Anda di halaman 1dari 7

Latar Belakang Kaum Melanau Di Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Bahasa

Bahasa Melanau tergolong di bawah induk bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia.


Bahasa Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga bahasa Austris
dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.
Kelompok dialek Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang
utama.
1. Kawasan Rajang: – Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu
2. Kawasan Mukah: – Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan
persekitaran Mukah-Dalat
3. Kawasan Balingian-Tatau: – Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di
muara sungai dan kawasan persisiran
4. Kawasan Bintulu – Sungai Kemena dan Sebiew

Dalam “Sarawak Gazzette” 1972, I.C.F.S. Clayre menyatakan bahawa orang-orang


Siteng di Mukah adalah hampir sama dengan bahasa orang-orang Melanau di Tatau.
Bahasa ini pula ada persamaan dengan bahasa yang digunakan oleh orang-orang
Punan Ba. Clayre seterusnya menerangkan bahawa dialek Melanau di Bintulu adalah
hampir sama dengan bahasa kaum Sekapan di Belaga, yang mempunyai banyak bunyi
sebuta / y /, / z /, dan / q /.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal” yang
dibentangkan dalam Seminar Budaya Melanau 1988, Encik Zaini Ozea dari Dewan
Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak menyatakan bahasa bahasa Bintulu
mempunyai hubungan yang dekat atau banyak persamaan dengan bahasa Melanau.
Walaupun bahasa Bintulu tidak dapat difahami oleh Melanau lain kecuali melalui
pembelajaran, namun bahasa itu masih dapat dianggap sebagai bahasa orang Melanau
kerana pengenalpastiaan Melanau di Bintulu tidak hanya pada aspek-aspek lain seperti
adat resam.

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak.


Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu
baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini
merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat
Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam
ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan
juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih
diteruskan hingga ke hari ini.

Pengenalan

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya


masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi
kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu
cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap
mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam
aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut:

KELAHIRAN

>> Sewaktu Mengandung

Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat
Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang.
Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan
seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam
seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh
makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan
yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini
anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami
juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu
yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi
sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam
kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak
boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga
tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.
Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana
dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

>> Selepas Lahir

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang
melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga
dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang
jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut
dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan.
Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama
tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa
keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas
balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di
badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak.
Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di
kalangan masyarakat Melanau.
>> PERKAHWINAN

Pengenalan.

Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat


diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat
dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain.
Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan
pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu
dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat
menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu,
asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang
dan majlis perkahwinan.

>> Merisik

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial


yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan
status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah
keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial
keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau
belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh
dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

>> Meminang

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan
perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa
orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran
peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa
dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil
keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan
itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui
bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak
perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada
pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik
pihak perempuan.

>> Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis


‘peramas’ iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini
berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan
hadiah mas kahwin iaitu ‘penyekab’ dan ‘berian’ dan hadiah lain seperti ‘adat menuga’,
‘adat mebin’ dan ‘pakan’ sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul
dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya
iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah
kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh
sanak saudara, jiran dan sahabat handai.

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari.
Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan
persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan
yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan
oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-
sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka
disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan
menghadiahkan ‘adat pahe’ kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini
sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut,
dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah


pengantin perempuan untuk menjalani ‘adat petudui’ iaitu penyerahan pelbagai barang,
antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin
lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin
dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak
boleh tidur pada waktu siang.

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan
nasi temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua
pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara ‘begendang’, iaitu tari-
menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum
sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan.
Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-
bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini
juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin
mengancam pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan
upacara bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.

>> Bangsa Sembilan Pikul

Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua
bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan
amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas
dengan corak tertentu) dan sebuah tumo’ (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk
tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak
sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan
tersebut.

Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga
kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah
lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai
syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan
sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak
perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan
sehari sebelum tarikh perkahwinan.

Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin


lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan
kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai
bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya.
Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan
menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas
dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah
yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis
kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah
kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe’.

Terdapat tiga bentuk adat pahe’ yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu
pahe’ Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong)
dan sembilan biji manik (kehet). Pahe’ Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik
pasin. Pahe’ Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe’ Keman adalah lima biji manik
pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin
lelaki.

Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah pengantin


perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan dengan acara malam
pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat pedudui adalah seperti berikut:

· Satu amas emas


· Tujuh biji manik kehet
· Lima manik tilak
· Sepasang gelang perak
· Empat bilah lembing
· Dua belas belan
· Sehelai kain lugi
· Tiga ketul damar
· Bagou tulei (bekas damar yang diperbuat daripada tembaga)
· Bulang anyaman
· Sebilah lembing untuk mengikis damar
· Satu terusuong (seperti bentuk kon untuk ceduk air)

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas pengantin. Setelah
itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik. Pengantin lelaki memberi cincin
emas kepada pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang
perak yang diikat dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut
tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin tidak dibolehkan
keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini dinamakan sebagai adat pedudui yang
mensyaratkan mereka tidak boleh mandi di sungai atau tidur pada waktu siang.
Sungguhpun demikian pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa
mereka.

>> Bangsa Tujuh Pikul

Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul hampir sama.
Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri
daripada tujuh amas emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang
emas dan sebuah tumo’. Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning
sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai.

Adat Menuga’ adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau wang tunai.
Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh
pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah lelaki, dia diberi
sebuhuong pranakan bercura’ (kain tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe’
makad juga akan dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu
amas emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-manik dan
diikat dalam kain hitam. Dalam adat petudui katil akan disediakan empat bilah lembing.
Kemudian tiga ketul damar disediakan bersama perkakas seperti bagou tulei, kila,
sebilah mata lembing dan terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam
tembikar kecil. Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan
beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik tilak, sepasang
gelang perak dan bibe’ kuali.

>> Bangsa Tujuh Beritih

Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti sebentuk cincin
yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang padi diletakkan di dalam
segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa yang diletakan di dalam bukor dan
ditudung. Penyekab pula terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir,
pinggan tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada
barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati atau harta yang
lain senilai dengan tembaga tersebut. Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul
barang tembaga kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang
diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa
pengantin perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi
kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe’ mukad yang mengandungi satu amas emas, lima
biji manik tilak yang diikat bersama bibe’ kuali dan sepikul barang tembaga kuning
(menuga).

Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan dengan bagou tulei,
kila’ (sebilah mata lembing) dan terusung. Barang-barang lain pula digunakan kecuali
minyak kelapa yang diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud
lagi di kalangan yang berkedudukan paling rendah. Ini disebabkan golongan seperti ini
tidak wujud lagi dalam masyarakat Melanau.
>>> Peraturan Dalam Perkahwinan

Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa
peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan
pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh
mereka ialah:

· Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah
dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami
dan isteri.
· Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan
perut isteri sakit atau memulas.
· Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun
koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.
· Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh
sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

Anda mungkin juga menyukai