Anda di halaman 1dari 3

oneplusoneminusone.wordpress.

com
https://oneplusoneminusone.wordpress.com/2012/08/09/budayadanadatresamkaummelanau/

BUDAYA DAN ADAT RESAM KAUMMELANAU


August 9, 2012

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya


masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi
kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu
cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai
budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam
aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam
atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
Pengenalan
Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya
masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi
kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu
cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai
budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran.
Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut:
KELAHIRAN
>> Sewaktu Mengandung
Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat
Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang.
Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan
seperti tidak boleh memakan buahbuahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam
seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh
makan pucukpucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang
dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak
dalam kandungan akan melecur seluruh badan.
Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami
juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang
bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si
suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan
diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat
kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh
memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa
mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakuttakutkan kerana dikhuatiri akan
menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.
>> Selepas Lahir
Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat.
Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang

daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu
dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki
mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang
ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari.
makanan dan barangbarang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar,
jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.
Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas
balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di
badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.
Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak.
Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di
kalangan masyarakat Melanau.
>> PERKAHWINAN
Pengenalan.
Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat
diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat
dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain.
Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan
pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu
dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat
menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu,
asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang
dan majlis perkahwinan.
>> Merisik
Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial
yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan
status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah
keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial
keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau
belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh
dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.
>> Meminang
Pada hari yang telah dipersetujui oleh keduadua belah pihak keluarga lelaki dan
perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa
orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran
peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa
dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga
lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu.
Keduadua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama.
Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan
yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki
tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak
perempuan.
>> Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besarbesaran kecuali perkahwinan jenis peramas


iaitu perkahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung
beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas
kahwin iaitu penyekab dan berian dan hadiah lain seperti adat menuga, adat mebin
dan pakan sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara
pernikahan. Pernikahan boleh juga diadakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari
diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah keduadua belah
pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran
dan sahabat handai.
Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari.
Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan
persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan
yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan
oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama
sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka
disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan
menghadiahkan adat pahe kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat
penting kerana selagi pengantin perempuan belum menerima hadiah tersebut, dia
dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.
Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah
pengantin perempuan untuk menjalani adat petudui iaitu penyerahan pelbagai barang,
antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin
lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, keduadua pengantin
dikenakan pelbagai pantang larang, misalnya tidak boleh mandi di sungai dan tidak
boleh tidur pada waktu siang.
Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi
temuan. Semasa jamuan berlangsung upacara suapmenyuap antara keduadua
pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara begendang, iaitu tari
menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum
sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan.
Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara membebaskan
mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini juga
bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mungkin mengancam
pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria
dan mandimanda beramairamai di tepi pantai.

Anda mungkin juga menyukai