Anda di halaman 1dari 19

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN

KEPUJIAN

JANUARI / 2023

HBMT 3103_V2

NO. MATRIKULASI : 920814126043-001

NO. KAD PENGENALAN : 920814-12-6043

NO. TELEFON : 014-5664228

E-MEL : zeq92mhy@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SANDAKAN

0
ISI KANDUNGAN
Bil Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 2
2.0 Perbezaan Operasi Matematik Bagi Nombor Bulat Dan Wang 3
3.0 Tiga Pendekatan Dalam Mengajar Konsep Wang 8
4.0 Aktiviti Untuk Membina Minda Menabung 13
5.0 Kesimpulan 14
Rujukan 15
Tugasan Kedua 16

1
TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI

1.0 PENGENALAN

Wang dapat diertikan sebagai medium perantaraan yang diterima bagi


mendapatkan perkhidmatan, membeli-belah dan membuat sebarang transaksi pembayaran
(Nazri, n.d.). Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas
dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender
sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti
akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata
wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang. Kebiasaannya, masyarakat
mempunyai tanggapan yang silap terhadap konsep wang ini. Masyarakat selalu
beranggapan saiz sesuatu objek itu mempengaruhi harganya. Pada fahaman mereka,
sekiranya saiz obhjek itu lebih besar maka harganya adalah lebih mahal. Tanggapan ini
adalah silap.

Dalam konteks memberi kefahaman tentang konsep wang kepada kanak-kanak


sekolah rendah, permainan jual beli seperti Monopoli dan Saidina dapat membantu
meningkatkan kefahaman kanak-kanak berkaitan konsep ini. Cara lain untuk memberi
faham kepada kanak-kanak tentang konsep ini adalah secara semulajadi dan realiti.
Urusan jual beli di kantin dan koperasi sekolah. Adalah penting untuk kanak-kanak tahu
dan faham nilai bagi setiap matawang bagi membolehkan mereka berbelanja secara
berhemah. Perlu untuk menerapkan minda menabung di dalam diri kanak-kanak agar
mereka faham kepentingan menabung dan juga secara tidak langsung menggalakkan
kanak-kanak untuk menabung dan mempunyai simpanan sendiri.

Dalam sektor pendidikan, adalah penting untuk mendedahkan konsep wang ini
kepada murid-murid seawal dari sekolah rendah lagi. Ini bagi memupuk kemahiran
murid-murid dalam menguruskan wang. Dalam pengurusan wang tidak boleh lari
daripada terkait dengan operasi matematik yang sudah pernah dipelajari oleh murid-
murid semasa di tahun satu. Namun, operasi matematik yang melibatkan wang adalah
berbeza dengan operasi matematik yang melibatkan nombor bulat. Di dalam tulisan ini
akan mengupas tentang perbezaan tersebut. Dalam memberi kefahaman kepada murid-

2
murid, guru perlu bijak menentukan pendekatan yang sesuai untuk murid terutama murid
sekolah rendah. Semua itu akan dibincangkan di dalam tugasan ini.

2.0 PERBEZAAN OPERASI MATEMATIK BAGI NOMBOR BULAT DAN WANG

Nombor bulat adalah sistem nombor yang bermula dari 0 hingga 9. Gabungan
nombor-nombor bulat akan membentuk nombor-nombor yang semakin besar nilainya.
Nombor bulat tidak melibatkan nombor perpuluhan. Berbeza dengan wang, wang boleh
wujud dalam bentuk nombor bulat dan juga perpuluhan di mana tempat perpuluhan itu
mewakili nilai sen bagi jumlah suatu nilai wang. Disebabkan itu, dalam pengoperasian
berkaitan nombor bulat dan wang adalah berbeza.

Dalam penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian nombor bulat,


kebiasaannya soalan yang diajukan jelas kehendak soalannya dan soalannya tidak terlalu
rumit. Soalan-soalan di bawah adalah contoh soalan penambahan nombor bulat yang
mana soalan-soalannya tidak begitu rumit.

Soalan 1 Akmal mempunyai 10 biji guli. Adik Akmal memberikan 7 biji guli
lagi kepada Akmal. Berapakah bilangan guli yang Akmal miliki?
Ayat 10 + 7 = ______
Matematik
Penyelesaian 10
+ 7
17
Jawapan 17 Biji guli

Soalan 2 Di dalam sebuah kedai terdapat 55 kotak limau. Hanif telah


membeli 12 kotak limau dari kedai tersebut. Berapakah baki kotak
limau yang ada di kedai tersebut?
Ayat 55 – 12 = ______
Matematik
Penyelesaian 55
- 12
43

3
Jawapan 43 Kotak

Soalan 3 Pada tahun 2021 sebuah syarikat perabot telah menerima tiga ratus
empat puluh tempahan katil. Bagi tahun 2022, tempahan katil yang
diterima oleh kedai tersebut telah meningkat 4 kali ganda.
Berapakah jumlah katil yang telah ditempah pada tahun 2022?
Ayat 340 × 4 = ______
Matematik
Penyelesaian 340
× 4
1360
Jawapan 1360 buah katil

Soalan 4 Encik Adam telah membeli 20 biji gula-gula untuk 4 orang


anaknya. Dia membahagikan gula-gula tersebut sama rata kepada 4
orang anaknya. Berapakah bilangan gula-gula yang diperolehi oleh
anak-anak Encik Adam?
Ayat 20 ÷ 4 = ______
Matematik
Penyelesaian 5
4 20
20
..
Jawapan 5 biji gula-gula

Bagi wang pula, operasi matematiknya menjadi rumit sekiranya melibatkan nilai
sen terutama untuk operasi darab dan bahagi. Ini kerana nilai sen akan mewujudkan
nombor dalam bentuk perpuluhan di mana penyelesaian operasi darab dan bahaginya
berbeza daripada nombor bulat. Dalam operasi darab yang melibatkan nombor
perpuluhan, tempat perpuluhan bagi nombor yang terlibat akan ditambah bagi

4
menentukan bilangan tempat perpuluhan untuk jawapan yang diperolehi. Namun harus
diingati, apabila melibatkan wang, tempat perpuluhan hanya ada 2 tempat perpuluhan
sahaja. Untuk operasi tambah dan tolak, titik perpuluhan bagi nilai yang terlibat perlu
berada dalam kedudukan yang selari apabila membuat pengiraan dengan menggunakan
bentuk lazim. Mari kita lihat contoh-contoh soalan di bawah.

Soalan 5 Badul telah mendapat duit raya daripada ayahnya yang berjumlah
RM 10.00. Ibunya pula memberinya duit raya sebanyak RM 15.00.
Berapakah jumlah duit raya yang badul terima?
Ayat RM 10.00 + RM 15.00 = ______
Matematik
Penyelesaian RM 10.00
+ RM 15.00
RM 25.00

Penerangan Dapat dilihat titik perpuluhan bagi nilai RM 10.00 dan RM 15.00
dalam bentuk lazim diletakkan dalam kedudukan yang selari
Jawapan RM 25.00

Soalan 6 Hamid mempunyai sejumlah duit bernilai RM 250.00. Dia telah


membeli barang keperluan dapur yang berjumlah RM 57.35.
Berapakah baki duit Hamid sekarang?
Ayat RM 250.00 - RM 57.35 = ______
Matematik
Penyelesaian RM 215409.09010
+ RM 5 7 .3 5
RM 1 9 2 . 6 5

Penerangan Dapat dilihat titik perpuluhan bagi nilai RM 250.00 dan RM 57.35
dalam bentuk lazim diletakkan dalam kedudukan yang selari.
Jawapan RM 192.65

5
Soalan 7 Azmer membeli sebuah novel dari sebuah kedai buku dengan harga
RM 25.99. Dia menjual semula novel tersebut dan telah mengambil
untung sebanyak 1.2 kali ganda. Berapakah harga buku yang dijual
semula oleh Azmer?
Ayat RM 25.99 + 1.2 = ______
Matematik
Penyelesaian RM 25.99 (2 t.p)
× 1.2 (1 t.p)
5198
+ 2599
31188 (3 t.p)
Penerangan Jika mengikut konsep asal perpuluhan. Jawapan bagi soalan di atas
adalah 31.188. Namuin dalam konsep wang nilai maksimum sen
adalah 99 sen sahaja. Ini bermakna jawapan terakhir bagi soalan di
atas hanya memerlukan dua tempat perpuluhan sahaja.
Jawapan RM 31.19

Soalan 8 Encik Amir mempunyai wang sebanyak RM 25.50. Dia mahu


membahagikan duit itu kepada beberapa orang miskin. Dia mahu
memberikan setiap orang miskin sebanyak RM 1.50. Berapakah
orang miskin yang menerima bantuan dari Encik Amir?
Ayat RM 25.50 ÷ RM 1.50 = ______
Matematik
Penyelesaian 17
15 255
15 0
105
105
...
Penerangan Dalam membahagi dua nombor perpuluhan, nombor pembahagi
perlu diubah kepada nombor bulat terlebih dahulu dengan cara
menggerakkan titik perpuluhan ke sebelah kanan beberapa kali

