Anda di halaman 1dari 7

PANTANG LARANG ORANG MELAYU

PERKAHWINAN

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai
itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi
sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman
sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg
difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk
menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih
berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama
baik keluarga.
pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang mempunyai
niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai
mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak
di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri
pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang
tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang
larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

MENGANDUNG

Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang
mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau
mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang.
Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di
anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang
untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian,
menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan
anak yang di kandung.

ADAT RESAM ORANG INDIA

KELAHIRAN

sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan
Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang
baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai yang
merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan untuk
kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.
Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau sebarang
malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga dan orang luar dilarang
melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu.
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara
mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan
dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi
seorang yang berguna.

KEMATIAN

Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku
dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si
mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.
Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.mayat akan dibalut dengan
menggunakan kain dan kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling
diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang
dibakar supaya tidak berbau.
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian
dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang
isteri setelah suamiya meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan
sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu
dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia
dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan
kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki
meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh
seorang perempuan lain.

PANTANG LARANG ORANG INDIA

PERKAHWINAN

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat
tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum
india semasa perkahwinan Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling
membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal
pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat
berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan
tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para
tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu
melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan
pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya
dan unik terhadap kaum india .

PERAYAAN DEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan
“Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil
(antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya
bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama
dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan
upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa
kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas
kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud
yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut
sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan
membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala
setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum
India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri
dari kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren.
Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.
Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
MENGANDUNG

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang
mengandung.
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh,
menyembelih binatang dan sebagainya.

Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-
kerja yang berat.Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh
hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT CINA

PERKAHWINAN ORANG CINA.


1. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majilis kebumian selama 3 bualn sebelum dan
selepas majilis perkhawinan.
2. Hiasan dalam majilis perkhawinan tidak digalak untuk mengunakan warna putih, biru tua hitam dan
hijau.
3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang
biasa dan bukannya sudut bilik.
4. Nombor genar sering digunakan dalam majilis perkhawinan. Menurut kepercayaan orang cina, majilis
perkhawinan yang tidak mengikut protocol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA


Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan
sehingga kini. Malah kebanyakan remaja cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan
berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman seperti dengan kaum-kaum lain bangsa
cina mempunyai bebrapa pantang larang sempena perayaan tahun baru cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang cina mempercayai bahawa mereke
tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menggangap ia boleh membuang segala
keuntungan atau ong yang ada.

PANTANG LARANG IBU CINA SEMASA MENGANDUNG


1. Dilarang makan ketam( barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
2. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti ais krim, tembikai dan lain-lain
3. Dilarang mngambil gunting atau penyepit kuku
4. Dilarang menyidai baju

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM KADAZAN DI MALAYSIA


ADAT RESAM

Upacara memberi nama


-adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari.
-anak itu diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sementara dan nama sebenar.
-pemberian nama sementara mesti dibuat kerana terlalai member nama sementara seberapa segera,
roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi
tersebut.
-upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah.
-pada hari itu juga, anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.
-keluarga jiran dan orang kenamaan diseluruh kampong dijemput hadir untuk berbincang dan
menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut mad sapi atau mad Sopik.
-pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa berlaku sepanjang proses kelahiran anak tersebut.
-apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah dijalankan
Upacara turun tanah
-anak di bawa oleh ibunya sendiri:
 Sebuah bakul rotan bertutup bertali dan disondong diisi dengan pelbagai alatan
 Sebilah pisau kecil untuk menghalau rogon gaiyoh
 Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap ibu segala semangat dalam perubatan tradisi.
 Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jarring

Upacara mintuhun dan minuhun


-sebelum memijak tanah tapak bayi tersebut diconteng dengan arang kuali dan garis lurus diatas
dahinya
-rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air mandian

Upacara perkahwinan
-merisik-prosesnya memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan diwaktu pagi
manakala waktu petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan. Cincin tanda
dipanggil cincin menanti mimpi dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan dibawah bantal ibubapa.
-hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki seperti makanan babi atau kerbau. Alat istiadat seperti
canang gong (tinokol) tempayan (tajau). Barang sakti untuk teguhkan semangat.Tasor (tempat pinang
yang dibuat oleh tembaga atau perak)
-pesta perkahwinan dirumah perempuan sesingkat 2-3 hari.
-upacara adat yang khas-suami isteri makan sepinggan, tanda bersatu
-ibubapa si lelaki tidak boleh berada disitu selagi suami isteri belum sah bersatu
-pesta mivazaa (bertandang kerumah mentua) diadakan.
-pesta dirumah pengantin lelaki mestilah lebih kecil
-perkahwinan antara sepupu adalah sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan babi
sebagai membayar kepanasan.

Upacara pemujaan pertanian


-merenjis air hikmat pada benih padi
-memindahkan sajia dan haiwan ternak kepada tanah sawah
-beri sajian kepada semangat padi tanda terima kasih.
-buat tanda ditengah sawah apabila padi mulai bunting supaya dapat hasil lebih

Upacara kematian
-mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogom biruoh
-boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, dimana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut
-kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama
-adab memberitahu
 Apabila salah seorang dikalangan masyarakat kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampong
akan diberitahu tentang kematian tersebut
 Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami
oleh keluarga si mati
 Setiap anggotamasyarakat kadazan tidak boleh melakukan apa apa pekerjaan
 Pekerjaan menanam padi amat dilarang
 Ditakuti malapetaka dan penyakit akan menimpa
 Pantanglarang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal dikawasan yang berhampiran sahaja
 Manakala yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan

-adat berjaga jaga


 Selepas dimandikan dan seluruh baan di lap mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang
indah indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi
 Sekiranya semasa hidup simati menghisap rokok ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam
mulut si mati supaya tidak kempunan
 Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika
 Mayat akan disimpan dirumah selama beberapa hari iaitu selama 3,5 atau tujuh hari sebelum
dikebumikan
 Semasa mayat diletakkan di ruang tamu mayat akan dijaga dengan baik supaya tidk ada binatang
yang melangkahinya terutama kucing hitam
 Sekiranya kucing hitam yang melangkah mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh
membunuh mereka yang berada disitu
 Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang
digelar pendaatan
 Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat
 Mereka menyangkut pakaian disekeliling mayat untuk mengelak daripada serangan burung itu
 Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi dan sesiapapun tidak dibenarkan bercakap besar atau
marah-marah
 Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran yakni dipalu perlahan lahan.irama itu
disebut Surabaya
 Bunyi itu hanya dipalu 3 kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu
tengah malam
-moginupus
 Bermaksud simpati terhadap simati
 Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai simpati terhadap
si mati
 Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa saja yang terdapat disekeliling rumah
sebagai tanda marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian
 Bagi keluarga yang kaya kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengebumia sebagai
penghormatan terakhir
 Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nisan kubur simati

PANTANG LARANG KAUM KADAZAN


Kelahiran

-pantang larang ibu mengandung


 Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
 Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
 Suami tidak boleh memotong rambut nanti rambut anak panjang
 Tidak boleh makan buah mengandungi air
 Tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau lembu-bibir anak sumbing
 Tidak boleh siat telinga binatang-telinga anak tidak sempurna

-pantang larang sewaktu bersalin


 Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin atau syaitan
 Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air
 Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah-ditakuti diganggu oleh
roh jahat seperti rogon gaiyah
 Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama

-Pantang larang hubungan lelaki dan perempuan


 Berkehendak-perlakuan buruk dan hina seperti berkhalwat
- Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar denda atau kemalun kepada
pihak gadis
- Mengandung-dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut
 Madagau-bersekedudukan
-pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat
-lelaki bayar kemalu kepada perempuan

-pantang larang kematian


 Unggun api dibuat disekeliling rumah-pagar rumah dari roh jahat
 Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu
 Mihad-menangisi mayat
 Dua lelaki menunggang kuda atau kerbau keliling kampong
 Menerima sejemput beras atau garam
 Garam dilarut untuk membuang panas pud nya (badi atau roh jahat)
 Beras supaya tanaman tidak rosak oleh pud nya itu
 Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai kain bendera kubur
 Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah
 Mayat ditanam bersama barang-barangnya
 Hidung,mata,telinga dan ekor haiwan ternakan dibuat sajian si mati
 Papakan-sajian simati dalam gelap

 Mamupus-keluarga si mati beri amaran roh tidak kembali

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM IBAN


Adat resam kaum iban
secara tradisi kehidupan masyarakat iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait
dengan sistem pertanian berhuma ( bumai ) padi. Diatas kepercayaan kepada semangat padi maka
pelbagai perayaan ( gawai ) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun.
Gawai
 Diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung pada jenis dan tujuannya
 Tuai burung – melihat gerak geri dan bunyi burung untuk memulakan acara
 Tuai rumah – ketua dalam rumah panjang
 Apakala sampai kepada pembaca sampi ( sampi ) doa dan tusut (salasilah) maka lemambang akan
melakukan dengan melagukan pengap jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka manang akan
melakukannya untuk pengubatan.
 Raja entala – kuasa ketuhanan yang melahirkan manusia yang mmenurunkan orang iban yang
member segala macam upacara , gawai dan pantang larang peraturan hidup yang bernama adat.

 Untuk memulakan kehidupan bertani maka tuai burung akan melakukan beburung iaitu melihat dan
mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau
buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya.Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan
mendatangkan bala serta kematian. Manang ( pawang ) akan menggunakan hati babi hutan. Penyakit
dikatakan berpunca daripada perlanggaran adat terutama pantang ( mali ) dan larangan dalam
berbagai upacara kepercayaan, kehidupan social dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap
pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil
hutan.

 Disepanjang tahun masyarakat iban merayakan suatu jenis gawai tertentu bergantungkepada tahap
bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat ataupun terelak dari
bahaya.

 Gawai utama ialah gawai yang berkaitan dengan pertanian seperti gawai batu dan gawai benih. Jika
berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan gawai kenyalang atau gawai burung, suatu
perayaan yang amat besar melibatkan seluruh rumah panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi gawai
terbesar ialah gawai antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang mereka

 Dalam gawai utama inilah semua semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk tuai burung,
tuai rumah. Lemambang dan mungkin manang. Semua anggota rumah dan jiran jiran dari rumah
panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap antu atau roh orang
yang berkuasa terutaman antu arwah-arwah roh dari seluruh ketua yang telah meninggal. Sepanjang
malam lemambang akan melagukan pengap atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam
untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah
panjang dan semua bergembira.

 Kehidupan masyarakat iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam
rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan
dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk
nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang serta taboo yang berat

Pantang larang kaum iban


Pantang larang ketika makan
seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan
mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan
selepas makan mereka dilarang tidur dan mandi

 Pantang larang ketika tidur


mereka dilarang menunjuk dahan reput di atas pokok
dilarang tidur dikawasan terlalu bersih atau terlalu cantik kerana percaya kawasan itu berpenunggu

 Pantang larang untuk bersukan


tidak dibenarkan mandi selepas bersukan

 Pantang larang budaya mengurut


dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran

 Pantang larang semasa mengandung


dilarang menggali parit dikawasan padi atau dimana mana sahaja
dilarang memotong pokok yang menjalar diatas tanah kerana dibimbangi akan menghalang
pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak
dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut bayi yang bakal bakal lahir
agar tidak bernanah
suami istritidak boleh mengetuk telur mengguanakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan
cacat penglihatan
tidak boleh memikul batu bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh
tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa
dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai