Anda di halaman 1dari 8

EDU 3106 BUDAYA & PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH : ~ DINESHA A/P VAIRAPPAN ~ ELRINE BINTI JOHINI ~ PRICELLAPETRA ADIN ~ SITI NURHAFIZAH BINTI MUEEDIN

DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Melangkah ke dalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak dua kali sehari (minimum) iaitu pada awal pagi dan malam.

SEMASA PERKAHWINAN
Elak dari perkara buruk, perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Semua orang boleh potong pokok pisang kecuali pengantin lelaki. Pokok pisang (gerbang) tidak boleh dibuang sesuka hati kerana dianggap suci ketika majlis. Pokok itu dibiarkan selama seminggu sebelum dibuang keseluruhannya ke dalam sungai. Kad jemputan perkahwinan akan diedarkan dan disapu dengan serbuk kunyit pada bucu kad. Tarikh perkahwinan ditentukan oleh saami Perkahwinan di kuil hidangan makanan sayur-sayuran sahaja

SEMASA KELAHIRAN
Selama 30 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 30 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Seorang ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk. Perbuatan tersebut dipercayai membawa dosa dan mendedahkan seorang ibu kepada kuasa-kuasa jahat dan seterusnya akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak yang bakal lahir.

Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu-waktu tertentu khasnya pada waktu malam. Ini kerana adanya kepercayaan bahawa kuasa-kuasa jahat (makhluk halus) lebih aktif dan kemungkinan ia akan membawa angkara atau padah kepada ibu dan kandungannya. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Ibu juga tidak seharusnya berjaga hingga ke larut malam. Ini adalah untuk menjaga kecerdasan bayi dan ibu tersebut. Suami dilarang memukul atau menyakiti isterinya yang mengandung.

Suami dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang, menyembelih atau membunuh binatang. Semasa berpantang, ibu juga mengamalkan mandi dengan rebusan daun-daun tertentu Tali pusat akan dipotong dan ditanam bersama kunyit, duit tembaga, garam dan pinang.

SEMASA KEMATIAN
Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik. Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu. Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir

SEKIAN, TERIMA KASIH =)

Anda mungkin juga menyukai