6
sehingga menjadi nombor bulat. Manakala nombor yang
dibahagikan, titik perpuluhannya juga digerakkan ke kanan
mengikut berapa kali titik perpuluhan nombor pembahagi
digerakkan.
Jawapan RM 17.00

Perbezaan lain dalam penyelasaian soalan nombor bulat dan wang adalah. Soalan
wang lebih rumit kerana kadang kala soalannya tidak boleh terus diselesaikan dengan
menggunakan bentuk lazim. Murid perlu mengubah unit suatu nilai itu daripada sen ke
ringgit atau ringgit ke sen barulah boleh diselesaikan. Lihat contoh soalan di bawah.

Soalan 9 Mimi telah mempunyai simpanan sebanyak RM 150.00 di dalam


akaun banknya. Dia telah memasukkan duit tabungannya yang
berjumlah 7,500 sen ke dalam akaunnya. Berapakah jumlah
simpanan Mimi sekarang? Berikan jawapan dalam bentuk Ringgit.
Ayat RM 150.00 + 7,500 sen = ______
Matematik
Penyelesaian 1 sen = RM 0.01
7,500 sen = RM 75.00
RM 150.00
+ RM 75.00
RM 225.00
Penerangan Nilai sen di dalam soalan perlu di ubah kepada bentuk ringgit
kerana soalan minta jawapan dalam bentuk ringgit.
Jawapan RM 225.00

Soalan 10 Encik Ravi telah mengeluarkan wang dari bank sebanyak RM


50.00. Dia kemudiannya memberikan duit belanja kepada anaknya
sebanyak 500 sen. Berapakah baki duit Encik Ravi? Berikan
jawapan dalam bentuk sen
Ayat RM 50.00 + 500 sen = ______

7
Matematik
Penyelesaian RM 1.00 = 100 sen
RM 50.00 = 5,000 sen
54, 01000 sen
+ 1 00 sen
4, 9 00 sen
Penerangan Nilai ringgit di dalam soalan perlu di ubah kepada bentuk sen
terlebih dahulu kerana soalan minta jawapan dalam bentuk sen.
Jawapan RM 4,900 sen

3.0 TIGA PENDEKATAN DALAM MENGAJAR KONSEP WANG

3.1 Pendekatan Induktif

Dalam pendekatan induktif, suatu topik itu dimulakan dari suatu perkara
yang spesifik kepada suatu yang umum. Dalam pendekatan ini, guru boleh
membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian
atau contoh-contoh yang diperoleh (Najmi, n.d.). Guru akan menyediakan soalan
dalam yang berbentuk khusus. Murid-murid akan dibimbing dan diberikan
panduan bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir
maklumat yang diperoleh daripada soalan yang telah diberikan untuk membuat
satu generalisasi (n.a., 2015).

Pendekatan Induktif perlu berpegang pada prinsip-prinsip berikut:

a) Guru merancang aktiviti pengajaran yang bermula daripada contoh


yang khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum.
b) Bahan bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar
dalam membuat kesimpulan.
c) Contoh khusus yang releven dan sesuai harus dipelbagaikan
untukbmenerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan
mudah.

8
d) Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan membe
ri peluangkepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh
agar generalisasidapat dibuat.
e) Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan induktif
menekankan pengajaran secara urutan yang tepat, iaitu contoh-contoh
spesifik kepada umum

Mengkaji dan
Contoh soalan Membuat
membuat
khusus generalisasi
pemerhatian
Proses pengajaran dan pembelajaran induktif

Guru perlu membuat perancangan yang teratur sebelum memulakan kelas


supaya dapat menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai. Alat yang sesuai
dapat membantu pelajar melalui pengalaman pembelajaran yang berkesan, kreatif
dan meningkatkan daya inovasi pelajar. Tambahan, guru turut digalakkan
melaksanakan aktiviti yang melibatkan kesemua deria pelajar seperti menghidu,
melihat, mendengar, merasa dan menyentuh. Kaedah pengajaran yang hendak
disampaikan juga perlu mengikut urutan yang tepat iaitu daripada contoh yang
spesifik membawa kepada kesimpulan yang umum.

