Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja

MINGGU DISIPLIN
2015

09 FEBRUARI – 13 FEBRUARI 2015

Anjuran:
UNIT DISIPLIN & PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD 3
46710 SUBANG JAYA
1 Minggu Disiplin 2015

CADANGAN KERTAS KERJA


MINGGU DISIPLIN 2015

A. PENDAHULUAN.
Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu.
Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin akan
mengadakan satu program yang sangat penting melibatkan semua warga sekolah. Di harapkan dengan
‘Minggu Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para murid SK
SEAFIELD 3.

B. RASIONAL

1. Kemantapan disiplin murid memerlukan satu program lebih sistematik.


2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin
keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan
disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.

C. OBJEKTIF

1. Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka
dengan peraturan dan undang-undang sekolah..
2. Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid.
3. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu
dan pendidikan.
4. Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan
mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.

D. NAMA PROGRAM

NAMA : MINGGU DISIPLIN


TEMA : DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN

E. TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

TARIKH : 09 FEBRUARI 2015 – 13 FEBRUARI 2015


TEMPAT : SK SEAFIELD 3

F. KUMPULAN SASAR

Semua Murid SK Seafield 3

G. ANGGARAN KOS

BIL PERKARA ANGGARAN KOS


1 Alat Tulis RM 34.00
RM 85.70
Name Badge (60 Unit )
JUMLAH RM 119.70

H. JAWATAN KUASA PELAKSANAAN


Penasihat : Puan Tee Seok Tin
1
2 Minggu Disiplin 2015

(Guru Besar)

Pengerusi : Puan Rosni Binti Ismmail


(GPK HEM)

Naib Pengerusi : Puan Nur Munifah Binti Mazlan


(GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Puan Fadhilatun Jam’ie Binti Darus


(Penyelaras Unit Disiplin)

Dokumentasi : Puan Maria Binti Mamat

AJK Perasmian dan Sambutan : Puan Asiah Binti Hussin


: Puan Viola Saw Siew Bee
AJK Cenderamata dan Sijil : Puan Nor Fazura Binti Abdullah
: Encik Muhammad Omar Bin Othman
: Pengawas
AJK Keselamatan & Disiplin : Puan Chin Siew Lan
Puan Tamil Chivil a/p Shanmugam
: Pengawas
AJK PA Sistem : Encik Musmarto Bin Mustapha
: Encik Mohd Najib Bin Sulaiman
: Pengawas

I. AKTIVITI

i. Majlis Pelancaran oleh Guru Besar


ii. Pertandingan Kelas Paling Berdisiplin
iii. Pertandingan Kehadiran 100% antara kelas.
iv. Ceramah/Taklimat ( Peraturan Sekolah dan Tindakan Disiplin ) serta Kuiz
v. Sportcheck
vi. Membaca Buku Peraturan Setiap Pagi

J. TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA PROGRAM

- Pelancaran Minggu Disiplin


- Pertandingan Kelas Paling Berdisiplin
Feb 2015 9 .7.40pg -8.10 pg
- Pertandingan Kehadiran 100% antara kelas

7.20 pg – 7.40 pg - Membaca Buku Peraturan


Feb 2015 10
8.00pg – 8.30 pg - Taklimat Disiplin Tahun 1 dan 2 ( Dewan Lestari )

7.20 pg – 7.40 pg - Membaca Buku Peraturan


Feb 2015 11
8.00 pg – 8.30 pg - Taklimat Disiplin Tahun 3 dan 4 ( Dewan Lestari )
7.20 pg – 7.40 pg - Membaca Buku Peraturan
Feb 2015 12
7.20 pg -7.40 pg - Sportcheck

2
3 Minggu Disiplin 2015

Feb 2015 13 pg -8.30 pg 8.00 - Taklimat Disiplin Tahun 5 dan 6 ( Dewan Lestari )

K. PENUTUP

Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi untuk melihat kecemerlangan murid-
murid di SK Seafield 3 terus berkembang dan mencapai kemuncaknya seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

................................ ..................................... .................................


(Puan Fadhilatun Jamie) (Puan Rosni Binti Ismmail) ( Puan Tee Seok Tin)
Setiausaha GPK Hem Guru Besar

- sk : fail unit disiplin

Anda mungkin juga menyukai