Anda di halaman 1dari 12

20/8/2014

strategi

mujahid.tripod.com

http://mujahid.tripod.com/strategi.html

strategi
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:
Satu Kerangka Umum

Oleh:
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal
Unit Matematik MPKTBR

Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran
mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman
sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi,
1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan
(competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan
dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).
Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of
student learning as their primary professional objective
(NCTM, 1980: 25)
Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya:
Perancangan mengajar
Pelaksanaan pengajaran
Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai
Pengayaan dan pemulihan
Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
Pengurusan bilik darjah
Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik
Perancangan pengajaran dalam matematik
Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi
pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

1/12

20/8/2014

strategi

berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine,
1973 ). Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut :
Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik
Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara eksplisit
Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia
ada dalam minda pelajar.
Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep
Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya
dalam penyelesaian masalah.
Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar.
Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas.
Selepas kita mengetahui topik serta konsep-konsep yang berkaitan untuk di ajar, kita perlu menyenaraikan
objektif tingkah laku yang bakal dipamirkan oleh setiap murid apabila mereka benar-benar memahami atau
menguasai isi pelajaran yang telah disampaikan. Tingkah laku yang dipamirkan ini juga akan menunjukkan
tahap kefahaman pelajar. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengetahui sama ada pelajar memahami
konsep segitiga. Kita boleh melibatkan beberapa objektif tingkahlaku yang boleh menjadi bukti bahawa pelajar
telah memahami konsep segitiga, antaranya :
Melukis segitiga : Pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas se keping kertas dengan
menggunakan pensel dan pembaris.
Memilih bentuk : Pelajar sepatutnya dapat memilih bentuk segitiga daripada set pelbagai bentuk yang
dipamirkan kepada mereka.
Menyatakan definisi : Pelajar dapat menyatakan definisi segitiga dengan tepat sama ada secara lisan
atau bertulis.
Sesuatu objektif biasanya ditentukan bagi sesuatu tempoh pengajaran, sama ada untuk satu masa atau dua
masa, bergantung kepada isi pelajaran dan peruntukan masa mengajar. Pemilihan objektif tidak hanya
menentukan tahap kefahaman seseorang pelajar, malah ia juga akan menentukan kaedah dan alatan yang
sesuai digunakan. Sebagai contoh, katakan objektif yang dipilih berbunyi : " murid dapat menambah dua
nombor satu digit dengan satu digit ". Jika tajuk berkenaan baru mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti
untuk membimbing murid memahami konsep ' pengumpulan ' atau ' penyatuan ' antara dua set benda.
Pengajaran bermula dengan aktiviti konkrit di mana para pelajar akan terlibat secara aktif, memanupulasi
bahan-bahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan. Setelah murid memahami konsep
penambahan, mereka seterusnya akan dibimbing untuk menguasai fakta asas tambah. Aktiviti untuk
penguasaan kemahiran tidak banyak melibatkan manipulasi bahan maujud berbanding dengan aktiviti
semasa penguasaan konsep.
Setelah mengenalpasti objektif pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu menyenaraikan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Pengajaran sebaiknya bermula dengan
mengingat semula pengetahuan sedia ada membuat pengukuhan jika perlu. Kemahiran dalam matematik
bersifat heirarki dan berkesinambungan (Ngean, 1984). Kegagalan menguasai konsep dan kemahiran awal,
akan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran kemahiran berikutnya.
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

2/12

20/8/2014

strategi

Perancangan seterusnya ialah menentukan teknik atau kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semua teknik atau kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya
dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984).
Pelaksanaan pengajaran dalam matematik
Pendidik matematik yang berjaya mestilah mampu untuk :
mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan proses pengajaran
dan pembelajaran
menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep atau
dalam aktiviti penyelesaian masalah.
mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah pembelajaran, emosi, fizikal,
disiplin dan sebagainya )
menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari segi tahap
pencapaian dan minat terhadap matematik
menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta berani menjawab dan mengemukakan
sebarang pandangan dan kemusykilan
memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat untuk mempelajari
matematik
mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya dalam kehidupan seharian
mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang digariskan.
menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.
Setiap guru mempunyai gaya , teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti,
pengalaman, dan latihan yang diterima (Shaharir, 1984). Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara
penyampaian dan pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun begitu, kaedah umum yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masih sama. Beberapa kaedah umum yang perlu
difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik ialah :
1. Penglibatan aktif ( active involvement )
Satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti seperti menulis, perbincangan
secara lisan serta pergerakan yang melibatkan anggota badan (D' Augustine, 1973 ). Setiap pelajar terlibat di
dalam mengembangkan sesuatu konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif, penekanan
pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya
tertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis, 1992). Penglibatan
pelajar secara aktif adalah merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan
proses asimilasi yang menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui
penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka, dan ianya
tidak akan berlaku secara pasif (Ibrahim, 1994; Nik Azis, 1992; Aida Suraya, 1997).
2. Perbincangan dan penemuan ( Discussion and discovery )
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

3/12

20/8/2014

strategi

Perbincangan adalah satu kaedah yang akan dapat meningkatkan interaksi harmoni di kalangan pelajar di
samping dapat menyedia serta mengukuhkan input dalam sesuatu proses pembelajaran. Perbincangan yang
bermakna akan dapat memupuk semangat setia kawan dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Banyak nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui kaedah ini di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti.
Pelbagai idea dan situasi dapat dikait dan dikembangkan sesuai dengan dunia matematik yang luas (Forsten,
1992).
Manakala penemuan adalah satu teknik pengajaran di mana para pelajar akan mengkaji sesuatu situasi yang
berstruktur atau tidak berstruktur sehingga mereka memperolehi satu kesimpulan yang baru (D' Augustine,
1973; Husen & Postlethwaite, 1970). Kaedah penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat,
menganalisa dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti
membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Kaedah penemuan
boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuan terpimpin
(guided discovery) (Sobel & Maletsky, 1972). Dalam matematik banyak konsep, rumus dan hukum boleh
dipelajari dengan menggunakan kaedah penemuan. Contohnya , murid-murid boleh menemui teorem
Pythagoras, rumus luas segitiga, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan sebagainya.

3. Analogi ( Analogy )
Satu teknik pengajaran di mana cerita atau 'perumpamaan' dibuat untuk mewakili seuatu konsep yang hendak
diajar (D' Augustine, 1973). Contoh analogi untuk konsep pembundaran:

Kemana harus saya lompat ?


Mengapa ?
4 Analisis
Satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil mengikut
langkah-langkah penerangan. Kaedah ini menghendaki pelajar perlu mengetahui 'kenapa' sesuatu langkah
atau algorithma iu dilakukan. Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap
sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui 'bagaimana' jawapan diperolehi , bahkan mereka dapat
menjelaskan 'kenapa' sesuatu prosedur itu dilakukan. Kefahaman jenis ini sering kali disebut sebagai
'relational understanding' ( Skemp, 1987), atau 'conceptual understanding' (Resnick & Ford, 1981; Hiebert,
1992; Desforges & Cockburn, 1987), atau 'perceptual interpretation' (Cooney, 1992). Berikut adalah satu
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

4/12

20/8/2014

strategi

contoh penggunaan teknik analisis dalam soalan bentuk mekanis:


24 x 36
= (20 + 4) x 36 cerakinan
= (20 x 36) + (4 x 36) Hukum taburan
= [20 x (30 + 6)] + [4 x (30 + 6)]cerakinan
= [(20 x 30) + (20 x 6)] + [(4 x 30) + (4 x 6)]hukum taburan
= 600 + 120 + 120 + 24 kemahiran pendaraban
= 600 + 100 + 20 + 100 + 20 + 20 + 4 cerakinan
= 800 + 60 + 4 kemahiran menambah
= 864
5. Kaedah eksperimen / kerja praktik
Kaedah eksperimen atau kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk
mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah
di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu
kemahiran. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah
matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kaedah eksperimen telah digunakan secara
meluas. Berikut adalah contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen:
Menyukat air dengan menggunakan bekas dan selinder penyukat untuk mempelajari isipadu cecair
Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali pecahan.
Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang berbagai saiz untuk menemui luas segiempat tepat.
Mengagihkan sebilangan biji gulu ke dalam beberapa bekas yang disediakan untuk memahami konsep
bahagi atau purata.
6. Eksposisi atau ' Direct Instruction '
Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat
bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumat penting yang diterangkan oleh
guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching',
'explicit instruction', 'explicit teaching', and ' active teaching' (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian
dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:
penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari sama ada dengan atau
tanpa alat bantu mengajar.
demonstrasi cara melukis atau membuat sesuatu pembinaan geometri.
penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah matematik.
Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam peringkat
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