Sebagai contoh, untuk memperkenalkan wang kertas kepada murid-murid,


guru menyediakan beberapa duit kertas yang berbeza nilainya. Murid diminta
untuk menyebut ciri-ciri yang ada pada duit-duit kertasa tersebut dan menentukan
nilai mana yang lebih besar dan yang mana nilai yang lebih kecil. Seterusnya
murid-murid diminta untuk memberikan rumusan berdasarkan pemerhatian yang
telah mereka buat terhadap duit-duit kertas yang telah disediakan. Diakhir
pembelajaran, membuat generalisasi bahawa kesemua bahan yang disediakan
adalah duit kertas yang mempunyai fungsi yang sama.

3.2 Pendekatan Deduktif

9
Bertentangan dengan konsep induktif, pendekatan deduktif bermula
daripada suatu yang umum dan diakhiri dengan penerangan secara spesifik.
Dalam pendekatan ini, murid-murid akan menggunakan pengetahuan umum yang
mereka ada untuk digunakan dalam menyelesaikan soalan-soalan yang spesifik
(Najmi, n.d.). Pendekatan deduktif merupakan pendekatan mengajar yang agak
kompleks berbanding pendekatan induktif. Ini kerana pelajar perlu memperoleh
kefahaman yang mendalam atau mencukupi (n.a., 2015). Murid juga sudah
mampu memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan
tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh soalan khusus.

Sama seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif juga memerlukan


prinsip-prinsip pelaksanaan bagi memastikan pendekatan deduktif dapat di
laksanakan dengan baik. Prinsip-prinsip tersebut adalah:

a) Pada peringkat permulaan, sesuatu masalah atau hipotesis didedahkan.
Guru dan murid mengemukakan cara penyelesaian masalah.
b) Penggunaan pendekatan deduktif haruslah mengikut langkah-langkah
yang telah ditetapkan
c) Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi bagi
contoh soalan. Murid perlu meniru dan menghafal contoh yang
diberikan.
d) Aktiviti dipelbagaikan untuk menambah pemahaman murid kepada
topik pembelajaran yang disampaikan. Latihan bertulis diberikan bagi
mengesan tahap penguasaan murid
e) Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami
konsep serta contoh yang diberikan.
f) Pemahaman dinilai dengan menggunakannya dalam situasi-situasi
baharu yang mempunyai masalah yang hampir serupa.

Aplikasi rumus,
teoram, prinsip atau

Rumus, prinsip atau Kaedah peraturan

10
peraturan yang perlu
deduktif
difahami
Mendapatkan rumus,
prinsip, teoram atau
hukum baharu

Proses pengajaran dan pembelajaran deduktif

Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai


strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah :
a) Penyelesaian masalah
Pendekatan ini hanya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Dalam
hal ini, guru hendaklah memahamkan pelajar mengenai teori, prinsip,
hukum, teorem atau peraturan agar pelajar dapat menggunakannya
bagi menyelesaikan masalah yang lain yang timbul tetapi mempunyai
cara penyelesaian yang sama asalkan tidak lari dari konsep asal.
Misalnya, setelah pelajar menguasai kemahiran operasi campur tolak,
mereka disuruh menyelesaikan masalah soalan berkaitan dalam
kehidupan seharian seperti perbelanjaan wang untuk membeli barang.

b) Membuat generalisasi baru.


Setelah guru mengajarkan kepada pelajar tentang suatu teori, hukum,
prinsip dan teorem tertentu sehingga mereka dapat menguasai konsep
tersebut seterusnya membuat kesimpulan umum yang baru bersesuaian
dengan kefahaman masing-masing asalkan tidak lari dari konsep asal.
Sebagai contoh, setelah pelajar mempelajari rumus luas segiempat
tepat, mereka diminta untuk menggunakan rumus tersebut untuk
mendapatkan rumus luas segi tiga bersudut tegak.

c) Membukti hipotesis.

11
Setelah pelajar belajar membuat hipotesis suatu uji kaji, mereka juga
boleh melakukan uji kaji lain bagi membuktikan sesuatu hipotesis
melalui prinsip dan hukum yang telah dipelajari. Misalnya setelah
pelajar mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus,
mereka diminta untuk menggunakan teorem ini untuk membuktikan
hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segi tiga ialah 1800.

