pauh singgah Permatang
Singgah merapat papan kemudi

Dari jauh saya datang


Karena tuan yang baik budi

Kalau gugur buah setandan


Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik

Antara pantun yang diungkapkan sebagai membalas pantun dari pihak lelaki adalah seperti berikut :

Malam-malam pasang pelita


Pelita dipasang atas peti
Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati

Tidak pernah rotan merentang


Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang menyiratkan
kehendak untuk memetik bunga di taman.

Daun raya di atas bukit


Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala

Sudah lama kami ke tasik

Tali perahu terap belaka


Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak
pihak lelaki sebagai tanda setuju dari pihak perempuan. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut
akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa CINCIN BELAH ROTAN dan jika pihak gadis
bersetuju mereka akan menetapkan tarikh peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang
dilakukan pada zaman ini kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu. Bagi tujuan
untuk menjimatkan kos dan masa, adat berikut menjadi pilihan.

ADAT MEMINANG
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan
hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih
dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka
meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan
memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat,
mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Sebenarnya,
adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh
dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan
seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan
adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan
tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak
perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak
mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan
berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis
perkahwinan. Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan

perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan
Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud pinangan dari
pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.

ADAT BERTUNANG
Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal
dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa
anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh
lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja mengikut citarasa dan
kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan
seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling
utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik
serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah
hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak
perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran
dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan
biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan


pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh
diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh
pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak
perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak
lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang
terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin
tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat
berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya
diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin
perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga
dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara
terdekat sahaja.

Manalaka berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi.


Dan ia selalu dilakukan disebelah petang. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di
atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk
tatapan saudara mara terdekat sahaja.
Bagi istiadat berinai besar pula, ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau
selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin.
Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada
tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan
jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki
naik ke pelamin untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki.
Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air
daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin
lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas
meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada
tapak tangan pengantin lelaki.
Pada zaman ini, perkahwinan melayu hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana
faktor kos yang tinggi. Jika dilihat
pada masa sekarang, ramai yang kurang tahu negenai adat-adat yang dinyatakan di atas
terutamanya dari golongan para beliawan dan beliawati. Adalah elok adat resam ini tetap dikekalkan
dan diketahui oleh mereka.

ACARA-ACARA LAIN YANG BERKAITAN


AKAD NIKAH
Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan suatu
adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan.
Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah
dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui
oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan
dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu
menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya
kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum
majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu
berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan.

Lazimnya sementara menanti kedatangan


rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara
dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua
orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di
tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik
untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan
membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan
lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan
membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki
dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.
Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin
sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku
terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada
lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan
mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu
sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si
suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam

bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa
pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang
digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai,
beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak
akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar
ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga
kepada para hadirin.
Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar
lazimnya dalam bilangan ganjil.

MAJLIS PERKAHWINAN
Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah
mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta
menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari
bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar
raja sehari.
Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran
tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin,
lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan
diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional,
solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi
makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh.

Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong


anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk
meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari
rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin
lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut

kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah
dan duduk di tempat khas yang sediakan.
Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan
diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula.
Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di
muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin
lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin
yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat
bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir
juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

Perkembangan

Perkembangan Peribahasa
Peribahasa mengalami evolusi dari masa ke semasa. Ciptaan yang memakan masa
beratus-ratus tahun, mengalami dugaan masa dan perubahan. Melalui proses
evolusi ini, peribahasa akhirnya diterima pakai hingga ke zaman ini kerana
keindahan bahasanya yang tepat dan berkesan dari segi pengertiannya. Selain itu,
peribahasa mudah diingat, serta menjadi pegangan dan buah pertuturan yang
diselitkan sama ada di dalam pertuturan formal mahupun tidak. Melalui proses ini,
peribahasa diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi sehingga ke
abad ini.

Seperti zaman dahulu, peribahasa masih lagi digunakan dengan tujuan mengajar,
mendidik, menyindir serta menegur seseorang ataupun masyarakat. Pada zaman ini
pula, terdapat beberapa orang ahli bahasa yang giat mengkaji semula peribahasaperibahasa lama kerana nilai-nilai tersebut. Justeru, nilai estetika yang amat tinggi
menyebabkan penggunaan peribahasa masih dapat dipertahankan hingga ke kini.

