Anda di halaman 1dari 32

PROGRAM CELIK KIRA

MODUL OPERASI TAMBAH SEBARANG DUA NOMBOR HINGGA TIGA DIGIT


DENGAN MENGUMPUL SEMULA DAN HASIL TAMBAHNYA HINGGA 1000

PENGENALAN
Matematik merupakan daya penggerak pelbagai pembangunan dalam bidang Sains dan
Teknologi. Penguasaan Matematik penting dalam menyediakan satu tenaga kerja untuk menjadi
sebuah negara maju. Hasrat Malaysia untuk menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan boleh
dicapai jika kemahiran-kemahiran pembangunan dan penyelidikan dalam bidang Matematik
dibentuk dari peringkat awal.
Pendidikan di sekolah rendah adalah pendidikan asas. Kurikulum Matematik telah direka
bentuk bagi membolehkan semua murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai
dalam pendidikan Matematik selaras dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Setiap murid dirangsang dan dibimbing untuk menguasai kemahiran asas Matematik dan pada
masa yang sama membentuk murid menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif,
kritikal dan penaakulan serta menyelesaikan masalah.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, kepelbagaian teknik mesti digunakan
dan gaya pembelajaran murid juga perlu diambil kira. Kaedah inkuiri penemuan perlu diberi
penekanan supaya pembelajaran Matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.
Selain itu kaedah ini juga membentuk pelbagai kemahiran abad ke-21. Antaranya ialah
kemahiran interpersonal seperti kolaborasi, arah kendiri, akauntabiliti dan adaptasi,
tanggungjawab sosial dan bertanggungjawab terhadap perbuatan; kemahiran berfikir seperti
kreatif dan inovatif, kritikal dan penaakulan serta menyelesaikan masalah; dan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti literasi maklumat dan media serta
komunikasi.
PERIHAL MODUL
Modul Operasi Tambah Dua Nombor Hingga Tiga Digit Dan Hasil Tambahnya Hingga 1000
merupakan salah satu bahan pengajaran Matematik Tahun Dua untuk sekolah rendah. Modul ini
digunakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas operasi tambah. Modul ini digubal
khusus untuk menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas
mengira melibatkan operasi tambah dalam lingkungan 1000.
Kandungan modul ini dipilih dan disusun supaya dapat menarik perhatian dan minat
murid terhadap operasi tambah serta memberi pengalaman yang secukupnya kepada murid untuk
membina asas yang kukuh dalam penambahan dan seterusnya membolehkan mereka megikuti
pembelajaran Matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

STRUKTUR DAN ORGANISASI MODUL


Modul Operasi Tambah Dua Nombor Hingga Tiga Digit Dan Hasil Tambahnya Hingga 1000
telah dirangka supaya membentuk satu program pengajaran yang lengkap tetapi padat,
merangkumi kandungan yang perlu disampaikan, aktiviti pengajaran da pembelajaran murid
serta pentaksiran kemajuan dan pencapaian. Modul ini hanya mengandungi satu unit
pembelajaran iaitu penambahan dua digit nombor dan hasil tambahnya hingga 1000 dan
dibahagikan kepada dua tajuk:
i. Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula
ii. Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula dari sa ke
puluh; puluh ke ratus; sa ke puluh dan puluh ke ratus

OBJEKTIF MODUL
i. Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru Matematik Sekolah Rendah dalam
Bahasa Melayu.
ii. Mendorong sikap dan keupayaan dalam meningkatkan hasil pembelajaran.

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif Program Bijak Kira adalah untuk:
1. Mendedahkan murid tentang operasi asas tambah bagi sebarang dua nombor hingga tiga digit.
2. Membimbing murid cara penulisan ayat matematik operasi tambah yang betul.
3. Membimbing murid menulis bentuk lazim operasi tambah dengan betul.
4. Mendedahkan cara mencongak yang mudah dengan menggunakan jari dan mulut.
5. Memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan murid.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM


Pada akhir Program Mari Mengira, murid-murid berupaya :
1. Mengenal operasi tambah secara umum.
2. Menulis ayat matematik operasi tambah dengan bentul.
3. Menulis bentuk lazim operasi tambah dengan betul.
4. Mencongak dengan pantas.
5. Bekerjasama dan bersungguh-sungguh melakukan aktiviti berkumpulan.

