Anda di halaman 1dari 4

Skrip MC Acara 9.009.25 1. Ketibaan VIP 2.

Nyanyian lagu Negaraku & lagu IPG Teks Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Pengarah IPG KTI, TimbalanTimbalan pengarah, Ketua Jabatan Sains, diiringi oleh para pensyarah Jabatan Sains. Para hadirin dipersilakan bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku. Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu IPG. Kata alualuan Hadirin dipersilakan duduk. Yang dihormati Tuan Haji Mohd. Said Bin Hasran, Pengarah IPG KTI, Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari, Ketua Jabatan Sains, Encik Azmi bin Hassan, Pengerusi Projek, saudari Lau Su Huong, para pensyarah dan siswasiswi guru yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke majlis forum dan debat NewMan 2012 yang dianjurkan oleh opsyen 5 PISMP SN/PJ/BC. 1. Ucapan oleh Pengerusi Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pengerusi projek, saudari Lau Su Huong untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Ucapan Pengerusi 1. Ucapan oleh Ketua Jabatan Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi projek atas ucapan sebentar tadi. Sekarang, kita mempersilakan Ketua Jabatan Sains, Encik Azmi bin Hassan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Ucapan Ketua Jabatan Sains 1. Ucapan oleh Terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan Sains atas Catatan (Lagu dimainkan untuk ketibaan VIP)

Pengarah dan ucapan sebentar tadi. perasmian projek Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd, Said bin Hasran, Pengarah IPG KTI untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan NewMan 2012. Dipersilakan.

Ucapan Pengarah dan Perasmian. Muzik perasmian dimainkan. 9.309.40 pagi Tayangan Video

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah atas ucapan dan perasmian sebentar tadi. Para Hadirin sekalian, sekarang marilah bersamasama kita saksikan satu tayangan video yang bertajuk Rawatan Sisa Kumbahan Dalam Industri Elektronik.

Penyampaian Cenderahati (sebelum pengarah meninggalkan majlis)

Para hadirin sekalian, kita berasa bertuah kerana Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik serta Ketua Jabatan Sains sanggup meluangkan masa yang berharga untuk menyertai projek kita pada pagi yang indah ini walaupun terikat dengan komitmen lain.

Sebagai tanda penghargaan, dengan hormatnya dipersilakan Pengerusi projek, saudari Lau Su Huong untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah IPG KTI, Tuan Haji Mohd. Said Bin Hasran. Dipersilakan. Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada Pengarah. Seterusnya, majlis menjemput Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari untuk menerima cenderahati. Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pengarah Akademik. Seterusnya majlis menjemput Ketua Jabatan Sains, Encik Azmi Bin Hassan untuk menerima cenderahati. Dipersilakan. Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada Ketua Jabatan Sains.

9.4010.10 pagi

Majlis diteruskan dengan forum pertama yang bertajuk Rawatan Sisa Kumbahan dalam Industri Elektronik. Forum ini akan membincangkan jenisjenis rawatan yang digunakan dalam rawatan sisa kumbahan industri elektronik serta kekuatan dan kelemahan rawatan tersebut. Tanpa membuang masa, mari kita menyaksikan forum yang dipersembahkan oleh para siswi guru 5 PISMP SN. Saya menyerahkan majlis ini kepada pengerusi forum. Dipersilakan. Para hadirin sekalian, sekarang kita akan berehat seketika. MAJLIS AKAN DISAMBUNG pada pukul 10.40 pagi

10.40 hingga 11.10 pagi

Para hadirin sekalian, selamat kembali ke NewMan 2012. Sekarang kita akan meneruskan dengan sesi kedua forum Rawatan sisa kumbahan dalam industry elektronik . Tapa membuang masa, dipersilakan pengerusi forum, saudari Phang Pei Sian untuk mengambil alih pengacaraan majlis bagi sesi forum. Para hadirin sekalian, forum tadi yang bertajuk Rawatan Sisa Kumbahan dalam industry elektronik telah memberikan pengetahuan yang amat berguna kepada kita. Sekarang, tibalah masa untuk sesi soal jawab. Para hadirin boleh menanyakan soalansoalan yang berkaitan dengan topik forum kita pada hari ini. Saya amat yakin bahawa peserta forum kita akan memberikan jawapan yang amat memuaskan.

11.10 hingga 11.25 pagi

11.25hingga 12.25 petang

Sekarang kita akan menjalankan aktiviti Quiz Time untuk para hadirin sekalian. Tanpa melengahkan masa, saya menyerahkan pengacara majlis ini kepada saudari

12.25 hingga 12.35

Terima kasih kepada saudari Mo. Sekarang, dipersilakan Encik Azmi bin Hassan, ketua jabatan sains untuk menyampaikan cenderahati kepada para peserta forum.Terima kasih diucapkan kpd encik azmi.

12.35 hingga 12.45

Tanpa membuang masa, mari kita menyaksikan sebuah video yang bertajuk.

Para hadirin sekalian, forum kita telahpun tamat. Dengan itu, sesi seterusnya iaitu pendebatan yang bertajuk Penggunaan Tenaga nuclear sebagai sumber tenaga alternative yang bermanfaat kepada umat manusia akan bermula pada pukul 2.40 petang. Hadirin sekalian, kita akan berehat sekarang dan kembali ke sesi pendebatan pada pukul 2 petang. 2.30 Mengumumkan ketibaan Penolong Ketua Jabatan Sains Puan Salbihana binti samsudin bersama para pensyarah sains. Sekarang, sesi kedua projek kita yang kedua akan dimulakan.

Anda mungkin juga menyukai