Antara sebab-sebab peribahasa dapat bertahan sehingga kini ialah terdapat unsurunsur kesusasteraan seperti intelek, imaginasi dan emosi yang terkandung di dalam
sesebuah peribahasa. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, terdapat banyak aspek
yang mempamerkan ketinggian pemikiran masyarakat Melayu. Terdapat banyak
peribahasa Melayu yang menyentuh aspek ekonomi (seperti konsep rezeki), sosial

(seperti nilai budaya, konsep sains dan teknologi)dan juga aspek politik (seperti
konsep undang-undang, peraturan dan pentadbiran).

Sebelum masyarakat dahulu mempunyai undang-undang pidata dan pidana


seperti sekarang, corak kehidupan mereka diaturkan dengan pelbagai jenis
peribahasa. Jikalau dikaji semula pada zaman ini, ada juga peribahasa yang tidak
lagi sesuai dengan zaman dan kemajuan ilmu pengetahuan sekarang. Namun
demikian, ada peribahasa yang dianggap tidak relevan pada masa kini tetapi
mempunyai makna yang amat mendalam. Seperti contoh peribahasa biar mati
anak, jangan mati adat. Ada yang berpendapat bahawa peribahasa ini tidak lagi
relevan pada masa kini kerana mengapa seorang anak yang merupakan cahaya
mata harus dibiarkan mati dan adat harus diteruskan. Jika kita melihat peribahasa
ini daripada perspektif yang berbeza, kita boleh dapati bahawaadat di sini
digunakan sebagai undang-undang dan sekiranya seseorang anak itu telah
melanggar undang-undang, seorang ketua tidak seharusnya membebaskan anak
tersebut daripada kesalahan yang telah dilakukannya. Mati pula tidak bermaksud
anak itu harus dihukum mati sekiranya ia bersalah tetapi ia membawa maksud
menerima padah atau pun akibat atas apa yang telah dilakukannya.

Peribahasa juga memainkan peranan dalam perkembangan budaya masyarakat


pada zaman-zaman yang berbeza. Peribahasa hidup dan berkembang daripada satu
generasi ke satu generasi dengan bentuknya yang tersendiri iaitu secara lisan yang
kemudiannya terjelma pula dalam bentuk tulisan. Dalam proses evolusi dan difusi
kebudayaan, tradisi lisan berubah secara perlahan, menghasilkan suatu bentuk
perubahan dari bentuknya yang asal dan dalam mengalami proses itu juga
peribahasa telah terdedah kepada perubahan tanpa sebarang sekatan dan kawalan.
Ini dimungkinkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang sentiasa cenderung untuk
melakukan perubahan kepada budaya tradisinya dengan harapan dapat menarik
perhatian dan menghiburkan masyarakatnya.

Kesimpulan

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting
dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan
salah satu cabang bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya
Melayu yang penuh dengan kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut
terserlah melalui penciptaan peribahasa. Justeru, peribahasa menjadi khazanah
budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tinggi. Penggunaannya
yang meluas secara tulisan atau pun pertuturan masih kekal relevan dalam konteks
masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi pelbagai nasihat, ilmu
serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum. Justeru, setiap individu Melayu
harus memainkan peranan aktif untuk memastikan penggunaan serta keaslian
peribahasa tetap dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap peribahasa yang
dicipta itu dapat dihayati dan direnungi demi kesejahteraan kita bersama. Bak kata
pepatah, bahasa dijunjung, budaya disanjung. Peribahasa adalah cerminan akal
budi
dan
lambang
jati
diri
orang
Melayu.

-Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah(Aktivis Jurnal Akademik Jilid III 2003)

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:
1.
Asyraff Syazwan 11109159 September 2014 at 21:30

DUDE, WHAT THE FUCK


Reply
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Pengunjung

Masa itu emas

Kuala Lumpur

Kenali Saya

Siti Ainah Sariaat


SITI AINAH BT SARIAAT
SK DATO' YAHYA SUBBAN
D20121061194
EL-A01

View my complete profile


Followers

Cukur Jambul
Cukur Jambul merupakan adat masyarakat melayu sejak zaman berzaman..Cukur
Jambul
biasanya
dibuat
pada
hari
keempat
puluh
setelah
bayi
dilahirkan,Disesetengah tempat diterengganu, cukur jambul dikatakan sebagai
cukur kepala dan disesetengah tempat pula dinamakan sebagai berselawat.Walau
macam mana pun cukur jambul tak boleh dinamakan sebagai cukur jambul kerana
apa yang dilakukan semasa majlis cukur jambul ialah mengunting sedikit rambut
bayi.

