Anda di halaman 1dari 2

Tahap Penguasaan Matematik Tahap 1

TAHAP
KESELURUHAN
PENGUASAAN
Murid boleh:
1. Mengimbas kembali pengetahuan asas matematik.
1 2. Menggunakan kemahiran proses matematik untuk mengimbas kembali pengetahuan asas matematik dengan
bimbingan.
3. Menunjukkan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam Matematik dengan bimbingan.
Murid boleh:
1. Menerangkan pengetahuan asas matematik.
2
2. Menggunakan kemahiran proses matematik untuk menerangkan pengetahuan asas matematik.
3. Menunjukkan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik.
Murid berupaya:
3 1. Mengaplikasi pengetahuan asas matematik.
2. Menggunakan kemahiran proses matematik bagi mengaplikasi pengetahuan asas matematik.
3. Murid menunjukkan sikap dan nilai dalam matematik bagi sesuatu situasi.
Murid berupaya:
4 1. Menyelesaikan masalah rutin dalam kehidupan seharian.
2. Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan masalah rutin.
3. Murid dapat mendemonstrasikan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam pelbagai situasi.
Murid berupaya:
1. Menyelesaikan masalah rutin yang kompleks dalam kehidupan seharian dengan menggunakan pelbagai strategi
5 penyelesaian masalah.
2. Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan masalah rutin yang kompleks.
3. Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid berupaya:
1. Menyelesaikan masalah harian yang bukan rutin.
6 2. Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan masalah bukan rutin.
3. Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai yang positif berkaitan Matematik dalam kehidupan seharian serta
menjadi pembimbing dan teladan kepada rakan lain.

CONTOH
TAHAP
NOMBOR DAN OPERASI
PENGUASAAN
• Mengenal mata wang negara ASEAN.
• Membaca ayat matematik yang melibatkan operasi asas dan operasi bergabung tambah dan tolak.
1
• Menyatakan sebarang nombor hingga 10 000, pecahan wajar, pecahan tak wajar, nombor bercampur, perpuluhan dan
peratus dan nilai wang RM1 dengan nilai mata wang negara lain.
• Menjelaskan nilai nombor hingga 10 000, simpanan dan pelaburan dalam memenuhi keperluan dan kehendak
masa depan.
2
• Menerangkan prosedur bagi operasi asas, operasi bergabung tambah dan tolak, pecahan wajar, pecahan tak wajar,
nombor bercampur, perpuluhan dan peratus.

• Menentukan nilai nombor dan menyusun nombor mengikut tertib, menganggar dan membundar sebarang nombor dan
melengkapkan rangkaian dan pola nombor.
• Membandingkan nilai dua perpuluhan.
3 • Menambah dan menolak pecahan wajar dan perpuluhan.
• Menentukan kewajaran jawapan dan menyelesaikan ayat matematik yang melibatkan operasi asas dan operasi
bergabung tambah dan tolak, dan melibatkan wang.
• Menentukan kewajaran jawapan bagi operasi tambah dan tolak melibatkan pecahan dan nombor perpuluhan.

4 Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan nombor dan operasi.


5 Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan nombor dan operasi dengan pelbagai strategi.
6 Menyelesaikan masalah harian yang bukan rutin melibatkan nombor dan operasi dengan kreatif dan inovatif.

Anda mungkin juga menyukai