Anda di halaman 1dari 32

KAUM MELANAU

Disediakan oleh : Angie Chiew Lim Lee Fei Yong Dick Ung

Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya.

Rumah Kaki Tinggi Orang Melanau

Asal Usul Melanau Melanau


Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. y Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama.
y

Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." y Dari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'. y 'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini.
y

Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. y Pekerjaan ini dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. y Daun-daun 'mulong' dijadikan umpan.
y

Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba. y Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawa mereka juga mungkin terancam. y Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao) atau 'Mindanau' (Mindanao). y 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang didiami orang Melanau sekarang.
y

Kelompok Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang utama.
1. Kawasan Rajang: - Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu 2. Kawasan Mukah: - Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan persekitaran Mukah-Dalat 3. Kawasan Balingian-Tatau: - Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di muara sungai dan kawasan persisiran 4. Kawasan Bintulu - Sungai Kemena dan Sebiew

Oleh sedemikian, kelompok yang berbeza tempat menggunakan dialek Melanau yang agak berbeza.

Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Oleh sedemikian, Melanau merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. y Namun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. y Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. y Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
y

Adat Resam Dan Pantang Larang Kaum Melanau

KELAHIRAN
Sewaktu

Mengandung Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. 1Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk.

hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. 1 Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. 1 Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. 1 Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing.
1 Wanita

1 Si

suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. 1 Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. 1 Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. 1 Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Selepas

Lahir 1Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. 1Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan.

1Sesiapa

yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal. 1Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

1Bagi

bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.

PERKAHWINAN
y

Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih.

Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

Merisik
y

y y

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum.

Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

Meminang
Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. y Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu.
y

Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. y Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.
y

Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu perkahwinan kerana ditangkap basah. y Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. y Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan.
y

Pernikahan boleh juga diadakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. y Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.
y

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. y Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. y Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan.
y

Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. y Ketibaan mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. y Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. y Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.
y

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. y Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misalnya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.
y

y y

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suapmenyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara 'begendang', iaitu tari-menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam.

Pada hari ketujuh, diadakan upacara membebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. y Upacara membuang pantang ini juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mungkin mengancam pasangan suami isteri itu. y Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria dan mandi-manda beramairamai di tepi pantai.
y

Peraturan Dalam Perkahwinan (Adat rumah tangga) tangga)


 Oleh

kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah:
o Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri. o Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

oPakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri. oIsteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

SEKIAN TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai