Anda di halaman 1dari 11

Operasi Matematik

4.0

Definisi

Operasi

Operasi adalah suatu fahaman tentang +, -, dan serta pengetahuan tentang fakta asas
nombor untuk setiap operasi ini menyediakan satu asas untuk kerja lanjut dengan
pengiraan. Setiap operasi dipersembahkan dengan pelbagai perwakilan mengguna
berbagai model fizikal. Murid memerlukan banyak pengalaman dalam situasi kehidupan
sebenar dan berinteraksi dengan objek fizikal untuk memupuk fahaman tentang operasi
matematik. Fahaman akan meningkat jika murid dapat mengaitkan simbol matematik
kepada pengalaman yang diperoleh atau kepada sesuatu yang boleh dilihat. Berikut adalah
urutan aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengembangkan maksud bagi empat
operasi asas:
1. Konkrit model mengguna bahan > Guna pelbagai masalah lisan dan bahan manipulatif
untuk melakonkan dan mewakilkan operasi matematik.
2. Separa konkrit mewakilkan operasi dengan gambar > Bekalkan perwakilan objek dalam
gambar, gambarajah dan lukisan dalam langkah ke arah perwakilan simbolik.
3. Abstrak mewakilkan operasi dengan simbol > Guna simbol (khasnya untuk ungkapan
berangka dan ayat nombor) untuk mengilustrasikan operasi.
Bila mengajar murid tentang operasi matematik, adalah penting untuk mengenal pasti
bahawa terdapat beberapa model atau cara pemikiran tentang operasi tersebut.
4.0.1

Konsep

Operasi

Asas

Matematik

Dalam matematik terdapat empat operasi aritmetik iaitu operasi tambah ( +), operasi tolak
(-), operasi darab () dan operasi bahagi (). Operasi tambah ialah operasi pertama yang
dipelajari oleh murid. Murid telah didedahkan dengan operasi tambah apabila mereka
belajar membilang. Murid diperkenalkan operasi tolak setelah mereka dapat melakukan
operasi tambah. Operasi darab pula diperkenalkan setelah murid mahir dalam operasi
tambah. Manakala operasi bahagi ialah operasi yang lebih susah daripada operasi tambah,
tolak dan darab.
4.1

Operasi

Tambah

Operasi tambah ini merupakan asas untuk menumbuh dan mencambahkan minat murid
terhadap mata pelajaran matematik. Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka
alami semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar
terhadap penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya.
Sebelum operasi tambah ini diperkenalkan, murid-murid hendaklah menguasai kemahiran-

kemahiran seperti membilang hingga 10, menyusun kumpulan benda sehingga 10,
membaca dan menulis angka 1-10, memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan
nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar dan memahami maknanya serta
mengabadikan nombor.
4.1.1

Konsep Tambah

Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor untuk menghasilkan
nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2 = 5 .

Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu
Penyatuan set - Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan
objek dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama
untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan. Proses keseluruhan untuk menentukan
nombor inilah yang dinamakan operasi tambah. Operasi ini dilambangkan dengan simbol
(+).
Pengukuran pada garis nombor - Garis nombor merupakan model geometri
dengan setiap jarak di antara titik pada garis bernilai 1.
4.1.2

Kemahiran

Operasi

Tambah

Pendedahan operasi penambahan perlu dijalankan sebaik sahaja murid telah menguasai
nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid didedahkan dengan kemahiran
menambah iaitu nombor 2 digit dan nombor 1 digit dan menambah nombor 2 digit dengan
nombor 2 digit. Murid juga akan biasakan diri dengan kemahiran menulis ayat matematik
dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim.
Operasi tambah ini akan didedahkan secara berperingkat iaitu:

Operasi tambah dalam lingkungan 10

Operasi tambah dalam lingkungan 18

Operasi tambah dalam lingkungan 50

Operasi tambah dalam lingkungan 100

Selain itu, operasi tambah ialah proses yang menjumlahkan dua atau lebih kuantiti dengan
menggunakan nombor-nombor. Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set
objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture,
Symbol ) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping
penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk

simbol. Contoh:
Menggunakan objek konkrit.

Menggunakan bahasa yang betul.

Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.

Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.


4.1.3

Bentuk Operasi Tambah


Terdapat dua bentuk operasi tambah. Yang pertama adalah ayat matematik :
5 + 8 = 13
Manakala yang kedua adalah bentuk lazim :
5
+ 3
---------8

4.1.4
i.

Peringkat Perkembangan Murid Melakukan Operasi Tambah


Peringkat membilang semula. - Dalam peringkat ini guru dapat menggunakan dua

kumpulan benda seperti penutup botol. Murid perlu membilang dari kumpulan pertama dan
sambung kepada kumpulan kedua.
ii.

Peringkat membilang secara terus. - Dalam peringkat ini pula, murid akan
menentukan bilangan benda dalam kumpulan pertama, kemudian membilang kumpulan
kedua.

iii.

Peringkat menyatukan dua kumpulan secara spontan. - Dalam peringkat ini


pula, seorang murid akan menyebut satu nombor , misalnya 8. Murid kedua pula
menunjukkan dua kad nombor yang jumlahnya 8, misalnya 5 dan 3.
4.1.5

Fakta

Asas

Tambah

Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang


setiap sebutan ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah merupakan asas
kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian
aktiviti bagi menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah perlulah lebih berkesan di
samping dijalankan latihan untuk peneguhan. Operasi tambah secara konkrit perlu
didedahkan

terlebih

dahulu

untuk

mengembangkan

kefahaman

murid

tentang

penambahan. Setelah itu, guru mengajar operasi tambah matematik secara piktorial dan
diikuti dengan garis nombor. Pada akhirnya kaedah visual dan lisan perlu digunakan oleh
guru

untuk

mengajar

operasi

tambah.

Setelah itu, strategi yang berkesan iaitu strategi berfikir perlu diperkenalkan
berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan menghafal
semua fakta asas tambah. Murid akan mampu menyatakan semua fakta asas tambah
dengan cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang berkesan. Seseorang guru
mestilah memastikan muridnya telah mempunyai konsep penambahan yang mantap
(termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka mengingati fakta asas tambah.

Seseorang murid boleh didedahkan dengan operasi penambahan, sebaik sahaja


mereka telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid akan
didedahkan dengan kemahiran menambah nombor 2 digit dengan nombor 1 digit, dan
menambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digit. Murid juga akan dibiasakan dengan
kemahiran menulis ayat matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk
lazim. Operasi tambah ini akan didedahkan secara berperingkat iaitu operasi tambah dalam
lingkungan 10, operasi tambah dalam lingkungan 18 tanpa/dengan mengumpul semula,
operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa/dengan mengumpul semula dan operasi
tambah dalam lingkungan 100 tanpa/dengan mengumpul semula.

4.1.6

Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Penambahan


Sifat tukar tertib

Strategi Tambah Satu dan Tambah Sifar

Strategi Gandaan atau Hampir Gandaan

Membilang Terus

Menambah ke 10 dan lebih : Kaedah Ganti Rugi


4.2

Operasi

Tolak

Operasi tolak diajar selepas operasi tambah. Operasi tolak berhubung dengan
pengasingkan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Ia merupakan
songsangan operasi tambah. Tolak ialah proses untuk mencari beza atau baki apabila satu
nombor dikeluarkan daripada jumlah.
4.2.1

Konsep

Tolak

Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti memisahkan atau
mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang
tinggal. Pendekatan yang boleh digunakan dalam operasi tolak ini ialah pengasingan atau

mengambil keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan.


Pengasingan atau mengambil keluar bermula dengan satu set objek, satu subset
dikeluarkan. Contohnya, terdapatnya 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku
dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut?
Perbandingan merupakan di mana dua set objek berasingan diberi. Set objek
pertama disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada
pasangan dikenali sebagai baki atau beza. Contohnya, terdapat 8 biji gula-gula dan 5
potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi kek?
Pelengkap pula bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa objek lagi
perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contohnya, saya ada 6 ekor kuda di
dalam sebuah kandang yang bole memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang
boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?
Penyekatan - Dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai
kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Contohnya,terdapat 7 buah kereta di

sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan yang lain berwarna merah.
Berapa buah keretakah yang berwarna merah?
4.2.2

Kemahiran Operasi Tolak

Kemahiran yang diajar adalah:


menulis ayat matematik

melengkapkan ayat matematik menolak secara spontan fakta asas tolak

menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim

Penyelesaian masalah berkaitan penolakan


4.2.3 Bentuk Operasi Tolak
Terdapat dua bentuk operasi tolak. Yang pertama adalah ayat matematik : 9 - 5 = 4
Manakala yang kedua adalah bentuk lazim :
Bentuk lazim :
9
- 5__
4
4.2.4

Fakta Asas Tolak

Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada nombor 1
digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit. Terdapat dua kaedah untuk
memperkenalkan fakta asas tolak iaitu:

mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan, dan

mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.

Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula
kepada tolak dengan mengumpul semula. Sebelum mempelajari operasi tolak dengan
mengumpul semula, murid perlu mahir kemahiran yang berikut:

Fakta asas tolak

Menolak nombor yang sama nilai tempatnya

Nilai tempat bagi angka

Menulis nombor dalam bentuk tambah mengikut nilai tempat dan seterusnya menulis
nombor berkenaan dalam bentuk yang lain.
4.2.5

Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Penolakan


Mengguna sifar dan satu

Mengguna Gandaan

Membilang balik

Membilang Terus

Satu kurang daripada fakta yang diberi


4.2.6

Teknik-teknik Operasi Penolakan

1. Penolakan menggunakan gambar rajah.


Penggunaan gambar dalam mengajar penolakan dalam Matematik adalah sesuatu yang
sangat berkesan dalam menggambarkan konsep operasi penolakan. Guru perlu
memainkan peranan sebagai pembimbing minda kanak-kanak ke arah pembinaan konsep
penolakan. Guru harus membimbing murid dengan soalan-soalan ke arah pembentukan
konsep penolakan.
2. Penolakan secara manipulatif
Dalam kaedah ini, ia menggunakan benda maujud seperti, biji kacang, lidi, biji saga, anak
patung dan sebagainya. Terdapat juga unsur-unsur pendekatan masteri, di mana, murid
diajar pengurangan nilai 1 terlebih dahulu seperti 10-1, 8-1, 5-1 dan sebagainya. Apabila
mereka telah mahir dengan pengurangan nilai 1, barulah diajar pengurangan 2 seperti, 102, 8-2, 5-2 dan sebagainya. Melalui kaedah ini pelajar akan dibiasakan dengan pola-pola
nombor untuk mencari jawapan dan ia juga mendedahkan murid dengan hubungan nombor
dalam sesuatu persamaan untuk menunjukkan fakta bahawa operasi penolakkan adalah
pembalikkan operasi penambahan contohnya 6, 3, dan 9 adalah persamaan seperti
berikut, 6 + 3 = 9, 9 3 = 6 dan 9 6 =3.
Penolakan secara manipulatif yang menggunakan bahan maujud seperti biji saga juga
sesuai untuk digunakan pada murid pada peringkat penolakkan asas. Kaedah ini juga
berperanan

dalam

mengukuhkan

konsep

penolakan

pada

murid-murid

saya.

Walaubagaimanapun ia tidak sesuai untuk penolakan nilai yang lebih besar seperti 30 15
atau 40 20. Ini kerana murid-murid terpaksa menggunakan biji saga yang banyak hingga
menyebabkan pengiraan mereka menjadi lambat. Selain itu juga, murid-murid mudah keliru
semasa mengira biji saga apabila melibatkan kuantiti yang banyak.
3. Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.
Teknik pengiraan yang digunakan adalah dengan cara pengiraan menurun.
4.3

Operasi Darab

Darab ialah penambahan nombor yang sama secara berulang. Dalam menyampaikan
konsep pendaraban, guru seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu,
iaitu konsep tambah berulang-ulang. Dalam proses pendaraban, pada amnya, ia dapat
dibahagikan kepada lima konsep pendaraban. Kesemuanya mempunyai tujuan yang sama

iaitu untuk mencari jumlah kesemua objek yang terlibat.