OBJEKTIF KURSUS
Kursus ini disediakan bertujuan untuk membina pemahaman murid terhadap konsep nombor dan
kemahiran asas dalam operasi tambah dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka
dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab selaras dengan aspirasi menjadi sebuah
masyarakat dan negara maju, dan pada masa yang sama kemahiran ini membolehkan murid
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir pembelajaran kursus, murid dapat:
1. Mengetahui dan memahami konsep, prosedur dan prinsip berkenaan dengan operasi tambah.
2. Menguasai operasi asas tambah.
3. Berkebolehan menggunakan kemahiran dan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan
masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan dan penuh tanggungjawab.
4. Berkebolehan menggunakan bahasa matematik yang betul.
5. Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan matematik.
6. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

MASA PEMBELAJARAN MURID


Tempoh masa kursus ini ialah selama dua hari.

Hari Tajuk Tempoh (minit)


Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa
Pertama mengumpul semula 60

Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan


mengumpul semula dari :
i. sa ke puluh;
Kedua ii. puluh ke ratus; 60
iii. sa ke puluh dan puluh ke ratus

dan hasil tambahnya hingga 1000

PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah satu proses berterusan untuk memastikan hasil pembelajaran tercapai dan
juga untuk mengukur sama ada proses pengajaran dan pembelajaran berjaya dicapai ataupun
tidak. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran perlu memasukkan unsur diagnostik kendiri
supaya murid dapat menilai tahap pencapaian pemahaman konsep, pembelajaran dan dapat
menilai pencapaian matematik mereka.

i. Penilaian berterusan
Penilaian berterusan dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Interaksi secara lisan
Guru menilai pencapaian murid secara lisan melalui teknik penyoalan dan komunikasi murid di
dalam kumpulan semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Teknik penyoalan dapat menguji
pengetahuan dan kefahaman murid serta mengetahui pengalaman sedia ada mereka.

iii. Hasil tugasan individu(Rujuk Lampiran B)


Pencapaian murid dinilai melalui hasil tugasan individu iaitu lembaran kerja yang dibekalkan
oleh guru.

iv. Hasil tugasan berkumpulan(Rujuk Lampiran C)


Hasil tugasan berkumpulan dapat membantu guru membuat penilaian pengetahuan dan
kefahaman pelajar sama ada mereka benar-benar menguasai kemahiran yang diajar. Selain itu,
tugasan berkumpulan juga dapat memupuk sikap kerjasama dan bersungguh-sungguh
menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan.

STRATEGI PENGAJARAN
Pengajaran untuk program penguasaan kemahiran asas mengira operasi tambah adalah
berasaskan modul yang disediakan. Modul ini menganjurkan dua bentuk penyampaian iaitu
verbal dan visual. Verbal merujuk kepada proses pertukaran ujaran menggunakan bahasa lisan
yang berlaku antara guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Roselan, 2003).
Terdapat enam kepentingan interaksi penyoalan lisan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu
memberi fokus kepada murid, meluaskan pemikiran, meningkatkan mutu pemikiran murid,
mengarah dan memandu pemikiran murid, meningkatkan penglibatan murid dan membina
pengetahuan asas murid (Zamri, 2012).
Pendekatan pengajaran yang sesuai untuk menggalakkan pemahaman hubungan dan
logikpembelajaran operasi aritmetik ialah dengan menggunakan gambaran visual (Yung, H. I.,
& Paas, F. (2015). Menurut Barmby, Harries, Higgins, dan Suggate (2007), proses pemahaman
boleh diselesaikan melalui perwakilan visual dengan memberi tumpuan kepada maklumat yang
relevan dan menggalakkan memahami hubungan dan logik. Visual seperti gambar, gambar rajah
adalah satu bentuk yang dizahirkan daripada konsep-konsep Matematik dan telah diiktiraf
sebagai alat yang berkesan dalam pembelajaran Matematik dan penyelesaian masalah
(Ainsworth & VanLabeke, 2004; Gagatsis & Shiakalli, 2004; Zimmermann & Cunningman,
1991). Ia menyokong pembelajaran visualisasi dan interpretasi data kuantitatif dan menyokong
inferens jika maklumat kandungannya lengkap untuk memudahkan proses pembelajaran kognitif
(Ainsworth & VanLabeke, 2004).
Guru disarankan melaksanakan pengajaran dengan menekankan pendekatan yang
dicadangkan:
a) Pendekatan Secara Pembelajaran Masteri
Murid yang berbeza memerlukan masa yang berbeza untuk mencapai tahap penguasaan yang
sama (Bloom, 1981; Carroll, 1963). Apabila mengaplikasi konsep pembelajaran masteri, guru
perlu membahagikan kurikulum kepada unit-unit yang lebih kecil dan menetapkan matlamat
untuk setiap unit tersebut (Anderson, 2000). Murid belajar sesuatu unit dalam urutan logik dan
dijangka menunjukkan tahap penguasaan yang sesuai (contohnya 80%) dalam setiap unit
sebelum bergerak ke unit yang seterusnya. Murid yang tidak menguasai suatu unit akan diberi
bimbingan tambahan (Davis & Sorrel, 1995). Bloom menyatakan bahawa pembelajaran masteri
meningkatkan kecekapan dan menggalakkan sikap positif dan minat belajar (Guskey, 2007).
Pastikan murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum
memperkenalkan kemahiran yang baharu. Murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran perlu
dibimbing dan diajar semula dengan menggunakan strategi yang berbeza daripada pengajaran
sebelumnya.

