Anda di halaman 1dari 13

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:

Satu Kerangka Umum


 

Oleh:

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal

Unit Matematik MPKTBR

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain.
Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang
tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan
menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a).
Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan
mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar
(NCTM, 1980).

 Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to
the improvement of student learning as their primary professional objective

(NCTM, 1980: 25)

Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran,


antaranya:

 Perancangan mengajar
 Pelaksanaan pengajaran
 Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai
 Pengayaan dan pemulihan
 Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
 Pengurusan bilik darjah
 Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik
Perancangan pengajaran dalam matematik

Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam


menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di
kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang
gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ).
Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting
seperti berikut :

 Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik


 Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran
secara eksplisit
 Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan
skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.
 Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan
sesuatu konsep
 Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu
kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.
 Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
 Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di
kalangan pelajar.
 Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
aktiviti luar kelas.

Selepas kita mengetahui topik serta konsep-konsep yang berkaitan untuk di ajar, kita
perlu menyenaraikan objektif tingkah laku yang bakal dipamirkan oleh setiap murid
apabila mereka benar-benar memahami atau menguasai isi pelajaran yang telah
disampaikan. Tingkah laku yang dipamirkan ini juga akan menunjukkan tahap
kefahaman pelajar. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengetahui sama ada pelajar
memahami konsep segitiga. Kita boleh melibatkan beberapa objektif tingkahlaku yang
boleh menjadi bukti bahawa pelajar telah memahami konsep segitiga, antaranya :

 Melukis segitiga : Pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas se


keping kertas dengan menggunakan pensel dan pembaris.
 Memilih bentuk : Pelajar sepatutnya dapat memilih bentuk segitiga daripada set
pelbagai bentuk yang dipamirkan kepada mereka.
 Menyatakan definisi : Pelajar dapat menyatakan definisi segitiga dengan tepat
sama ada secara lisan atau bertulis.
Sesuatu objektif biasanya ditentukan bagi sesuatu tempoh pengajaran, sama ada untuk
satu masa atau dua masa, bergantung kepada isi pelajaran dan peruntukan masa
mengajar. Pemilihan objektif tidak hanya menentukan tahap kefahaman seseorang
pelajar, malah ia juga akan menentukan kaedah dan alatan yang sesuai digunakan.
Sebagai contoh, katakan objektif yang dipilih berbunyi : " murid dapat menambah dua
nombor satu digit dengan satu digit ". Jika tajuk berkenaan baru mula diajar, guru
perlu menyediakan aktiviti untuk membimbing murid memahami konsep '
pengumpulan ' atau ' penyatuan ' antara dua set benda. Pengajaran bermula dengan
aktiviti konkrit di mana para pelajar akan terlibat secara aktif, memanupulasi bahan-
bahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan. Setelah murid memahami
konsep penambahan, mereka seterusnya akan dibimbing untuk menguasai fakta asas
tambah. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak banyak melibatkan manipulasi
bahan maujud berbanding dengan aktiviti semasa penguasaan konsep.

Setelah mengenalpasti objektif pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu


menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang perlu dikuasai oleh setiap
murid.Pengajaran sebaiknya bermula dengan mengingat semula pengetahuan sedia
ada membuat pengukuhan jika perlu.Kemahiran dalam matematik bersifat heirarki
dan berkesinambungan (Ngean, 1984). Kegagalan menguasai konsep dan kemahiran
awal, akan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran kemahiran berikutnya.

Perancangan seterusnya ialah menentukan teknik atau kaedah yang paling sesuai
untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua teknik atau
kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar mencapai
objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984).

Pelaksanaan pengajaran dalam matematik

Pendidik matematik yang berjaya mestilah mampu untuk :

 mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh


mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran
 menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa
pengembangan konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah.
 mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah
pembelajaran, emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya )
 menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian
pelajar
 mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang
berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik
 menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta
berani menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan dan kemusykilan
 memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat
untuk mempelajari matematik
 mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya
dalam kehidupan seharian
 mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang
digariskan.
 menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.

Setiap guru mempunyai gaya , teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung
kepada personaliti, pengalaman, dan latihan yang diterima (Shaharir, 1984).
Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara penyampaian dan pengendalian aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, namun begitu, kaedah umum yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, masih sama. Beberapa kaedah umum yang perlu
difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik ialah :

1. Penglibatan aktif ( active involvement )

Satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti seperti
menulis, perbincangan secara lisan serta pergerakan yang melibatkan anggota badan
(D' Augustine, 1973 ). Setiap pelajar terlibat di dalam mengembangkan sesuatu
konsep yang diajar.Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat
diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya
tertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis,
1992). Penglibatan pelajar secara aktif adalah merupakan asas penting kepada
pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh.
Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan
pelajar secara aktif. Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka,
dan ianya tidak akan berlaku secara pasif (Ibrahim, 1994; Nik Azis, 1992; Aida
Suraya, 1997).