3.3 Pendekatan Elektif

Pendekatan elektif terbahagi kepada dua iaitu pendekatan pemusatan guru


dan pendekatan pemusatan bahan. Pendekatan pemusatan guru lebih tertumpu
kepada aktiviti pemulihan manakala pendekatan pemusatan bahan lebih fokus
kepada aktiviti pengayaan. Pendekatan pemusatan guru, guru memainkan peranan
utama dalam pelaksanaannya. Guru yang akan menguasai dan mengawal segala
aktiviti pelajaran. Guru akan banyak memberikan penerangan dan murid
mendiamkan diri. Kaedah dan teknik yang digunakan seperti penerangan,
demostrasi, syarahan, bercerita dan pengajaran mikro.

Pendekatan pemusatan bahan, guru meyampaikan pengajaran dengan


menggunakan bahan dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan.
Murid boleh memhami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau
berkumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan yang berkaitan ialah audio visual
dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.

Antara ciri-ciri pendekatan elektif ialah:

a) Guru akan menggabungkan 2 atau lebih pendekatan dalam


perancangan pelajaran.
b) Proses pengjaran dan pembelajaran melibatkan guru-guru dan murid-
murid secara aktif.

12
c) guru akan memulakan pengajaran dengan memperkenalkan isi
pelajaran secara terus.

Rajah di bawah menunjukkan contoh pengajaran topik wang dengan


menggunakan pendekatan elektif.

Pendekatan induktif Pendekatan deduktif

RM 1.00
RM 5.00 5 sen
RM 10.00 Duit 10 sen
Wang
RM 20.00 syiling 20 sen
RM 50.00 50 sen
RM 100.00
4.0 AKTIVITI UNTUK MEMBINA MINDA MENABUNG

4.1 Aktiviti 1 – Buku Skrap Pentingnya Menabung

Tujuan Mendedahkan murid-murid tentang kepentingan


menabung.
Bahan-bahan 1. Kad manila/kertas warna
2. Gunting
3. Gam
4. Penebuk kertas
5. Reben
6. Artikel-artikel berkaitan menabung
Langkah-langkah 1. Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan
kepada murid-murid.
2. Artikel-artikel berkaitan menabung di simpan di
dalam kotak dan diletakkan di atas meja guru.
3. Murid-murid secara bergilir mengambil artikel di
dalam kotak secara rawak. Minimum 5 artikel,
maximum 10 artikel.
4. Gunting artikel-artikel berkaitan menabung dan
lekatkan pada kad manila atau kertas warna yang

13
disediakan.
5. Tebuk kad manila atau kertas warna yang sudah
dilekatkan artikel kemudian kesemua kad manila
dan kertas warna di ikat menggunakan reben.
6. Guru meminta beberapa orang pelajar untuk
membentangkan hasil kerja mereka.

4.2 Aktiviti 2 – Tabung Simpananku

Tujuan Menggalakkan murid-murid untuk menabung


Bahan-bahan 1. Kad rekod menabung
Langkah-langkah 1. Guru menyerahkan kad rekod menabung kepada
murid-murid.
2. Pelajar perlu menyimpan duit setiap hari tidak kira
berapa nilainya.
3. Pelajar akan memberikan wang yang mahu
disimpan kepada ibu atau bapa mereka. Ibu dan
bapa perlu mengisi rekod menabung murid.
4. Setiap hujung minggu, murid perlu membawa duit
yang telah disimpan dan kad rekod menabung.
5. Murid akan mengira hasil tabungan dan guru akan
mengesahkan hasil tabungan murid.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, mendedahkan murid-murid kepada topik pembelajaran wang


adalah penting untuk mendedahkan konsep wang ini kepada murid-murid seawal dari

14
sekolah rendah lagi. Ini bagi memupuk kemahiran murid-murid dalam menguruskan
wang. Dengan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dapat meningkatkan lagi minat
murid dalam aktiviti menabung duit.

Rujukan

Muhammad, N.A.R. (n.d.). Pengajaran Wang.


Diperolehi daripada, https://dokumen.tips/documents/topik-3pengajaran-wangpdf.html

Muhammad, N. (n.d). Pendekatan, Strategi Kaedah dan Teknik Pengajaran.


Diperolehi daripada,
https://www.academia.edu/36333990/_Tajuk_3_Pendekatan_Strategi_Kaedah_dan_Teknik_Pen
gajaran

(n.a.). (Disember 16, 2015). Pendekatan Pengajaran Matematik


Diperoleh daripada, http://affriniazim.blogspot.com/2015/12/pendekatan-pengajaran-
matematik.html

15
TUGASAN 2 – PENYERTAAN DALAM KELAS ATAS TALIAN

16
17
18

Anda mungkin juga menyukai