5/12

20/8/2014

strategi

perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan.
Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau
bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan
dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.
7. Persembahan kreatif dan inovatif pelajar
Dalam kaedah ini, para pelajar didedah dan digalakkan mengguna bahan-bahan terancang, projektor,
komputer, filem komersil dan bahan audio visual yang tidak melibatkan kos yang tinggi. Guru akan bertindak
sebagai pembimbing, pemerhati di samping menyelia suasana kelas dan pembelajaran. Aktiviti dilakukan
dalam bentuk individu atau kumpulan, bergantung kepada masa, peralatan, kos perbelanjaan dan
sebagainya. Penilaian boleh dibuat untuk menentukan kekuatan dan kelemahan persembahan serta bahan
yang disediakan. Sumbangan dan hasil kerja yang kreatif dan inovatif menjadi objektif utama. Penglibatan
dan sokongan ibu bapa adalah digalakkan.

8. Persembahan dengan audio dan / atau visual


Kaedah ini melibatkan alat pandang dengar seperti overhead projecter, komputer dan sebagainya. Guru-guru
akan mempamirkan bahan-bahan yang telah disediakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau contoh
bagi setiap kemahiran. Pada hari ini, penggunaan komputer dengan kemudahan multimedia dan internet
banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Tg. Zawawi, 1997b).
9. Permainan dan simulasi
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk
minat terhadap matematik (D' Augustine, 1973; Sobel &Maletsky, 1972). Ianya juga akan dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik.
Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah
adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam
matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan
aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian
dalam rekreasi matematik.
Math is more than rote memorization and practice. Math is a creative activity, like drawing or writing or playing
basketball. In fact, one of the best definations of creativity that I have heard says that " creativity is play"
( Flansburg, 1994: 17)
Latihan yang berterusan dan pelbagai
Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran (NCTM,
1989; Cockroft, 1982; Skemp, 1987; Souviney, 1990; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan
pelajar terhadap matematik tidak hanya bergantung kepada kefahaman konsep semata-mata. Latihan yang
mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk benarbenar telah dikuasai sepenuhnya (D' Augustine, 1973).

http://mujahid.tripod.com/strategi.html

6/12

20/8/2014

strategi

Apabila bercakap tentang latihan dalam matematik, ramai yang beranggapan bahawa latihan tersebut
hanyalah latihan bertulis sahaja. Sedangkan latihan untuk tujuan penguasaan kemahiran boleh dalam
berbagai bentuk, sama ada secara tulisan, lisan , permainan dan simulasi atau dalam bentuk projek. Walau
bagaimanapun latihan tersebut seharusnya:
Jelas dan jitu
Merangkumi semua kemahiran atau isi pelajaran dalam sesuatu topik.
Menguji kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
Pelbagai bentuk atau variasi
Berkesinambungan dan saling lengkap melengkapi
Pelbagai aras kesukaran
Termasuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan
Pengabungjalinan dengan topik dan subjek lain
Sama ada 'self-scoring' atau 'easily scored'
Latihan dalam matematik tidak hanya diperolehi dari buku teks atau buku kerja , malah ia boleh didapati di
mana-mana sahaja dalam aktiviti kehidupan seharian (Flansburg, 1994). Oleh yang demikian, perancangan
dan penyediaan soalan latihan hendaklah melibatkan pelbagai situasi dan merangkumi segala aktiviti
kehidupan seharian. Tentu sekali , bentuk soalannya lebih tertumpu kepada aktiviti penyelesaian masalah.
Terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor utama yang mempengaruhi penguasaan matematik seseorang
pelajar (Flansburg, 1994) :
Strategi am dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Ingatan (memory)
Latihan dan amalan yang berterusan
Pengayaan dan pemulihan
Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti
pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai
dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah
(D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan kompenon yang penting
dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989). Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti
pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti
pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982).
Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat
dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak
membeban dan membazirkan masa pelajar. Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah memenuhi kriteria-kriteria yang
tertentu.
Aktiviti pengayaan mestilah dapat:
Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah
Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi menyeluruh
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