2. Perbincangan dan penemuan ( Discussion and discovery )

Perbincangan adalah satu kaedah yang akan dapat meningkatkan interaksi harmoni di
kalangan pelajar di samping dapat menyedia serta mengukuhkan input dalam sesuatu
proses pembelajaran. Perbincangan yang bermakna akan dapat memupuk semangat
setia kawan dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Banyak nilai-nilai
murni dapat diterapkan melalui kaedah ini di samping dapat mengasah bakat dan
kreativiti.Pelbagai idea dan situasi dapat dikait dan dikembangkan sesuai dengan
dunia matematik yang luas (Forsten, 1992).

Manakala penemuan adalah satu teknik pengajaran di mana para pelajar akan
mengkaji sesuatu situasi yang berstruktur atau tidak berstruktur sehingga mereka
memperolehi satu kesimpulan yang baru (D' Augustine, 1973; Husen & Postlethwaite,
1970). Kaedah penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat,
menganalisa dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-
kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk
membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu,
penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuan terpimpin (guided discovery)
(Sobel & Maletsky, 1972).Dalam matematik banyak konsep, rumus dan hukum boleh
dipelajari dengan menggunakan kaedah penemuan.Contohnya , murid-murid boleh
menemui teorem Pythagoras, rumus luas segitiga, pemfaktoran ungkapan kuadratik
dan sebagainya.

3. Analogi ( Analogy )

Satu teknik pengajaran di mana cerita atau 'perumpamaan' dibuat untuk mewakili
seuatu konsep yang hendak diajar (D' Augustine, 1973). Contoh analogi untuk konsep
pembundaran:

Kemana harus saya lompat ?

Mengapa ?
 4 Analisis

Satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa


bahagian kecil mengikut langkah-langkah penerangan. Kaedah ini menghendaki
pelajar perlu mengetahui 'kenapa' sesuatu langkah atau algorithma iu dilakukan.
Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap
sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui 'bagaimana' jawapan diperolehi ,
bahkan mereka dapat menjelaskan 'kenapa' sesuatu prosedur itu dilakukan.
Kefahaman jenis ini sering kali disebut sebagai 'relational understanding' ( Skemp,
1987), atau 'conceptual understanding' (Resnick & Ford, 1981; Hiebert, 1992;
Desforges & Cockburn, 1987), atau 'perceptual interpretation' (Cooney, 1992).
Berikut adalah satu contoh penggunaan teknik analisis dalam soalan bentuk mekanis:

24 x 36

 = (20 + 4) x 36 cerakinan

 = (20 x 36) + (4 x 36) Hukum taburan

 = [20 x (30 + 6)] + [4 x (30 + 6)] cerakinan

= [(20 x 30) + (20 x 6)] + [(4 x 30) + (4 x 6)]hukum taburan

= 600 + 120 + 120 + 24 kemahiran pendaraban

= 600 + 100 + 20 + 100 + 20 + 20 + 4 cerakinan

= 800 + 60 + 4 kemahiran menambah

= 864

5. Kaedah eksperimen / kerja praktik

Kaedah eksperimen atau kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang
mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran
matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih
menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu
kemahiran. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran dalam
penyelesaian masalah matematik.Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik,
kaedah eksperimen telah digunakan secara meluas. Berikut adalah contoh aktiviti
yang menggunakan kaedah eksperimen:
 Menyukat air dengan menggunakan bekas dan selinder penyukat untuk
mempelajari isipadu cecair
 Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali
pecahan.
 Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang berbagai saiz untuk menemui
luas segiempat tepat.
 Mengagihkan sebilangan biji gulu ke dalam beberapa bekas yang disediakan
untuk memahami konsep bahagi atau purata.

6. Eksposisi atau ' Direct Instruction '

Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan
menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod
maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti.
Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching', 'explicit
instruction', 'explicit teaching', and ' active teaching' (Husen & Postlethwaite, 1970).
Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:

 penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari
sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar.
 demonstrasi cara melukis atau membuat sesuatu pembinaan geometri.
 penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah matematik.

Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran
dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan
sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan
pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu
dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan
mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang telah disediakan.Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.

7. Persembahan kreatif dan inovatif pelajar

Dalam kaedah ini, para pelajar didedah dan digalakkan mengguna bahan-bahan
terancang, projektor, komputer, filem komersil dan bahan audio visual yang tidak
melibatkan kos yang tinggi. Guru akan bertindak sebagai pembimbing, pemerhati di
samping menyelia suasana kelas dan pembelajaran. Aktiviti dilakukan dalam bentuk
individu atau kumpulan, bergantung kepada masa, peralatan, kos perbelanjaan dan
sebagainya. Penilaian boleh dibuat untuk menentukan kekuatan dan kelemahan
persembahan serta bahan yang disediakan.Sumbangan dan hasil kerja yang kreatif dan
inovatif menjadi objektif utama.Penglibatan dan sokongan ibu bapa adalah
digalakkan.

8. Persembahan dengan audio dan / atau visual

Kaedah ini melibatkan alat pandang dengar seperti overhead projecter, komputer dan
sebagainya. Guru-guru akan mempamirkan bahan-bahan yang telah disediakan untuk
menerangkan sesuatu konsep atau contoh bagi setiap kemahiran. Pada hari ini,
penggunaan komputer dengan kemudahan multimedia dan internet banyak membantu
proses pengajaran dan pembelajaran (Tg. Zawawi, 1997b).

9. Permainan dan simulasi

Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya
kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik (D' Augustine, 1973; Sobel
&Maletsky, 1972). Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus
semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Penggunaan aktiviti permainan
sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah
berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '.Penyelesaian bagi beberapa masalah
dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi,
khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian.Simulasi juga sering
digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi matematik.

Math is more than rote memorization and practice. Math is a creative activity, like
drawing or writing or playing basketball. In fact, one of the best definations of
creativity that I have heard says that " creativity is play"

( Flansburg, 1994: 17)

Latihan yang berterusan dan pelbagai

Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan


penguasaan kemahiran (NCTM, 1989; Cockroft, 1982; Skemp, 1987; Souviney, 1990;
Nik Azis, 1992).Oleh yang demikian, penguasaan pelajar terhadap matematik tidak
hanya bergantung kepada kefahaman konsep semata-mata.Latihan yang mencukupi
perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk
benar-benar telah dikuasai sepenuhnya (D' Augustine, 1973).
Apabila bercakap tentang latihan dalam matematik, ramai yang beranggapan bahawa
latihan tersebut hanyalah latihan bertulis sahaja. Sedangkan latihan untuk tujuan
penguasaan kemahiran boleh dalam berbagai bentuk, sama ada secara tulisan, lisan ,
permainan dan simulasi atau dalam bentuk projek. Walau bagaimanapun latihan
tersebut seharusnya:

 Jelas dan jitu


 Merangkumi semua kemahiran atau isi pelajaran dalam sesuatu topik.
 Menguji kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
 Pelbagai bentuk atau variasi
 Berkesinambungan dan saling lengkap melengkapi
 Pelbagai aras kesukaran
 Termasuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan
 Pengabungjalinan dengan topik dan subjek lain
 Sama ada 'self-scoring' atau 'easily scored'

Latihan dalam matematik tidak hanya diperolehi dari buku teks atau buku kerja ,
malah ia boleh didapati di mana-mana sahaja dalam aktiviti kehidupan seharian
(Flansburg, 1994). Oleh yang demikian, perancangan dan penyediaan soalan latihan
hendaklah melibatkan pelbagai situasi dan merangkumi segala aktiviti kehidupan
seharian. Tentu sekali , bentuk soalannya lebih tertumpu kepada aktiviti penyelesaian
masalah. Terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor utama yang mempengaruhi
penguasaan matematik seseorang pelajar (Flansburg, 1994) :

 Strategi am dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.


 Ingatan (memory)
 Latihan dan amalan yang berterusan

Pengayaan dan pemulihan

Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang
cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan
kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua
jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah (D'Augustine, 1973; Nik
Azis, 1996)). Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan kompenon yang penting
dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989).Aktiviti
pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid
untuk mengatasi masalah pembelajaran.Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis
aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK,
1982).Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di
samping dapat mengasah bakat dan kreativiti.Kedua-dua aktiviti tersebut perlu
dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan
membazirkan masa pelajar.Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah memenuhi kriteria-
kriteria yang tertentu.

Aktiviti pengayaan mestilah dapat:

 Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah


 Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi
menyeluruh
 Mengembangkan daya kreativiti pelajar
 Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik
dalam kehidupan seharian.

Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar :

 Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari


 Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau
yang sebelumnya
 Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira )
 Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu
topik / konsep
 Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain.
 Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah
mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi
(psikologi).