b) Pendekatan Ansur Maju


Teori Piaget merupakan teori yang paling komprehensif dalam pembangunan kognitif (Lutz &
Sternberg, 1999) dan sejak pertengahan tahun 1960, sifat pemikiran dan pembelajaran kanak-
kanak telah dipengaruhi oleh idea Piaget (Siegler, 1991; Sutherland, 1992; Wood, 1988).
Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada
dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu serta daripada
kasar kepada halus.
c) Pendekatan Didik Hibur
Didik ialah pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan
atau menggirangkan hati (Kamus Dewan, 2000). Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan,
nyanyian, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang. Tujuan pendidikan bukan hanya
semata-mata untuk memilih murid yang bijak dan memberi mereka laluan khas kepada
pendidikan yang lebih tinggi. Sebaliknya pendidikan kini adalah untuk mendidik seluruh
populasi kerana kita tidak boleh membazirkan sebarang pemikiran (Howard Gardner, 2006).
Oleh yang demikian, guru perlu menyampaikan pengajaran dengan menggunakan pelbagai
pendekatan yang menarik dan mengambil kira tahap pencapaian semua murid. Antara ciri-ciri
didik hibur dalam pengajaran ialah (Mashudi Bahari, Zainiyah Md. Zain, Nurfarah Lo Abdullah,
2012) :
i. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan
dan unsur estetik, permainan muzik dan sebagainya.
ii. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran
atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (PdP).
iii. Aktiviti yang dipilih lebih kepada aktiviti berpasangan atau berkumpulan untuk
mewujudkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
iv. Murid bebas bersuara mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan
terkawal.
v. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan
terkawal.

d) Pendekatan Penggabungjalinan Kemahiran


Penggabungjalinan ialah proses mengintegrasikan beberapa kemahiran dalam sesuatu mata
pelajaran. Ia merupakan satu sesi p&p yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait
rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara
berasingan. Strategi ini bertujuan untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan
bahan pengajaran saling melengkapi, kemahiran dapat dikuasai secara serentak, bentuk
pengajaran yang lebih menarik dan berkesan dan berpeluang untuk menggunakan kemahiran
secara semula jadi.
Terdapat 3 jenis bentuk penggabungjalinan iaitu:
i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
Melibatkan kemahiran lisan, membaca, menulis, mengira, mewarna dan lain-lain serta
memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam p&p.

ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran yang lain


Gabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam suatu mata pelajaran lain ke dalam mata
pelajaran yang di ajar.

iii. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum


Melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar
untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta kemahiran
penyelesaian masalah.

LATIHAN YANG DIPERLUKAN GURU


Guru yang mengendalikan Program Celik Mengira perlu memenuhi salah satu syarat seperti di
bawah:
i. Guru Opsyen Matematik
ii. Guru Minor Matematik
iii. Telah menghadiri Kursus Pedagogi Matematik
iv. Telah menghadiri Kursus Pemulihan Matematik
v. Pengalaman mengajar mata pelajaran matematik Tahun 2 sekurang-kurangnya setahun.

