Anda di halaman 1dari 2

MATLAMAT

Matlamat Panitia

Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,

bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu
pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian
dengan berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

OBJEKTIF

Objektif Panitia Matematik ialah untuk membolehkan pelajar :

1. Mengetahui dan memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem tentang nombor dan ruang.
2. Memperkukuhkan dan memperluaskan penggunaan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi.
3. Menguasai kemahiran-kemahiran asas (selain operasi asas), iaitu

Membuat anggaran dan penghampiran berkaitan dengan nombor dan ukuran;

Mengenali bentuk-bentuk dalam alam sekeliling serta sifat-sifatnya;

Mengukur dan membina dengan menggunakan alat-alat asas matematik;

Mengumpul, merekod, mewakili dan mentafsirkan data

Mengenali dan mewakilkan perkaitan secara matematik

4. Menguasai kemahiran menjalankan algoritma (langkah-langkah tertentu) untuk mendapatkan


keputusan yang dikehendaki
5. Menguasai kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan langkah-langkah seperti
mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak
semula jawapan yang diperoleh.
6. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian
secara berkesan dan bertanggungjawab
7 Memperoleh dan menghargai kebolehkan membuat sesuatu secara mantik, bersistem heuristik dan
tepat.

Anda mungkin juga menyukai