Walau bagaimanapun masalah yang kronik dan kritikal seperti terencat akal, hilang
upaya penglihatan dan pendengaran perlu kepada kelas pemulihan khas.

Penilaian kefahaman konsep, dan penguasaan kemahiran

Penilaian terhadap kefahaman sesuatu konsep dalam pembelajaran matematik perlu


dilakukan untuk:

 Meramal dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep terdahulu


 Menentukan kesediaan murid untuk mempelajari konsep dan kemahiran baru

Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam sesuatu topik amat penting
dalam pendidikan matematik. Selain daripada kemahiran matematik yang bersifat
heirarki ( Ngean, 1984 ), penguasaan konsep yang mantap akan memudahkan aktiviti
penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996; Travers, et. al., 1977). Melaksanakan proses
pengajaran kepada kumpulan murid yang belum bersedia dari segi mental dan fizikal,,
akan menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa (D'Augustine, 1973). Penilaian
tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam matematik akan melibatkan beberapa
instrumen seperti senarai semak, ujian pra, ujian diagnostik, ujian pencapaian, dan
rekod anekdot.

Menilai tahap kefahaman konsep yang dimiliki oleh seseorang murid lebih sukar
berbanding dengan penilaian prestasi yang berasaskan penguasaan kemahiran
(Skemp, 1987; Md.Nor, 1995). Walau bagaimanapun temubual klinikal akan
membantu para guru mendapat maklumat yang sewajarnya (Nik Azis, 1996; Rees &
Barr, 1984; Johansson, 1993). Kaedah 'Newman Error Analysis'juga boleh
dimanfaatkan untuk mengenalpasti punca kesilapan dan kesalahan pelajar khususnya
dalam penyelesaian masalah (Newman; 1977).Ujian rujukan kriteria hendaklah diberi
keutamaan dan dilakukan secara formatif.

Pengurusan bilik darjah

Sifat seorang pengurus yang mahir dan berkesan adalah penting bagi seseorang
pendidik.Pengajaran yang berkesan amat bergantung kepada pengurusan bilik darjah
yang cekap dan terpimpin. Pengurusan bilik darjah yang berkesan bergantung kepada
beberapa faktor :

 Teknik kawalan kelas


 Penjagaan dan penyusunan rekod
 Komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa
 Etika dan perhubungan yang profesional
 Aktiviti kumpulan yang berkesan
 Situasi pembelajaran dalam bilik darjah
 Masalah khusus berhubung dengan kemanusiaan

Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai
amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Amalan ini berlaku
menerusi beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh para guru sebagai pengurus
bilik darjah yang baik:

Pengurusan pengajaran

 Bahasa pengajaran
 Perancangan strategi
 Pengendalian aktiviti
 Penggunaan teknologi

Membina iklim pembelajaran yang kondusif

 Persekitaran bilik darjah


 Suasana interaktif

Orientasi pelajar

 Terhadap persekitaran
 Terhadap keperluan sekolah dan bilik darjah
 Terhadap kurikulum

(BPG,
1998)

Penelitian terhadap kurikulum dan bahan matematik

Penelitian terhadap kurikulum pendidikan matematik sesebuah sekolah, bukanlah


tugas dan tanggungjawab utama seseorang pendidik matematik.Walau bagaimanapun
pada masa-masa tertentu, seorang pendidik matematik mungkin dikehendaki memilih
bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kelas matematik. Untuk pemilihan yang
rasional, setiap pendidik matematik seharusnya dapat mengenalpasti dan
mempertimbangkan:

 Objektif kurikulum matematik


 Skop dan aliran carta
 Kriteria penilaian untuk memilih bahan
 Trenda dan penyelidikan dalam sistem pendidikan yang sedia ada.

Kurikulum meliputi kandungan dan aktiviti, yang sekali gus berkait rapat dengan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (Collis, 1986; Blane; 1986; Haris,
1991). Meneliti dan memahami kurikulum bermakna meningkatkan penguasaan
dalam strategi pengajaran dan kepekaannya terhadap keperluan pelajar dan
pembelajaran. Selain daripada perancangan dan pelaksanaan pengajaran, penelitian
terhadap kurikulum juga diperlukan semasa penyediaan bahan dan aktiviti penilaian,
sama ada penilaian berpusat atau pun penilaian berasaskan sekolah (PKBS).
Penutup

Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai
kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik
perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif,
konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996). Pengajaran matematik yang
berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan
menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah
mengajar (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai
sepenuhnya oleh para pendidik matematik.

Anda mungkin juga menyukai