Tambah Berulang-ulang - Tambah kuantiti yang sama beberapa kali
Konsep kumpulan sama - Bila kedua-dua nombor dan saiz objek diketahui (tetapi
jumlah tidak diketahui)

Perbandingan / Konsep kali / ganda - Masalah perbandingan dengan struktur


pendaraban melibatkan 2 set yang berbeza tetapi hubungan bukan satu kepada satu.
Dalam situasi pendaraban, satu set melibatkan gandaan set yang satu lagi.
Konsep kombinasi - Dua faktor mewakili saiz dua set yang berbeza dan hasil darab
menunjukkan berapa banyak pasangan benda boleh dibentuk, dengan satu ahli pasangan
diambil dari tiap-tiap dua set.
Tatasusunan - Luas suatu segiempat tepat boleh dicari dengan mendarabkan lebar
dengan panjang segiempat tepat itu. Dalam tatasusunan (susunan objek yang diskrit dan
boleh dibilang), jumlah objek boleh dicari dengan mendarabkan bilangan baris dengan
bilangan objek dalam setiap baris.
4.3.1
Konsep
Darab
Darab sebagai operasi tambah berulang. Contohnya: tiga set 2 diertikan sebagai 3 2 dan
lima set 4 diertikan sebagai 5 4. Darab bermakna kali atau ganda. Contoh: 3 6 = 18
disebut tiga kali ganda enam menghasilkan lapan belas.Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor
darab. Dalam operasi darab ini tanda digunakan dimana ia merujuk kepada operasi
ganda. Manakala tanda = ini merujuk kepada hasil. Nombor 18 dalam ayat matematik di
atas mewakili hasil darab atau nombor terbitan operasi darab. Cara menulis operasi darab
adalah dengan cara menegak dan cara mendatar. Cara menegak dikatakan sebagai
bentuk lazim manakala cara mendatar pula dikatakan ayat matematik. Murid-murid
dibimbing dulu menggunakan ayat matematik dan diikuti dengan menukar dan menulis ayat
matematik kepada bentuk lazim.
4.3.2

Bentuk Operasi Darab


Ayat matematik : 3 x 6 = 18
Bentuk lazim :

6
x

3___
18

4.3.3

Model Operasi Darab

Terdapat beberapa model yang dapat digunakan dalam operasi darab ini. Antara model
bagi menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model turus, model turutan
garisan

bernombor

dan

model

Model Gandaan Set


00

00

00

00 --------------- 0000

2 + 2 + 2 + 2
Empat set 2

=8

------ satu set 8

0000

hasil

Cartesian.

Model Terus
0

3 + 3 +3 + 3 = 12
Empat turus 3 kelompok 12
4

12

Model Turutan Garisan Bernombor


0

12

15

,_____,_____,_____,_____,_____,___
Lima turutan 3 ------ hasil
3 pasangan ----------- 6 objek
3 x2 =6
4.3.4

Fakta

Asas

Darab

Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit,
misalnya daripada 0 0 hingga 9 9. Bagi menjamin komputasi efisen (jawapan yang
tepat dan menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab. Ada 100
fakta seperti 0 0, 1 1, 2 2, 3 3 hingga 9 9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan
45 fakta lain bersimetri (45 + 45). Fakta bersimetri ialah seperti 4 7 = 7 4. Fakta darab
perlu dibantu dengan manipulasi objek konkrit, piktorial dan jadual fakta. Murid digalakkan
membuat pertalian antara satu fakta dengan fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan
pengalaman konkrit mereka seterusnya memikirkan pertalian antara berbagai-bagai fakta
dengan menggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma standard.

