Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN 3

43650 BANDAR BARU BANGI , SELANGOR

KERTAS KERJA

KEM MASAKAN RIMBA


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

TEMPAT:
PADANG SK JALAN 3
43650 BANDAR BARU BANGI ,
PERAK DARUL RIDZUAN.

TARIKH:
25 JULAI 2017

ANJURAN
UNIT BERUNIFORM TKRS SEJATI
1.0 PENGENALAN

Kebiasaannya seorang kadet yang menghadiri sesuatu perkhemahan membawa periuk


dan cerek sendiri. Peralatan ini membolehkan kita menjerang air, menanak nasi dan memasak
sayur-sayuran. Sesetengah orang yang belum pernah memasak akan mendapatinya sebagai
suatu pekerjaan yang menyusahkan.

Seorang kadet juga dilatih memasak tanpa menggunakan periuk atau lain- lain
peralatan memasak. Cara ini dikenali sebagai masakan hutan/rimba atau backwoodsman.
Memasak cara ini lebih sukar jika berbanding dengan menggunakan sedia ada. Namun
begitu, masakan rimba akan menjadi suatu aktiviti yang senang dan menyeronokkan apabila
dilatih dan diberi pendedahan. Kita boleh memasak nasi dengan pelbagai cara dengan
menggunakan bahan seperti buluh, buah-buahan tertentu, kerajang aluminium, lumpur, tanah
dan sebagainya.

Aktiviti seperti ini membuatkan peserta terpaksa menyelesaikan sendiri


semua masalah yang berbangkit dengan bantuan rakan sepasukan. Sehubungan dengan itu
setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam
semua kerja dan aktiviti . Semangat bekerjasama sangat penting dan perlu dipupuk serta
ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.

2.0 NAMA PROGRAM

Kem Masakan Rimba ( Ikhtiar Hidup )


Unit Beruniform SEJATI .
SK Jalan 3, SBT, KPM .

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah seperti berikut:

Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum dan
ko-kurikulum khasnya dalam aspek Ikthiar Hidup . Meningkatkan tahap jati diri dan
keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana masakan rimba dan meningkatkan daya
saing dan memupuk semangat kerja berpasukan .
4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta dapat:

i. Peluang menunjukkan kebolehan memasak tanpa peralatan moden dan ‘survive’


sekiranya berada dalam hutan .
ii. Memupuk tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin,
bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerjasama.
iii. Menanam kesedaran mengenai adanya aktiviti sihat yang menarik serta jauh lebih
berfaedah bagi mengisi masa lapang.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Rozita Binti Ahmad ( Guru Besar )


Naib Pengerusi : Puan Salmah Binti Mohamad ( GPK Ko Kurikulum )
Penyelaras Ko Ko : Tuan. Hj. Shamsuddin B. Ahmad
Setiausaha Ko Ko : Pn. Nik Hafizah Bt. Nik Mat
Penyelaras : Pn. Zuliana Bt. Zainal
Unit Beruniform

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Ketua Unit TKRS : Encik Jimmy Bin Ismail


Setiausaha Dan : Puan Aida Mazura Binti Abd Rahim
Bendahari
Penyelaras Aktiviti : Tuan Haji Yahizan Bin Che Yap
Disiplin : Semua Guru Penasihat TKRS SEJATI
AJK Bertindak : En. Mohd Najmi Bin Zamani
: En. Shahrul Rizal Bin Zahari
: En. Mohd Hatme Bin Mohd Yusof

7.0 BUTIRAN KEM

Kem tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

i. Tarikh : 26 Julai 2017 ( Rabu )


ii. Masa : 2:00 pm – 4:30 pm
iii. Tempat : Padang SEJATI
iv. Aktiviti : Masakan Rimba Dan Pertandingan

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini mensasarkan kepada ahli TKRS seramai 100 orang peserta, yang terdiri daripada
pelajar Tahun 4 dan 5 .
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Bahan Mentah Masakan Rimba . RM 250.00


- Burung Puyuh
- Rempah Ratus
- Minuman

2 Perkakasan Dan Peralatan Aktiviti Masakan Rimba RM 50.00


- Kayu Arang
- Buluh

3 Hadiah Pertandingan . ( Hamper )

Tahun 4
RM 20.00 X 4 Kumpulan = RM 80 .00
RM 160 .00
Tahun 5
RM 20.00 X 4 Kumpulan = RM 80 .00

3 Banner RM 40 . 00

Jumlah keseluruhan RM 500.00

10. PENUTUP

Adalah sangat diharapkan kem ini dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................................ .............................................................
( PUAN AIDA MAZURA BT ABD RAHIM ) ( PUAN SALMAH BT MOHAMAD )
Setiausaha Unit Beruniform TKRS SEJATI GPK Ko Kurikulum,
SK Jalan 3 , SBT , KPM SK Jalan 3 , SBT , KPM

Disahkan oleh,

…………………………
( Puan Rozita Binti Ahmad )

Anda mungkin juga menyukai