Sebagai latihan tambahan, guru yang mengendalikan program ini juga perlu :
Tahu cara penyambungan wayar komputer riba pada LCD dengan betul.
Menguasai teknik penyoalan pelbagai aras.
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk Nombor Dan Operasi


Topik Tambah Dalam Lingkungan 1000
Objektif Pembelajaran Murid berupaya untuk menambah sebarang dua nombor
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
i. Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa
Hasil Pembelajaran mengumpul semula.
ii. Menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan dengan betul
daripada 5 soalan.

Masa 60 minit
EMK Keusahawanan
Kaedah Nyanyian, penerangan, perbincangan dan aktiviti kumpulan
Guli, bekas lut sinar, kad nombor, kad ayat matematik, blu tack,
Bahan Bantu Mengajar
pen marker, papan putih

Langkah Aktiviti Catatan


Set Induksi a) Tayangan video lagu Mari Mari menyanyi bersama-
(5 minit)
Mengira dan minta murid sama.
Orientasi Idea menyanyi bersama.
Berasaskan
Pengetahuan Sedia Mari Mengira
Ada Satu tambah satu jadi dua Apakah operasi matematik
Dua tambah satu jadi tiga yang anda nyanyikan tadi?
Tiga tambah sat jadi empat Adakah jumlah hasil tambah
Marilah kawanku kira sampai dapat bertambah atau berkurang?
Satu dua tiga empat

Empat tambah satu jadi lima


Lima tambah satu jadi enam
Enam tambah satu jadi tujuh
Masa belajar mesti bersungguh-sungguh
Satu dua tiga empat lima enam tujuh

Tujuh tambah satu jadi lapan


Lapan tambah satu jadi sembilan
Sembilan tambah satu jadi sepuluh
Waktu belajar mesti bersungguh-sungguh
Satu dua tiga empat lima enam tujuh
lapan sembilan sepuluh
Langkah 1 a) Minta seorang murid berdiri di Apakah yang dapat anda
(10 minit)
hadapan kelas dan memberinya perhatikan?
Pemerhatian dan
beberapa blok asas seperti di Berapakah bilangan blok
Analisis
bawah: asas yang ada pada murid A?

Berapakah bilangan blok


b) Minta seorang lagi murid berdiri di
asas yang ada pada murid B?
hadapan kelas dan memberinya
beberapa blok asas seperti di
bawah:
Berapakah jumlah kesemua
blok asas mereka?

c) Minta kedua-dua murid


menggabungkan kesemua blok asas
yang ada pada mereka.
d) Jelaskan kepada murid gabungan Tambahkan sa:
dua kumpulan blok asas tersebut. 2 sa + 5 sa = 7 sa
e) Hasilnya ialah357 Tambahkan puluh:
f) Tunjukkan proses dalam bentuk
1 puluh + 4 puluh = 5 puluh
lazim dan ayat matematik.
Tambahkan ratus :
212 + 143 = 2 ratus + 1 ratus = 3 ratus
Hasilnya ialah 3 ratus 5
212 puluh 7 sa = 357
+145
______

Langkah 2 a) Sediakan tiga buah bekas lut sinar Apakah yang dapat anda
(10 minit)
yang dilabel ratus, puluh dan sa. perhatikan?
Penjanaan idea
Susun kedudukannya seperti di
bawah

ratus puluh sa

b) Sediakan beberapa biji guli yang


berwarna biru dan kuning.
c) Tampal kad ayat matematik pada Bagaimana membaca ayat
papan tulis. matematik ini?

142 + 216 =

d) Bimbing murid membaca ayat


matematik tersebut.
e) Guru menunjukkan proses
Berapakah bilangan guli
penambahan dengan memasukkan
merah pada bekas ratus?
guli berwarna merah 1 biji ke dalam
Berapakah bilangan guli
bekas ratus, 4 biji ke dalam bekas
merah pada bekas puluh?
Sintesis idea puluh dan 2 biji ke dalam bekas sa.
Berapakah bilangan guli
f) Guru memasukkan guli kuning 2 merah pada bekas sa?
biji ke dalam bekas ratus, 1 biji ke Berapakah jumlah bilangan
dalam bekas puluh dan 6 biji ke guli pada bekas ratus?puluh?
dalam bekas sa dan murid sa?
membilang setiap kali guru
memasukkan guli ke dalam bekas.

g) Guru meminta murid membilang


Berapakah hasil tambah
jumlah guli pada setiap bekas.
142+216?
Langkah 3 a) Guru memaparkan dua kad nombor Apakah nombor ini?
(Perkembangan)
kepada murid.
(20 minit)
Penambahbaikan
72 623

b) Guru meminta seorang murid


menulis ayat matematik berdasarkan
kad-kad nombor itu pada papan
tulis.
72 + 623 =.....................

