Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DIALOG PRESTASI TING 3, 5


DAN 6 ATAS
8 OKTOBER 2015
8.00 PAGI 11.00 PAGI
DEWAN MARWAH

ATURCARA
8.00 PAGI PENDAFTARAN WARIS
8.30 PAGI ALUAN PENGACARA MAJLIS
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA
DIALOG PRESTASI PENGETUA BERSAMA WARIS
TAKLIMAT RINGKAS PEMAKANAN ASAS PEMBANGUNAN INTELEKTUAL
OLEH DR NORHAYATIE ABU BAKAR IDEAL VENTURE RESOURCES
JAMUAN RINGAN
PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Ketika waris ZAMIER Bismillahirahmanirahim


mengambil
tempat Assalamualaikum wth. Kepada semua waris
dijemput untuk mengambil tempat. Majlis kita
akan bermula sebentar lagi.
ALUAN ZAMIER Bismillahirahmanirahim.
PENGERUSI
MAJLIS Alhamdulillahhirabbilalamin. Wassala tu wassala
muala asyrafil anbiyaa iwal mursalin. Waala alihi
wassahbihi ajmain.

Assalamualaikum wth.
1. Yang berusaha, Encik Hashim bin Ismail,
Pengetua SMK Guar Chempedak,
2. Yang berusaha, Encik Mansor bin Hj Din,
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Guar Chempedak,
3. Encik Mohamad Yaziz bin Mohd Isa, Penolong
Kanan Pentadbiran,
4. Pn. Noranini Bt Noordin, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
5. En. Mohamad bin Abdul Rahman, Penolong
Kanan Kokurikulum,
6. En. Roshade bin Abdullah, Penolong Kanan
Tingkatan Enam,
7. En. Azhar Bin Yahaya, Penolong Kanan
Petang,
8. Ahli Jawatankuasa PIBG,
9. Barisan guru,
10. para waris,
11. Seterusnya anak-anak didik yang dikasihi.

Pertama sekali marilah kita mengucapkan syukur


ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapat kita bersama-sama dalam Majlis Bacaan
Yasin dan Dialog Prestasi hari ini bagi kelas-kelas

1
peperiksaan iaitu Tingkatan 3, 5 dan 6 atas.
Terima kasih atas kesudian tuan/puan hadir ke
majlis kita hari ini.
Bagi mengendalikan sesi bacaan yasin, majlis
dengan ini menjemput Ustaz Abdul Rahman bin
Mat untuk meneruskan acara.
BACAAN KENDALIAN USTAZ ABDUL RAHMAN BIN MAT
YASIN DAN
DOA
TAMAT ZAMIER Alhamdulillah. Kita telah selesai dengan bacaan
BACAAN yasin dan doa. Semoga Allah mendengar segala
YASIN doa dan memudahkan usaha kita semua. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz
Abdul Rahman bin Mat atas pengendalian majlis
kita sebentar tadi.
DIALOG ZAMIER Tuan/Puan hadirin yang dikasihi,
PRESTASI
PENGETUA Sebagai makluman kepada semua, Peperiksaan
BERSAMA Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan bermula
WARIS pada 12 Oktober 2015 (Isnin) sehingga 15
Oktober 2015 (Khamis). Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia pula akan bermula pada 2
November 2015 (Isnin) sehingga 8 Disember
2015 selama 26 hari. Peperiksaan Penggal 3
STPM pula akan berlangsung pada 2-5
November 2015.

Majlis akan diteruskan dengan menjemput En.


Hashim bin Ismail, Pengetua SMK Guar
Chempedak untuk menyampaikan ucapan dan
mengadakan dialog prestasi bersama waris.
Dipersilakan.
TAMAT SHARIZ Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua
DIALOG A atas ucapan dan pengendalian sesi sebentar
PRESTASI tadi.
WARIS
TAKLIMAT SHARIZ Hadirin yang dihormati,
RINGKAS A
PEMAKANAN Kata orang sambil menyelam minum air. Untuk
ASAS itu, majlis kita hari ini juga turut menampilkan
PEMBANGUN sesi perkongsian maklumat yang akan
AN disampaikan oleh tetamu kita, Dr. Norhayatie
INTELEKTUAL Abu Bakar, daripada Ideal Venture Resources.
Beliau akan menyampaikan satu taklimat
ringkas bertajuk Pemakanan asas
pembangunan intelektual. Majlis dengan ini
mempersilakan Dr. Norhayatie Abu Bakar.
TAMAT SHARIZ Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
TAKLIMAT A Dr. Norhayatie Abu Bakar atas perkongsian
RINGKAS maklumat sebentar tadi.
PEMAKANAN
PELAJAR SHARIZ Majlis kita hari ini telah berlangsung dengan

2
KEMBALI KE A baik. Air yasin yang telah kita sama-sama
KELAS doakan tadi akan diberikan kepada setiap waris
untuk manfaat anak masing-masing. Bagi waris
yang tidak hadir, air ini akan kita sampaikan
melalui anak masing-masing. Dengan ini, saya
mempersilakan semua pelajar untuk kembali ke
kelas bagi meneruskan sesi pembelajaran.

JAMUAN SHARIZ Sebelum majlis kita berakhir hari ini, saya


RINGAN DAN A mewakili pihak sekolah akan merakamkan jutaan
PENYERAHA terima kasih atas kesudian tuan puan hadir
N SLIP bersama-sama sebagai tetamu dalam majlis ini.
KEPUTUSAN Semoga doa, pengorbanan dan harapan kita
PEPERIKSAA menjadi sokongan kepada usaha pelajar-pelajar
N SMKGC. Kita harapkan keputusan peperiksaan
awam kita tahun ini akan lebih cemerlang.

Sebelum pulang, kepada semua waris diminta


untuk melakukan 3 perkara. Yang pertama, bagi
setiap anak tuan/puan diperuntukkan sebotol air
yasin. Sila dapatkan dari hadapan dewan.
Yang kedua, majlis menjemput semua waris dan
tetamu untuk menikmati hidangan yang
disediakan di khemah. Yang ketiga, waris
dijemput untuk mengambil slip keputusan
peperiksaan di kaunter-kaunter guru kelas anak
masing-masing di belakang dewan ini.
MAJLIS SHARIZ Majlis turut merakamkan ucapan penghargaan
TAMAT A kepada PIBG dan semua ahli jawatankuasa yang
bertungkus-lumus menjayakan majlis hari ini.
Sekian, sampai ke penghujung majlis. Kita akhiri
dengan wabilahitaufik wal hidayah.
Assalamualaikum wth.

Silakan tuan/puan untuk menikmati jamuan,


berjumpa guru kelas dan mengambil air yasin.

Anda mungkin juga menyukai