4.3.5

Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Pendaraban


Sifat tukar tertib

Membilang secara melangkau

Tambah Berulang

Cerakinkan hasil darab kepada bahagian-bahagian yang diketahui

Mengguna sifar dan satu

Mengguna Pola

Strategi satu set lagi

4.4

Operasi Bahagi

Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh murid di sekolah
rendah. Operasi bahagi dikaitkan dengan operasi darab sebagaimana operasi tolak
dikaitkan dengan operasi tambah. Di samping itu, operasi bahagi memerlukan tahap
kematangan berfikir yang lebih tinggi untuk memahami konsep dan algoritma bahagi. Untuk
pembelajaran yang efektif, murid perlu faham tentang konsep dan sifat milik, atau hukum
operasi bahagi di samping penyediaan kaedah dan pedekatan yang terancang oleh guru
untuk memudahkan proses memahami operasi ini.
4.4.1

Konsep Bahagi
Bahagi ialah proses pengumpulan sama banyak atau pengongsian sama rata.
Pengumpulan atau pembahagian secara ukuran.

Dalam situasi ini, kita tahu berapa objek yang terdapat dalam setiap kumpulan dan mesti
menentukan bilangan kumpulan. Dalam proses ini, murid dikehendaki mengukur bilangan
subset yang kecil yang sama besar daripada set objek yang asal. Contohnya, guru

membahagikan murid-murid dalam suatu kelas kepada beberapa kumpulan.


Pengongsian / Penyekatan
Dalam situasi ini, satu set objek (jumlah asal) diasingkan kepada beberapa kumpulan
(subset) yang ditetapkan dan kita hendak mencari bilangan objek dalam setiap kumpulan
(subset). Contohnya, Ibu membahagi makanan kepada anak-anak secara sama rata.
Operasi bahagi mempunyai pertalian menyongsang dengan operasi darab. Misalnya, 5 p =
10, iaitu untuk mendapatkan faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi
bahagi juga mempunyai pertalian dengan penghitungan,iaitu turutan selangan nombor
dihitung kebelakang ( reverse) contoh:4 x 2 -----0-2-4-6-8
8 2 -----8-6-4-2-0
Operasi bahagi boleh dianologikan sebagai tolak berulang-ulang. Cara menulis ayat
matematik bahagi, contohnya;

Nombor 18 dipanggil dividen, nombor 2 dipanggil faktor pembahagi dan nombor 9 ialah
hasil bahagi.
4.4.2

Bentuk Operasi Bahagi


Ayat Matematik : 12 4 = 3
Bentuk lazim : pembahagian pendek dan pembahagian panjang

4.4.3

Model Operasi Bahagi

Antara model yang digunakan dalam operasi bahagi ini ialah Model Kuotatif (memberi
gambaran berapa kumpulan dapat dibuat daripada sesuatu dividen atau sebilangan besar
unsur. Model partitif atau sama rata (memberi gambaran berapa banyak unsur dalam satu
kumpulan atau kelompok. Kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta-fakta asas
darab berkait rapat dengan kebolehan menyelesaikan kira-kira bahagi secara sikap dan
ekonomik. Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab
(sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain, tanpa sebarang baki
nombor bernilai)
4.4.4

Fakta Asas Bahagi

Fakta asas bahagi mempunyai faktor pembahagi dan hasil bahagi bernombor satu
angka. Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan akan menghasilkan satu fakta
bahagi. Contohnya,

14 2 = 7.

Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi ialah:


Pengelasan objek-objek.
Penggunaan pengalaman harian,
manipulasi objek-objek,
melukis dan menganalisis gambar
mencari jawapan melalui pertalian.

4.4.5

Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Pembahagian


Tolak berulang-ulang

Membilang secara melangkau

Membilang balik

Cerakin hasil darab kepada bahagian-bahagian yang diketahui

Mengguna satu
4.5

Perkaitan Bahagi dan Darab

Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab. Misalnya, 5p = 10,
iaitu untuk mendapatkan faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi
bahagi juga mempunyai petalian dengan penghitungan, iaitu turutan selangan nombor
dihitung ke belakang (reverse) contoh:

4 2 0, 2, 4, 6, 8

8 2 8, 6, 4, 2, 0
Operasi bahagi boleh dianalogi sebagai tolak berulang-ulang
Cth : 8 2

82=6
62=4
42=2
22=0
Kira berapa banyak kali 2 boleh ditolak daripada 8
Didapati bahawa 2 boleh ditolak 4 kali drpd 8
8 2=4

Anda mungkin juga menyukai