Anda di halaman 1dari 2

bkree66.blogspot.

my

http://bkree66.blogspot.my/2011/07/implikasikepelbagaiansosiobudaya.html

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan
memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara
umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Implikasi kepelbagaian
sosiobudaya ini melibatkan murid, guru,sekolah dan kurikulum tersirat .
Murid
Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seharusnya
berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap
rakan bangsa lain. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik
supaya tidak terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh murid tidak harus dipertikaikan dan
aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan
mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira
anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid
dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam
masyarakat majmuk di negara kita.
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh muridmurid semasa berada di
sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran. Unsurunsur dialek
mengikut kaum hendaklah dielakkan, dan murid harus sentiasa berinteraksi dengan
menggunakan bahasa yang betul. Laras bahasa yang tepat akan membantu murid
berkomunikasi dengan lancar.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina
mengikut batasbatas yang sepatutnya. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan
perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina dan saling menghormati antara satu
sama lain.
Kemahiran juga berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan
budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui cara bertutur,
pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alatalat tertentu seperti
komputer, telefon dan sebagainya.

Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan
sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk programprogram yang
bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi
mengurangkan segala tingkahlaku negatif.
Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh
emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan bermatlamat.
Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek
nilainilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru.
Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap
disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan kasih
saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka

kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti.


Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan kadar
ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang
berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran
subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan oleh
bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan menjadi
sebuah rumah yang menepati slogan bilik darjahku, rumahku.
Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun harus
diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran mengawal kelas
sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Murid murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti,
supaya murid lain tidak menjadi pak turut. Guru mesti mencuba membantu
menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak
berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan
dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya
tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru.
Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan
berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi
lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk
perangai murid memang mengambil masa yang lama.
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada
masanya.

Anda mungkin juga menyukai