Sebenar nya cukur jambul diadakan kerana melakukan ibadat akikah sempena
kelahiran bayi dan dilakukan akikah kerana mengsyukuri nikmat yang telah
diberikan.Walau macam mana pun Cukur jambul tak semestinya akikah dan Akikah
tak semestinya cukur jambul kerana ibadat akikah ada yang dilakukan semasa
seseorang sudah pun dewasa dan cukur jambul dilakukan tanpa dilakukan akikah...

Dimajlis cukur jambul yang akikah tak dilakukan biasanya akan diadakan kenduri
kendara seperti majlis kahwin,Majlis cukur jambul yang biasa dibuat ialah dengan
membuat lauk pauk sekadar 10 dulang.Tetamu yang biasa dijemput ialah sanak
saudara berdekatan dan jemaah masjid seperti imam bilal dan makmun yang solat
dimasjid.Majlis cukur jambul biasanya dibuat selepas solat isyak atau solat asar...
Dalam majlis cukur jambul selalunya akan diadakan bacaan marhaban dan
berzanji.Telah menjadi kebiasaan disesetengah tempat selain dari berzanji bacaan
selawat akan diadakan,Selain dari itu tahlil akan dilakukan

Akikah:

Menyembelih binatang peliharaan sempena kelahiran bayi,Binatang2 yang


disembelih adalah sama binatang dalam melalukan ibadat qurban iaitu
kambing/biri2,lembu,kerbau dan unta..Hukum ibadat akikah ialah sunat
muakkad,Waktu yang baik melakukan akikah ialah semasa umur bayi 7 hari dan
harus sehingga baligh dan akikah boleh dilakukan seseorang walaupun usia dah
meningkat dewasa..

Peralatan yang biasa ada pada majlis cukur jambul telah berubah dari zaman
dahulu hingga sekarang bersesuaian dengan kehendak sezaman,Adat2 yang
dilakukan dalam upacara cukur jambul pada zaman dahulu mempunyai kelainan
yang telah diperbaharui kapada yang lebih menepati kehendak ugama.
Peralatan cukur jambul pada masa dahulu..
1)Kelapa muda...
2)Tepung tawar..
3)Bunga Rampai..
4)Bunga Telur..
5)Pulut kuning
6)Kueh Seraba
7)Kemenyam
8)Gunting
Peralatan Cukur Jmbul pada masa sekarang..
1)Kelapa muda atau air semangkuk
2)Gunting
3)Bunga Rampai
4)Bunga Telur..

Persamaan peralatan cukur jambul dimasa sekarang dan dahulu ialah buah kelapa
muda,bunga telur,bunga rampai dan peralatan untuk mengerat rambut.Tak
diketahui kelebihan buah kelapa muda digunakan pada majlis cukur jambul,kerana
fungsi sebenar buah kelapa muda terutamanya air kelapanya hanya lah untuk
memudahkan rambut bayi yang terlekat ditangan pengunting dileraikan,Atas
sebab2 itu lah pada masa sekarang air yang diisi dalam mangkuk sahaja
digunakan.

Tujuan bunga rampai pula hanya lah untuk menwangikan suasana agar bertambah
meriah dan memberangsangkan..Bunga telur pula untuk dibahagi2kan sebagai
hadiah kapada tetamu yang mengunting rambut.Dalam sesetengah keadaan bunga
telur dibahagi2kan kapada semua tetamu yang hadir..

Fungsi tepung tawar,kemenyam,kueh seraba dan pulut kuning pada majlis cukur
jambul pada masa dahulu boleh dikatakan sebagai agak keterlaluan dan agak lari
dari kehendak ugama.Salah satu adat yang sangat menarik pada majlis cukur
jambul pada masa lampau ialah pengunaan kueh seraba.Kueh seraba ialah sejenis
lempeng yang dibuat dengan tepung beras.Kueh ini akan diletakan dibawah kepala
bayi sebagai penganti bantal.Setakat ini tak diketahui sebab apakah adat ini
dilakukan.Boleh dikatakan semua adat2 yang dilakukan hanya lah sebagai pandai2
sendiri sahaja tanpa mengetahui akan faedah nya..Begitu serba sedikit sejarah
tentang cukur jambul...sekian