7/12

20/8/2014

strategi

Mengembangkan daya kreativiti pelajar


Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan
seharian.
Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar :
Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari
Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya
Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira )
Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik / konsep
Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain.
Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental (IQ yang
rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).
Walau bagaimanapun masalah yang kronik dan kritikal seperti terencat akal, hilang upaya penglihatan dan
pendengaran perlu kepada kelas pemulihan khas.
Penilaian kefahaman konsep, dan penguasaan kemahiran
Penilaian terhadap kefahaman sesuatu konsep dalam pembelajaran matematik perlu dilakukan untuk:
Meramal dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep terdahulu
Menentukan kesediaan murid untuk mempelajari konsep dan kemahiran baru
Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam sesuatu topik amat penting dalam pendidikan
matematik. Selain daripada kemahiran matematik yang bersifat heirarki ( Ngean, 1984 ), penguasaan konsep
yang mantap akan memudahkan aktiviti penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996; Travers, et. al., 1977).
Melaksanakan proses pengajaran kepada kumpulan murid yang belum bersedia dari segi mental dan fizikal,,
akan menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa (D'Augustine, 1973). Penilaian tahap penguasaan
konsep dan kemahiran dalam matematik akan melibatkan beberapa instrumen seperti senarai semak, ujian
pra, ujian diagnostik, ujian pencapaian, dan rekod anekdot.
Menilai tahap kefahaman konsep yang dimiliki oleh seseorang murid lebih sukar berbanding dengan penilaian
prestasi yang berasaskan penguasaan kemahiran (Skemp, 1987; Md. Nor, 1995). Walau bagaimanapun
temubual klinikal akan membantu para guru mendapat maklumat yang sewajarnya (Nik Azis, 1996; Rees &
Barr, 1984; Johansson, 1993). Kaedah 'Newman Error Analysis' juga boleh dimanfaatkan untuk
mengenalpasti punca kesilapan dan kesalahan pelajar khususnya dalam penyelesaian masalah (Newman;
1977). Ujian rujukan kriteria hendaklah diberi keutamaan dan dilakukan secara formatif.
Pengurusan bilik darjah
Sifat seorang pengurus yang mahir dan berkesan adalah penting bagi seseorang pendidik. Pengajaran yang
berkesan amat bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang cekap dan terpimpin. Pengurusan bilik
darjah yang berkesan bergantung kepada beberapa faktor :
Teknik kawalan kelas
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

8/12

20/8/2014

strategi

Penjagaan dan penyusunan rekod


Komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa
Etika dan perhubungan yang profesional
Aktiviti kumpulan yang berkesan
Situasi pembelajaran dalam bilik darjah
Masalah khusus berhubung dengan kemanusiaan
Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai amalan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Amalan ini berlaku menerusi beberapa kemahiran yang perlu
dikuasai oleh para guru sebagai pengurus bilik darjah yang baik:
Pengurusan pengajaran
Bahasa pengajaran
Perancangan strategi
Pengendalian aktiviti
Penggunaan teknologi
Membina iklim pembelajaran yang kondusif
Persekitaran bilik darjah
Suasana interaktif
Orientasi pelajar
Terhadap persekitaran
Terhadap keperluan sekolah dan bilik darjah
Terhadap kurikulum
(BPG, 1998)
Penelitian terhadap kurikulum dan bahan matematik
Penelitian terhadap kurikulum pendidikan matematik sesebuah sekolah, bukanlah tugas dan tanggungjawab
utama seseorang pendidik matematik. Walau bagaimanapun pada masa-masa tertentu, seorang pendidik
matematik mungkin dikehendaki memilih bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kelas matematik. Untuk
pemilihan yang rasional, setiap pendidik matematik seharusnya dapat mengenalpasti dan
mempertimbangkan:
Objektif kurikulum matematik
Skop dan aliran carta
Kriteria penilaian untuk memilih bahan
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

9/12

20/8/2014

strategi

Trenda dan penyelidikan dalam sistem pendidikan yang sedia ada.


