Anda di halaman 1dari 2

jkkn.gov.

my

http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakatorangasli0

Masyarakat Orang Asli


Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh
negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri negeri yang banyak
ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya.
Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Ali didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan
animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa dewa, keramat, roh dan sebagainya.
Pandangan hidup (world view) mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di
persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya dianggap
sebagai mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini. Ini telah membawa perlakuan
perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan kepercayaan mereka.
Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan dan mementingkan
sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil batin
yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjdi penghubung
kepada masyarakat luar. Beliau juga berkuasa menentukan dan menetapkan peraturan berkaitan
puak dan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakuakn oleh ahli ahli. Di samping itu,
komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh yang berperanan
dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka.
Perubahan yang melanda masyarakat ini ada kaitan dengan kepercayaan mereka terhadap
animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada tahun 1957. Ini kerana gerakan
dakwah agama lain termasuk Islam semakin kuat ke atas masyarakat ini. Namun masih banyak
lagi mengamalkan unsur unsur animisme dan proses sinkretisme dengan agama agama lain.
Lawatan dan Kunjungan
Lawatan biasa lebih disukai sekiranya dibuat di waktu petang, kerana pada siang hari mereka
selalunya sibuk dengan kerja masing masing. Umumnya msyarakat orang Asli bekerja sendiri
seperti berladang, mencari dan menjual barang barang hutan, menangkap ikan, memburu dan
sebagainya.
Apabila sampai di rumah irang yang dilawati, seseorang tetamu itu eloklah menunggu di tepi rumah
dan berbuat buat batuk sepaya di dengari oleh tuan rumah. Panggilan lazimnya dibuat dengan
memanggil nama anak sulung tuan rumah. Sekiranya anak sulung tuan rumah itu bernama Aalang
maka panggilan bolehlah dibuat seperti.. Bapak Si Alang ada di rumahkah?.
Petang dan malam adalah waktu untuk berehat dan bersuka ria. Di masa ini tidak ada halangan bagi
kawan kawan dan lain lain kenalan datang ke rumah. Sekiranya seseorang tetamu sampai ketika
tuan ruamh sedang makan maka lebih disukai jika tetamu itu turut makan bersama dengan tuan
rumah. Adalah dianggap kurang sopan jika tetamu menolak jamuan yang dihidang oleh tuan rumah.
Masyarakat Orang Asli sangat suka sekiranya tetamu mereka sudi menikmati jamuan yang
dihidangkan.
Lawatan dan kunjungan ini selalunya ialah untuk berbual bual atau mendengar kisah kisah lama.
Ini akan mengembalikan ingatan ingatan manis dan peristiwa peristiwa yang menarik. Kadang
kala, masa masa seperti ini juga digunakan untuk menuntut ilmu jampi serapah.
Kelahiran
Seorang suami pula kebiasaannya akan terus memberitahu jiran tetangga apabila isterinya hendak
bersalin. Adalah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita mengunjungi si isteri untuk memberikan
pertolongan setakat yang mampu.
Orang orang Asli tidak suka jika pelawat pelawat yang datang berkunjung memuji memuji akan
kecantikan tubuh badan si anak yang baru lahir. Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji

kecantikan tubuh badan si anak yang baru lahir. Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji
puji dengan kata kata seperti amboi, comelnya bayi ini, maka hantu hantu yang berdekatan
akan mendengar dan mengambil bayi itu. Keadaan ini terbukti apabila bayi itu sakit, demam dan
sebagainya.
Beberapa pantang larang juga perlu dipatuhi oleh seorang ibu yang sedang mengandung. Pantang
larang ini juga dikenakan kepada si suami. Di antara pantang larang yang dianggap penting ialah si
suami misalnya tidak boleh menjala ikan. Suami dan isteri dilarang memakan daging rusa dan
kijang.
Perkahwinan
Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Bagi suku
kaum Orang Asli di kawasan Selangor misalnya, kedua dua pangantin terpaksa mendengar nasihat
nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja yang hadir terutamanya yang diberikan golongan tua
mengenai tanggungjawab seorang isteri atau suami. Nasihat nasihat ini kadangkala mangambil
masa berjam jam lamanya.
Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke majlis majlis
perkahwinan. Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakkannya dari kampung kampung
jiran lazimnya akan hadir tanpa jemputan secara rasmi. Jamuan nasi akan diberikan kepada sesiapa
yang datang sehinggalah bekalan habis.
Kematian
Biasanya apabila diketahui ada kematian di sesebuah kampung kerja kerja seperti berladang,
memburu ataupun membuat rumah akan diberhentikan dengan serta merta. Mengikut kepercayaan
sesiapa jua yang meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian, ia akan ditimpa
malapetaka ataupun jatuh sakit.
Ketika ada kematian, semua kanak kanak dicontengkan telinga mereka dengan kapur yang telah
dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala hantu
syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati tidak akan mengacau kanak kanak yang telah
memakai pengandang. Pengandang ini penting terutamanya di waktu malam.
Mayat si mati selalunya akan diringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian besar penduduk
kampung berkenaan. Setelah selesai mengebumikan mayat, keluarga si mati akan menghantar
makanan serta memasang api di tepi kubur itu pada tiap tiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam
tempoh masa yang sama unggun api yang dipasang di bawah rumah si mati. Pasir halus yang telah
dijampi ditabur tabur di sekeliling dinding rumah dengan tujuan supaya terkena mata hantu yang
masih ada lagi di kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6 hari kerana roh si
mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan kubur dalam jangka masa itu.

Anda mungkin juga menyukai