BEBERAPA HARI YANG LALU AKU TELAH MENHADIRI SATU MAJLIS CUKUR JAMBUL
DIRUMAH KAWAN FACEBOOK AKU.PADA MAJLIS CUKUR JAMBUL YANG TELAH

DIADAKAN PADA SEBELAH MALAM IAITU SELEPAS SOLAT ISYAK`TELAH DILAKUKAN


IBADAT AKIKAH DENGAN MENYEMBELIH SEEKOR KAMBING KERANA BAYI YANG
DIRAIKAN ITU IALAH PEREMPUAN.PADA MAJLIS ITU TELAH DIADAKAN BACAAN
MARHABAN,BERSELAWAT SERTA MAJLIS DOA SELAMAT.DIRASAKAN PENGUNAAN
BUAH KELAPA MUDA TAK SESUAI LAGI DIGUNAKAN KERANA DIRASAKAN DENGAN
KESEDARAN UGAMA YANG SANGAT MELUAS MAKA ADAT PENGUNAAN KELAPA MUDA
SUDAH TIDAK SESUAI LAGI.DIMAJLIS CUKUR JAMBUL DIMASA SEKARANG KAEDAH2
YANG DIGUNAKAN SUDAH TIDAK ADA UNSUR2 YANG MENYALAHI UGAMA...

Dicatat oleh azram sulong di 8:32 PG


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: budaya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

pelawat
Seasonal Foods
Pictures of Beautiful Gardens
Mountain View of the Day
Fish
Digital Clock and Date
Jumlah Paparan Halaman

41,474
aku

Pengikut
Senarai Blog Saya

JOM BEREMBAT
Jadual Air Pasang Surut 2015 -*January 2015* *Day* *High* * Low* *High* * Low* *High* *Thu * *1* *1:49 AM
SGT / 1.38 m* *7:59 AM SGT / 2.57 m* *2:50 PM SGT / 0.76 m* *9:40 PM SGT /...
5 minggu yang lalu

Kampung Bukit Gemuroh

terawih - Topik kali ini memaparkan satu kisah benar yang berlaku di Kg bukit Gemuroh pada era 60 -an, dan
diolah sendiri oleh seorang anak watan kg supaya menjad...
7 bulan yang lalu

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai
mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu
dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan
meriah dan penuh adat istiadat.
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling
dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua
orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.
Antara objektif yang telah dibincangkan adalah:
1. untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu kepada
masyarakat.
2.Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu.
3.Mengajak masyarakat sama-sama memeliharawarisan nenek moyang
4.Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal mengakiri zaman
bujang mereka.
5.Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan
6.Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli kumpulan
P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 1 2 : 4 1 A M 6 C O M M E N T S :

WEDNESDAY, MARCH 11, 2009

ADAT MERISIK
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama
sekali adalah peringkatmerisik.

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan
tahap awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga
teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting
untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau
hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut
menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam
membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan adalah

untuk memastikan bahawa gadisyang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.
Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di
samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat
ini akandijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan
memelihara nama baik kedua belah pihak.

Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar
belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakapcakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati
jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara
menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat
wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan
maksud kedatangan pihak teruna, dan pantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru
cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk memetik
bunga yang sedang menguntum apabila si dara belum memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh
pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.

Sudah lama langsatnya condong


Barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung

Baru sekarang diizinkan Allah

Dari Pauh singgah Permatang


Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi

Kalau gugur buah setandan


Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik

Berapa tinggi pucuk pisang


Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati

Kabung enau tebang satu


Tebang sekali dengan sigainya
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku
Harapan dalam tutur katanya

Besar api Teluk Gadung


Anak buaya mengonggong bangkai
Niat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai

Sudah lama langsatnya condong


Dahannya rebah ke ampaian
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan

Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati

mereka, maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini:

Perahu kolek ke hilir tanjung


Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai kemari?

Malam-malam pasang pelita

Pelita dipasang atas peti


Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati

Tidak pernah rotan merentang


Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati

Tumbuk lada di atas para


Ada kasut simpan di hati
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang
menyiratkan kehendak untuk memetik bunga di taman.

Daun raya di atas bukit


Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala

Sudah lama kami ke tasik

Tali perahu terap belaka


Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sekian lama kami mencari
Baru sekarang kami mendapat

Raja Hindu raja di Sailan


Singgah berenang di persiraman
Bagai pungguk rindukan bulan
Kumbang merindu bunga di taman

Cendrawasih burung yang sakti


Singgah hinggap di atas karang
Kasih berputik di dalam hati
Dari dahulu sampai sekarang

Singgah berenang di persiraman


Mayang terendam di dalam tasik
Kumbang merindu bunga di taman
Bintang merindu cendrawasih

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi
kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk
cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka
akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang
dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu
mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

http://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 1 1 : 4 6 P M 9 C O M M E N T S :

MEMINANG & BERTUNANG


Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki
yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki
tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa
kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak
yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk
memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan
ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah
bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan
budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan
menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam
kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan
apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu
dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu,
pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang
mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada
pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin
dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih
untuk melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat
dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada
pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud
pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian,

maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan
dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara
tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh
lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu
intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Namun begitu, bagi masyarakat Melayu,


selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang,
selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih
junjung. Semuahantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas
oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran
yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh
pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki
memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang.
Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu,
capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan


oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta
semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan
oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima
umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran
yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau
harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan
yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka
masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin
kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan
ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka.
Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua
anak itu berkahwin.
Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah
meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran
tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih
belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggillangkah
bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai
kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima,
tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi
implikasi yang tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula
akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan
semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara
berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis
persandingan dijalankan.

*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*


Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara
langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di
atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak


perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan
disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh
ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan
hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri
dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas
kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia
(mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah
ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian

cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu
diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda
pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat
saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara
keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat)
oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang
bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan)
mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka
tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat
mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini.
Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan
yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam
pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal

dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang
benar..
'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'
P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 3 : 5 8 P M 1 3 C O M M E N T S :

MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA


1.JOHOR
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50

2.MELAKA
ANAK DARA
RM 40
JANDA
RM 40

3.NEGERI SEMBILAN
-BUKAN WARIS
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 12

-AHLI WARIS
ANAK DARA
RM 48
JANDA
RM 24

-KERABAT DIRAJA

RM 725

4.SELANGOR

-PUTERI SULTAN
ANAK DARA
RM 2500
JANDA
RM 625

-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTAN


ANAK DARA
RM 2000
JANDA
RM 500

-PUTERI KERABAT DIRAJA


ANAK DARA
RM 1000
JANDA
RM 250

-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)


ANAK DARA
RM 550
JANDA
RM 137.50

-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)


ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75

-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESAR


ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75

-CUCU ORANG-ORANG BESAR


ANAK DARA
RM 200
JANDA
RM 50

-ORANG KEBANYAKKAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM40

5.KUALA LUMPUR
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 40

6.PERAK
ANAK DARA
RM 101

7.PULAU PINANG

ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 24

8.PAHANG
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50

9.KEDAH
-TIDAK DITETAPKAN

10.PERLIS
-TIDAK DITETAPKAN

11.TERENGGANU
-TIDAK DITETAPKAN

12.KELANTAN
-TIDAK DITETAPKAN

13.SABAH
ANAK DARA
RM 100
JANDA
RM 80

14.SARAWAK
ANAK DARA

RM 120
JANDA
RM 120

15.WILAYAH PERSEKUTUAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 80

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah ditetapkan
mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas tetapi hantaran pula terpulang
kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. kebiasaannyajumlah
hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas.
Jumlah hantaran daripada pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah
hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar
hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin perempuan akan
membalasnya dengan sembilan dulang hantaran. Gambar di bawah merupakan hantaranhantaran yang selalunya dihantar.

al-Quran

perfume set

Alat penjagaan diri

Jam tangan

Make up

Chocolate

cake

pelbagai variasi hantaran


P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 3 : 4 2 P M 2 C O M M E N T S :

ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3
peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai besar. Pengantin
perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak
tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari
manis dan jari hantupada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat
majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan
adat berinai besar.

BERINAI CURI
Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak
kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan
di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan
hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.
BERINAI KECIL
Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan
selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara
mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

BERINAI BESAR
Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad
nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis
tersebut, pengantin lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin
perempuan. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke
pelaminuntuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin
lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan
ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang
tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di
tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak
pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu
bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak
pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras
dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini
biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus
merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini
dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini,
seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa
selamat. Pengantin lelakikemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin
perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat
ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai
http://www.ashtech.com.my/adat/berinai.html
P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 1 2 : 0 8 A M 6 C O M M E N T S :

Anda mungkin juga menyukai