c) Minta seorang murid menunjukkan


Berapakah hasil tambahnya?
proses penambahan dengan
Menilai menggunakan guli dan bekas nilai
tempat.

d) Guru meminta seorang murid yang


lain menulis ayat matematik itu
dalam bentuk lazim.
Selesaikan soalan tadi dalam
72
bentuk lazim.
+623
Bandingkan jawapan anda
______
dengan jawapan rakan anda.
e) Ulang dengan contoh yang lain:
405 + 581 = ................ Bincangkan.
19 + 630 = .................
Nota:
Guru boleh menggunakan bahan maujud
yang lain.
Guru membimbing murid mengisi nilai
nombor pada nilai tempat yang betul.

Langkah 4 a) Guru membahagikan kumpulan Anda dikehendaki


(Tindakan)
murid secara berpasangan. membentuk kumpulan secara
(10 minit)
b) Edarkan Lembaran Kerja 1 (Rujuk
Pelaksanaan berpasangan.
Lampiran B) kepada setiap
kumpulan.
Amalan berterusan
c) Bincangkan jawapan dalam
kumpulan.
d) Masa diberikan kepada murid untuk
menjawab.

Penutup a) Membimbing murid mengingat Apakah operasi matematik


(5 minit)
kembali operasi yang dipelajari. yang kita pelajari hari ini?
b) Membimbing murid mengingat Bagaimanakah cara kita
kembali cara menulis operasi menulis operasi tambah
tambah dalam bentuk lazim. dalam bentuk lazim?
c) Memberi hadiah kepada pasangan Tahniah kepada pasangan
kumpulan yang dapat menjawab yang menjawab betul semua
betul kesemua soalan. soalan. Yang tidak berjaya
jangan berputus asa. Buat
yang terbaik pada masa akan
datang.
Apakah nilai-nilai murni
d) Mengingatkan murid nilai-nilai
yang perlu ada dalam
murni yang perlu ada dalam
kumpulan?
kumpulan.

Pentaksiran Berdasarkan kepada penilaian sepanjang pengajaran dan pembelajaran di


dalam kelas dan keupayaan murid menjawab soalan pada Lembaran Kerja
1. Murid perlu menjawab betul sekurang-kurangnya 4 soalan daripada 5
soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap Terapkan sikap kerjasama dan bersungguh-sungguh sewaktu melakukan
aktiviti berkumpulan.
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk Nombor Dan Operasi


Topik Tambah Dalam Lingkungan 1000
Objektif Pembelajaran Murid berupaya untuk menambah sebarang dua nombor
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
i. Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan
mengumpul semula dari:
a) Sa ke puluh
Hasil Pembelajaran b) Puluh ke ratus
c) Sa ke puluh dan puluh ke ratus
Hasil tambahnya hingga 1000
ii. Menjawab sekurang-kurangnya 7 soalan dengan betul
daripada 10 soalan.

Masa 60 minit
EMK Keusahawanan
Penerangan, perbincangan, aktiviti berkumpulan, tugasan
Kaedah
individu
Dekak-dekak, manik biru, manik merah, manik kuning, pelekat,
Bahan Bantu Mengajar
pen marker, papan putih, blok asas

Langkah Aktiviti Catatan


1. Persediaan i. Guru menunjukkan aktiviti di
(5 minit)
hadapan kelas dan meminta murid
Pemerhatian dan
analisis memerhatikannya.
i. Guru meletakkan 148 blok asas pada
Berapakah bilangan blok
sebelah kanan meja.
asas ini?
ii.
iii.

iv. Kemudian meletakkan 215 blok asas pada


Berapakah bilangan blok
sebelah kiri meja.
asas yang ini pula?

ii. Guru menggabungkan kesemua Berapakah jumlah kesemua


blok asas itu. blok asas?
iii. Guru menjelaskan kepada murid
gabungan kedua-dua blok asas.

