Anda di halaman 1dari 58

ADAT RESAM

Pengenalan
Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yg diamalkan oleh atau masyarakat, di mana secara nyatanya menggambarkan corak budaya para pengamal. Masyarakat luar akan mengukur & menilai kebudayaan sesuatu masyarakat/bangsa menerusi adat resam bangsa yg mengamalkannya. Justeru, adat resam dianggap teras kpd terciptanya sesuatu kebudayaan.

Adat Resam Masyarakat Melayu


Biar mati anak, anak, jangan mati adat!!!! adat!!!!

Lawatan & Kunjungan


Kunjungan ke rumah orang lain biasanya didahului dgn berkata Assalamualaikum . Sebelum masuk ke dalam rumah, pelawat hendaklah menanggalkan kasut di muka pintu atau pangkal tangga. Jika duduk di atas kerusi, tetamu dilarang menyilangkan kaki sehingga menampakkan tapak kaki.

Jika duduk di atas lantai, kaum lelaki selalu duduk bersila dan kaum perempuan duduk bersimpuh. Adalah kurang sopan jika duduk berlunjur.

Memilih jodoh Berarak &Bersanding

Merisik

Berandam

Adat Perkahwinan

Meminang

Malam Berinai

Pertunangan

Akad Nikah

1. Memilih Jodoh ~Ibu bapa memainkan peranan dlm memilih &menentukan jodoh anaknya. ~Memilih gadis utk dijadikan calon menantu bukan hanya berdasarkan paras rupa, malah keturunan gadis itu turut diambil kira.

2. Merisik *Dibuat utk memastikan gadis yg menjadi pilihan si teruna masih belum berpunya. *Dianggap perlu krn pihak lelaki tdk mungkin sanggup menanggung malu jika pinangan itu ditolak

3. Meminang ~Lazimnya dilakukan scr sederhana. ~Si teruna akan mewakilkan 2 atau lebih saudara maranya yg terdekat utk pergi ke rumah gadis utk meminang. ~Biasa tempoh seminggu akan diberi utk ibu bapa gadis memberi jawapan bagi perminangan tersebut.

4. Pertunangan ~Saudara mara kedua-dua pihak akan berunding di rumah gadis utk menetapkan hari pertunangan. ~Cincin pertunangan disarungkan ke jari manis si gadis oleh saudara perempuan pihak lelaki. ~Jika lelaki bertanggungjawab, semua wang hantaran &belanja yg diberikan kpd pihak perempuan dikira hangus.

5. Akad Nikah ~Upacara akad nikah adalah kemuncak kesahihan perkahwinan. ~Dilakukan oleh kadi/imam/org yg ditauliahkan olh syarak. ~Bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali utk menikahkan anaknya.

6. Malam Berinai Pengantin lelaki duduk di atas pelamin seorang diri.Kemudian saudara mara pihak perempuan akan melakukan upacara berinai utknya. Setelah selesai, sampailah upacara berinai untuk pengantin perempuan yg dilakukan oleh saudara pihak lelaki.

7. Berandam *Sebelum tiba waktu bersanding, pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam. *Adat berandam ini ialah mengerat anak rambut di atas dahi & di pelipis.Bulu kening juga akan diperelokkan. Gigi pula digosok dgn sejenis batu khas.

8. Berarak & Bersanding ~Pengantin ditempatkan di rumah penanggak. ~Selepas kedua-dua pihak siap berpakaian, pengantin lelaki diarak dari rumah penanggak ke rumah pengantin perempuan. ~Rombongan ini diiringi dgn bunga manggar & pasukan kompang atau rebana. ~Apabila bersanding, mereka akan duduk di atas pelamin & disaksikan oleh sadara kedua-dua pihak.

Adat Resam Masyarakat Cina

Perkahwinan Hantu
Orang Cina percaya selepas kematian ada kehidupan di dunia lain. Mereka yg mati dlm usia yg muda & masih bujang mempunyai keinginan utk berumah tangga. Tujuan perkahwinan hantu: supaya zuriat & keturunan sesebuah keluarga dpt dilanjutkan. Boleh dibuat sesama orang yg telah meninggal dunia atau lelaki yg telah mati dgn wanita yg masih hidup.

Wanita hidup yg mengahwinkan si mati akan mengambil seorang anak angkat utk meneruskan zuriat keturunan. Upacara perkahwinan dijalankan spt biasa,iaitu calon isteri akan meletakka papan si mati di atas ribanya dan melakukan upacara Kow Tau kpd ibu bapa & moyang suami.

Menamakan Bayi
Pada prinsipnya nama orang Cina mempunyai 3 patah kata & dimulai dgn nama keluarga. Nama tdk diberi sesuka hati kerana sistem nama yg baik perlu mengambil kira makna,unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Nama mesti mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu.

