Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA UJIAN LENCANA WAJIB (PENUNGGANG BASIKAL) PENGAKAP

KANAK-KANAK SK MAT KILAU 2017

1.0 PENDAHULUAN

Unit Pengakap SK Mat Kilau bercadang untuk mengadakan Program Ujian Lencana Wajib
Penunggang Basikal pada 25hb Februari 2017, Sabtu jam 8:00 hingga 12:00 tgh hari agar semua ahli
Pengakap Kanak-Kanak (PKK) SK Mat Kilau dapat memperolehi lencana wajib dengan lebih teratur
dan dapat memenuhi semua syarat-syarat dengan lebih baik dengan bantuan semua guru peimimpin
pengakap.

2.1 LATAR BELAKANG:


2.2 Semua ahli pengakap akan di kumpul mengikut sekawan dan diiringi oleh seorang
guru pemimpin pengakap untuk tujuan memberi tunjuk ajar dan melancarkan lagi
perjalanan program.
2.3 Semua ahli pengakap akan dibahagikan kepada 4 stesen amali dan teori agar program
akan berjalan dengan lebih tersusun.
2.4 Semua ahli pengakap akan diuji dengan amali dan teori mengenai seorang
penunggang basikal termasuk peraturan di jalan raya serta perkara-perkara yang perlu
di lakukan sebelum dan semasa berbasikal.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melaksanakan dan melengkapkan salah satu lencana yang wajib diperolehi oleh
seorang pengakap kanak-kanak.
3.2 Melatih dan membimbing ahli pengakap menunggang basikal dengan lebih berhemah.
4.0 RASIONAL
4.1 Memberi peluang kepada ahli pengakap memperoleh salah satu lencana wajib
pengakap kanak-kanak.
4.2 Memastikan semua ahli pengakap mendapat lencana wajib pada tahun ini.
4.3 Dapat memberi peluang kepada ahli pengakap memahami peraturan dijalan raya
kepada serta menunggang basikal dengan lebih berhemah.
4.4 Menarik minat ahli pengakap dengan aktiviti-aktiviti pengakap.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu program yang dapat memberi kesedaran kepada ahli pengakap tentang
pentingnya menunggang basikal secara berhemah dan selamat.
5.2 Menarik minat ahli-ahli pengakap terhadap aktiviti-aktiviti pengakap.
5.3 Melatih ahli pengakap menjaga keselamatan diri serta menjaga keadaan basikal
dengan baik dan selamat untuk digunakan.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1 Anggaran perbelanjaan yang diperlukan sepanjang program:

Barang Kuantiti Harga


1. Air mineral 1 kotak RM 20
2. Bihun goreng RM 2 x 10org RM 20
3. Ais RM 4 x 2 RM 10
JUMLAH RM 50

8.0. RUMUSAN:
Program ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli pengakap memperolehi lencana
wajib seorang pengakap kanak-kanak serta memberi kesedaran kepada ahli pengakap tentang
peraturan dijalan raya serta cara menunggang basikal dan menjaga basikal dengan berhemah dan
selamat.

Disediakan oleh,

---------------------------------
(ZAHARAH BT YAHYA)
Setiausaha,
Unit Pengakap
SK Mat Kilau

Anda mungkin juga menyukai