Tambahkan :
8 sa + 5 sa = 13 sa. Tukarkan
kepada puluh jadi 1 puluh 3
iv. Guru menunjukkan pertukaran blok sa.
asas sa ke blok puluh dan Tambah puluh :
menerangkan proses ayat 1 puluh + 4 puluh +1 puluh=
matematik. 6 puluh
148 + 215 =................... Tambah ratus :
148
1 ratus + 2 ratus = 3 ratus
+215 Hasilnya : 3 ratus 6 puluh 3
______
sa = 363

2. Imaginasi Mengumpul semula dari sa ke puluh


(20 minit)
Melakukan operasi tambah mengumpul Masukkan manik mengikut
Penjanaan Idea
semula dengan menggunakan dekak- nilai tempat dan warna.
dekak. Sa=biru
216 + 47 = ................. Pu=kuning
Ra=merah
216
+ 47
Langkah 1:

Berapakah bilangan manik


yang perlu diletakkan pada
sa? Puluh? Ratus?

Untuk nombor yang kedua,


berapakah bilangan manik
yang perlu dimasukkan pada
sa?

Langkah
ra2 : pu sa

ra pu sa
Berapakah jumlah semua
manik sa?

216

+ 47

____13

i. Guru menjelaskan bahawa apabila 6 Apa yang anda faham


ditambah dengan 7, jumlahnya tentang 1 puluh + 3 sa?
menjadi 13 di mana 13=1 puluh + 3
sa. Maka 1 manik hendaklah
dimasukkan pada puluh dan 3 manik
pada sa.
ii. Guru mengingatkan murid bahawa
nilai pada setiap baris dekak-dekak
tidak boleh melebihi 9.

Berapakah jawapan yang


diperolehi?

+1
216
+ 47
263

ra pu sa
Mengumpul semula dari puluh ke ratus
Contoh:
582 + 263 = ...................

582
+263

i. Guru membimbing murid mengisi


manik pada dekak-dekak mengikut ra pu sa
nilai nombor yang diberi.
ii. Ada perbincangan antara murid. Berapakah hasil tambah 8
iii. Guru membetulkan kesilapan murid
dan6 pada nilai tempat
serta-merta semasa perbincangan.
puluh?
iv. Guru mewujudkan perkongsian idea
Bagaimanakah
bagaimana untuk menambah nilai
menyelesaikannya?
nombor pada nilai tempat puluh.
Bincangkan.
1 4

5 8 2

+2 6 3

14 5
+1

5 8 2

+2 6 3

4 5

ra pu sa

14 5

v. Guru menegaskan bahawa apabila 8


ditambah 6 pda nilai tempat
puluh,jumlahnya menjadi 14 puluh
iaitu 1 ratus 4 puluh. Maka nilai 1
ratus hendaklah dimasukkan pada
nilai tempat ratus.

+1

5 8 2

+263

8 45

ra pu sa

8 4

vi. Seterusnya nombor pada nilai tempat


ratus 1 + 5 + 2 bersamaan 8.

Mengumpul semula dari sa ke puluh


dan puluh ke ratus
Contoh:
198 + 342 = .......................
Mengapakah bilangan manik
i. Guru membimbing murid pada nilai tempat sa pada
memasukkan manik mengikut nilai dekak-dekak tidak tidak
pada dekak-dekak. boleh melebihi 9?

ra pu sa

ii. Menambah pada nilai tempat sa.

10

ra pu sa
198

+342

10

+1

198

+342

iii. Guru menegaskan penambahan


hndaklah bermula dari nilai tempat
sa.
Apabila nilai pada dekak-dekak melebihi
9 pada nilai tempat sa, maka ia hendaklah
dibawa ke nilai tempat puluh.

iv. Guru membimbing murid


mengumpul semula nilai nombor
pada sa, seterusnya menyelesaikan
penambahan nombor pada nilai
tempat puluh.
1 4
+1

1 98

+ 34 2

140

+1 +1

1 98

+ 34 2

40
ra pu sa

Tambahkan nilai pada nilai tempat puluh.

Jika nilai jumlahnya melebihi 9,


hendaklah dibawa ke nilai tempat ratus.
v. Selepas selesai membuat
penambahan pada nilai tempat sa dan
puluh, selesaikan penambahan pada
nilai tempat ratus.

+1 +1

1 98

+ 34 2

540

ra pu sa
Nota:
Penambah sebarang dua nombor hingga
tiga digit hendaklah dilakukan bermula
dari nilai tempat sa dan seterusnya nilai
tempat puluh kemudian ratus.

3. Perkembangan Perkukuhkan kemahiran murid dengan


(10 minit)
mengulang aktiviti menambah bagi
Penambahbaikan
mengumpul semula dua nombor higga
tiga digit.