Adab Makan
Meja makan selalu berbentuk bulat Ini menyebabkan orang Cina makan dgn menghadap ke muka semua org supaya tidak berlaku perbezaan status sesama mereka. Adab makan mesti menggunakan kedua dua belah tangan. Tangan kiri memegang mangkuk & tangan kanan memegang penyepit. Orang Cina tidak makan menggunakan tangan kerana mereka suka masakan yg panas

Amalan Mengikat Kaki


Golongan wanita tua Cina yg masih hidup hingga kini mempunyai bentuk kaki yg sangat kecil, jika dibandingkan dgn tubuh badan mereka. Golongan kaya pada masa dahulu akan mengikatkan kaki anak gadis mereka sejak dari kecil. Ini kerana wanita yg mempunyai kaki yg kecil dianggap cantik dan mulia

Kaki kanak2 yg masih lembut dan mudah dilentur diikat dgn sehelai kain. Bahagian jari kaki dipatahkan utk memudahkan ikatan. Ikatan akan dibiarkan selama beberapa bulan sebelum ditukar. Dalam tempoh tersebut, kaki menjadi bernanah dan berbau busuk. Ikatan akan dibuka utk dicuci & diikat semula. Proses ini mengambil masa yg lama dan mereka yg menjalankan adat ini akan berasa menderita & terseksa.

Mereka yg mengikat kaki hanya dpt baring & duduk. Mereka tdk boleh bergerak ke mana2 tanpa bantuan. Kasut2 kecil dibuat khas utk disesuaikan dgn bentuk kaki yg kecil. Lazimnya kasut ini kecil & kelihatan indah.

Adat Resam Masyarakat India

Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Kelahiran
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak ataukaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan.

Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.

Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad.

Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.

Adat Resam Masyarakat Iban

Secara tradisi kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan sistem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun.

Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh Tuai Burung yang melihat gerak-geri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh Tuai Rumah sebagai ketua dalam rumah panjang.

Adat Kelahiran
Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan. Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari

Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara. Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.

Adat Resam Masyarakat Kadazan

Bersalin
Masyarakat Kadazan menetapkan bidan yg digelar manninikau utk menyambut bayi yg akan lahir. Kemahirannya bukan semata mata memudahkan kelahiran anak tetapi juga dlm perubatan kampung & jampi mantera. Apabila seorang bayi lahir, manninikau mengerat tali pusat anak itu dgn sembilu buluh.

Adat Memberi Nama Anak


Dilakukan setelah bayi itu berumur 8 hari. Anak itu diberi nama sebanyak 2 kali, iaitu nama sementara & nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat krn kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan dia berhak menuntut anak tersebut.

Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari ke 8 di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat kali pertama kalinya.

Adat Turun Tanah


Dilakukan setelah anak itu berusia kira-kira 1 bulan. Sebelum kaki anak itu dipijakkan ke tanah, tapak kakinya diconteng arang kuali atau arang berlangah. Kakinya diconteng dgn 1 garis lurus hingga ke atas dahi anak itu. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah.

Adat Resam Masyarakat Orang Asli

Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Kelahiran
Semasa bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang tajam dan bayi dimandikan dengan air suam. Seterusnya uri bayi ditanam berdekatan rumahnya. Uri tersebut akan dicuci, digaul dengan serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas, kemenyan dan arang sebelum ditanam ke dalam lubang setinggi satu kaki. Selama tujuh hari lampu akan dipasang di tempat uri tersebut ditanam.

Bagi masyarakat Orang Asli, mereka menganggap uri tersebut sebagai abang atau kakak kepada bayi itu dan justeru ia hendaklah ditanam dengan sempurna. Orang orang Asli tidak suka jika pelawat pelawat yang datang berkunjung memuji memuji akan kecantikan tubuh badan si anak yang baru lahir. Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji puji dengan kata kata seperti amboi, comelnya bayi ini , maka hantu hantu yang berdekatan akan mendengar dan mengambil bayi itu. Keadaan ini terbukti apabila bayi itu sakit, demam dan sebagainya.

Tanggal Tali Pusat


Biasanya tali pusat akan tanggal dalam tempuh seminggu selepas bayi dilahirkan. Tali pusat tersebut akan dibungkus dengan kain putih bersama-sama sebiji atau tiga biji lada hitam. Kemudian tali pusat itu digantung di atas api bertujuan untuk memelihara kesihatan bayi.

Jika bayi itu sakit, tali pusat tadi akan direndam di dalam air dan diberi minum kepada bayi supaya sembuh. Apabila bayi sudah pandai merangkak, tali pusat tadi akan diberikan kepadanya untuk dijadikan permainan. Sekiranya tali pusat tadi hilang, ini bermakna bayi akan bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa nanti kerana kononnya tali pusat tersebut merupakan sebahagian daripada 'adik beradiknya'.

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Kepada Guru

Penerimaan & Layanan Adil


Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan Guru perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk meneruskan pembelajaran.

Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina.

Strategi Pembelajaran Koperatif

Pengurusan Bilik Darjah & Pengurusan Hubungan


Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman di kalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.

Aspirasi/Jangkaan Guru
Aspirasi guru merujuk kpd harapan yg diletakkan oleh guru ke atas pelajar utk mencapai prestasi tertentu. Guru hendaklah sedar potensi murid bukan berdasarkan jantina, bangsa atau kelas sosial. Guru perlu mengubah sikap &pandangan terhadap pelajar & mengelakkan amalan diskriminasi

Pemilihan Bahan Sumber


Sumber pembelajaran yg memanfaatkan kepelbagaian sosiobudaya ialah bahan yg biasa kpd pelajar. Ia dapat meningkatkan pemahaman aspek yg dipelajari misalnya sempoa dan gasing. Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik.

Guru bukan sekadar mengambarkan sepintas lalu isi kandungan tetapi boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan

Pemilihan sumber yg baik juga perlu dilihat darpd sudut penggunaan isitilah & bahasa. Sumber pembelajaran yg penggunaan bahasanya menyentuh sensitiviti kaum & membawa kpd salah faham mesti dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai