Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Kantan Permai, Kajang Kod Sekolah: BBA4046

1. Nama Guru
MAHFUDZAH BINTI ZAINOL
Melatih anak berfikir : teknik
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan.
mengajar anak menjadi genius
Tarikh
4. - 5. Masa: 4
Pembentangan
Tempat
6.
Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini menghuraikan tentang potensi perkembangan otak anak-anak yang luar biasa.
potensi otak mereka perlu diperkembangkan ke tahap sebenarnya melalui pengurusan
minda yang sistematik. Buku ini member panduan kepada ibu bapa atau guru mengenal
pasti potensi anak dan mengenengahkan prinsip belajar menggunakan sistem
pengurusan minda yang betul.

Penulis mendedahkan bahawa otak anak-anak tidak berkembang. kerana tidak dilatih
menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri dengan teknik belajar yang efektif.
Buku ini mengandungi 18 bab yang memfokuskan kepada teknik berfikir yang betul
untuk pelajar sekolah bermula sejak awal persekolahan, dominasi otak kiri dan kanan,
gaya belajar individu, kecerdasan berganda dan kecerdasan keperibadian. Ini
membolehkan pelajar mengenalpasti teknik dan peralatan yang sesuai dengan mindanya
supaya proses pembelajaran menjadi lebih efisien, efektif dan menyeronokkan.

Penulis turut menyelitkan latihan dan kata-kata hikmah atau perangsang pada hampir
setiap bab yang menarik minat pembaca yang disampaikan secara bersahaja. Antaranya
termasuk teknik belajar yang lebih bersistematik seperti Sistem Peta Minda,
keterampilan mengingat dan keterampilan belajar berserta huraian langkah demi langkah
secara terperinci supaya anak-anak dapat memahami dan mengingati subjek yang
dipelajarinya.

Di samping itu, penulis menekankan tentang teknik daya ingatan. Menghafal adalah
keupayaan memasukkan informasi ke dalam otak manakala mengingat kembali adalah
keupayaan mengeluarkan informasi daripada otak. Prinsip teknik daya ingatan yang
terbaik dapat menggabungkan dua atau lebih daripada lima hukum daya ingatan iaitu
hukum gambar, hukum pertindihan, hukum pengulangan, hukum keunikan dan hukum
penguatan yang penting untuk mengingati perkara yang dipelajari.

Turut dibincangkan ialah teknik keterampilan belajar yang sebenarnya biasa dipaktiskan
secara tidak langsung oleh pelajar. Apabila ketiga-tiga teknik tersebut dipraktikkan
dengan baik dan bersesuaian dengan gaya pembelajaran akan membuatkan pembaca
merasa belajar itu menyeronokkan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Anak-anak mempunyai potensi perkembangan otak yang luar biasa.
2. otak anak-anak tidak berkembang kerana tidak dilatih menggunakan kedua-dua
belah otak kanan dan kiri dengan teknik belajar yang efektif.
3. Mengenali kecerdasan berganda dan kecerdasan keperibadian, teknik berfikir
yang betul untuk pelajar sekolah bermula sejak awal persekolahan, dan
Mengenali gaya belajar individu.
4. Menghafal adalah keupayaan memasukkan informasi ke dalam otak manakala
mengingat kembali adalah keupayaan mengeluarkan informasi daripada otak

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Mengenali teknik belajar yang lebih bersistematik seperti Sistem Peta Minda,
keterampilan mengingat dan keterampilan belajar berserta huraian langkah demi
langkah secara terperinci supaya anak-anak dapat memahami dan mengingati
subjek yang dipelajarinya.
2. Teknik daya ingatan yang terbaik dapat menggabungkan dua atau lebih daripada
lima hukum daya ingatan iaitu hukum gambar, hukum pertindihan, hukum
pengulangan, hukum keunikan dan hukum penguatan yang penting untuk
mengingati perkara yang dipelajari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Mahfudzah Binti Zainol ) ( )

Anda mungkin juga menyukai