Permainan Dadu Ku Dadu Mu Jua


i. Murid dibahagikan kepada 4 orang
satu kumpulan.
ii. Setiap kumpulan dibekalkan
dengan 3 biji dadu dan sehelai
kertas A4. Dadu tersebut ada yang
diubahsuai nilainya menjadi 7, 8
dan 9.
iii. Murid diberi pilihan sama ada
hendak melambung dua biji atau
tiga biji dadu.
iv. Dua orang murid akan memulakan
permainan.
v. Jika murid memilih untuk
melambung tiga biji dadu maka
lambungan yang pertama mewakili
nilai tempat ratus, seterusnya puluh
dan sa.
vi. Jika murid memilih untuk
melambung dua biji dadu, maka
lambungan yang pertama mewakili
nilai tempat puluh dan seterusnya
sa.
vii. Seorang ahli kumpulan yang lain
menulis nilai lambungan dadu pada
kertas A4 dan menulis ayat
matematik.
viii. Setelah selesai mendapatkan dua
nombor, semua ahli kumpulan
bekerjasama menyelesaikan operasi
tambah dalam bentuk lazim.
ix. Guru akan bergerak dari satu
kumpulan ke kumpulan yang lain
untuk membetulkan kesilapan
murid.
x. Setelah selesai, ulang permainan
dengan dua orang murid yang lain.
4. Tindakan i. Edarkan Lembaran Kerja 2 (Rujuk Selesaikan tugasan yang
(20 minit)
Lampiran C) kepada setiap murid. diberi.
ii. Bincangkan hasil kerja murid.
iii. Lakukan aktiviti pemulihan bagi
murid yang masih sukar
menentukan pola soalan.
iv. Lakukan aktiviti pengayaan bagi
murid cerdas.
5. Penutup i. Membimbing murid mengingat
(5 minit)
kembali operasi yang dipelajari.
ii. Membimbing murid mengingat
kembali cara menulis operasi
tambah dalam bentuk lazim.
iii. Memberi hadiah kepada pasangan
kumpulan yang dapat menjawab
betul kesemua soalan.

iv. Mengingatkan murid nilai-nilai


murni yang perlu ada dalam
kumpulan.

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan pada Lembaran


Kerja 2. Murid perlu betul sekurang-kurangnya 7 soalan daripada 10
soalan sebelum bergerak ke kemahiran yang seterusnya.
Nilai dan sikap i. Terapkan sikap saling bekerjasama dan bersungguh-sungguh
sewaktu melakukan aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.
ii. Wujudkan suasana perbincangan yang terkawal.

INSTRUMEN PENILAIAN KURSUS


Nama Program :_____________________________________________________________
Tempat : _____________________________ Tarikh :____________________________
ARAHAN : Sila tandakan (/) pada ruang skala yang disediakan berdasarkan skala berikut:
Sanga
Tidak Tidak Kuran Sanga
t Setuj
berkenaa TB 1 Setuj 2 g 3 4 t 5
Tidak u
n u Setuju Setuju
Setuju

BI SKALA
DISKRIPSI ITEM TB 1 2 3 4 5
L
1 Pendaftaran peserta disediakan
Urus Setia 2 Maklumat yang disediakan mudah
Dan
3 Pengurusan teratur
Pengurusan
4 Urus setia sentiasa membantu saya
Lokasi 5 Tempat sesuai
6 Dewan sesuai
7 Peralatan dan alat tulis disediakan
8 Dewan makan bersih dan selesa
9 Kualiti makanan baik
10 Makanan mencukupi
11 Program ini mampu meningkatkan prestasi
kerja saya
12 Program ini mampu memberi keyakinan
Personal kepada saya
13 Tempoh masa program mencukupi
14 Saya bersedia untuk memberi kursus
dalaman
15 Berguna

Bahan 16 Membantu

17 Mudah difahami
CADANGAN/ ULASAN
______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

PENUTUP
Transformasi kurikulum Sekolah Rendah merupakan satu penambahbaikan kurikulum sedia ada
bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan dan cabaran semasa. Sehubungan itu, guru yang bertindak sebagai faktor utama dalam
menjayakan pelaksanaan program-program yang digariskan oleh pihak kementerian dan
menentukan kejayaan pencapaian murid perlu memantapkan pengetahuan mereka dari semasa ke
semasa. Justeru itu, latihan guru yang disediakan perlulah berupaya menyediakan murid yang
kreatif, berfikiran kritis, mampu berkomunikasi dan boleh bertindak secara kolaboratif sesuai
dengan pembelajaran abad ke-21. Modul Operasi Tambah Dua Nombor Hingga Tiga Digit Dan
Hasil Tambahnya Hingga 1000 dibangunkan sebagai panduan kepada guru-guru Matematik
Sekolah Rendah untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kefahaman
konseptual melalui Kemahiran Proses Matematik.
RUJUKAN

Ainsworth, S. E. , & VanLabeke, N., 2004. Multiple Forms of Dynamic Representation.


Learning and Instruction, 14(3), 241-255.

Anderson, J. R., 2000. Learning And Memory: An Integrated Approach (2nd Ed.). New
York, NY: John Wiley and Sons.

Bloom, B. S., 1981. All Our Children Learning. New York, NY: McGraw-Hill

Davis, D., & Sorrell, J., 1995. Mastery Learning in Public Schools. Educational Psychology
Interactive. Valdosta, GA: Valdosta State University. Retrieved August 7, 2010, from
http://teach.valdosta.edu/whuitt/files/mastlear.html

Gagatsis, A., & Shiakalli, M., 2004. Ability To Translate From One Representation On
Mathematical Problem Solving. In M. J. Hoines & A. B. Fuglestad (Eds.), Processing
of The 28th Conference of The International Group For The Psychology of
Mathematics Education (Vol.2, pp.447-454). Bergen, Norway: Bergen University
College

Guskey, T. R., 2007. Closing Achievement Gaps: Revisiting Benjamin S. Bloom Learning
For Mastery. Journal of Advanced Academics, 19(1), 8-31.

Howard Gardner, 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. United States of America:
Basic Books
Hsin, I. Yung, Paas, Fred., 2015. Effects of Computer-Based Visual Representation on
Mathematics Learning and Cognitive Load. Journal of Educational Technology &
Society. Oct2015, Vol. 18 Issue 4, p70-77.8p

Lin, C-H., Liu, E.Z-F., Chen, Y-L., Liou, P-Y., Chang, M., Wu, C-H., Yuan, S-M., 2013.
Game-Based Remedial Instruction in Mastery Learning for Upper-Primary School
Students. Educational Technology & Society, 16(2), 271-281.

Mashudi Bahari, Zainiyah Md. Zain, Nurfarah Lo Abdullah. 2012. Didik Hibur: Satu
Alternatif Pendekatan Pengajaran Membaca Dalam Kalangan Pelajar Linus. Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Roselan Baki, 2003. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam.
Karisma Publication Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod, 2012. Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Bahasa
Melayu. Tanjung Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Zimmermann, W., & Cunningman, S., 1991. Editors Introduction: What Is Mathematics
Visualization?. Visualization In Teaching and Learning Mathematics, pp.1-7, Washington, DC:
Mathematical Association of America
LAMPIRAN A
Mari Mengira
Satu tambah satu jadi dua
Dua tambah satu jadi tiga
Tiga tambah sat jadi empat
Marilah kawanku kira sampai dapat
Satu dua tiga empat

Empat tambah satu jadi lima


Lima tambah satu jadi enam
Enam tambah satu jadi tujuh
Masa belajar mesti bersungguh-sungguh
Satu dua tiga empat lima enam tujuh

Tujuh tambah satu jadi lapan


Lapan tambah satu jadi sembilan
Sembilan tambah satu jadi sepuluh
Waktu belajar mesti bersungguh-sungguh
Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh

LAMPIRAN B
LEMBARAN KERJA 1
5
Nombor Dan Operasi : Tambah
Nama :......................................................................................................
Tarikh :.....................................................
Selesaikan ayat matematik dan tunjukkan cara pengiraan dalam bentuk lazim.

1 2
120 + 368 =............... 500 + 16 =..............

3 4
72 + 416 =............... 605 + 394 =..............

5
30 + 840 =...............

LAMPIRAN C
LEMBARAN KERJA 2
Nombor Dan Operasi : Tambah
10
Nama :......................................................................................................
Tarikh :.....................................................
Selesaikan.
7
9 8
10
527
148 + 190
361 =_____________ 96 ++409
276 24 =_____________
1 2
3
5 206 4
6 570
755
259 329
126
+ 437 + 82
+ 185
641 + 15
474

Anda mungkin juga menyukai