Anda di halaman 1dari 4

Malaysia merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup

dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia Melayu, Cina dan India
telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga merupakan
tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya
termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat
dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita
dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-
orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang
diturunkan secara lisan turun temurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu
dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat
khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh
diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip
dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang
larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung.Sebenarnya pantang larang
yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang
sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa
perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-
kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.

PERKAHWINAN MELAYU

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang larang buat bakal
mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid
kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal
pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-
apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum
diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal
nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan
membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut
terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang
mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum
naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas
maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air
kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan
organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-
angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan
jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar
pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian
yang tidak baik.

PANTANG LARANG ORANG INDIA

PERKAHWINAN

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil
tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang
larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan Pantang larang semasa merisik adalah
bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal
pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak
sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat
berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan
tersebut  akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan
kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging
lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan
pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang  kerana keadaan ini membuktikan tradisional
budaya dan unik terhadap kaum india
PERKAHWINAN ORANG CINA.
1.       Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majilis kebumian selama 3 bualn
sebelum dan selepas majilis perkhawinan.
2.       Hiasan dalam majilis perkhawinan tidak digalak untuk mengunakan warna putih, biru tua
hitam dan hijau.
3.       Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam
kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
4.       Nombor genar sering digunakan dalam majilis perkhawinan. Menurut kepercayaan orang
cina, majilis perkhawinan yang tidak mengikut protocol yang ditetapkan adalah perkhawinan
yang tidak sah.
................................................................................................................................
Kumpulan etnik kedua terbesar adalah masyarakat Cina Malaysia yang membentuk kira-kira
25% jumlah penduduk. Kebanyakannya berketurunan imigran Cina yang datang semasa kurun
ke-19. Mereka terkenal dengan ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Sebelum tiba
hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.Adalah
tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada
hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat cina pada
masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam
benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-
baiknya berwarna putih,merah atau kuning.Warna hitam,biru dan kelabu adalah dilarang
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Kaum Cina
mempunyai adat yang bercanggah dengan agama mereka dan pantang larang yang mereka
perlu patuti semasa perkahwinan. Masyarakat Cina tidak begitu banyak percanggahan dengan
adat dan agama mereka semasa perkahwinan. Mereka lebih tertumpu kepada pantang larang
sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Ini kerana masyarakat Cina tidak terlalu mematuhi
pantang larang dan percaya kepada pantang larang. Mereka percaya, jika mereka melanggar
pantang larang itu, hidup mereka akan ditimpa bencana.

Kebanyakan masyarakat Cina mengamalkan pantang larang sebelum dan selepas majlis
perkahwinan. Antara contoh pantang larang mereka ialah bakal pengantin  tidak digalakkan
untuk menghadiri majlis pengebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis 
perkahwinan. Selain itu, masyarakat Cina juga tidak menggalakkan hiasan dalam
majlis perkahwinan menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur
bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan
bukannya diletakkan pada sudut bilik. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, majlis
perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.

KAUM KADAZAN
Upacara perkahwinan
                -merisik-prosesnya memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan diwaktu pagi
manakala waktu petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan. Cincin
tanda dipanggil cincin menanti mimpi dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan dibawah bantal
ibubapa.
-hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki seperti makanan babi atau kerbau. Alat istiadat seperti
canang gong (tinokol) tempayan (tajau). Barang sakti untuk teguhkan semangat.Tasor (tempat
pinang yang dibuat oleh tembaga atau perak)
-pesta perkahwinan dirumah perempuan sesingkat 2-3 hari.
-upacara adat yang khas-suami isteri makan sepinggan, tanda bersatu
-ibubapa si lelaki tidak boleh berada disitu selagi suami isteri belum sah bersatu
-pesta mivazaa (bertandang kerumah mentua) diadakan.
-pesta dirumah pengantin lelaki mestilah lebih kecil
-perkahwinan antara sepupu adalah sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan
babi sebagai membayar kepanasan.

Anda mungkin juga menyukai