Kurikulum meliputi kandungan dan aktiviti, yang sekali gus berkait rapat dengan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran (Collis, 1986; Blane; 1986; Haris, 1991). Meneliti dan memahami kurikulum
bermakna meningkatkan penguasaan dalam strategi pengajaran dan kepekaannya terhadap keperluan
pelajar dan pembelajaran. Selain daripada perancangan dan pelaksanaan pengajaran, penelitian terhadap
kurikulum juga diperlukan semasa penyediaan bahan dan aktiviti penilaian, sama ada penilaian berpusat atau
pun penilaian berasaskan sekolah (PKBS).
Penutup
Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat
memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan
seharian. Guru matematik perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif,
konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996). Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan
pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi
kandungan, kaedah mengajar (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai
sepenuhnya oleh para pendidik matematik.
" Stuff them artistically, creatively and critically "
Bibliografi
Aida Suraya Md. Yunos (1997). Skim Nombor Perpuluhan. Tesis Phd (Tidak diterbitkan).
BPG (1998). Modul Latihan Guru Bestari: Kemahiran Fasilitator. KPM
Blane, D. (1986). "Curriculum Planning, Assessment and Student Learning in Mathematics". Dalam Leder, G.
(Editor). Assessment and Learning of Mathematics. Acer: U.K: 24-43
Cockroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO
Collis, K. F. (1986). "Curriculum and Assessment: A Basic Cognitive Model". Dalam Leder, G. (Editor).
Assessment and Learning of Mathematics. Acer: U.K: 24-43.
D' Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary School. New
York: Harper & Row Publisher.
Desforges, C. & Cockburn, A. (1987). Understanding the Mathematics Teacher: A Study of Practice in
First School. New York: The Falmer Press
Flansburg, S. (1994). Math Magic. Harper Perennial: New York
Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid Professional Books: New
York
Haris Md. Jadi (1991). "Reformasi Kurikulum Di Malaysia". Jurnal Pendidik dan Pendidikan. USM. Jilid
11(1): 1 - 15.
Husen, T. & Postlethwaite, T. N. (1970). The International Encyclopedia of Education: Research and
http://mujahid.tripod.com/strategi.html

10/12

20/8/2014

strategi

Studies. Volume 3 (D-E): 1395. Pergamon Press: New York.


Ibrahim Md. Noh (1994). " Reformasi Pendidikan Matematik". Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar
Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: BPG.
Johansson, B. (1993). " Diagostic Assessment in Arithmetic ". Dalam Niss, M. (editor). Investigation into
Assessment in Mathematics Education. Kluwer Academic Publishers: USA: 169 - 184.
Md. Nor Bakar (1995). "Masalah Pengkonsepan dalam Matematik ". Jurnal Pendidikan UTM. 1(1): 72 - 80.
NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. New York
Newman, M. A. (1977). "An Analysis of 6th. Grade Pupil's Error on Written Mathematical Task". Research in
Mathematical Education in Australia. Vol.5: 239 - 258.
Ngean, Ng See (1984). "Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah di Malaysia". Kertas
yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik. UKM
Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM: Kuala
Lumpur: DBP
PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pemulihan. KPM
PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pengayaan. KPM
Rees, R & Barr, G. (1984). Diagnosis and Prescription: Some Common Maths Problems. London:
Harper & Row, Publishers
Resnick, L. B. & Ford, W. W. (1981). The Psychology of Mathematics for Instruction. Lawrence Erlbaum
Associates: New Jersey
Shaharir Mohammad Zain (1982). " Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Universiti di Malaysia ". Kertas
kerja yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik : UKM
Skemp, R. R. (1987). Psychology of Learning Mathematics. London: Lawrence Erlbaum Associates
Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1972). Teaching Mathematics: A Sourcebook of Aids, Activities, and
Strategies. Prentice Hall: New Jersey
Tengku Zawawi b Tengku Zainal (1997a). Tahap Kefahaman Konsep Pecahan Di kalangan Pelatih KPLI.
Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan).
Tengku Zawawi b Tengku Zainal (1997b). "Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik ". Buletin
Jabatan Sains (JASA).Jilid 1(1):1-6

http://mujahid.tripod.com/strategi.html

11/12

20/8/2014

http://mujahid.tripod.com/strategi.html

strategi

12/12

Anda mungkin juga menyukai